KULIAH 3
PENGISIAN KEMERDEKAAN: ANTARA MASALAH YANG DIHADAPI DAN PENYELESAIAN


Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1781, wujud pelbagai tugas atau tanggungjawab penting yang harus dipikul bersama oleh para pemimpin dan rakyat Amerika, terutamanya untuk memenuhi cita-cita sebuah negara-bangsa yang merdeka. Antara semua tugas tersebut, yang paling penting adalah tugas membentukkan sebuah kerajaan nasional. Justeru itu, tindakan yang wajar diambil bagi menyempurnakan tugas terpenting ini adalah usaha membuat satu draf makalah pensyarikatan atau Articles of Confederation [sic. fasal-fasal perlembagaan Persekutuan].

Ketika Perang Revolusi meletus pada tahun 1775, majlis perhimpunan yang sedia wujud telah ditukarkan menjadi badan pemerintah bagi negeri-negeri yang baru merdeka. Walau bagaimanapun, rakyat juga sedar bahawa satu perlembagaan yang wajar ketika itu amat diperlukan. Dalam mengahadapi keadaan yang huru-hara akibat peperangan itu, setiap negeri telah mewujudkan badan pemerintah (dewan perundangan) masing-masing. Semua negeri, [kecuali negeri Pennsylvania] mempunyai dua badan pemerintah, iaitu Dewan Tinggi (Upper House) dan Dewan Rendah (Lower House). Dewan Tinggi, pada asalnya terbentuk daripada Majlis Gabenor yang wujud ketika zaman kolonial dahulu. Kuasa gabenor telah dikurangkan dan kini ahli-ahli dewan tidak lagi dilantik oleh gabenor. Sebaliknya mereka dipilih melalui proses pengundian sama ada oleh rakyat atau Dewan Perwakilan. Pennsylvania tidak pernah mempunyai Majlis Gabenor dahulu, maka ia hanya menubuhkan sebuah badan perundangan sahaja.

Perlembagaan baru bagi negeri-negeri telah mengurangkan syarat kelayakan harta untuk mengundi. Sungguhpun perlembagaan tersebut tidak mengambil kira harta pemilikan individu sebagai syarat kelayakan, sebaliknya ia tidak pula menghalang pandangan lama yang hanya memberi hak kepada kaum lelaki sahaja yang layak untuk mengundi. Perlembagaan baru itu juga mengenakan syarat kepada individu yang ingin berkhidmat dalam perkhidmatan awam perlu mempunyai kelayakan yang sewajarnya dari segi harta pemilikan.

Namun demikian, jika dibandingkan dengan negara-negara di Eropah ketika itu, sekurang-kurangnya lebih ramai orang boleh mengundi dan ini dapat menunjukkan bahawa rakyat benar-benar memerintah sendiri.

Perbahasan Continental Congress
Sementara negeri-negeri sedang membentuk perlembagaan masing-masing, kongres Continental pula cuba merangka satu perlembagaan yang merangkumi semua negeri tersebut. Tugas ini lebih sukar untuk dilakukan, terutamanya wujud perbezaan pandangan yang berlarutan selama dua setengah tahun untuk mencapai kata sepakat di kalangan delegasi-delegasi. Antara isu yang menjadi perbahasan utama ialah;

a. Peruntukkan jumlah perwakilan ke Dewan Kongres.
Kakikatnya, negeri-negeri Amerika yang baru merdeka itu adalah terdiri daripada unit-unit politik yang tersendiri. Sungguhpun semua negeri adalah setara dari segi politik, tetapi mereka amat berbeza dari segi saiz kawasan, kekayaan dan populasi. Oleh yang demikian, timbul dilema antara ahli perwakilan kongres untuk mencapai satu keputusan yang wajar mengenai hak delegasi setiap negeri ke dalam kongres nasional. Persoalannya, apakah semua negeri harus mempunyai bilangan perwakilan yang sama tanpa mengambil kira jumlah populasi? Apakah setiap negeri yang mempunyai populasi yang tinggi harus mempunyai lebih ramai perwakilan berbanding dengan negeri-negeri yang mempunyai populasi yang rendah? Misalnya, jikalau negeri Georgia dengan populasi 25 ribu orang dapat memilih perwakilannya yang sama jumlahnya dengan negeri Massachusetts yang mempunyai populasi 270 ribu orang, maka seorang perwakilan di Georgia akan memiliki kuasa politik yang lebih berbanding seorang perwakilan di Massachusetts. Dan begitu juga, jikalau delegasi-delegasi dilantik berasaskan pecahan seorang delegasi untuk mewakili 4 ribu orang penduduk, maka bagi negeri yang besar seperti Virginia akan memiliki lebih banyak kuasa dalam kongres berbanding negeri kecil seperti New Jersey yang mempunyai populasi yang rendah. Bagi menyelesaikan masalah ini, buat sementara waktu, ahli-ahli kongres yang sedia, dengan tanggapan bahawa mereka adalah wakil bagi negeri-negeri yang baru merdeka itu, terpaksa memutuskan satu keputusan yang lebih adil. Iaitu, setiap negeri dibenarkan menghantar sebilangan perwakilan ke kongres mengikut kehendak masing-masing, tetapi hanya satu undi sahaja dibenarkan untuk setiap negeri.

b. Status bidang kuasa kerajaan nasional dan kerajan negeri.
Sehingga hari ini, ramai orang masih menganggap bahawa kuasa tertinggi tidak boleh dikongsi. Iaitu, sama ada sesebuah [badan] kerajaan itu memiliki kuasa tertinggi [daulat] ataupun tidak. Jika kerajaan tidak memiliki kuasa tertinggi, maka kerajaan itu tidak dapat berfungsi. Dalam pada itu juga, tidak akan wujud dua badan kerajaan atau pemerintah memiliki kuasa tertinggi [dalam masa yang sama].

