KULIAH 7
REKONSTRUKSI: PERMASALAHANNYA

Ramai telah sedia maklum bahawa Perang Saudara, 1861-65 adalah satu revolusi. Setelah lebih 100 tahun telah berlalu, rakyat Amerika mula memahami apakah bentuk sebenar revolusi tersebut. Beberapa tahun yang lalu juga, para sejarawan masih berselisih pandangan mengenai Perang Saudara atau Revolusi Amerika yang kedua-duanya dianggap oleh Charles Beard memperlihatkan kemenangan kaum kapitalis industri di negeri-negeri utara menyerang kaum petani di negeri-negeri selatan, dan bahawa perhambaan, dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah menjadi isu yang paling utama. Sudut pandangan seumpama telah digalakkan oleh Marx dan Engels yang memerhati perang dan mengikuti perkembangannya dengan penuh minat, dan pandangan-pandangan yang berdasarkan beberapa versi sudut pandangan yang sama (dengan Marx dan Engels) tidaklah hilang sepenuhnya daripada perbincangan para sejarawan hingga ke hari ini.

Penulis-penulis yang lain, sebaliknya memberi pandangan bahawa Perang Saudara seharusnya tidak dipandang sebagai satu revolusi Marxian negeri-negeri utara menekan negeri-negeri selatan, tetapi sepatutnya sebagai satu revolusi negeri-negeri selatan terhadap negara Amerika Syarikat yakni perhambaan merupakan isu yang utama dan dalam usaha mengekalkan perhambaan negeri-negeri selatan sanggup menerima satu perang pembebasan. Kemudian satu tindakan revolusi yang sebenar ialah keupayaan negeri-negeri selatan mencapai pemisahan daripada perikatan federal.

Justeru itu, dengan melihat Rekonstruksi yang berlaku selepas Perang Saudara, dan dengan mengambilkira kedua-duanya bersama sebagai bahagian proses yang sama, kita akan dapat melihat bahawa sesungguhnya negeri-negeri utara, dari sudut pemikiran yang luas adalah si penceroboh atau si penyerang yang revolusiner. Tambahan pula, dengan menghubungkaitkan peristiwa-peristiwa tersebut dengan peristiwa-peristiwa masa kini sebagai satu bahagian corak yang lebih besar, pada akhirnya kita juga dapat melihat apakah bentuk sebenar revolusi tersebut. Kita akan dapat melihat isu fundamental yang mendalam, dan yang lebih berpengaruh atau menekankan, dan masih lagi mengenai isu petempatan yang sesuai bagi negro Amerika. Malah, mungkin kita akan merasa terperanjat apabila mengambilkira pengalaman rekonstruksi, sama ada struktur politik Amerika dan perlembagaan itu sendiri ada menyediakan satu rangka kerja yang benar-benar mencukupi dalam lingkungan revolusi akan pada akhirnya tamat dengan aman dan memuaskan.

Para sejarawan ataupun sesiapa pun telah menghadapi kesukaran meneliti semua permasalahan tersebut sebagai satu kitaran revolusinari. Satu sebab ialah bahawa kitaran itu suatu tempah yang terlalu lama, yakni ia bermula sekurang-kurangnya pada satu generasi sebelum Perang Saudara dan belum lagi berakhir ketika itu.

Namun, sebab yang paling penting dan masalah yang utama ialah mengenai penerimaan kaum Negro Amerika dalam kehidupan masyarakat kaum kulit putih Amerika atau the Negro's place in American life, yakni yang menyebabkan ramai orang Amerika tidak sanggup untuk bersemuka secara langsung terutamanya pada masa paling kritikal dalam fasa revolusi, iaitu Perang Saudara dan Rekonstruksi. Kekeliruan, kekaburan dan keengganan untuk menghadapi implikasi merupakan satu lagi masalah yang paling besar dan penting sekali dan ini telah meninggalkan kesan ke atas tabiat pemikiran sejarah di kalangan orang Amerika hingga hari ini. Selain daripada minat yang sangat besar serta berterusan terhadap isu Perang Saudara itu, namun isu dan period Rekonstruksi telah menjadi permasalahan intelektual yang telah terpinggir.

