KULIAH 8
INDUSTRIALISASI DAN URBANISASI

*Menjelang 1894 AS telah berjaya mengatasi Britain sebagai kuasa perindustrian terunggul di dunia.
1. Perkembangan Industri
- Tenaga elektrik menggantikan tenaga stim/wap. Mempertingkatkan sistem pengangkutan + industri perkilangan.
- Telegraf elektrik serta terciptanya telefon telah mempercepatkan komunikasi antara wilayah. Penciptaan mentol membawa kpd penambahan dim waktu kerja.
- Sumber-sumber penting dim era perindustrian ini adalah best, arang + minyak. Memperbaiki + meningkatan pengeluaran barangan.
- Penghasilan produk-produk baru + lebih berkualiti.
- Wujud pelaburan + perbankan
2. Pengangkutan
- Usaha untuk menhubungkan bahagian Atlantik dengan bahagian Pasifik dengan pembinaan landasan keretapi. Kerajaan AS memberikan kontrak untuk pembinaan ini kepada Union Pasific(bahagian barat) + Central Pacific Railroad (bahagian timur).
- Kerja pembinaan telah menelan belanja yang besar dan merupakan kerja yg merbahaya. Ramai dikalangan buruh kedua-dua syarikat telah terkorban.
- Kedua-dua syarikat ini juga banyak menggunakan buruh asing utk bekerja.
- Pihak penguatkuasa pengangkutan keretapi ini mengenakan bayaran yg tinggi kepada para petani yang ingin mengangkutan barangan mereka. Membawa kepada pengisytiharan sebagai pengngkutan untuk kemudahan awam.
3. Penubuhan Persatuan Pekerja
- Penggunaan mesin dalam kilang telah membawa kepada beberapa perubahan:
a). Mengurangkan komunikasi di kalangan pekerja.
b). Pekerja kilang kehilangan identiti
c). Gaji yg rendah tetapi bekerja lebih masa.
d). Keaadaan kerja yang merbahaya.
e). Kanak-kanak terpaksa menjadi buruh.
f). Sistem "sweatshop"
g). Wujudnya bandar-bandar yang dikuasai oleh syarikat.
- wujudnya persatuan pekerja untuk membaiki keadaan + membawa perubahan.
- Tetapi industri perkilangan ini telah membantu golongan petani meningkatkan pengeluaran.

Urbanisasi
o pergerakkan penduduk dari kwasan luar bandar ke kawasan bandar tertumpu di bahagian utara AS.
- pertambahan kilang, lombong serta adanya sistem pengangkutan yang lebih baik memerlukan tenaga pekerja yang ramai yang telah membawa kepada pertumbuhan bandar-bandar baru.
- Sebab utama perpindahan adalah untuk mencari perkerjaan yang lebih lumayan, Pendatang-pedatang baru terdiri dari golongan petani + juga pendatang-pedatang asing dr Eropah.
- Kebanjiran penduduk ke kawasan bandar membawa beberapa masalah:-
a) Masalah perumahan
b) Masalah pengangkutan
c) Sistem perairan + kawalan kebersihan
d) Kegiatan jenayahyang meningkat
e) Diskriminasi ras, terutamanya terhadap rakyat berkulit hitam.
f) Wujudnya kelas-kelas sosial dalam masyarakat.


KULIAH 01| 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14