Hal inilah yang telah ditekankan dalam Articles of Confederation apabila ianya dicadangkan pada tahun 1776 dan akhirnya diterima pada tahun 1981. Menurut dalam perlembagaan persekutuan tersebut, dicadangkan satu bentuk kerajaan yang memiliki kuasa asas (fundamental powers) yang akan dikongsikan antara dua peringkat pemerintah. Dalam erti kata lain, kerajaan negeri memiliki kuasa tertinggi dalam beberapa perkara, sementara itu kerajaan nasional juga memiliki kuasa tertinggi dalam perkara-perkara yang lain. Justeru itu, bentuk kerajaan yang dicadangkan ini dikenalikan sebagai Confederation or Aliance yang bermaksud persekutuan atau pensyarikatan dalam pengertian bahasa Melayu.

Pendek kata, Articles of Confederation telah memberi kuasa tertinggi kepada kerajaan persekutuan [yang baru ditubuhkan] untuk mengendalikan perkara-perkara tertentu, misalnya mengisytiharkan perang; mewujudkan keamanan; dan menandatangani perjanjian-perjanjian. Ia juga berkuasa untuk meminjam wang, menetapkan satu piawai wang siling, berat dan ukuran; menyediakan kemudahan perkhidmatan pos; dan mengurus hal-ehwal orang peribumi Indian.

c. Kedudukan wilayah-wilayah barat.
Mereka [perwakilan] yang ditugaskan untuk merangka Articles of Confederation mengharapkan setiap negeri yang baru merdeka untuk meluluskan perlembagaan tersebut secepat mungkin. Masalah berhubung dengan kawasan tanah [wilayah] di sebelah barat [sebelah barat pergunungan Appalachian] telah berlarutan selama hampir 3 tahun. Berdasarkan kepada piagam-piagam yang awal [yang dianugerahkan oleh raja England], lebih separuh daripada negeri-negeri itu telah membuat tuntutan ke atas kawasan-kawasan tanah di sebelah barat yang sudahpun mereka mendudukinya. Misalnya, beberapa tuntutan telah merentang luas lebih jauh lagi sehingga melampaui Sungai Mississippi, malah sampai ke Laut Pasifik di barat. Juga tuntutan ke atas wilayah-wilayah tersebut seringkali bertindih. Manakala negeri-negeri kecil seperti Pennsylvania dan Maryland adalah kekurangan tanah kerana sudah terhempit oleh sempadan-sempadan negeri lain di sebelah barat ataupun cuma mempunyai keluasan tanah beberapa ratus batu jaraknya ke Laut Altantik [ke arah timur]. Oleh yang demikian, masalah timbul timbul kerana negeri-negeri kecil tersebut [di sebelah timur] enggan bersekutu selagi negeri-negeri yang lain [sebelah barat] tidak menyerahkan wilayah-wilayah barat yang dituntut oleh mereka kepada kerajaan persekutuan (United States). Perbalahan yang kritikal berterusan mengenai kedudukan wilayah-wilayah barat tersebut. Terdapat pandangan yang menyarankan agar wilayah-wilayah barat tersebut dijual untuk menyelesaikan hutang perang. Sementara negeri-negeri lain yang tidak mempunyai tuntutan ke atas wilayah di barat pula perlu melaksanakan cukai ke atas penduduk mereka.

Sebaliknya, negeri-negeri tersebut [tiada tuntutan tanah] khuatir akan peningkatan kekayaan dan kuasa negeri-negeri yang lain [memiliki tuntutan tanah]. Sedangkan menurut pandangan negeri-negeri yang tiada tuntutan tanah bahawa mereka telah berjuang bersama-sama dalam perang kemerdekaan yang lalu.

Kebuntuan penyelesaian kepada masalah tuntutan tanah tersebut telah dipecahkan oleh sentimen patriotik yang mula dicetuskan oleh sekumpulan penduduk negeri Virginia. Mereka dipimpin oleh Thomas Jefferson. Jefferson berpendapat bahawa semua tanah di barat itu perlu diasingkan untuk membentuk negeri-negeri baru. Negeri-negeri baru tersebut harus digabungkan ke dalam kerajaan persekutuan dengan kedudukan hak yang setara dengan negeri-negeri ahli yang asal. Sungguhpun idea beliau itu menjadi sesuatu yang sukar diterima pada ketika itu, namun pada tahun-tahun kemudian idea beliau telah dapat diterima dengan terbuka. Virginia dan New York telah memberi tanah tuntutan mereka di barat kepada kerajaan persekutuan. Manakala negeri-negeri yang lain juga mengikut langkah mereka itu kemudian sehingga telah mendorong negeri Maryland untuk mengakui Articles of Confederation [yang pada suatu ketika dahulu enggan mengiktiraf perlembagaan berkenaan sejak ianya dikuatkuasakan pada tahun 1781].

Kelemahan Articles of Confederation
Kebanyakan kuasa tertinggi yang telah diperuntukkan kepada kongres persekutuan (Confederation Congress) memerlukan kerjasama daripada negeri-negeri. Sebaliknya di pihak negeri-negeri pula, mereka khuatir akan wujudnya suatu kerajaan nasional yang kuat. Misalnya, kerajaan nasional boleh menetapkan jumlah anggota tentera yang harus dibekalkan oleh setiap negeri untuk melengkap angkatan tentera nasional, tetapi hakikatnya tidak ada jaminan terhadap jumlah anggota tentera yang diminta akan dipenuhi oleh negeri-negeri berkenaan. Kerajaan nasional juga menghadapi masalah yang rumit kerana tidak memiliki kuasa tertinggi dalam banyak perkara lain. Ia tidak mempunyai kuasa kawalan ke atas urusan perdagangan antara negeri. Yang paling teruk ialah tidak ada kuasa untuk mengutip cukai. Maka ia terpaksa memohon daripada kerajaan-kerajaan negeri untuk menjalankan sesuatu operasi tertentu, dan bukannya untuk tujuan keperluan fungsinya sendiri. Akhir sekali, kerajaan nasional harus meminta persetujuan daripada semua negeri apabila henkak membuat sebarang pindaan ke atas perlembagaan berkaitan.

