KULIAH 5
SEKSIONALISME DAN KEBANGKITAN SEMULA NASIONALISME, DEMOKRASI JACKSONIAN, PERTENTANGAN UTARA DAN SELATAN, DAN ERA REFORMASI


Dalam beberapa tahun selepas tamatnya perang pada tahun 1812, seluruh negara Amerika Syarikat dilanda oleh satu perasaan nasionalisme baru, iaitu perasaan kemegahan dan semangat perpaduan di kalangan masyarakatnya. Semangat nasionalisme ini telah ditunjukkan oleh rakyat ketika lawatan Presiden James Monroe ke Boston pada tahun 1817. Beliau telah disambut dengan meriah sekali. Malah idea seorang pemimpin Republikan dari Virginia yang mendapat sambutan yang baik oleh rakyat di sebelah utara, terutamanya gologan penyokong kuat kaum Federalis ketika ini amat mengkagumkan seluruh negara. Sebuah akhbar Federalis, Columbia Centinel melahirkan gambaran awal dan abstrak mengenai corak pemerintahan Presiden Monroe yang dianggap harmoni. Justeru itu, era ini dianggap sebagai Era of good feeling dalam sejarah masyarakat Amerika.

Pada masa ini telah wujud kompromi di antara negeri-negeri utara dan selatan. Dalam bidang perdagangan, kerajaan kongres telah mewujudkan Akta Tarif pada tahun 1816 bagi melindungi industri tempatan [di utara] terhadap persaingan antarabangsa. Tindakan ini diambil ekoran daripada kemasukan pedagang-pedagang British ke pasaran Amerika dengan menjual barangan mereka pada harga yang murah berbanding harga barangan tempatan. Untuk meningkatkan hubungan antara negeri-negeri utara dan selatan juga, kerajaan federal telah melancarkan pembinaan jalanraya dari Cumberland di Maryland ke Vandaila di Illinois, dan juga mempertingkatkan terusan-terusan bagi melicinkan aktiviti perdagangan. Semuanya telah dilakukan dengan pembiayaan daripada sumber hasil kutipan tarif tersebut.

Bagi membantu kedua-dua seksi (bahagian), utara dan selatan tersebut dalam menjalankan urusan perniagaan antara satu sama lain, kerajaan federal telah menubuhkan sebuah bank pusat [nasiona] yang baru. Selapas tamatnya piagam bank nasional yang pertama pada tahun 1811, semua urusan kewangan telah dilakukan oleh bank negeri masing-masing. Pada tahun 1816, kongres telah mengeluarkan piagam baru untuk penubuhan sebuah bank nasional yang kedua bagi Amerika Syarikat [Bank of the United States]. Bank ini mempunyai 25 cawangan di seluruh negara dan dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan wang kertas sendiri yang boleh digunakan di seluruh negara.

Perubahan politik
Dalam bidang politik, pentadbiran Monroe telah menumpukan kepada pembangunan negeri dengan melancarkan doktrinnya yang bertujuan untuk penyatuan dan penggabungan negeri-negeri baru dalam Amerika Syarikat. Selepas kekalahan Napolean di Eropah pada tahun 1815, kuasa-kuasa Portugis dan Sepanyol berhasrat untuk kembali atau menuntut semula wilayah-wilayah jajahan mereka di benua Amerika. Pada masa yang sama juga, kuasa Rusia telah memperkukuhkan kedudukan mereka di wilayah Alaska yang telah dijajah sejak pada tahun 1784 dan seterusnya mula membina pengkalan perdagangan mereka di California. Keadaan ini telah mendesak Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan yang cepat. Dalam ucapan beliau kepada kongres pada tahun 1823, Monroe telah memberi amaran kepada semua kuasa Eropah agar tidak mencampuri hal ehwal di hemisfera barat (wilayah-wilayah di sebelah barat benua Amerika). Sebagai balasannya, Amerika Syarikat juga berjanji tidak akan mencampuri hal ehwal di Eropah ataupun juga tidak mencampuri hal ehwal di hemisfera barat.