Beberapa period dalam sejarah Amerika Syarikat telah menghasilkan banyak pengalaman yang pahit atau mencipta kontroversi yang tidak mudah luntur seperti masa era rekonstruksi, yakni tahun-tahun selepas Perang Saudara, suatu ketika rakyat Amerika berusaha untuk menyatukan semula negara mereka yang tiba-tiba berpecah-belah. Mereka yang hidup dalam tempoh tersebut akan melihat era itu dari sudut yang amat berbeza. Di kalangan penduduk negeri-negeri selatan, rekonstruksi adalah satu pengalaman yang buruk atau busuk dan destruktif, yakni satu period bila mana rakyat negeri-negeri utara membalas dendam secara mengenakan penghinaan ke atas penduduk di ngeri-negeri selatan yang telahpun tewas dalam Perang Saudara dan juga sengaja melambat-lambatkan usaha penyatuan semula negara yang berpecah belah itu. Penyokong rekonstruksi dari negeri-negeri utara sebaliknya mendakwa bahawa polisi-polisi mereka sahaja merupakan langkah terbaik untuk menghalang penyokong-penyokong confederate states daripada mengembalikan semula masyarakat di negeri-negeri selatan kepada keadaan sebagaimana sebelum Perang Saudara. Tanpa campurtangan federal yang kuat, tidak ada jalan lain untuk menghapuskan kuasa aristokrasi dan penerusan usaha menawan kaum kulit hitam. Dalam erti kata lain, tidak ada jalan untuk menghalang masalah pembahagian yang sama berlaku yang menghasilkan Perang Saudara in the first place.

Bagi kebanyakan kaum kulit hitam Amerika ketika itu dan juga ramai orang daripada kaum-kaum yang lain bahawa rekonstruksi mempunyai tujuan lain. Bukanlah ia suatu tindakan kezaliman teruk sekali sebagaimana didakwa oleh kaum kulit putih di negeri-negeri selatan, ataupun suatu pembaharuan yang drastik dan amat perlu sebagaimana dituntut oleh negeri-negeri utara, tetapi ia adalah satu program konservatif yang mementingkan penyediaan perlindungan kepada hamba abdi yang baru dibebaskan. Dalam erti kata lain, rekonstruksi adalah kurang signifikan dari segi apa yang telah dilakukan berbanding dengan apa yang telah gagal dilakukan. Apabila ia berakhir pada tahun 1870an, kaum kulit hitam mendapati diri mereka sekali lagi diabaikan.

Masalah Mewujudkan Perdamaian
Pada tahun 1865, apabila Confederacy akhirnya menyerah kalah kepada negeri-negeri utara, tiada ada sesiapapun di Washigton D.C. yang mengetahui apa harus dilakukan pada saat itu. Abraham Lincoln tidak dapat merundingkan suatu perjanjian dengan kerajaan Confederacy yang telah tewas itu. Justeru itu, beliau hanya sekadar mengulangi peringatan awal bahawa kerajaan Confederacy tidak ada hak untuk mewujudkan kerajaan sendiri. Beliau langsung tidak berminat untuk memujuk negeri-negeri tersebut agar kembali menyertai semula persekutuan.

Selepas Perang Saudara, negeri-negeri selatan mengalami kerosakan yang teruk. Bandar-bandar telah diselongkar, ladang-landang dibakar, jambatan-jambatan dan jalan keretapi dimusnahkan. Ramai di kalangan kaum kulit putih di negeri-negeri selatan melepaskan hamba abdi mereka melalui pembebasan dan melepaskan modal yang mereka labur dalam bon-bon dan wang kerajaan Confederate yang kini tidak lagi bernilai. Lebih daripada 250 ribu askar-askar Confederate telah terkorban dalam Perang Saudara tersebut dan seribu orang lain pulang ke rumah dalam keadaan cendera parah dan sakit. Ramai keluarga terpaksa membina semula kehidupan mereka tanpa bantuan kaum lelaki yang dewasa. Ramai penduduk kulit putih di negeri-negeri selatan mengalami kelaparan dan tidak mempunyai rumah kediaman.