Ordinan Barat-Laut
Pada tahun 1787, kongres persekutuan telah meluluskan satu undang-undang bagi menangani masalah berhubungan tuntutan ke atas tanah di wilayah di sebelah barat. Undang-undang ini telah dicadangkan oleh Jefferson dan dikenali sebagai Northwest Ordinance of 1787. Ordinan ini memperuntukkan peraturan untuk menubuhkan tidak kurang daripada 3 atau tidak lebih daripada 5 wilayah di wilayah barat tersebut. Apabila satu wilayah telah mempunyai penduduk yang layak mengundi mencapai jumlah 5 ribu orang maka wilayah tersebut boleh dibenarkan untuk mengundi kerajaannya sendiri. Jika wilayah berkenaan telah mencapai jumlah penduduk seramai 60 ribu orang, maka ia boleh menulis satu perlembagaannya untuk menubuhkan sebuah negeri sendiri yang setara dengan negeri-negeri lain dalam persekutuan.

Walau pun ordinan tersebut tidak melibatkan semua tanah di wilayah barat, tetapi sekurang-kurangnya ia menyediakan satu prosedur yang kemas bagi tujuan membina negeri-negeri baru. Dikatakan bahawa Amerika telah menggunakan prosedur ini selama lebih kurang satu abad dalam proses perluasannya hingga ke Laut Pasifik.

Lain-lain masalah
Dalam keadaan serba kekurangan, kongres persekutuan berusaha untuk menangani masalah-masalah yang mengancam negara baru Amerika Syarikat. Dalam beberapa masalah, kongres telah mencapai kejayaan, tetapi dalam beberapa perkara lain ia menghadapi banyak halangan yang tidak dapat dielakkan. Bagi sebuah negara yang baru, tetapi kebanyakan pemimpinnya adalal tidak berpengalaman. Justeru itu, kuasa-kuasa besar dunia ketika itu telah pun mengandai kewujudan negara Amerika Syarikat tidak akan kekal lama.

Satu masalah yang agak rumit kepada Amerika Syarikat ialah berkenaan hubungannya dengan negara-negara luar. Britain dan Sepanyol merupakan dua negara-negara luar yang terlibat memberi tekanan terhadap negara Amerika Syarikat ketika itu. Pertamanya, Britain enggan mematuhi perjanjian Paris 1783. Dalam perjanjian tersebut Britain bersetuju untuk meninggalkan wilayah-wilayah di Amerika dengan segera. Sebaliknya pihak British masih bebas menjalankan aktiviti di wilayah Great Lake. Malah pihak British telah menutup pelabuhan-pelabuhan di Canada dan jajahan di barat kepada pedagang Amerika Syarikat. Di samping itu, kerajaan Amerika Syarikat yang tidak memiliki kuasa untuk mengawal perdagangan dengan negara-negara luar, sebaliknya negeri-negeri telah bertindak sendiri dalam aktiviti tersebut. Misalnya, jika negeri New York memboikot barangan dari Canada, tetapi negeri Massachusetts pula terus senang menikmati barang import dari Canada.

Keduanya, kuasa Sepanyol tidak mengiktirafkan tuntutan Amerika Syarikat ke atas tanah-tanah wilayah di sebelah barat pergunungan Appalachian dan di selatan Sungai Ohio. Orang Sepanyol telah membina kubu-kubu kawalan mereka di seluruh wilayah berkenaan dan juga membuat perjanjian pakatan dengan penduduk peribumi Indian. Lebih-lebih lagi, orang Sepanyol telah menutup pelabuhan New Orleans di muara Sungai Mississippi. Tindakan ini telah menghalang orang Amerika yang telah menduduki tanah-tanah wilayah di sebelah barat Appalachian untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan dunia luar. Oleh yang demikian, pihak kongres Amerika Syarikat pernah menghantar diplomatnya untuk berunding dengan Sepanyol pada tahun 1785 tetapi gagal mencapai apa-apa kejayaan. Ini mengakibatkan keadaan merunsingkan tercetus di kalangan penduduk Amerika Syarikat di sebelah barat Appalachian sehingga mereka menganggap bahawa kerajaan (kongres) tidak menghiraukan tentang nasib mereka. Ramai di kalangan mereka mula memikirkan atau berbincang untuk menubuhkan sebuah negara republik sendiri. Malah dikatakan ada usaha secara rahsia untuk berunding dengan pihak Sepanyol berhubung kemungkinan tersebut.

Masalah dalaman
Masalah dalaman yang paling serius ketika itu ialah persengketaan antara golong peminjam dan golongan berhutang. Kesan daripada perang revolusi, negara mempunyai hutang yang banyak. Golongan kaya telah meminjam kepada kerajaan semasa perang tersebut menuntut kerajaan mengenakan cukai yang tinggi supaya dapat membayar balik wang mereka. Walau bagaimanapun, cukai yang tinggi itu telah menjadikan kaum petani berhutang. Manakala golongan pemiutang pula enggan menerima hasil tanaman sebagai bayaran menjelaskan hutang kaum petani. Justeru itu, ramai petani telah kehilang tanah dan harta mereka setelah dihadapkan ke mahkamah. Pada tahun 1786, persengketaan antara dua golongan tersebut telah mencetuskan pemberontakan Shays [sic. Daniel Shays] di Massachusetts. Pemberontakan tersebut membimbangkan seluruh negara, kerana dikhuatiri akan merebak ke negeri-negeri lain.

Masalah perpecahan pemimpin
Sejak perjanjian Paris lagi, wujud dua golongan pemimpin Amerika Syarikat yang mempunyai perbezaan pandangan, iaitu dari sudut tempatan dan dari sudut nasionalis. Golongan yang mempunyai pandang dari sudut tempatan lebih berminat terhadap kepentignan negeri dan hal ehal tempatan. Mereka memperjuangan hak kuasa yang banyak kepada negeri berbanding kerajaan nasional. Tokohnya seperti Samuel Adams dari Massachusetts, seorang ahli politik yang popular diperingkat negeri tetapi tidak ada pengalaman diperingkat nasional. Manakala golongan nasionalis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas di peringkat nasional seperti George Washington, John Adams, Benjamin Franklin, Thomas Jefferson, James Madison dan Alexander Hamilton. Mereka lebih menitikberatkan hal-hal berkaitan dengan kelemahan kongres persekutuan.

