KULIAH 12
THE GREAT DEPRESSION

Latarbelakang
Majoriti rakyat Amerika merupakan penduduk di kawasan bandar. Jumlah penduduk Amerika pada tahun 1920 adalah kira-kira 106 juta orang. Jumlah ini telah bertambah sebanyak 17 juta dalam tempoh 10 tahun berikutnya. Daripada jumlah pertambahan tersebut, 15 juta merupakan penduduk di kawasan bandar. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, suasana kehidupan di Amerika telah mengalami banyak perubahan. Majoriti ahli masyarakatnya cenderung untuk migrasi mencari peluang hidup yang lebih selesa di kawasan bandar. Berbanding dengan kehidupan tradisional di kawasan luar bandar, tarikan faktor-faktor pembangunan infrastruktur, pendidikan, kebebasan individu, dan perubahan pekerjaan telah mendorong ramai ahli masyarakat luar bandar meninggalkan kampung halaman mereka untuk menetap di kawasan bandar. Misalnya, para bekas askar Perang Dunia Pertama memulakan kehidupan baru di kawasan bandar.

Pada tahun 1914, terdapat lebih kurang setengah juta pelajar mengikuti pendidikan di sekolah menengah bagi persediaan ke kolej ataupun untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dalam industri. Menjelang tahun 1926, jumlah ini telah meningkat kepada 4 juta pelajar. Peningkatan yang pesat ini bukan sahaja didorong oleh keinginan untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik, tetapi oleh kerana ia adalah ditawarkan secara percuma. Pihak kerajaan terpaksa menanggung kos pembiayaan yang terus meningkat. Antara tahun 1913 dan 1920 kos pendidikan meningkat dua kali ganda. Pada pertengahan than 1920an, jumlah kos pendidikan adalah 2.7 billion. Peningkatan sebanyak dua kali ganda juga berlaku pada tahun 1926. Oleh kerana itu, bagi menampung kos pembiayaan pendidikan ini, kerajaan mengambil langkah menaikkan kadar cukai secara berperingkat. Terutamanya, pihak kerajaan menghadapi cabaran menyediakan pendidikan khusus kepada penduduk imigrannya. Sebelum meletus Perang Dunia Pertama, seramai hampir sejuta orang imigran dari seberang laut dan kebanyakannya tidak tahu bertutur bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah di bandar terus dipenuhi oleh anak-anak imigran ini.

Selepas tamat Perang Dunia Pertama, Amerika menghadapi berbagai masalah seperti peluang pekerjaan, ancaman komunisme, hutang perang, gerakan anti-imigrasi, gerakan Klu Klux Klan, kenaikan kadar tarif import barangan seberang laut dan peningkatan kos hidup. Dalam jangka masa panjang, masalah-masalah tersebut telah menyumbang kepada kemelesetan ekonomi Ameika Syarikat keseluruhannya.


Kemelesetan ekonomi
Pada mulanya ramai rakyat Amerika Syarikat tidak dapat menerima hakikat malapetaka ekonomi yang melanda negara mereka pada akhir tahun 1920an. Misalnya, pada bulan 25 Oktober 1929 Presiden Hoover memberitahu rakyat Amerika bahawa aktiviti urusniaga berjalan seperti biasa dan menguntungkan. Begitu juga pada bulan yang berikutnya, beliau member! keyakinan atau semangat kepada rakyat Amerika agar tidak berasa khuatir kerana tahap ekonomi negara masih pada kedudukan yang baik. Ini diperkukuhkan oleh pandangan tokoh korporat, Henry Ford yang menyebut bahawa 'keadaan ekonomi hari ini adalah lebih baik berbanding pada hari sebelumnya.' Sungguhpun, wujudnya pandangan-pandangan yang menyakinkan itu, namun hakikatnya bahawa Amerika Syarikat sedang menuju masalah kemelesetan ekonomi yang paling teruk dialami dalam sejarahnya. Menjelang pertengahan bulan November, pasaran saham telahpun mencapai kerugian sebanyak $30 billion, yakni sejumlah kos pembiayaan Perang Duma Pertama. Apakah faktor-faktor yang membawa kepada kemelesetan ekonomi tersebut?

Ahli-ahli Sejarah dan Ekonomi memberi pandangan bahawa kemelesetan ekonomi yang dialami oleh Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh gabungan berbagai faktor dan bukannya oleh satu faktor tertentu sahaja. Antara faktor-faktor terpenting ialah;

Pertama, wujud agihan pendapatan yang tidak seimbang. Lebih separuh daripada penduduk Amerika hidup dalam kemiskinan selepas Perang Dunia Pertama oleh kerana pendapatan yang rendah berbanding harga barangan keperluan harian yang terus meningkat. Sungguhpun aktiviti bidang perindustrian dan pertanian sangat produktif, namun kuasa membeli masyarakat America amatlah rendah.

