KULIAH 13
AMERIKA DALAM PERANG DUNIA KEDUA

Kenapa meletusnya Perang Dunia Kedua? Persoalan ini mempunyai pelbagai rumusan tersendiri, namun yang terpenting sekali ialah kesan kemelesetan ekonomi sedunia. Hakikatnya, lebih kurang 64 buah negara kuasa besar dan kecil telahpun menyatakan perjanjian masing-masing untuk mengelak sebarang bentuk peperangan di masa hadapan melalui persetian Kellogg-Briand Pact yang ditandatangani pada 15 Januari 1929. Walau bagaimanapun, tekanan kemelesetan ekonomi telah mendesak negara-negara Jepun, Jerman, dan Itali mengambil tindakan peperangan sebagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Ketiga-tiga negeri ini amat bergantung kepada sumber bahan mentah dan kewangan daripada negara-negara seberang laut untuk mengerakkan ekonomi mereka. Misalnya, Jepun bergantung kepada bahan mentah dan makanan daripada Tanah Besar Asia, terutama wilayah Manchuria. Jesteru itu, Jepun telah menyerang dan menawan Machuria daripada China pada bulan September 1931 agar dapat menguasai bekalan arang batu dan besi untuk menampung keperluan industri berat, khususnya kilang perkapalan dan senjata. Begitu juga bagi Jerman dibawah pemerintahan diktator Adolf Hitler yang mengalami banyak hutang akibat Perang Dunia Pertama mula mengambil tindakan keluar daripada League of Nations pada tahun 1933 supaya dapat merancang sendiri langkah pemulihan semula kuasanya. Itali pula mengambil langkah untuk menguasai sendiri Laut Mediterranean menyebabkan berlaku peperangan dengan negara-negara jiran yang bergantung kepada laut tersebut. Namun badan League of Nations ternyata tidak dapat berfungsi dengan berkesan, sebaliknya mengharapkan Persetiaan Versialles dipatuhi oleh Jepun, Jerman dan Itali. Misalnya, apabila badan tersebut mengkritik tindakan Jepun ke atas Manchuria, Jepun bertindak menarik balik keahliannya dalam badan tersebut, malah mengengkari perjajian Five-Power Treaty (Washington D.C., 1922) dengan memulakan pembinaan angkatan lautnya.

Manakala, Amerikat Syarikat dibawah pimpinan Presiden Hoover masih terikat dengan perjanjian Kellogg-Brian Pact mengamalkan dasar berkecuali. Sebaliknya, Stimson Doctrine telah diisytiharkan terhadap tindakan Jepun menawan Manchuria. Malah Amerika Syarikat telah meluluskan [First] Neutrality Act pada tahun 1935 sebagai tindakbalas terhadap tindakan Jerman menakluk Ethiopia. Akta ini memberi jaminan bahawa Amerika Syarikat tidak akan membekal senjata kepada mana-mana negara yang sedang menghadapi peperangan. Tindakan ini diambil ekoran pengajaran daripada peristiwa Lusitania semasa Perang Dunia Pertama yang lalu. Rakyat tidak dibenarkan menumpang mana-mana kapal dagang milik negara-negara yang sedang berperang.

Pada tahun 1936, satu lagi langkah berkecuali diambil oleh Amerika, iaitu meluluskan [Second] Neutrality Act sebagai jaminan akan ada sebarang bentuk bantuan kewangan dan pinjaman diberi, termasuk penjualan senjata kepada negara-negara yang berperang. Walau bagaimanapun, oleh kerana tekanan kemelesetan ekonomi yang sedang dihadapi oleh Amerika Syarikat ketika itu telah menyebabkan kongres mengambil keputusan untuk meluluskan [Third] Neutrality Act pada tahun 1937. Pada masa yang sama, meletus Perang Saudara di Sepanyol. Amerika merasakan inilah kesempatan untuk menjual bekalan senjata yang berlonggok digudangnya kepada orang Sepanyol. Akta ini telah mewujudkan status yang fleksibel terhadap kedua-dua akta sebelum, iaitu membenarkan penjualan senjata di pelabuhan-pelabuhan Amerika secara wang tunai [cash-and-carry] oleh pembeli.

Pada tahun 1937, sekali lagi Jepun bertindakan ke atas China dan menguasai sepanjang pinggir pantai China. Ini mengakibatkan kejadian kapal U.S.S. Panay termasuk tiga kapal tangki minyak milik Amerika karam di Sungai Yangtze akibat serangan Jepun. Namun, pihak Jepun segera memohon maaf dan berjanji membayar semua kerugian kepada Amerika serta berjanji akan menghukum pihaknya yang bertanggungjawab. Amerika telah menerima cadangan tersebut dengan terbuka. Walau bagaimanapun, sebagai kesan daripada peristiwa Panay tersebut rakyat Amerika mendesak kerajaan supaya membawa keluar segala kepentingan negara daripada China sebagai langkah keselamatan.