Delegasi mendrafkan perlembagaan
Pada tahun 1787, kongres telah memanggil delegasi-delegasi dari semua negeri untuk bermesyuarat dalam bulan May di Philadelphia. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperkukuhkan kedudukan kuasa kerajaan pusat [sic. kongres persekutuan ketika itu]. Semua negeri [kecuali Rhode Island] telah menghantar delegasi masing-masing. Dengan itu bermulalah Konvensyen Perlembagaan, yakni satu episod sejarah yang amat penting bagi semua rakyat Amerika Syarikat. Konvensyen berlangsung selama 17 minggu itu telah berakhir dengan keputusan penubuhan satu bentuk kerajaan baru bagi Amerika Syarikat.

Mendraf Perlembagaan baru
Pada amnya, para delegasi percaya bahawa manusia adalah pada dasarnya dimotivasi oleh naluri keinginan atau kepentingan sendiri dan masyarakatpun terdiri daripada banyak kumpulan berkepentingan tertentu. Justeru itu, fokus penting perbahasan peruntukkan bagi perlembagaan baru Amerika Syarikat adalah untuk mengimbangi kepentingan antara kumpulan-kumpulan tersebut. Di samping itu, mereka juga khuatir untuk memberi lebih kuasa kepada mana-mana kerajaan. Hakikatnya, mereka percaya bahawa kuasa adalah milik rakyat. Kebebasan rakyat akan terancam jika kerajaan terlalu bebas.

Pemilihan bentuk kerajaan baru
Pada 30 Mei 1787, Edmund Randolph dari Virginia mencadangkan The Virginia Plan sebagai bentuk kerajaan Amerika Syarikat yang baru. Pelan ini mencadangkan kerangka yang dikenali sebagai bicameral atau dua dewan perundangan. Ahli-ahli dewan rendah (lower House) akan dipilih oleh rakyat, manakala ahli dewan tinggi (upper House) dipilih oleh ahli-ahli dewan rendah. Kemudian kedua-dua dewan perundangan ini akan mengundi untuk satu eksekutif nasional dan juga satu kehakiman nasional. Ketiga-tiga cabang kerajaan memiliki kuasa tertentu bagi maksud menyemak dan mengimbangi (check and balance) antara satu sama lain. Sistem ini telahpun lama diamalkan oleh berapa negeri, dan difikirkan ia perlu wujud diperingkat nasional. Namun timbul keraguan di kalangan negeri-negeri kecil kerana menurut sistem ini mereka dikehendaki untuk menyerah hak kuasa tertinggi kepada negeri-negeri yang lebih besar. Yakni negeri-negeri yang mempunyai populasi yang besar akan diwakili oleh lebih ramai delegasi hingga mampu mempengaruhi kongres kelak.

Justeru itu, bertentangan dengan Pelan Virginia tadi, The New Jersey Plan dicadangkan oleh William Paterson. Cadangan beliau lebih kepada bentuk kerajaan dimenurut peruntukkan dalam Condeferation Congress yang lalu. Iaitu mengekalkan kongres menjadi dewan tunggal. Namun, pelan ini telah menambahkan lagi dua kuasa tertinggi kepada kongres, iaitu kuasa mengenakan cukai dan mengendali uirusan perdagangan. Pendek kata, pelan ini telah menumpukan kuasa tertinggi kepada kerajaan nasional.

Kekurangan dalam pelan Virginia telah mencetuskan satu lagi pelan, iaitu dikenali sebagai The Great Compromise yang dicadangkan oleh Roger Sherman dari Connecticut. Pelan ini bersetuju dengan dua dewan perundangan. Perwakilan di dalam dewan perwakilan harus mengikut jumlah populasi di suatu negeri seramai 40 ribu bagi satu perwakilan. Untuk dewan tinggi pula, setiap negeri harus mempunyai dua orang senator tanpa mengira jumlah populasi. Ahli-ahli dewan rendah dipilih oleh rakyat dan ahli-ahli dewan tinggi akan dipilih oleh dewan perundangan negeri.

Namun begitu, masih wujud halangan tertentu menyebabkan pelan Virginia tidak diterima dengan sebulat suara. Justeru itu, tercetus satu kompromi di kalangan delegasi-delegasi dan dikenali sebagai The Three-fifths Compromise. Isu berhubungan keahlian dewan perwakilan yang didasarkan kepada populasi telah memecah-belahkan delegasi-delegasi dari Selatan dan Utara. Persoalan yang timbul adalah berhubung dengan golongan hamba abdi sama ada mereka diambilkira atau tidak dalam populasi tersebut? Delegasi-delegasi dari Utara berpendapat bahawa hamba abdi adalah harta pemilikan maka mereka tidak harus diwakili. Sebaliknya, delegasi-delegasi dari Selatan berpendapat bahawa kedudukan hamba abdi di Carolina Selatan adalah begitu produktif setara dengan orang merdeka (bebas) di Massachusetts. Justeru itu, mereka layak diambilkira dan diwakili dalam dewan perwakilan. Akhirnya kompromi berlaku dengan keputusan bahawa tiga perlima daripada hamba abdi akan diambilkira dalam populasi. Tetapi masih ramai delegasi meragui pelan ini kerana isu amalan hamba abdi tersebut.

Oleh yang demikian, tercetus The Slave Trade Compromise yang timbul ekoran kepentingan ekonomi. Ekonomi di Selatan amat bergantung kepada tenaga hamba abdi sebelum perang revolusi. Negeri Georgia adalah antara negeri yang masih menjalankan aktiviti mengimport hamba abdi. Begitu juga South Carolina. Walau bagaimanapun, jika kerajaan kongres diberi kuasa untuk mengendali urusan perdagangan luar, maka Georgia dan South Carolina akan kehilangan hasil pendapatan daripada perdagangan hamba abdi mereka. Ternyata kompromi ini mencadangkan untuk memberi kuasa tertinggi kepada kongres, namun kongres tidak dapat mengawal perdagangan hamba abdi di selatan sehingga tahun 1808. Dalam masa yang sama, pengimport dikenakan duti import sehingga 10 dollar untuk setiap hamba abdi.