Kedua, berlaku kemudahan kredit yang bebas. Oleh kerana masalah pendapatan yang rendah, wujud kecenderungan untuk meminjam wang atau membeli barangan secara bayaran ansuran di kalanng rakyat Amerika. Walaupun, bank pusat tidak memberi kemudahan kredit kepada individu yang berminat melabur dalam aktiviti spekulasi pasaran stok, tetapi bank-bank swasta telah menyediakan kemudahan kredit secara bebas tanpa kawalan. Apabila pasaran stok jatuh, ramai peminjam tidak dapat membayar pinjaman mereka menyebabkan banyak bank swasta terpaksa menanggung kerugian. Justeru itu, ramai rakyat kehilangan simpanan mereka apabila banyak bank swasta terpaksa ditutup.

Ketiga, perdagangan luar negeri yang tidak seimbang. Sepanjang dekad 1920an, kerajaan Amerika mengamalkan polisi tarif yang tinggi agar dapat menghindar kemasukan barangan luar negeri dalam pasaran tempatan. Polisi ini bertujuan untuk meningkatkan kuasa membeli barangan buatan tempatan di kalangan masyarakat Amerika. Pada tahun 1930, kongres telah meluluskan Hawley-Smoot Tariff Act, yakni satu jaminan periindungan terhadap barangan tempatan secara berkesan. Justeru, bukan sahaja negara-negara seberang laut tidak dapat menjual barangan buatan mereka ke dalam pasaran Amerika, malahan barangan buatan Amerika juga tidak dapat pasaran yang baik di seberang laut ekoran tindakbalas yang sewajar juga dikenakan oleh negera-negara berkaitan. Tambahan pula negara-negara Eropah mengalami beban hutang yang banyak akibat Perang Dunia Pertama. Justeru itu, kuasa mengimport barangan buatan Amerika sangatlah pada tahap yang rendah.
Keempat, mekanisasi dalam industri Amerika. Selepas tamat Perang Dunia Pertama, berlaku perubahan besar dalam bidang teknologi. Banyak industri dibangunkan dan menghasilkan pengeluaran yang lebih banyak. Akibat penggunaan teknologi pada tahap yang maksima menyebabkan ramai rakyat Amerika mula menganggur. Kekurangan pekerja juga memberi kesan negatif terhadap kuasa membeli barangan.

Antara tahun 1929 dan 1932, keadaan ekonomi merosot hingga pada tahap yang teruk. Lebih 85 ribu premis perniagaan telah ditutup, dan 400 ribu ladang pertanian telah diambil-alih oleh pemiutang ekoran kaum petani tidak dapat membayar pinjaman mereka. Lebih kurang 6 ribu bank swasta ditutup atau muffs dan mengakibatkan lebih 9 juta individu kehilangan wang simpanan mereka. Kira-kira 100 ribu pekerja kehilangan pekerjaan mereka dalam sehari hingga mengakibatkan sejumlah 16 juta orang menjadi penganggur dalam tempoh tiga tahun tersebut. Masalah pengangguran, kebuluran, dan jenayah sosial menjadi senario yang berleluasa. Langkah memberi pekerjaan utama kepada kaum lelaki mula diamalkan sehingga menyebabkan kaum wanita kehilangan pekerjaan mereka. Amalan ini berkekalan hingga tahun 1940an. Lebih 26 ribu sekolah terpaksa ditutup ekoran masalah kekurangan pelajar, terutamanya kerana kanak-kanak dipaksa untuk bekerja di sweatshop. Di kalangan petani tidak dapat meneruskan aktiviti mereka dengan baik memandangkan kos usaha yang tinggi tetapi hasil pulangan yang rendah. Pada tahun 1924, golongan bekas askar Perang Dunia Pertama menuntut agar kerajaan membayar bonus sebanyak $30 sebulan sebagai pampasan perkhidmatan yang mereka berikan semasa perang. Pada tahun 1932, kira-kira 17 ribu bekas askar Perang Dunia Pertama dari seluruh negara mula berada di Washington D.C. Mereka membina khemah di kawasan lapang Anacostia. Tanpa jaminan terhadap tuntutan mereka, kerajaan sekadar mampu untuk membayar tambang pulang ke tempat asal mereka. Sungguhpun ramai yang bersetuju, namun lebih kurang 2 ribu masih berkeras untuk pulang sehingga kerajaan menghalau mereka pada 28 Julai.


New Deal
Pentadbiran Presiden Hoover gagal mencari langkah terbaik untuk memulihkan keadaan ekonomi Amerika. Wujud anggapan bahawa keadaan ekonomi yang komplikted tidak dapat diperbaiki dengan apa sekalipun polisi yang dibuat oleh kerajaan. Justeru itu, pentadbiran Hoover sekadar memegang prinsip let the capitalist system recover on its own.