Jika keadaan yang teruk ini dirasai oleh kaum kulit putih di negeri-negeri selatan, lagi teruklah keadaan yang dialami oleh kaum kulit hitam. Terdapat kira-kira 4 juta orang lelaki dan perempuan kaum kulit hitam mula terlepas daripada perhambaan sebaik sahaja Perang Saudara berakhir. Ratusan ribu orang di kalangan mereka, baik yang tua dan muda mengalami kesakitan dan tidak bertenaga. Ramai yang mula meninggalkan ladang-ladang untuk mencari kehidupan baru dalam suasan kebebasan. Tetapi ramai lagi yang tidak tahu hendak ke mana dituju. Mereka rela menempuh perjalanan yang susah ke bandar-bandar berdekatan sama ada merayau, merempat di pinggir bandar dan berkhemah di kawasan lapang pada waktu malam. Segelintir sahaja yang memiliki harta benda selain daripada sehelai pakaian mereka yang dipakai.

Respon daripada ramai kaum kulit putih di negeri-negeri selatan terhadap kesengsaran hidup kesan daripada Perang Saudara itu adalah mengusahakan pemulihan semula masyarakat mereka kepada corak yang wujud sebelumnya. Hakikatnya, perhambaan telah dihapuskan melalui Emancipation Proclamation pada tahun 1863 dan kemudiannya Thirteenth Amendment pada bulan Disember 1865. Namun ramai kaum kulit putih mahu meneruskan amalan perhambaan dalam bentuk baru, iaitu dengan menyimpan pekerja-pekerja kulit hitam secara sah terikat dalam sistem perladangan. Manakala bagi kaum kulit hitam, mereka ingin menikmati kebebasan dan mahu memiliki tanah sendiri, memberi pendidikan kepada anak-anak mereka dan untuk mendapat hak mengundi. Dalam pertikaian di negeri-negeri selatan ini, ternyata kaum kulit hitam telah mendapat sokongan daripada kerajaan pusat.

Kerajaan pusat menyimpan tentera-tenteranya di negeri-negeri selatan bagi melindungi undang-undang dan juga kebebasan manusia. Pada bulan Mac 1965. Kongres telah menubuhkan agensi Freedmen's Bureau yang dipimpin oleh Jeneral Oliver O. Howard. Agensi ini membekalkan makanan kepada jutaan orang bekas hamba abdi kaum kulit hitam. Agensi ini juga membina sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh para missionari dari negeri-negeri utara. Di samping itu, agensi ini turut memberi pertolongan kepada golongan kaum kulit putih di negeri-negeri selatan yang menghadapi masalah hidup akibat daripada Perng Saudara. Walau bagaimana pun, agensi tersebut bukanlah merupakan satu langkah pemulihan yang tetap kerana ia ditubuhkan untuk beroperasi dalam tempoh setahun sahaja. Justeru itu, usaha-usaha yang dilakukan oleh agensi tersebut adalah amat kurang dan jauh sekali untuk mencapai matlamat yang sebenarnya.

Isu Rekonstruksi
Daripada perbincangan di atas, terdapat tiga masalah utama yang timbul dalam usaha merekonstruksikan negara Amerika Syarikat yang telah berpecah belah akibat daripada Perang Saudara.

Pertama, persoalan bersifat kemanusiaan yang berhubungkait dengan kedudukan 4 juta orang bekas hamba kulit hitam. Mereka tidak mempunyai tanah, tiada pekerjaan dan segelintir yang memiliki kemahiran selain daripada bertani. Bagaimana mereka hendak menyara hidup dan menyediakan keperluan asas untuk diri mereka sendiri. Masalah pokoknya bagaimana untuk meneruskan kehidupan baru mereka.

Kedua, persoalan bersifat politik yang berkait dengan kedudukan negeri-negeri selatan sama ada mereka boleh diterima semula secara damai dalam persekutuan seperti yang diilhamkan oleh Lincoln atau dianggap pesalah dan dihukum kerana menjadi penjajah wilayah-wilayah baru sebelum Perang Saudara sebagaimana menurut pandangan sebahagian pemimpin negeri-negeri utara.

Ketiga, persoalan bersifat perlembagaan mengenai cara dan pengesahan penerimaan negeri-negeri selatan untuk menyertai semula persekutuan. Apakah Presiden selaku ketua eksekutif atau kongres selaku cabang perundangan yang akan membuat keputusannya?