Rang undang-undang hak
Tugas terpenting yang perlu ditangani oleh kerajaan nasional ialah berkaitan hak kebebasan rakyat. Pindaan perlu dilakukan dalam Perlembagaan untuk menyenaraikan hak-hak kebebasan yang tidak boleh diambil oleh kerajaan daripada rakyat. Beberapa kali usulan hak kebebasan tersebut telah dibuat sepanjang tempoh 17 minggu konvesyen perlembagaan berlangsung pada tahun 1787, tetapi kerapkali ianya ditolak kerana dianggap tidak begitu penting ketika itu. Akhirnya, pada bulan September 1789, kongres telah meluluskan 10 pindaan kepada Perlembagaan daripada 12 cadangan pindaan yang diusulkan. Kesemua 10 pindaan yang diluluskan itu menyentuh tentang hak kebebasan individu atau rakyat, dan dikenali sebagai Bill of Rights yang dikuatkuasakan ke dalam Perlembagaan pada tahun1791. Iaitu;

1. Kebebasan agama dan politik
2. Hak membawa senjata
3. Penempatan askar
4. Mencari dan memiliki
5. Hak mendakwa orang
6. Hak mempercepatkan perbicaraan awam
7. Dibicarakan oleh juri dalam kes-kes sivil
8. Had denda dan hukuman
9. Hak rakyat
10. Kuasa negeri dan rakyat

Pembahagian kuasa kerajaan
Delegasi-delegasi dari Philadelphia mencadangkan agar kuasa pemerintah dibahagi di antara kerajaan nasional dan kerajaan negeri. Kuasa yang diberikan kepada kerajaan nasional adalah dikenali sebagai delegated powers. Manakala kuasa yang selebihnya diperuntukkan kepada kerajaan negeri dikenali sebagai reserved powers. Misalnya, di bawah perlembagaan Articles of Confederation, kerajaan negeri memiliki kuasa untuk menyimpan tentera dan melancarkan perang. Sedangkan menurut cadangan perlembagaan baru sebaliknya memberikan hak kuasa kepada kerajaan persekutuan dalam bidang ketenteraan. Kerajaan negeri pula mengendalikan bidang pendidikan, perkahwinan dan perceraian dan juga menyediakan sistem pengangkutan dan perhubungan sendiri.

Para delegasi telah memilih cadangan pembahagian kuasa kerajaan ini dengan harapan dapat menwujud dan mengekalkan kesimbangan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri.

Pembahagian kuasa di peringkat kerajaan nasional
Untuk menjamin kewujudan kuasa yang seimbang di peringkat nasional, satu resolusi telah dikemukakan oleh delegasi-delegasi Philadelphia, iaitu pembahagian kuasa kerajaan nasional kepada tiga bahagian atau cabang.

A. Badan Eksektutif - diketuai oleh Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden menjadi ketua komdander angkatan bersenjata.

B. Badan Perundangan - terdiri daripadan House of Representatives dan the Senate. Kedua-dua dewan ini mempunyai kuasa 2 pertiga untuk mengatasi kuasa veto Presiden. Dewan Perwakilan diberi kuasa membuat pengawasan ke atas segala tindakan Presiden. Dewan Senat diberi kuasa 2 pertiga untuk memecat Presiden dari jawatan. Tindakan mengawasi kuasa eksekutif pada hakikatnya, terletak pada prinsip asas bahawa seorang Presiden adalah dipilih dan bukan seorang pegawai yang dilantik.

C. Badan Kehakiman - Perlembagaan baru memperuntukkan penubuhan satu Mahkamah Tinggi aygn dilantik oleh Presiden atas nasihat Dewan Senat. Tanggungjawab Mahkamah Tinggi adalah tertumpu kepada hal-hal berkaitan Perlembagaan, undang-undang negara, dan perjanjian-perjanjian dengan negara luar. Penubuhan Mahkamah Rendah juga disediakan.

The Electoral College - Presiden dan Naib Presiden akan dipilih oleh satu electoral college yang terdiri daripada senator-senator, dan bukan langsung oleh pengundi. Pada pertengahan abad ke-19, pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden dilakukan oleh pengundi kebanyakan. Individu yang mendapat undi terbanyak akan menjadi Presiden, individu yang mendapat jumlah undi kedua terbanyak akan menjadi Timbalan Presiden.

Pada 7 September 1787, Perlembagaan baru telah ditandatangani oleh kesemua delegasi yang hadir kecuali tiga delegasi daripada yang kerana memang tidak menghantar.

ERA FEDERALISME, 1787-1800
30 April 1789, George Washington telah dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Presiden dan Kongres yang pertama mempunyai tugas tiga tugas utama yang banyak untuk diselesaikan terlebih dahulu. Pertamanya, mereka harus mewujudkan satu birokrasi untuk membantu Presiden melaksanakan undang-undang. Keduanya, Mereka perlu menyediakan satu sistem kehakiman. Dan, akhirnya mereka perlu mencari wang untuk membiayai perbelanjaan operasi dan untuk membayar hutang negara.

Penubuhan birokrasi pemerintah
Badan eksekutif yang terdiri daripada Presiden dan Timbalan Presiden memerlukan satu birokrasi bagi membantu tugas-tugas mereka. Maka tiga jabatan telah diwujudkan, iaitu Jabatan Negeri untuk mengendali urusan hubungan luar, Jabatan Perang untuk mengendali hal-hal militari, dan Jabatan Bendahari (kewangan) untuk mengendali hal-hal kewangan. Washington amat berhati-hati dalam melantik ketiga-tiga setiausaha yang akan mengetuai jabatan-jabatan tersebut. Pada dasarnya, beliau lebih mengenali sebagai orang yang dipercayai tanpa mengira asal usul negeri, dan mempunyai sifat kesungguhan serta berkaliber. Justeru itu, Thomas Jefferson telah dilantik menjadi setiausaha negeri, Alexander Hamilton sebagai setiausah bendahari dan Henry Knox sabagai setiausaha perang. Manakala Edmund Randolph dilantik menjadi Attorney General kepada Mahkamah Tinggi.