Isu Perhambaan
Semangat nasionalisme menghadapi cabaran isu perhambaan semasa era perasaan baik dan berlanjutan semasa era krisis kemudian. Sejak tahun 1787 lagi, perhambaan telahpun dihapuskan di wilayah-wilayah utara. Isu ini tidakpun timbul semasa penggabungan Louisiana pada tahun 1803. Namun isu ini menjadi masalah penting sewaktu Missouri memohon untuk bergabung dalam Amerika Syarikat pada tahun 1818. Missiouri menuntut agar kongres memberi pengiktirafan kepada kedudukan haknya mengekalkan amalan perhambaan. Isu ini telah diperdebatkan dengan panjang dan secara terbuka dalam kongres. Negeri-negeri di selatan berkeras mempertahankan kepentingan perhambaan dan polisi perluasan ke arah barat. Untuk seketika waktu, permohonan Missouri terpaksa digantung sehinggalah timbul permohonan Maine untuk menyertai gabungan dalam Amerika Syarikat pada tahun 1820. Dengan candangan dan pengaruh Henry Clay (pemimpin Whig), kongres telah mengemukakan dan meluluskan Missouri Compromise, iaitu bersyarat, Maine menjadi negeri bebas dan Missouri kekal sebagai negeri hamba. (rujuk peta).


Kompromi Missouri
Sekitar tahun 1819 dan 1820, suasana agak mencemas perpaduan Amerika Syarikat oleh kerana masalah perbezaan yang semakin bertambah antara dua seksi utama [barat Vs selatan]. Tetapi setelah krisis seksi itu telah dihindar berikutan dengan Missouri Compromise pada tahun 1820, semangat nasionalisme terus menerangi mereka, dan dengan ini kerajaan federal pun mula mengambil peranannya untuk menganjur lebuh banyak pertumbuhan dalam pembangunan ekonomi Amerika Syarikat..

Kedudukan amalan perhambaan sudahpun kukuh di Missouri pada ketika ia memohon untuk menyertai kesatuan sebagai sebuah negeri pada tahun 1819. Pada masa yang saman, perwakilan dari New York, James Tallmadge, Jr. mencadangkan satu pindaan rang undang-undang yang melarang amalan perhambaan. Cadangan ini menuntut agar Missouri menganjurkan pembebasan hamba abdi secara beransur-ansur. Cadangan pindaan oleh Tallmadge telah membangkitan satu kontroversi yang telah menjadi kritikal pada dua tahun kemudiannya.

Sejak mula penubuhan republik, negeri-negeri baru telah bergabung dalam persyarikatan (UNION), iaitu sebahagiannya secara kebetulan (by chance) dan sebahagian lain pula secara dirancangkan (design), dengan membawa keistimewaan atau perbezaan tersendiri. Terdapat dua perbezaan utama atau seksi (pembahagian), iaitu dari segi geografi politik yang diistilahkan sebagai 'negeri-negeri utara' (Northerners) dan 'negeri-negeri selatan'(Southerners). Pada tahun 1819, terdapat 11 negeri bebas dan 11 negeri hamba. Dijangkakan bahawa penggabungan Missouri dalam persyarikatan akan menimbulkan ketidakseimbangan, sebaliknya akan meningkatkan kuasa salah satu antara kedua-dua pihak tersebut, terutamanya berhubung dengan kepentingan negeri-negeri utara dan negeri-negeri selatan dalam masalah perhambaan dan pembebasan di Missouri.

Permasalahan penggabungan Missouri kemudiannya menjadi lebih sukar oleh kerana timbulnya permohonan wilayah Maine (asalnya bahagian utara negeri Massachusetts) untuk menjadi sebuah negeri sendiri. Kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk menerima kemasukan kedua-dua negeri ke dalam pensyarikatan, Maine sebagai negeri bebas dan Missouri sebagai negeri hamba.

