KULIAH 1
PENGENALAN


Kedudukan Geografi dan Penetempatan Awal
Selat Bering yang seluas hanya 56 batu memisahkan Kesatuan Soviet (Russia) dengan Amerika Utara.Saintis percaya bahawa kedua-dua benua Asia dan benua Amerika dihubungkan antara bahagian timur-laut Siberia dan bahagian utara Alaska melalui pelantar Bering pada suatu ketika dahulu dalam zaman ais. Namun selepas zaman ais, pelantar Bering telah tenggelam atau dilimpah air dan membentuk Laut Bering (Bering Sea) yang memisahkan Siberia dan Alaska pada hari ini.Saintis juga percaya bahawa kedatangan manusia terawal melalui darat (berjalan kaki) dari Asia melintasi pelantar Beringia ke Amerika Utara sekitar diantara 35 ribu dan 25 ribu tahun lalu. Sekitar tahun 2000 Sebelum Masihi, berlaku migrasi kumpulan manusia dengan perahu.

Apakah tujuan mereka untuk migrasi? Pedatang awal ini merupakan manusia purba dengan orientasi kehidupan memburu dan memungut hasil hutan. Justeru itu, sudah pasti mereka migrasi ke Amerika untuk mencari makanan. Mereka menemui buah-buahan seperti buah keras (nuts), bijian liar (wild rye), chokeecheries, gooseberries dan anggur (currants). Pada awalnya, mereka memburu binatang-binatang kecil seperti arnab, coyote, burung. Pakaian mereka diperbuat daripada kulit dan bulu binatang. Mereka juga sudah tahun mengguna api untuk memasak makanan atau panggang daging.

Lebih 11 ribu tahun lalu, mereka mula kenal teknologi yang baik untuk memburu binatang yang lebih besar. Ini terbukti dengan penemuan arkeologi berhampiran dengan Clovis dalam New Mexico pada tahun 1932, iaitu senjata diperbuat daripada batu. Kira-kira 10 ribu tahun yang lalu, selepas zaman ais, iklim Amerika berubah menjadi panas dan kering. Banyak kawasan hijau bertukar menjadi gurun terutamanya di kawasan tengah.Antara tahun 1000 Sebelum Masihi dan zaman kedatangan orang Eropah sekitar tahun 1500 Masihi, beberapa tamadun telah pun terbina di Amerika. Telah wujud sistem perkiraan dan tulisan lakar ketika itu. Ahli kajibintang yang memperkenalkan kalendar 356 hari setahun. Mereka juga mampu meramal gerhana dan memetakan kedudukan beberapa bintang di angkasa lepas. Antara tamadun terkenal adalah Tamadun Aztec di Mexico Tengah, Tamadun Maya di Yucatan-Mexico Tengah, dan Tamadun Incas di Peru. Sungguhpun orang Sepanyol telah menjajah kawasan-kawasan tersebut dalam abad Ke-16, namun kesan tamadun masih kekal sehingga hari ini.

Orang Indian di bahagian barat-daya (southwest) yang meliputi Arizona, Colorado, New Mexico dan Utah merupakan masyarakat petani. Mereka menanam limau, kacang, jagung dan kapas. Kehidupan mereka begitu aman dan berunsur demokratik. Keadaan kediaman pemimpin mereka dari segi saiz dan bentuk jarang sekali berbeza dengan kediaman rakyat. Tiada kelas sosial. Mereka menubuh institusi pemerintah dengan ahli seramai 4 orang dan salah seorang yang dianggap terbijak akan dipilih untuk menjadi pemimpin utama. Pada awalnya, mereka menggali tanah untuk membina rumah kediaman. Sekitar tahun 700 masihi, mereka mula membina rumah teres di atas tanah.

Manakala orang Indian di bahagian barat dan barat-laut (northwest), terutamanya di California yang mempunyai iklim yang sederhana sejuk dan banyak hujan, kegiatan utama mereka ialah menangkap ikan puas, anjing laut (seal) dan ikan salmon di sungai. Kawasan hutan yang luas juga membenarkan kegiatan memburu.