Dalam mengangani masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan baru dibawah pimpinan Washington, langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti membayar hutang kerajaan yang sebanyak $80 juta pada tahun 1790 sama ada hutang dalam atau luar negeri. Hamilton telah memperkenalkan kaedah Funding untuk membuat pembayaran hutang dalam negeri. Iaitu satu kaedah untuk mendapatkan wang secara meminjamnya. Kerajaan telah menerbitkan bon-bon baru yang dijual pada harga yang lebih murah bagi menggantikan bon-bon yanng diperolehi semasa era pemerintahan kongres Continental dan kongres persekutuan dahulu. Hamilton juga mencadangkan untuk menubuhkan ibu negara yang baru di tebing Sungai Potomax, Virginia. Pada tahun 1800 ibu negara telah berpindah ke tempat baru in dikenali sebagai Washington D.C.

Penubuhan bank negara [Pusat]
Selepas meluluskan cadangan Hamilton untuk mengurus hutang awan, kongres telah juga meluluskan program penubuhan sebuah bank nasional atau bank pusat. Bank ini diberik kuasa untuk mengeluarkan duit kertasnya sendiri yang akan digunakan oleh semua negeri-negeri. Ini bertujuan untuk memudahkan proses perdagangan antara semua negeri yang selama ini mengeluarkan duit kertas sendiri tetapi menghadapi masalah perbezaan nilai antara satu sama lain. Hamilton juga mempunyai rancangan yang baik dan bersifat politik di samping melihat dari segi kepentingan ekonomi nasional. Penubuhan bank ini dapat mewujudkan satu sistem bank nasional. Bank memerpuntukkan sebanyak 20 peratus syer stok kepada kerajaan nasional, dan selebihnya akan dibuka kepada pelabur-pelabur swasta. Diharapkan peranan bank nasional ini dapat menarik penglibatan pihak swasta dalam pembangunan negara dan juga dapat mewujudkan perpaduan nasional antara semua negeri. Sungguhupun idea atau cadangan Hamilton itu sangat munasabah ketika itu, namun terdapat tentangan terhadapnya, terutamanya daripada dewan perwakilan yang dipimpin oleh Madison. Madison telah menggunakan peruntukkan Perlembagaan 1789 yang jelas tidak menyatakan tentang wujudnya kuasa khusus bagi penubuhan satu bank nasional. Perbezaan pendapat ini membawa kepada pepercahan di kalangan para pemimpin kongres kepada dua kumpulan. Golongan daripada negeri-negeri di bahagian selatan yang dipimpin oleh Jefferson dan Madison tidak setuju dengan penubuhan bank nasional tersebut. Dan, sebaliknya bagi golongan daripada negeri-negeri di bahagian utara yang dipimpin oleh Hamilton.

Perlaksanaan Cukai
Perlakasaan cukai merupakan program ekonomi yang ketiga yang dicadangankan oleh Hamilton. Sistem cukai yang diperkenalkan ini telah mimbulkan rasa kebencian rakyat terhadap kerajaan kongres. Ini akhirnya membawa kepada bangkit pemberontakan Whiskey Rebellion pada tahun 1794. Sistem cukai yang dilaksanakan ialah mengenakan tariff ke atas semua barang import daripada Eropah. Hamilton percaya bahawa tindakan mengenakan cukai ini bartujuan untuk menlindungi perdagangan nasional daripada persaingan antarabangsa.

Sungguhpun pendapatan daripada cukai tariff tersebut telah berjaya membawa keuntungan besar kepada pihak kerajaan nasional, walau bagaimanapun, kerajaan masih memerlukan lebih banyak sumber kewangan untuk membayar hutrang awam dan juga untuk membiayai operasi kerajaan nasional. Justeru itu, sekali lagi Hamilton mengambil dasar baru untuk memperkenalkan cukai jualan (sale tax) ke atas setiap gallon arak (Whiskey) yang telah sama ada diproses atau dijual. Persoalannya, kenapa harus mencukaikan arak tersebut? Alasan atau jawapan kepada persoalan mungkin bersifat politik. Dipercayai bahawa Hamilton memiliki sikap diskriminasi terhadap golongan rakyat kebanyakan. Kebanyakan pengusaha arak terdiri daripada kaum petani di kawasan pedalaman, terutamanya di sebelah barat banjaran Appalachian. Tanaman utama mereka adalah jagung, tetapi kaum petani ini menghadapi kesukaran dari segi pengangkutan kerana terpaksa merentasi banjaran Appalachian untuk menjual hasil mereka di kawasan sepanjang pantai Laut Atlantik di timur. Oleh itu, kaun petani enggan membayar cukai yang hanya menambah beban mereka, khususnya kaum petani dari barat Pennsylvania. Pemberontakkan ini disebut dikenali sebagai Whiskey Rebellion. Pasukan tentera seramai 50 ribu dibawah pimpinan Presiden Washington dan Hamilton telah dikerahkan dan berjaya menamatkan pemberontak tersebut tanpa sebarang kehilangan nyawa.

Penubuhan Parti Politik
Perbezaan pandangan mengenai arah tuju negara di masa hadapan telah memecahkan para pemimpin kongres kepada dua kumpulan, iaitu kaum Federalis dipimpin oleh Hamilton, dan kaum Republikan dipimpin oleh Jefferson dan Madison. Hamilton memiliki pandangan yang mementingkan golongan berada, berpendidikan dan professional. Beliau khuatir golongan kebanyakan atau massa apabila memiliki kuasa akan mengancam harta-harta peribadi mereka. Beliau menyedari kebanyakkan masyarakat Amerika adalah terdiri daripada kaum petani. Oleh itu, beliau merasakan tidak perlu untuk membuat pembangunan dalam sekto pertanian, sebaliknya harus memberi perhatian berat ke atas pembangunan sektor-sektor yang baru, iaitu perdagangan, kewangan dan industri pembuatan.

Manakala, Jefferson pula menyokong kepentingan massa, terutamanya kaum petani. Beliau menentang penguasaan dan sikap diskriminasi kerajaan nasional, malah menuntut kuasa yang lebih harus terletak ditangan kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, menjelang pilihanraya pada tahun 1792 dikatakan kaum Republikan belum bersedia untuk menghadapinya. Sekali lagi kaum Federalis dipilih untuk menerajui kerajaan kongres [Washington dan John Adams menjadi Presiden dan Timbalan Presiden bagi penggal yang kedua].