Marshall dan Mahkamah
Mahkamah Tinggi dibawah pimpinan ketua hakim John Marshall memberi sokongan kepada tren meningkatkan kuasa kerajaan nasional [federal]. Beliau dilantik menjadi ketua hakim pada tahun 1801. Beliau seorang peguam dari Virginia yang berkelibar. Setelah berkhidmat selama 34 tahun, walau bagaimanapun beliau telah mendominasikan mahkamah. Beliau telah memperluaskan kuasa mahkamah dan secara tidak langsung memperluaskan kuasa kerajaan federal ke atas negeri-negeri. Misalnya pada tahun 1819, beliau telah menolak tuntutan hak Maryland untuk mengenakan cukai ke atas cawangan bank nasional.

Mahkamah dan Peribumi
Cherokee ialah salah satu suku kaum Indian yang cuba mengikuti cara hidup orang kulit putih tetapi tidak dapat memajukan usaha mereka itu lebih lanjut. Suku Cherokee di Georgia telahpun melakukan apa yang diilhamkan oleh Presiden Jefferson suatu ketika dahulu. Misalnya mereka telah menukarkan cara hidup memburu kepada bertani. Mereka juga berjaya membina perniagaan kecil-kecilan, sekolah dan mula menerbitkan satu akhbar dalam bahasa mereka sendiri. Walau bagaimanapun, pada tahun 1827, mereka bercadang untuk membentuk sebuah negeri dengan perlembagaan sendiri. Kerajaan Georgia pula enggan mengiktirafkan tindakan suku Cherokee tersebut. Sebaliknya, kerajaan Georgia bertindak membuka tanah-tanah peribumi untuk tujuan petempatan baru bagi kaum kulit putih. Masalah ini telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi pada tahun 1832 (kes Worcester V. Georgia). Ketua hakim, Marshall telah menolak tuntutan kerajaan Georgia, tetapi mengakui kewujudan wilayah tanah Cherokee.

Doktrin Monroe
Pada tahun 1823, Monroe mengumumkan satu polisi, yang hanya dikenali selepas 30 tahun kemudian sebagai Monroe Doctrine. Beliau menegaskan bahawa The American continents are henceforth not to bo considered as subjects for future colonization by any European powers. Terpadat empat ciri penting dalam Doktrin Monroe, iaitu;

1. Hemisfera Barat ditutup kepada mana-mana penjajahan kuasa Eropah.

2. Percubaan mana-mana negera Eropah untuk menubuhkan koloni-koloni baru di dunia baru atau untuk mengawal politik negara Amerika akan dipandang sebagai tindakan tidak bersahabat dengan Amerika.

3. Amerika tidak boleh campurtangan dalam hal ehwal di Eropah atau dalam mana-mana urusan koloni-koloni Amerika yang telah sedia bebas.

4. Eropah pun tidak boleh menganggu status politik mana-mana negari yang bebas di Hemisfera Barat.

Pendek kata, doktrin ini merupakan amaran Amerika kepada kuasa-kuasa Eropah agar tidak campurtangan dalam sebarang urusan negara-negara baru di kepulauan Carribean dan Amerika Latin. Walau bagaimanapun, doktrin Monroe bukanlah satu doktrin yang baru, tetapi telahpun dicadangkan oleh George Washington dahulu, khususnya dalam farewell Address beliau pada tahun 1797.

Kebangkitan Pembangkang
Selepas tahun 1816, parti Federalis tidak lagi menghantar calon mereka untuk bertanding dalam pilihanraya presiden, sebaliknya terus lenyap dalam arena politik nasional. Politik nasional terus didominasi oleh kaum Republikan yang tidak pernah menganggap pertubuhan mereka itu sebagai sebuah parti politik, sebaliknya sebagai satu organisasi yang mewakili kepentingan seluruh populasi pensyarikatan. Dalam pada itu, kerajaan federal pula sentiasa memperkenalkan beberapa polisi yang akhirnya telah mencetuskan semangat pembangkang dalam politik Amerika. Pada tahun 1820an, perpecahan dalam parti telah berlaku sekali lagi. Sungguhpun parti Federalis telah lenyap, namun parti tunggal mula mengalami perpecahan. Dalam pilihanraya presiden pada tahun 1824, pertandingan yang berlaku adalah di antara kalangan parti Republikan, iaitu William H. Crawford (setiausaha bendahari), John Quincy Adams (setiausaha negeri), Henry Clay (Speaker Kongres), dan Andrew Jackson (bekas tentera). Adam telah dipilih menjadi presiden setelah mendapat sokongan pengaruhi Clay dalam dewan perwakilan. Ekoran daripada itu, menyebabkan Jackson keluar dari parti Republikan untuk menubuhkan parti baru, iaitu Parti Demokratik Republik [kemudian dikenali Parti Demokratik hingga kini). Dalam pilihanraya pada tahun 1828, Jackson telah mencapai kemenangan besar, iaitu jumlah undi sebanyak 178 berbanding 83 yang diperolehi oleh John Quincy Adams. Kemenangan dan era pemerintahan beliau telah dikenali sebagai era of the common man dalam sejarah politik Amerika Syarikat.