Orang Indian di bahagian dataran rendah dalam Amerika Utara hidup dengan memburu binatang, terutamanya kerbau yang boleh menyediakan hampir semua keperluan harian mereka. Iaitu, kulit untuk rumah, kasut dan baju; perut untuk alas simpan minuman, tulang untuk senjata dan alas makanan, minyak untuk bahan api dan daging untuk dimakan panggang atau dimasak dengan tulang. Orang Indian di dataran rendah ini terdiri daripada banyak suku kaum yang berlainan bahasa. Mereka menggunakan tanda isyarat tangan tertentu untuk berkomunikasi antara satu dengan lain.

Orang Indian juga terdapat di bahagian timur Amerika Utara. Kawasan ini dikenali sebagai Woodlands kerana ia diliputi oleh hutan kayu keras (pokok Pine). Kawasan ini bermula dari bahagian timur sungai Mississippi termasuk Great Lakes (Tasik Besar) dan Sungai St. Lawrence di utara hingga Gulf of Mexico (Teluk Mexico) di selatan. Keadaan ini menjadi tempat pembiakan binatang dan cukup hujan. Orang Indian di sini juga terdiri daripada beberapa suku kaum dengan bahasa dan adat-agama yang berlainan. Namun mereka mempunyai persamaan budaya perekonomian yang sama, iaitu memburu binatang dan menangkap ikan di sungai. Mereka membina rumah dengan kayu keras. Kumpulan suku kaun Indian yang dominan di sini ialah kaum Iroquois. Mereka dikatakan orang Indian yang amat berkuasa dan berpengaruh. Mereka adalah juga penduduk asli negeri New York sekarang ini. Mereka membina rumahpanjang yang terdiri daripada sedozen atau lebih penghuni daripada keluarga dekat di bilik-bilik yang terpisah. Mereka mengamalkan sistem adat seumpama Adat Perpatih, yakni keturunan waris perempuan akan mewarisi kuasa politik dan harta. Misalnya membuat keputusan semasa peperangan. Sebenarnya, dari segi politik, kumpulan kaum Iroguois telah membentuk satu liga yang terdiri daripada 5 suku, iaitu Cayuga, Mohawk, Oneida, Onoudaga dan Seneca. Liga ini diperintah oleh sebuah Majlis Ketua-Ketua Suku di bawah satu perlembagaan yang hanya ditutur dari satu generasi ke satu generasi.

Orang Indian di bahagian Tenggara (southeastern) Amerika Utara terdiri daripada beberapa suku kaum dengan bahasa yang berlaian, seperti Cherokees, Chickasaws, Choctaws, creek dan Seminoles. Mereka banyak mengadaptasikan idea dan corak hidup daripada Mexico dalam Amerika Tengah. Misalnya, membina piramid daripada Tamadun Aztec, tetapi Cuma berbeza kerana ia diperbuat daripada lumpur berbanding bahan batu. (contoh: Piramid Emerald Mound di Mississippi pada hari ini). Suku Indian, dipanggil suku Hopewell adalah terkenal dengan pembinaan Mound, iaitu rumah kediaman mereka yang berbentuk piramid. Mereka mendiami kawasan Great Lakes dan antara Sungai Ohio dan Sungai Mississippi.

Kedatangan Orang Eropah ke Amerika.
Beberapa ribu tahun dahulu, sekumpulan kecil manusia purba yang menetap di Asia bergerak mencari makanan hingga membawa mereka ke apa yang dikenali sekarang sebagai Alaska (di bahagian utara benua Amerika utara). Bertitik tolak daripada petempatan mereka di Alaska itu, secara beransur-ansur generasi seterusnya telah menyebar di semua bahagian utara dan selatan benua Amerika. Mereka bergantung hidup dengan memakan buah-buahan liar, bijian keras dan memburu binatang yang agak kecil sahaja. Kemudian, dengan penemuan teknologi yang baik, terutamanya membuat senjata dengan serpihan batu mereka dapat membunuh binatang yang lebih besar dan juga tahu menanam limau, kacang dan jagung. Mereka membina bandar-bandar besar dan sistem jalan seperti yang terbukti oleh tamadun Mexico dan Peru. Mereka dikenali sebagai bangsa "Indian", iaitu satu istilah yang dipopularkan oleh Christopher Columbus pada abad Ke-15. Mereka merupakan penduduk asli di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Manakala kaum Eskimo (Inuit) yang hadir kemudian menetap di Alaska dan Canada.