Pada masa yang sama, perkembangan yang berlaku di Eropah menunjukkan tindakan Jerman mula bergerak pantas untuk menakluk negara-negara jirannya. Pada tahun 1938, Jerman menawan Austria dan sebahagian Czechoslovakia. Tindakan Jerman ini telah membawa kepada satu persetiaan damai Munich Pact pada 30 September 1938. Menurut perjanjian damai tersebut, Jerman dibenarkan menuntut wilayah Sudeten, Czechoslovakia sebagai matlamat misi akhirnya.

Walaupun dianggap beliau berjaya menghindarkan peperangan daripada meletus, namun Perdana Menteri Britain, Neville Chamberlain telah mendapat kritikan daripada sebahagian besar rakyatnya yang melihat perjanjian tersebut sebagai suatu simbolik kejatuhan martabat bangsa Britain mahupun Perancis. Dibawah pimpin perdana menteri baru, Winston Churchill, Britain mengambil langkah menghalang pengembangan kuasa Jerman dan sekutunya di Eropah. Pada 23 Ogos 1939, Russia bertindak mengadakan perjanjian damai dengan Jerman, sebaliknya membahagikan negara Poland sebagai jajahan di antara mereka. Pada 1 September, Jerman mula menyerang Poland. Pada dua hari berikutnya, Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Maka dengan itu, bermulalah Perang Dunia Kedua di Eropah.

Sebaik sahaja Perang Dunia Kedua meletus di Eropah, Amerika Syarikat terus mengambil pendirian berkecuali. Walau bagaimanapun, selepas tiga minggu telah berlalu, Presiden Roosevelt mula mengalihkan perhatian pengundi kepada masalah di seberang laut yang memungkinkan perolehan faedah kepada Amerika Syarikat. Beliau telah memenangi pilihanraya presiden buat kali ketiga pada tahun 1940. Dengan itu, beliau menggesa kongres untuk menimbangkan status [Third] Neutrality Act (1937) yang bukan sahaja membantu kuasa-kuasa demokrasi menentang kuasa-kuasa Facisme dan Sosialisme, malah membantu menigkatan perdagangan antarabangsanya yang mengalami kemerosotan teruk dalam era kemelesetan ekonomi sedunia. Di samping itu, kerajaan Amerika juga mengeluarkan amaran keselematan kepada kapal-kapal dagangnya agar mengelak memasuki zon-zon peperangan.

Satu persatu kejayaan telah dicapai oleh Jerman dalam misinya untuk menakluk seluruh Eropah. Apabila Perancis ditawan pada tahun 1940, kuasa Itali telah menyertai pihak Jerman dan lantas menawan Perancis dari arah selatan. Selapas kejatuhan Perancis, kini Britain terpaksa menghadapi Jerman dan Itali.

Sementara itu, kejayaan Jepun menawan Tanah Besar Asia telah mendorongnya untuk mara ke arah kepulauan Melayu yang kayaan dengan bahan mentah. Dalam misi cita-cita tersebut, Jepun terpaksa menghadapi kuasa British. Justeru itu, Jepun telah menyertai gabungan Jerman dan Itali dalam persetiaan Rome-Berlin-Tokyo Axis pada tahun tersebut.

Pada bulan Jun 1940, Amerika menyambut baik permohonan Britain untuk membeli bekalan senjata Amerika. Di samping itu, untuk mengukuhkan pertahanan Amerika Syarikat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan untuk terlibat secara langsung dalam Perang Dunia Kedua, Presiden Roosevelt telah melantik dua tokoh penting daripada parti Republikan, iaitu Henry L. Stimson menjadi setiausaha perang, dan Frank Knox menjadi setiausaha angkatan laut. Akta Selective Training and Service Act telah ditubuhkan dan berjaya menarik pendaftaran seramai 16.5 juta orang muda berumur antara 21 dan 35 tahun. Daripada jumlah tersebut hanya satu juta sahaja terpilih untuk menyertai latihan ketenteraan pada tahun pertama, sementara 800 ribu orang dilantikkan sebagai askar simpanan. Melalui kempen pilihanraya 1940, Roosevelt menyeru pengundi untuk memberi sokongan bantuan kepada Britain. Kemenangan besar yang diperolehi oleh Roosevelt membuktikan bahawa rakyat Amerika Syarikat menyokong kuat penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Kedua. Manakala satu perkembangan penting juga berlaku di Eropah, iaitu Jerman telah melanggar perjanjian damainya dengan Russia pada 22 Jun 1940 dengan menghantar 3 juta askarnya menceroboh sempadan Jerman-Russia. Demi mempertahankan negaranya, Russia tidak dapat mengelak peperangan dengan Jerman.