Kebangkitan Politik Massa
Pada 4 Mac 1829, ribuan rakyat Amerika dari seluruh negara datang memenuhi ibubandar Amerika Syarikat di Washington D.C. untuk menyaksikan penabalan Andrew Jackson sebagai Presiden. Sungguhpun Jackson telah dipilih menjadi presiden dengan sokongan kumpulan politik tertentu, namun apa yang penting, beliau tidak pernah menganggap dirinya sebagai wakil golongan tertentu, tetapi wakil kepentingan nasional keseluruhan. Beliau tidak suka kepada sifat mementing diri di kalangan kumpulan atau kuasa individu tertentu yang didasarkan kepada keistimewaan tertentu. Beliau telah menjadi contoh seorang rakyat biasa yang berjaya dan bersedia untuk menghapuskan keistimewaan aristokrat di mana-mana saja beliau pergi.

Kemunculan sistem parti kedua
Pada tahun 1830an, sekumpulan pemimpin dalam parti Demokratik di bawah pimpinan presiden Andrew Jackson mula mengasingkan diri ekoran daripada rasa tidak puas hati dengan dasar-dasar pentadbiran yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Mereka menggelar perjuangan mereka sebagai Whigger ataupun Whig, iaitu satu nama yang diadaptasikan daripada perjuangan sebuah parti politik di England yang berjuang untuk mengurangkan kuasa raja England. Parti Whig di Amerika Syarikat ini telah menggelarkan Jackson sebagai King Andrew I.

Dengan kemunculan parti Whig tersebut, sekali lagi dalam sejarah Amerika mempunyai persaingan di antara dua parti politik, iaitu Demokrat dan Whig. Parti Whig dipimpin oleh tokoh-tokoh seperti Henry Clay, Daniel Webster dan John Calhoun. Clay pernah bertanding untuk jawatan Presiden sebanyak 3 kali tetapi kalah. Parti Whig ini hanya pernah memenangi pilihanraya presiden sebanyak 2 kali dalam tempoh lebih 20 tahun sejarah perjuangan.

Kebangkitan Nativisme
Populasi immigran mula menjadi faktor utama dalam kehidupan rakyat Amerika selepas tahun 1830. Ramai ahli politik melihat peningkatan dalam populasi immigran ini adalah sebagai satu potensi sumber sokongan kepada perjuangan mereka. Mereka mendesak kerajaan-kerajaan negeri agar melonggarkan undang-undang mereka supaya membenarkan populasi immigran diberi kelayakan dan hak mengundi. Malah ada golongan ahli politik yang lain pula berpandangan bahawa kedatangan immigran itu adalah kerana keperluan untuk tenaga buruh yang murah. Namun ada pandangan lain yang melihat keadaan ini di sebaliknya, yakni kemasukan tenaga buruh murah telah mencuri peluang pekerjaan daripada penduduk asal dan peribumi.

Golongan Protestan bimbang dengan peningkatan populasi immigran Irish yang beragama Katolik akan mampu menguasai politik Amerika di masa yang terdekat. Justeru itu, pada tahun 1837 persatuan Native Amerincan Association ditubuhkan untuk melindungi kepentingan mereka daripada pencerobohan immigran. Pada tahun 1845, pertubuhan tersebut telah dikembangkan menjadi pertubuhan politik, iaitu Native American Party.