Lebih kurang 1 ribu tahun yang lalu, manusia pramoden daripada Eropah utara mula belayar menyeberang Laut Atlantik dan mendarat di pantai timur-laut Amerika Utara. Namun penemuan awal ini telah ataupun hampir dilenyap dan dilupai. Hanya lebih kurang 500 tahun kemudian, manusia moden daripada selatang Eropah mula belayar ke arah barat dengan harapan untuk mendarat di India, Jepun atau China, malahan di banyak daratan tanah atau pulau yang besar serta kaya dengan sumber bumi di selatan Laut Pasifik. Hakikatnya, mereka langsung tidak menyangka kewujudan benua Amerika yang terdiri daripada Amerika Utara dan Amerika Selatan. Orang eropah ingin mencari rempah dan emas, di samping untuk menyebarkan ajaran agama Kristen. Mereka juga berharap agar penjelajahan mereka akan menjadikan diri mereka terkenal. Cita-cita yang terakhir ini telah tercapai apabila Christopher Columbus dan Ferdinand Magellan terus disanjung hingga hari ini.

Awal tahun 1500an, orang Sepanyol mendarat di Mexico dan Amerika Selatan. Manakala orang Perancis menjelajah di bahagian Utara Amerika.Awal tahun 1600an, orang Inggeris mula datang ke Amerika, namun mereka menyedari hampir seluruh wilayah telah dikuasai oleh orang Perancis, Sepanyol dan Portugis. Justeru itu, orang Inggeris membina petempatan mereka di sebelah pantai Atlantik, Amerika Utara. Walau bagaiamanapun, sebahagian besar koloni-koloni Inggeris yang awal telah gagal ekoran masalah penyakit, iklim dan juga kekurangan bekalan makanan. Antara tahun 1607 dan 1619, koloni Virginia telah berjaya menangani masalah penyakit malaria dengan penemuan kaedah asap tembakau yang diperkenalkan oleh penduduk peribumi, iaitu orang Indian. Koloni ini mula menanam dan mengeksport tembakau ke Eropah.

Pada tahun 1620an, lebih ramai pedatang dari Eropah, khususnya kumpulan pengikut radikal agama Kristen di England dan dikenali sebagai orang Puritan. Mereka menetap di New England dan membentuk koloni-koloni di Plymouth dan teluk Massachusett. Koloni dari England kemudian telah mengambil-alih wilayah Belanda (New Netherland) yang diberi nama baru, New York semasa Belanda menghadapi peperangan dangan Perancis pada tahun 1640an. Manakala sekumpulan pelarian geraja Roman Katolik dari England menetap di Maryland. Kumpulan golongan aliran Kristen radikal yang disebut Quakers membina koloni di Pennsylvania dan menjemput kedatangan semua orang tanpa mengira agama. Pada tahun 1732, telah wujud koloni Inggeris yang terakhir ialah di Georgia, iaitu untuk menempatkan pesalah-pesalah kerana tidak membayar hutang dari penjara di England.

Kehidupan zaman kolonial bergantung kepada aktiviti ekonomi dengan tujuan untuk membekalkan bahan mentah kepada negara asal, iaitu England. Bahagian selatan Amerika Utara menanam makanan untuk pasaran. Virginia dan Maryland menanam Tembakau. Selatan Carolina menanam padi dan Utara Carolina membekalkan kayu balak Pine. Sungai-sungai menjadi alat pengangkutan utama. Amalan memiliki hamba berhutang (indentured servant) adalah berluasa dan menjadi buruh utama dalam kegiatan ekonomi di koloni-koloni Inggeris. Pada tahun 1676, telah meletus Pemberontakan Bacon (dipimpin oleh Nathaniel Bacon) di Virginia ekorang daripada penentangan golongan petani terhadap masalah cukai, hak mengundi dan layanan baik terhadap kaum peribumi orang Indian. Sungguhpun pemberontakan itu berjaya dibenteraskan oleh pasukan keselamatan Virginia, namun ia menunjukkan telah wujud perpecahan sosial di kalangan penduduk koloni Virginia. Kumpulan petani di kawasan pedalaman menentang kaum petani di kawasan pantai berikutan perlakasaan Headright System (perjanjian pemilikan tanah persendirian), pewarisan anak sulung, sistem cukai dan hak pengundian yang tidak adil. Mengikut undang-undang yang ada, cukai dikenakan lebih tinggi terhadap golongan miskin. Kebanyakan ahli Majlis pemerintah yang kaya membayar sikit cukai. Justeru, kaum petani miskin di kawasan Piedmont di sebelah pedalaman terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi. Juga, tidak semua pemilik tanah atau tuan tanah mempunyai hak mengundi dalam majlis pemerintah. Hakikatnya, kerajaan koloni diperintah oleh segolongan orang kaya untuk kepentingan sendiri. Mereka menentukan hak pemilikan tanah dan meluluskan undang-undang cukai yang hanya menguntungkan golongan kaya. Sedangkan di kawasan koloni-koloni di sebelah utara, pemerintah adalah diundi pada setiap tahun. Ini memberi peluang kepada penduduk untuk membetulkan sebarang pemerintah yang menyeleweng atau menyalahgunakan kuasa.