Masalah Hubungan Luar Negeri
Kerajaan Amerika Syarikat yang baru merdeka mengalami masalah-masalah yang dianggap sudah lama atau berlarutan dengan pihak Britain dan kaum peribumi Indian berhubung tuntutan ke atas wilayah-wilayah di sebelah barat-laut. Tambahan pula pihak kuasa Sepanyol masih lagi menuntut hak mereka ke atas wilayah di sebelah abarat banjaran Appalachian dan kawasan di selatan Sungai Ohio. Masalah hubungan luar negeri ini telah bertambah rumit ekoran daripada meletusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789, yakni beberapa minggu selepas Washington menjadi Presiden negara Amerika Syarikat yang baru.

Di Amerika Syarikat, masyarakatnya telah berpecah kepada dua golongan, yakni golongan menyokong penguasaan golongan pemerintah monarki dan berada (Federalis], dan golongan masyarakat kebanyakan [Republikan] yang memperjuangkan prinsip hak kebebasan individu daripada diskriminasi pemerintah atau kerajaan.

Dalam perjanjian damai di Paris pada tahun 1783, sungguhpun pihak British telah mengiktiraf pendudukan Amerika Syarikat di sebelah barat banjaran Appalachian hingga Sungai Mississippi, tetapi hakikatnya dari segi status, kawasan tersebut merupakan hak miliki bebas kaum peribumi Indian yang merdeka. Hak kaum peribumi Indian tidak diwakili di Paris semasa perjanjian tersebut ditandatangani. Justeru itu, kaum Indian enggan menerima pakai perjanjian tersebut, sebaliknya menuntut kerajaan Amerika untuk mengadakan perundingan secara langsung dengan mereka sendiri. Pihak Amerika telah menghantar pasukan tentera yang pertama di bawah pimpinan Jeneral Josiah Harmar pada tahun 1790. Pada tahun-tahun berikutnya, tindakan ketenteraan telah dilancarkan ke atas peribumi Indian yang menentang resolusi perjanjian Paris. Akhirnya, pada tahun 1794, selepas kekalahan teruk pihak peribumi India dalam perang Battle of Fallen Timbers berdekatan dengan kawasan yang sekarang dikenali sebagai Toledo dalam negeri Ohio, maka satu perjanjian damai dengan peribumi Indian ini telah ditandatangani di Greenville. Perjanjian yang dikenali sebagai Treaty of Greenville ini telah menetapkan bayaran sebanyak $10,000 setahun kepada kaum peribumi sebagai pampasan ke atas kawasan-kawasan yang kini dikenali sebagai negeri Ohio. Kaum Indian juga telah menyerahkan kawasan yang kini dikenali sebagai Bandar Chicago.

Pada tahun 1793, Perancis telah mengisytiharkan perang terhadap Britain. Berita tentang pengisytiharan tersebut telah menambah masalah perpecahan dikalangan pemimpin kongres Amerika Syarikat. Kaum Federalis merasa simpati terhadap Britain. Manakala kaum Republikan pula merasakan bahawa Amerika Syarikat telah berhutang budi kepada Perancis ketika perang revolusi. Maka rakyat Amerikat harus memberi sokongan kepada Perancis dalam menghadapi Britain. Walau bagaimanapun, Washington telah mengambil tindakan untuk tidak menentang Britain dan juga tidak menyokong Perancis dalam masalah tersebut. Amerika Syarikat mengisytiharkan satu deklarasi berkecuali.

ERA PRESIDEN ADAMS
Pada tahun 1796, pilihanraya telah diadakan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Kaum Federalis telah mencalonkan John Adams untuk bertanding menentang calon Republikan, Thomas Jefferson bagi jawatan Presiden. Manakala Thomas Pinckey menentang Aaron Burr untuk jawatan Timbalan Presiden. Kaum Federalis telah memenangi pilihanraya tersebut dengan undi sebanyak 71: 68. Dengan itu, John Adams daripada Federalis telah menjadi Presiden Amerika Syarikat yang kedua dan Thomas Jefferson dari Republikan menjadi Timbalan Presiden.

Amerika mengelakkan perang dengan Perancis
John Adams mula menjalankan tugas presidensinya pada bulan Mac 1797. Tugas penting yang perlu diselesaikan segera adalah masalah hubungan luar negeri, terutamanya dengan negara Perancis. Masalah tercetus apabila Amerika Syarikat semasa pemerintahan Presiden Washington menolak untuk memihak kepada Perancis dalam persengketaan dengan Britain. Pada tahun 1793, Amerika Syarikat telah menghantar diplomatnya yang bernama John Jay ke Britain untuk menyampaikan dasar berkecuali negaranya dalam perang Anglo-Perancis. Walau bagaimanapun, Jay telah melakukan kesilapan apabila menandatangani satu perjanjian konsesi dengan Britain. Konsesi ini, yang dikenali sebagai Jay's Treaty telah menetapkan pihak Britain agar melepaskan tuntutan ke atas wilayah-wilayah di barat-laut kepada Amerika. Namun pihak Amerika membenarkan kebebasan pihak British menjalankan aktiviti perdagangan bulu di wilayah-wilayah tersebut dan di Sungai Mississippi.

Melaui perjanjian Jay tersebut, pihak Perancis telah menuduh Amerika Syarikat mengkhiati perjanjian persahabatan Perancis-Amerika pada tahun 1778. Perancis bertindak menawan kapal-kapal perdagangan Amerika di perairan England, malah Perancis enggan menerima duta baru Amerika Syarikat ke Perancis. Di kongres, pemimpin-pemimpin politik mendesak Adams untuk mengambil tindakan perang ke atas Perancis. Namun Adams mengambil keputusan untuk menghantar 3 orang diplomat ke Paris tetapi gagal mencapai matlmatnya. Kesannya, kongres Amerika telah menubuhkan Jabatan Angkatan Laut dan mengarah kapal-kapalnya untuk menyerang kapal-kapal Perancis. Pada tahun 1799, sekali lagi 3 orang diplomat diutus ke Paris untuk merundingkan perdamaian dengan Perancis demi mewujudkan keamanan di perairan Laut Mediteranian. Rundingan kali ini telah mencapai kejayaannya dengan menghapuskan Perjanjian Persahabatan 1778 yang hanya menyekat kebebasan aktiviti kedua-dua pihak selama ini.