Dalam tempoh lima minggu antara bulan April dan Mei 1941, Jerman telah berjaya menenggelamkan 2.3 juta tan kapal-kapal pengangkut bekalan senjatan milik Britain. Seterusnya beberapa kapal dagang dan pengangkut milik Amerika turut menjadi mangsa serangan kapal selam Jerman di bahagian utara Laut Atlantik. Misalnya, kapal-kapal pemusnah Kearny, dan Reuben James. Justeru itu, Roosevelt dan Churchill telah menandatangani satu perjanjian pakatan yang dipanggil Atlantic Charter untuk menentang Axis.

Minat Jepun terhadap sumber minyak yang banyak di kepulauan Melayu, terutamanya Indonesia mendesaknya untuk menawan rantau tersebut. Dalam kata lain, Jepun terpaksa menentang penjajah Belanda, Britain dan kapitalis Amerika Syarikat. Pada bulan Oktober 1941, Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Meneri baru Jepun. Beliau memberi amaran kepada Amerika agar memberi bantuan minyak kepada Jepun dan juga meninggalkan China. Pada bulan Disember, kerajaan Roosevelt telah dapat mengesan rahsia rancangan Jepun sedang membuat persiapan lengkap untuk menyerang Amerika di masa depan. Pada masa yang sama, Amerika sibuk mengukuhkan pertahanan mereka di Filipina. Tanpa dijangka oleh Amerika, Jepun telah menyerang pengkalan angkatan laut, Pearl Harbor di Hawaii pada jam 7.55 pagi hari Ahad, 7 Disember 1941. Pada keesokan harinya, Amerika mengisytiharkan perangan terhadap Jepun. Tindakan yang sama diambil oleh Jerman dan Itali terhadap Amerika.

Di Eropah, sejak penglibatan Amerika, kuasa Axis mula mengalami banyak kekalahan sehingga menyebabkan Hitler membina ibupejabat dibawah tanah. Kuasa Russia terus menggasak Jerman dan akhirnya Hitler terpaksa menembak dirinya sendiri pada 30 April 1945. Dalam tempoh dua hari yang berikut Berlin, Jerman telah jatuh ke tangan Russia. Pada 7 May Jeneral Eisenhower menerima penyerahan tanpa syarat daripada pihak Jerman. Pada keesokan harinya, pihak Berikatan telah mencapai kemenangan di Eropah. Hari tersebut dikenali sebagai V-E day (Victory in Europe).
Sementara di Asia Timur, pihak Jepun telah memenangan banyak peperangan pada tahun-tahun awal. Pada awal tahun 1942, tentera Jepun telah sampai ke India. Walau bagaimanapun, Amerika hanya mula mengambil tindakan keras terhadap Jepun pada bulan Ogos. Namun, semangat pahlawan kamikaze di kalangan juruterbang Jepun telah berjaya memusnahkan beberapa kapal perang Amerika di Laut Pasifik. Ternyata Jepun sukar untuk dikalahkan.

Dalam keadaan menghadapi peperangan sengit dengan Jepun, pada 12 April 1945, Roosevelt telah meninggal dunia akibat stroke. Harry Truman, seorang yang kurang berpengalaman dalam hal-hal peperangan telah dipilih menjadi Presiden. Satu program membina bom atom di Los Alamos, New Mexico telah diluluskan. Dr. J. Robert Oppenheimer telah dilantik untuk memimpin para saintis yang terdiri daripada gabungan orang Amerika, British dan [pelarian] Eropah untuk menjayakan program tersebut. Pada 26 Julai 1945, satu amaran keras telah dihantar kepada Jepun berbunyi promt or utter destruction supaya menghentikan tindakan-tindakan kejamnya. Akhirnya kerana keangkuhan dan rasa megah pihak Jepun telah menyebabkan Truman menggunakan kuas vetonya untuk menggugurkan bomb atom seberat 9 ribu paun ke atas Hiroshima pada 6 Ogos. Bom ini telah memusnahkan bandar tersebut dengan teruk, dan lebih kurang 71 ribu orang Jepun terbunuh, 68 ribu orang mengalami kecederaan. Pada tiga hari kemudian, bom atom yang kedua telah digugurkan di Nagasaki, dan mengorban 36 ribu orang Jepun dan 60 ribu orang tercedera. Maka pada 14 Ogos 1945, Maharaja Hirohito telah mengisytiharkan penyerahan kalah Jepun tanpa bersyarat. Pada 2 September, perjanjian penyerahan secara formal telah ditandatangani di atas kapal perang Missiouri, Dengan itu, tamatlah Perang Dunia Pertama yang amat dahsyat kepada masyarakat dunia itu.


KULIAH 01| 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14