Di Virginia, gabenor tidak membenarkan pemilihan ahli-ahli Majlis Perwakilan (House of Burgesses), sebaliknya akan dilantik oleh beliau sendiri.Satu kesan penting daripada Pemberontah Bacon ialah wujud pengusahaan tanah dengan menggunakan hamba abdi kulit hitam, terutamanya setelah kehilangan hamba berhutang semasa pemberontakan tersebut.

Isu-Isu Utama dalam Sejarah AS sebelum tahun 1775
Hamba Abdi: Isu perhambaan adalah penting dalam lembaran sejarah Amerika Syarikat, yakni yang menjadi latar belakang terbentuknya keadaan masyarakat pelbagai kaum pada hari ini. Perdagangan hamba abdi bermula pada tahun 1619 apabila sejumlah kecil orang Afrika telah diculik dan dibawa ke Amerika untuk dijual.Boleh dikatakan, amalan perhambaan telah wujud di seluruh koloni Inggeris di Amerika. Majoriti hamba abdi dibawa dari Afrika sejak tahun 1638. Golongan Quakers (kumpulan radikal dari agama Kristen Protestan berpegang kepada prinsip "brotherly love" dan mengharamkan peperangan (Enggan berkhidmat dalam tentera England) menduduki Philadelphia (City of brotherly love). Mereka dipimpin oleh William Penn (anak seorang penyokong Charles II ketika mendapat takhtanya daripada pemerintahan Parlimen yang didominasi oleh golongan Puritan (yang menentang prinsip agama Anglican/Church of England). Pada tahun 1660, undang hamba abdi seumur hidup telah diluluskan di Maryland dan Virginia. Di Virginia, amalan perhambaan mula diperkenalkan pada tahun 1624 (setelah dianugerahkan piagam) dan seterusnya amalan ini menjadi popular dari tahun 1690 dengan jumlah hamba abdi keturunan Afrika seramai 3 ribu orang ketika itu. Dan, terdapat lebih kurang 15 ribu orang hamba berhutang (indentured servant) daripada Eropah (kulit putih). Menjelang tahun 1700, ribuan orang kulit hitam dari Afrika telah dihantar ke Amrika. Lantaran itu, kesannya lebih kurang 20 % populasi hamba dari Afrika berada di Amerika. Manakala penduduk peribumi orang Indian pula ditangkap untuk menjadi pertukaran kepada hamba abdi kulit hitam dan dihantar ke Afrika dan lain-lain tempat. Penduduk di New England dan beberapa koloni di tengah Amerika Utara, sungguhpun mereka pengusaha aktiviti ladang pertanian tetapi mereka tidak bergantung kepada tenaga buruh hamba abdi.

