WARISAN KAMPUNG AIR DI SABAH: PENDOKUMENTASIAN

I. LATARBELAKANG

 

Kehidupan di pinggir muara dan pantai adalah satu pola petempatan yang unik dalam sejarah masyarakat di Malaysia. Salah satu jenis petempatan ini ialah Kampung Air. Rumah-rumah dibina di atas tiang-tiang kayu yang banyak dan sangat tinggi di dalam air muara dan pantai. Rumah-rumah ini juga terkenal dengan panggilan rumah tiang seribu. Petempatan Kampung Air adalah terkenal di negeri Sabah. Kebanyakan petempatan seumpama ini terdapat di kawasan pantai Kota Kinabalu, Kudat, Kota Marudu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Labuan. Hakikat kewujudan petempatan di Kampung Air adalah mencerminkan satu warisan budaya tradisi penduduk tempatan di Sabah, khususnya di kalangan suku kaum Bajau dan suku kaum Melayu Brunei. Kewujudan warisan ini boleh dikesan sejak abad ke-15 masihi dan ke-16 masihi. Kekayaan sumber ekonomi perdagangan dan kekuatan sistem pertahanan maritim kerajaan Kesultanan Melayu Brunei tradisional pada suatu ketika dahulu amatlah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh masyarakat maritim di sepanjang pantai Borneo Utara (kini negeri Sabah). Sejak tahun 1970an, populasi masyarakat maritim di Sabah mengalami pertambahan yang pesat. Faktor penghijrahan penduduk pedalaman dan faktor migrasi pendatang tanpa izin daripada kepulauan Filipina dan Indonesia merupakan penyumbang utama kepada pengembangan petempatan Kampung Air di kawasan-kawasan pantai pinggir bandar-bandar utama di Sabah. Dalam pada itu, kini warisan petempatan Kampung Air ini telah bertukar menjadi satu masalah yang rumit kepada proses perancangan pembangunan masyarakat dan fizikal di Sabah.

II. OBJEKTIF KAJIAN

  1. Mendokumentasikan petempatan Kampung Air di Sabah yang selama ini belum pernah diusahakan.
  1. Meninjau sejauhmana corak petempatan ini menjadi satu warisan sepunya di kalangan penduduk tempatan.
  1. Mengenalpasti kewujudan dan punca berbagai masalah-masalah kehidupan yang dihadapi oleh penduduk di petempatan Kampung Air.
  1. Melihat sejauhmana kerelevanan corak petempatan Kampung ini dapat dikekalkan sebagai satu identiti tempatan yang menyumbang kepada industri pelancongan.
  1. Matlamat penyelidikan adalah untuk penerbitan buku.

III. KEPENTINGAN KAJIAN

Oleh kerana tumpuan banyak penyelidikan yang selama ini diusahakan ke atas masyarakat yang mendiami kasawan-kawasan daratan di bandar dan pedalaman negeri Sabah, maka kajian ini bertujuan merintis penyelidikan tentang masyarakat yang mendiami kawasan-kawasan muara sungai dan pantai. Ketiadaan hasil penyelidikan yang boleh mendedahkan bentuk kehidupan di kampung-kampung air ini telah menyebabkan kurang kefahaman terhadap nilai budaya yang unik dan tersendiri yang dimiliki oleh masyarakat ini. Justeru itu, dengan adanya usaha penyelidikan seumpama ini akan dapat membantu kerajaan dalam merancang pembangunan sosioekonomi dan fizikal masyarakat Sabah secara seimbang pada keseluruhannya.

IV. METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan ini akan dibahagikan kepada dua fasa (kerja lapangan), iaitu heuristik dan penerokaan. Skala penyelidikan adalah meliputi tujuh kawasan, iaitu  sekitar Kota Kinabalu, Kudat, Kota Marudu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Labuan.

Fasa pertama, heuristik merupakan usaha penyelidikan perpustakaan di pusat-pusat simpanan sumber maklumat bertulis seperti arkib, perpustakaan dan jabatan kerajaan di negeri Sabah.

Fasa kedua, penerokaan merupakan usaha penyelidikan di lapangan terutamanya bertujuan untuk mengenalpasti lokasi petempatan dan taburan rumah-rumah di Kampung Air. Di samping, merekod pemandangan fizikal petempatan Kampung Air, kaedah penyelidikan soalselidik untuk sejumlah 2,000 responden turut dijalankan dengan tujuan untuk pengumpulan maklumat mengenai aspek sosio-ekonomi penduduk Kampung Air, serta meninjau respon atau pandangan pihak-pihak tertentu mengenai sejarah, perkembangan, masalah dan masa depan warisan kampung Air di Sabah. Ciri-ciri responden meliputi golongan pemimpin kampung (10%), golongan dewasa (30% lelaki dan 20% wanita), golongan belia (10% lelaki dan 10% perempuan), orang luar-bukan ahli penduduk kampung air (10%), pegawai kerajaan (5%), dan ahli akademik (5%)

V. AKTIVITI PROJEK/JADUAL KERJA

Bil.

TARIKH

STATUS

AKTIVITI

1

Jun – September 2002

FASA I

Penyelidikan Perpustakaan & Agensi Kerajaan: Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

2

Oktober – Disember 2002

Penyelidikan Perpustakaan & Agensi Kerajaan: Kota Marudu, Kudat dan Labuan.

3

Januari – Februari 2003

Penyelidikan Perpustakaan & Agensi Kerajaan: Kota Kinabalu dan sekitara Pantai Barat.

4

Mac – April 2003

PROPOSAL

Bengkel Pemantapan Kerangka Penyelidikan.

5

Mei – Julai 2003

FASA II

Peninjauan Lapangan: Tawau, Semporna dan Lahad Datu

6

Ogos 2003

Peninjauan Lapangan: Sandakan.

7

September – Oktober 2003

Peninjauan Lapangan: Kudat dan Kota Marudu.

8

November 2003

Peninjauan Lapangan: Labuan.

9

Disember 2003

Peninjauan Lapangan: Kota Kinabalu dan sekitar Pantai Barat.

10

Januari 2004

ANALISA

Perangkaan Penulisan

11

Februari – Mac 2004

Penulisan Buku

12

April 2004

Bengkel Buku

13

Mei - Jun 2004

Penerbitan Buku

G. ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlah besar meliputi Fasa Pertama dan Fasa Kedua =  RM 50,000.00

F. AHLI PENYELIDIK

1. Prof. Dr. Qasim Ahmad (Ketua)
2. Prof. Dr. Sabihah Osman
3. En. Bilcher Bala
4. Pn. Maureen De Silva