Ternyata, Lincoln mempunyai pandangan yang bertentangan dengan para pemimpin dalam kongres. Lincoln berpendapat bahawa perbuatan negeri-negeri selatan memberontak terhadap kerajaan federal bukanlah angkara rakyat negeri-negeri tersebut, tetapi adala tindakan melampau individu tertentu. Sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan, Lincoln mengetahui tentang peruntukkan yang diberikan kepada presiden berhak untuk memberi ampun kepada individu. Lincoln mahu menyatukan semula Persekutuan secepat mungkin, oleh itu beliau memperkenalkan satu Rekonstruksi yang berprinsip sederhana dan saling memaafkan. Negeri-negeri selatan diminta untuk kembali semula dalam persekutuan dengan mudah tanpa syarat-syarat yang sukar dipenuhi. Pada bulan Disember 1863, beliau mengumumkan Proclamation of Amnesty and Reconstruction. Amnesty bermaksud satu tindakan memberi ampun terdapat jenayah menentang kerajaan. Prokalmasi tersebut memberi jaminan pengampunan kepada semua negeri-negeri yang terlibat dalam Confederate States yang sedia bersumpah untuk taat setia kepada kerajaan Persekutuan dan berjanji untuk mematuhi undang-undangnya. Walau bagimanapun, pengampunan ini tidak melibatkan pegawai-pegawai tinggi yang terlibat dalam pemberontakan tersebut, sebaliknya mereka akan dihadapkan ke mahkamah kerana dakwaan jenayah terhadap tawanan perang.

Di bawah proklamasi tersebut, negeri-negeri tersebut dibenarkan menubuh kerajaan negeri masing-masing secepat mungkin agar dapat memilih dan menghantar perwakilan mereka ke kongres. Pelan rekonstruksi yang dibuat oleh Lincoln mendapat tentangan hebat daripada golongan peminpin radikal di negeri-negeri utara. Mereka mahu menghapuskan kelas kapitalis dalam sistem perhambaan di negeri-negeri selatan. Mereka juga mahukan semua hak sivil, hak warganegara dan hak mengundi diberi kepada kaum kulit hitam di negeri-negeri selatan. Tuntutan ini nampak tidak radikal atau ekstrim pada hari ini, tetapi ianya dipandang sedemikian ketika itu.

Cadangan Pelan Golongan Radical
Pada bulan Julai 1864, golongan radikal di dalam kongres telah memperkenalkan cadangan Rekonstruksi mereka sendiri yang disebut Wade-Davis Bill. Rang undang-undang ini mencadangkan bahawa Kongres, dan bukan Presiden yang bertanggungjawab untuk Rekonstruksi. Ia juga menuntut penuhuhan kerajaan negeri adalah berdasarkan satu keputusan majoriti, dan bukannya 10 peratus seperti yang pernah dibuat pada tahun 1860. Di samping itu, negeri-negeri terbabit harus memberi sumpah taat setia kepada persekutuan. Presiden Lincoln sebaliknya tidak menghalang cadangan golongan radikal tersebut tetapi menunggu masa kongres bersidang lagi untuk beliau menggunakan kuasa "pocket veto"-nya, iaitu kuasa yang diperuntukkan kepada Presiden untuk membatalkan sesuatu rang undang-undang dalam tempoh 10 hari selepas persidang kongres berakhir. Akibatnya, golongan radikal bangkit mengumumkan kuasa tertinggi menjadi miliki Kongress. Kongres berkuasa penuh terhadap perlaksanaan Rekonstruksi dan Lincoln dilarang mencampuri sebarang urusan rekonstruksi. Pergaduhan yang amat serius berlaku dan akhirnya membawa maut kepada Presiden Lincoln pada malam 14 April 1865. Beliau diganti oleh timbalan presiden Andrew Johnson. Johnson menyedari dirinya bukan dipilih untuk menjadi presiden tetapi mengganti kekosongan setelah pembunuhan presiden Lincoln. Oleh itu, beliau telah meneruskan rancangan Lincoln. Tindakan beliau ini amat memeranjatkan golongan radikal, sebaliknya negeri-negeri selatan mengambil kesempatan yang mudah ini untuk menyertai semula Persekutuan kecuali negeri Texas. Pada bulan Disember 1865, para perwakilan dari negeri-negeri selatan telah hadir ke kongres. Mereka semua telah diberi pengampunan. Tindakan Johnson ini amat tidak dipersetujui oleh golongan radikal, terutamanya parti Republikan. Namun beliau mengambil pendirian tegas untuk mencapai matlamat pelan Rekonstruksi Lincoln. Misalnya, menjelang tahun 1869, lebih kurang 600 ribu kanak-kanak kaum kulit hitam mendapat pendidikan di sekolah asas.
Malah beliau menggunakan kuasa vetonya untuk meluluskan Civil Rights Bill pada bulan Februari 1866. Akta ini memberi hak warganegara kepada kaum kulit hitam.