Konflik dengan peribumi Indian: Bentuk dan punca konflik adalah berbeza mengikut koloni. Misalnya, Revolusi Bacon pada tahun pada tahun 1676 adalah pertentangan antara koloni Virginia dengan orang Indian atas sebab pencerobohan di kawasan tanah orang Indian. Pertentangan kaum Iroquois dengan orang Belanda di New Netherland (New York) kerana pencerobohan di lembah Sungai Hudson. Di koloni Maryland pula, berlaku pertentang dengan orang Indian atas sebab tanah. Dan, pertentangan yang agak dahsyat telah berlaku di koloni New England atas 2 sebab utama, iaitu: isu tanah dan isu agama. Golongan Puritan begitu ghariah untuk meluaskan petempatan dan kawasan tanah pertanian menyebabkan orang Indian terdesak jauh ke kawasan pedalaman. Bagi orang Indian, tiada pemilikan peribadi ke atas tanah. Barangan yang dihulurkan oleh orang koloni semasa perundingan pula dianggap sebagai hadiah persahabatan semata-mata. Dengan itu, pihak koloni mengambil kesempatan untuk menipu orang Indian dalam beberapa siri perundingan. Golongan Puritan juga cuba mengkristenkan orang Indian, yang nyata memiliki ajaran bertentangan dengan adat dan agama mereka. Apatah mereka didesak untuk patuh kepada Tuhan dalam Bible. Orang Indian melihat ketua (paramount chief) dan bomoh (medicine men) mereka sebagai lembaga yang wajip disanjung. Pada tahun 1637 suku Pequot (pekwat) sudah bersedia untuk menentang koloni Inggeris. Dalam masa itu juga pihak koloni telah mengadakan pakatan dengan suku Narragansett, yakni musuh ketat suku Pequot. Justeru itu, meletuslah Perang Pequot. Kubu Pequot telah dikepong dan dibakar. Lebih kurang 400 orang pahlawan, wanita dna kanak-kanak suku Pequot telah terkorban. Dikatakan cuma 7 orang terselamat atau berjaya melepaskan diri daripada kebakaran tersebut. Pihak Puritan menganggap kemenangan tersebut sebagai suatu pertolongan daripada Tuhan. Selama hampir 40 tahun keadaan menjadi aman di antara pihak koloni Puritan dan orang Indian. Namun pada awal tahun 1675, meletus satu pertentangan lain yang dikenali sebagai Perang King Philips. Perang ini dipimpin oleh Metacom, ketua suku Wampanoag (wam-pa-no-ag) yang disertai oleh suku Narragansett dan suku Nipmuck menyerang secara hendap (gurilla) bandar-bandar Puritan di Massachusett. Pihak Puritan yang dipimpin oleh General John Winslows telah melancarkan pembunahan secara kejam terhadap orang Indian di Teluk Narragansett. Metacom sendiri turut terkorban dan kepalanya telah dipenggal lalu dipamerkan di bandar Plymouth selama 20 tahun. Manakala anak lelakinya dan isterinya telah dijual menjadi hamba abdi ke West Indies (Kepulauan Cuba dan Haiti). Ramai yang terkorban dalam perang tersebut berbanding dalam Perang Revolusi Amerika dan Perang Saudara dalam abad Ke-19. Terdapat sejumlah 92 bandar Puritan, 52 telah diserang tetapi Cuma 16 sahaja yang musnah. Kesan penting daripada perang tersebut ialah, perluasan petempatan pihak koloni Puritan mula berpatah balik ke arah timur daripada penyebaran ke arah barat.

Wujud keamana di Pennsylvania: Di bawah pimpinan William Penn, wujud pemerintahan yang adil dan menghormati hak suku kaum peribumi, orang Indian. Or ang koloni tidak dibenarkan mengambil tanah kaum peribumi secara menipu. Golongan Quokers yang juga memegang prinsip "brotherly love" memberi layanan baik dan mengelak peperangan dengan puak Delaware, Susquehannock dan lain-lain peribumi Pennsylvania.

England bentuk sebuah empayar koloni: Di selama 75 tahun, dari 1607 hingga 1682 koloni-koloni Inggeris telah berbina dengan kukuh di Amerika Utara. Namun kerajaan England ketika itu tidak memberi perhatian khusus ekorang meletusnya Perang Saudara dalam tahun 1640an. Hakikatnya, masyarakat Inggeris sama ada di koloni ataupun di tanahair England berpegang kepada prinsip atau teori Mercantilisme sejak tahun 1500an lagi. Iaitu bertujuan untuk memperkayakan tanahair supaya menjadi kuasa maritim (naval) yang kuat dan digeruni. Teori Koloni juga mempunyai prinsip yang sama, khusus untuk membekalkan bahan mentah yang tidak terdapat di England. England memerlukan bahan kayu untuk bina kapal perang yang besar. Selama ini kayu diimport dari Sweden dan Scandinavia. Penemuan koloni di New England dapat membekalkan kayu (Pine) keras kepada industri perkapalan di England.


KULIAH 01| 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14