Pada tahun 1850, kumpulan-kumpulan nativist bergabung membentuk Supreme Order of the Star-Spangled Banner dengan perjuangan untuk menghalang kaum Katolik dan immigran lain menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam. Selepas pilihanraya presiden pada tahun 1852, kumpulan ini yang mula digelar Know-Nothing telah membentuk parti politik baru, American Party. Mereka hanya berjaya menguasai beberapa buah negeri, iaitu Pennsylvania, New York dan Massachusetts. Selepas tahun 1854, kumpulan ini mula lemah dan beransur-ansur lenyap.

Kebangkitan King Cotton
Pembangunan ekonomi yang terpenting di selatan pada pertengahan kurun ke-19 ialah perpindahan kuasa ekonomi dari negeri-negeri di upper south [negeri lama] ke negeri-negeri lower south [negeri baru] iaitu dari negeri-negeri Virginia, Carolina Utara, Maryland dan Kentucky ke Tennessee, Carolina Selatan,Arkansas, Georgia, Mississippi, Alabama, Louisiana, Florida, dan Texas.

Kemerosatan ekonomi tembakau di negeri-negeri upper south disebabkan oleh jatuhan harga dan ketidaksuburan tanah, dan juga had semulajadi pengeluaran gula, padi dan kapas biasa adalah menjadi faktor penting kepada perpindahan kuasa ekonomi ke bahagian selatan Amerika, terutamanya dengan pengenalan sejenis tanaman kapas baru yang mempunyai tempoh pengeluaran yang lebih singkat. Pada tahun 1820an, pengeluaran kapas mula tersebar dari Carolina Selatan dan Georgia ke Alabama, Mississippi dan kemudian ke utara Louisiana, Texas dan Arkansas. Menjelang tahun 1850an, pengeluaran kapas menjadi pendapatan yang paling menguntung bagi negeri-negeri selatan. Sepuluh tahun kemudian, sebanyak hampir dua pertiga pengeluaran eksport perdagangan Amerika Syarikat adalah datang daripada hasil kapas, iaitu menyumbangkan sejumlah $200 juta pendapatan negara setahun. Sedangkan nilai hasil bagi pengeluaran padi adalah sejumlah $2 juta setahun. Justeru itu, kaum petani kulit putih di selatan menggelar Cotton is king.

Prospek keuntungan yang besar daripada pertanian kapas ini telah mendorong perpindahan ribuan penduduk kaum petani ke bahagian barat-daya Amerika Syarikat. Ramai di antara mereka adalah kaum petani kaya daripada negeri-negeri lama. Kebanyakannya terdiri daripada petani-petani kecil sama ada memiliki hamba abdi atau tidak bercita-cita untuk menjadi petani yang mewah.

Perpindahan kuasa ekonomi kaum petani kulit putih ke selatan turut mempengaruhi perpindahan di kalangan populasi hamba abdi. Mengikut beberapa perangkaan di antara tahun 1840 dan 1860, menyatakan sejumlah 410 ribu hamba abdi daripada bahagian upper south (negeri-negeri lama) telah berpindah ke negeri-negeri pengeluar kapas. Perpindah mereka adalah sama ada mengikut tuan mereka ataupun telah dijual kepada petani-petani di negeri-negeri baru di selatan. Hakikhatnya, perdagangan hamba abdi memberi keuntungan lumayan bagi negeri-negeri lama, terutamanya dapat menampung kerugian dalam pengeluaran tembakau dan lain-lain tanaman yang sedang mereka alami.