Menjelang tahun 1798, rakyat Amerika Syarikat mula bersiap untuk menghadapi pilihanraya kongres untuk kali kedua. Pertandingan antara pemimpin Federalis, John Adams dan pemimpin Republikan, Thomas Jefferson telah berjalan dengan aman. Jefferson telah memenangi pilihanraya tersebut dengan jumlah undi 73 mengatasi Adams yang memperolehi undi sebanyak 65. Namun timbul masalah apabila Aaron Burr yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden telah memperolehi undi sejumlah 73. Oleh yang demikian, kongres terpaksa merombak perlembagaan dengan menambahkan duabelas pindaan (Twelfth Amendment) untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Pada prinsipnya, pindaan tersebut telah menetapkan pertandingan undi secara berasingan antara kedua-kedua jawatan. Sistem ini terus diamalkan sehingga kini. Dengan itu, Jefferson telah menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ketiga, dan Burr menjadi Timbalan Presiden. Dengan ini, tamatlah era pemerintah kaum Federalis di Amerika Syarikat, dan bermula pemerintahan semi-demokrasi yang dipimpin oleh kaum Republikan.

ERA JEFFERSONIAN
Dalam pentadbiran Jefferson, James Madison dilantik menjadi setiausaha kerajaan, Albert Graham menjadi setiausaha bendahari, dan John Marshall sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi. Antara langkah penting yang diambil oleh Jefferson dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden ialah polisi mengurangkan kos dan memudahkan pembiayaan. Oleh itu, beliau mengurangkan saiz angkatan tentera, menghentian program pengembangan angkatan laut, mengurangkan perbelajaan negara dalam bidang sosial. Beliau juga mengurangkan peranan kerajaan dalam bidang kewangan, serta mengurangkan pengaruh Bank of the United States.

Dalam pemerintahan beliau, tercetus persengketaan politik antara kerajaan dan badan kehakiman ekoran daripada usaha Jefferson untuk mengurangkan perbelajaan negara. Dalam era pemerintah Adams sebelumnya, telah terdapat 67 orang hakim yang semuanya adalah penyokong parti Federalis. Jefferson menghadapi kesukaran ke atas masalah ini oleh kerana wujudnya Judiciary Act of 1801 yang telahpun diluluskan oleh kaum Federalis sebelum pertabalan Jefferson sebagai Presiden.

Perluasan wilayah di barat
Kegagalan Jefferson dalam pertentangan dengan badan kehakiman sebaliknya juga mendorong beliau untuk mencari jalan penyelesaian lain. Kekhuatiran beliau tentang peningkatan kuasa badan kehakiman ke atas kerajaan, terutamanya ke atas kerajaan negara menyebabkan beliau mengambil dasar (mengambil perhatian) perluasan wilayah di barat. Pada tahun 1800, maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte menuntut semula wilayah Louisiana yang diberikan pada tahun 1763. Cita-cita Perancis ini akan mengancam kedudukan Amerika Syarikat. Jefferson telah menghantar James Monroe untuk menyertai duta Robert Livingston di Paris. Sebelum Monroe di Paris, Perancis telahpun menarik balik rancangan membina empayar di Amerika setelah gagal dalam usaha untuk menjajah pulau Haiti pada tahun 1801. Oleh itu, Napoleon telah menawarkan wilayah Louisiana kepada Amerika. Dengan tidak berlengah, khuatir Napoleon akan menukar pendiriannya, Monroe dan Livingston segera membeli wilayah tersebut dengan harga $15,000.

Ekoran kejayaan tersebut menyebabkan Jefferson terlalu ghairah untuk menambahkan lagi wilayah Amerika. Beliau telah melantik Meriwether Lewis dan William Clark untuk mengetuai satu rombongan penjelajahan yang terdiri daripada 50 orang askar muda daripada jajahan Perancis di St. Louis menuju ke Laut Pasifik. Penjelajahan mereka yang memakan masa selama 2 tahun dan 4 bulan telah mencapai kejayaan, khususnya memberi keyakinan kepada Amerika untuk menuntut beberapa lagi wilayah di barat, misalnya Oregon.

Amerika Syarikat menyertai Perang Anglo-Perancis, 1812
Pada tahun 1803, perang antara Perancis dan Britain telah meletus. Namun, Amerika Syarikat telah terlibat dalam persengketaan tersebut menjelang tamatnya peperangan. Kegiatan ekonomi perdagangan Amerika di Eropah secara tidak langsung telah memerangkap kapal-kapal perdagangan Amerika dalam medan peperangan. Lebih daripada satu ribu buah kapal perdagangan Amerika telah ditawan oleh Britain, dan lebih kurang separuh jumlah tersebut telah ditawan oleh Perancis.

Dalam pilihanraya presiden tahun 1808, kaum Federalis telah mencalonkan Charles C. Pinckney dan Rufus King. Bagaimanapun, parti Rebulikan telah menang dengan James Madison menjadi Presiden. Sungguhpun mendapat tentangan daripada pihak kaum Federalis dalam dewan perwakilan, Madison telah mengisytiharkan penglibatan Amerika Syarikat dalam perang menentang Britain dan tamat pada 1815. Perang ini juga dikenali sebagai Indian War Beyond the Appallachian, War for Canada, dan Second War for American Indepence. Gelaran yang pertama timbul ekoran daripada tindakan pemimpin muda dalam kongres menlancarkan perang terhadap penduduk peribumi Indian pada tahun 1810, dan menawan wilayah-wilayah Ohio dan Indiana di sebelah barat banjaran Appalachian. Manakala, sepanjang perjuangan kaum peribumi Indian menghadapi pencerobohan orang Amerika Syarikat dipetempatan mereka, kuasa British di Canada berperanan sebagai pembekalan senjata kepada kaum Indian. Justeru itu, Amerika Syarikat terpaksa menghadapi kuasa British dari Canada. Pada tahun 1814, kuasa British melancarkan serangan di kawasan sepanjang pantai sehingga membakar banyak bandar-bandar utama, termasuk ibu kota Washington D.C. Pada tahun 1815, pihak British telah tewas di New Orleans dan berakhirnya perang.


KULIAH 01| 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14