Menjelang pilihanraya presiden pada akhir tahun 1932, Hoover dan parti Republikan mulai tidak disenangi oleh rakyat Amerika. Kini perhatian mereka sebagai calon presiden tertumpu kepada gabenor New York, Franklin Delano Roosevelt, yakni calon parti Demokrat. Beliau memenangi sejumlah 23 juta undi dalam pilihanraya tersebut untuk menjadikan beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ketiga puluh dua. Hoover memungut sebanyak 16 juta undi. Pada 4 Mac 1933, rakyat yang sekian sabar menunggu pentabiran Roosevelt telah mendapat semangat dan keyakinan baru untuk menghadapi masalah kemelesetan ekonomi. Dalam ucapan perlantikannya sebagai presiden, beliau menuntut rakyat Amerika memberi kuasa yang lebih luas kepadanya untuk membasmi kemelesetan ekonomi negara. Beliau menyebut, as great as the power that would be given me if we were in fact invaded by a foreign foe. Ramai yang keliru dengan kenyataan beliau, terutamanya wujud pandangan bahawa beliau akan memperkenalkan kerajaan diktator.

Roosevelt merupakan generasi hasil daripada era progresif. Beliau bersikap pragmatik terhadap sebarang pandangan dan polisi yang hendak diperkenalkan. Menurut pandangan beliau, It is common sense to take a method and try it. If it fails, commit it frankly dan try another. But above all, try something. Pandangan ini merupakan suatu teladan yang diperolehi daripada era pentadbiran Hoover sebelumnya. Beliau telah membentuk kabinetnya yang terdiri daripada campuran Demokrat, Republikan, Progresif dan Isolationists. Beliau juga melantik seorang wanita pertama, Frances Perkins sebagai setiausaha jabatan buruh dalam sejarah kabinet Amerika Syarikat. Tambahan pula, sokongan kuat daripada isteri beliau, Eleanor Roosevelt maka pentadbiran Roosevelt dapat melaksanakan polisi NEW DEAL untuk mengatasi masalah ekonomi dan sosial di Amerika dengan berkesan. Langkah awal tertumpu kepada usaha untuk menyediakan pekerjaan kepada rakyat melalui Civilian Conservation Corps (CCC). Langkah kedua adalah meluluskan Federal Emergency Relief Act untuk menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada rakyat golongan menganggur, tua, dan sakit. Langkah ketiga, meluluskan Agricultural Adjustment Act pada bulan Mei 1933 untuk mengawal pengeluaran hasil pertanian, sebaliknya kerajaan akan membayar sejumlah wang ke atas tanah-tanah ladang yang lidak diusahakan. Seterusnya bcherapa akta lain turut diluluskan bukan sahaja membawa pemulihan secara langsung ke atas pembangunan bidang ekonomi, namun secara tidak langsung perlaksanaan akta-akta tersebut telah menaikkan taraf hidup masyarakat Amerika. Peluang pekerjaan dan kemudahan asas yang cukup berjaya disediakan melalui polisi NEW DEAL.

Menjelang bulan Januari 1935, Roosevelt telah memperkenalkan polisi SECOND NEW DEAL. Polisi ini merupakan langkah reformasi ke atas sistem kapitalisme di Amerika Syarikat. Sungguhpun wujud beberapa tentangan terhadap polisi NEW DEAL, misalnya Liberty League yang dianggotai oleh kaum kapitalis industri, bank dan peguam korporat, namun rakyat kebanyakan menyambut baik polisi tersebut. Kumpulan Liberty League beranggapan bahawa polisi NEW DEAL itu hanya akan mengancam perlembagaan dan secara perlahan-lahan membentuk sebuah pemerintahan diktator. Hakikatnya golongan ini merasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Roosevelt yang terlalu mementing kebajikan rakyat tanpa dapat memenuhi kepentingan dan keuntungan maksima kaum menengah tersebut. Pada tahun 1936, sekali lagi Roosevelt telah memenangi pilihanraya dan menjadi presiden bagi sesi kedua. Polisi SECOND NEW DEAL diteruskan, terutamanya mengadakan reformasi ke atas sistem keadilan. Namun, kawalan beliau terhadap kongres mula lemah menyebabkan polisi reformasi sistem keadilan gagal mencapai matlamatnya. Dengan kata lain, polisi SECOND NEW DEAL telah sampai penghujungnya menjelang tahun 1939. Pada tahun tersebut, Amerika mula memberi tumpuan terhadap perkembangan di seberang laut, terutamanya meletus Perang Dunia Kedua di Eropah. Sekali lagi Roosevelt memenangi pilihanraya pada tahun 1940 menjadi presiden bagi sesi ketiga. Beliau berjaya mengalihkan tumpuan rakyat kepada agenda masalah di seberang laut, terutamanya untuk memberi bantuan kepada Britain yang menghadapi Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Jerman merupakan musuh lama Amerika semasa Perang Dunia Pertama. Pada bulan Jun 1940 Britain telah memohon bantuan Amerika untuk menentang serangan Jerman. Dengan serta merta Roosevelt menghantar kelengkapan senjata ke Britain. Dengan penglibatan Amerika dalam Perang Dunia Kedua maka tamatnya era the GREAT DEPRESSION di Amerika Syarikat.


KULIAH 01| 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14