Kebangkitan Feminisme
Hakikat dominasi kaum lelaki dalam semua aktiviti utama pada masa era Antebellum (1815-1860) telah memberi kesan kepada kaum wanita Amerika dalam tahun 1820an dan seterusnya. Ini membawa kepada pergerakkan reformasi sosial di kalangan masyarakat Amerika, terutamanya kaum wanita di antara tahun 1829an dan 1830an yang merasa tidak puas hati dengan beberapa halangan sosial dan undang-undang terhadap penglibatan mereka dalam menggerak pembangunan kaum dan negara. Mereka bangkit dengan memperjuangkan hak persamaan taraf daripada sikap diskriminasi daripada kaum lelaki. Slogan Men and women were CREATED EQUAL…They are both moral and accountable beings, and whatever is right for man to do, is right for women to do. Antara tokoh-tokoh refomis wanita Amerika ialah Sarah Grimke, Angelina Grimke, Catherine Beecher Stowe, Harriet Beecher Stowe, Lucretia Mott, Elizabeth Cady Stanton dan Dorothea Dix.

Pada tahun 1840, beberapa perwakilan wanita Amerika yang telah menyertai konvensyen anti-perhambaan sedunia di London merasa kecewa dengan sikap dan layanan yang diberi penganjur konvensyen tersebut yang dikendali oleh kaum lelaki. Kekecewaan ini telah mendorong mereka untuk menganjur satu konvensyen khas di Seneca Fall, New York untuk membincangkan hal ehwal dan hak kaum wanita secara khususnya. Hasil konvensyen ialah satu deklarasi Declaration of Sentiments and Resolutions yang menegaskan tentang slogan all men and women are creted equal. Bahawa wanita tidak ada kekurangan dengan lelaki dalam hak-hak tertentu, terutamanya tuntutan hak mengundi. Kebanyakan wanita yang terlibat dalam gerakan ialah dari kaum Quakker, yakni satu aliran gereja protestan yang menekankan prinsip persamaan hak antara jantina. Misalnya mendorong ramai kaum wanita menjadi pengkhotbah atau mubaligh dan pemimpin masyarakat. Sungguhpun begitu, sambutan daripada kalangan kaum wanita lain terhadap gerakan ini juga amat memberangsangkan, misalnya cuma Elizabeth Cady Santon sahaja datang dari kaum Quaker semasa pengumuman Declaration of Senitiment pada tahun 1848. Perjuangan kaum wanita Amerika ini pada keseluruhannya mencapai kejayaan atau berkahir pada tahun 1920.

Penentangan terhadap amalan perhambaan
Pergerakan anti-perhambaan bukanlah suatu perkara baru pada pertengahan kurun ke-19 di Amerika, tetapi pada tahun 1830 barulah wujud suatu gabungan semua kekuatan yang ada dalam usaha-usaha merealisasikan reformasi sosial di Amerika.

Pada awal kurun ke-19, suara-suara yang menentang amalan perhambaan adalah tertumpu kepada permasalahan konsep kolonialisasi, terutamanya satu kecenderungan di kalangan kaum kulit putih untuk menempatkan penduduk immigran kulit hitam dari Afrika dan Caribbean di Virginia. Pada tahun 1817 mereka telah menubuhkan satu persatuan, American Colonization Society (ACS) yang bertujuan untuk memberi kekebasan kepada kaum hamba abdi tanpa menggugat hak pemilikan hamba [harta] negeri-negeri di selatan. Melalui persatuan ini, ramai hamba abdi dari Virginia dan Maryland telah dipindahkan ke Afrika dan kesannya pada tahun 1830 telah tertubuh sebuah kerajaan di Liberia. Liberia menjadi sebuah kerajaan kulit hitam yang merdeka pada tahun 1846 dan menamakan ibu negara Monrovia, sempena nama presiden Amerika ketika itu.

Sungguhpun begitu, usaha-usaha oleh ACS untuk menghantar kaum hamba abdi ke Afrika juga tidak mencapai kejayaan yang sebenar oleh kerana respon yang dingin daripada kalangan kaum hamba abdi itu sendiri. Mereka lebih rela terus menjadi hamba abdi daripada migrasi ke mana-mana pun. Justeru itu, menjelang tahun 1830, usaha kolonisasi telah gagal, terutamanya dengan pertumbuhan aktiviti perladangan kapas yang amat bergantung kepada sistem tenaga buruh. Dengan itu, sebarang penentangan terhadap perhambaan di Amerika ketika itu terpaksa berakhir.


KULIAH 01| 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14