Pemimpin golongan radikal, ialah Thadeus Stevens seorang peguam dari Pennsylvania. Beliau berpengalaman menyelamatkan kaum hamba abdi yang melarikan diri. Beliau menentang perhambaan, lantaran itu secara tidak langsung beliau mulai membenci negeri-negeri selatan. Pada pertengahan tahun 1866, golongan sederhan dari parti Republikan yang tidak bersefahaman dengan Johnson telah menyertai manifesto golongan radikal dan berjaya memperolehi undi 2/3 untuk mengatasi kuasa veto Presiden Johnson. Kini kuasa eksekutif telah jatuh ke tangan kongres yang didominasi oleh golongan radikal dari parti Republikan. Satu pindaan perlembagaan, Fourteenth Amendment telah diluluskan untuk menggantikan Civil Rights Bill yang dibuat oleh Johnson. Pindaan tersebut telah memperuntukkan persamaan hak kebebasan, taraf dan perlindungan undang-undang yang luas kepada kaum kulit hitam. Walau bagaimanapun, negeri-negeri selatan telah menolak pindaan undang-undang tersebut atas nasihat Presiden Johnson. Seterusnya, meletus pertentangan kaum di negeri-negeri selatan, terutamanya di bandar Memphis, Tennessee dan bandar New Orleans, Louisiana.

Pada 24 Februari 1868, dengan pungutan undi 2/3 kongres telah menuduh Johnson melakukan kesalahan penyelewengan kuasa. Beliau dituduh melindungi kepentingan negeri-negeri selatan dan bersikap kasar dalam menjalankan urusan pentadbirannya.

Dalam menghadapi pilihanraya bulan November 1868, parti Demokrat telah mencalonkan Horatio Seymour. Manakala parti Republikan mencalonkan Ulysses S. Grant. Grant telah dipilih menjadi presiden yang ke-18 dengan majoriti 214: 80 undi. Dengan kemenangan golongan radikal ini membolehkan cadangan-cadangan rekonstruksi mereka, yang selama ini dihalang oleh Johnson dilaksanakan. Akta Reconstruksi telah diluluskan pada tahun 1877, selepas pasukan tentera yang terakhir dikeluarkan daripada negeri-negeri selatan. Antara polisi yang mereka ambil ialah membahagikan tanah pertanian kepada kaum kulit hitam atau juga kaum kulit putih yang miskin akibat Perang Saudara. Kaum kulit hitam juga mula diterima untuk berkhidmat dalam jentera kerajaan. Misalnya 16 orang kulit hitam telah dipilih menjadi perwakilan dalam kongres.

Walau bagaimanapun, usaha-usaha rekonstruksi yang dilaksanakan oleh golongan radikal tidak mencapai kejayaan yang banyak oleh kerana timbul masalah rasuah yang berleluasa di kalangan mereka, terutamanya Presiden Grand. Di samping itu, timbul masalah untuk kos menyediakan keperluan yang sepatutnya diberi kepada kaum kulit hitam yang telah dibebaskan daripada perhambaan. Misalnya, pemberian tanah tidak dapat ditunaikan oleh kerana pegangan prinsip pemilikan peribadi (private property) di kalangan golongan radikal @ parti Republikan itu sendiri. Malah semasa pemerintahan Presiden Rutherford B. Hayes (1877-1881), kerajaan pusat gagal mengawal kuasa kerajaan negeri-negeri selatan yang didominasi oleh parti Demokrat mengamalkan dasar diskriminasi terhadap kaum kulit hitam. Misalnya mengenakan peraturan peperiksaan read and understanding sebagai satu syarat atau kelayakan untuk mengundi di samping harus membayar poll taxes.
Pendek kata, rekonstruksi yang diilhamkan oleh Lincoln dan diperhebatkan oleh golongan radikal gagal mencapai matlamat persamaan taraf sosial antara masyarakat Amerika Syarikat.


KULIAH 01| 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14