PERKEMBANGAN PENSEJARAHAN MELAYU


ABAD KE-14-18 MASIHI
Hikayat Raja-raja Pasai
- tidak diketahui siapa pengarangnya, tetapi dipercayai dihasilkan dalam abad ke-14 dan dibawa ke Melaka pada abad berikutnya.
- Kerangka penulisan karya:- mengisah asal usul raja dan kesultanan kerajaan Samudera-Pasai bermula dari abad ke-13 masehi: Raja Ahmad (abang) dan Raja Muhammad (adik); Merah Silu dan Merah Hasum; kemasukan Islam melalui raja memeluk Islam-Merah Silu memnjadi Malik-al-Salleh; pemerintahan Sultan Malek-al-Dzahir, Sultan Malek-al-Mansor, Sultan Malek-al-Mahmud dan Sultan Ahmad; akhir kisah tentang kejatuhan kerajaan Pasai dalam serangan tentera Sinapati Anglaga (pahlawan Majapahit) sekitar tahun 1350 masehi.
- Kerangka pemikiran:- mengandungi unsur luar biasa, kesusasteraan dan juga diselitkan peristiwa-peristiwa sejarah, terutamanya aspek politik dan diplomatik:- e.g. kecantikan Puteri Buluh Betong, kesumpurnaan Merah Gajah, kehandalan Tun Berahim Baba (memancung pokok pisang dari pucuk hingga perdu dengan agak pantas, nampak tidak putus atau tumbang hinggalah angin meniupnya; terbang dengan kuda sakti Semberani), peperangan saudara (Sultan Ahmad vs Sultan Muhammad), peperangan dengan Siam yang cuba menuntut ufti, kisah putera Sultan Ahmad (Tun Berahim Baba) menunjukkan kehandalan mengalahkan pendekar-pendekar dari Benua Keling (India), peritiwa pembunuhan Tun Berahim Baba oleh ayahnya yang tentang ancaman dan kemasyhuran kehandalan anaknya itu, dan juga pembunuhan putera keduanya (Tun Abdul Jalil) yang disyaki bersubahat dengan dengan tentera Majapahit.

Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu)
- mengisahkan tentang asal usul dan jurai keturunan raja-raja Melayu yang memerintah Empayar Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15 masehi.
- Asal usul dikaitkan dengan Raja Iskandar Dzulkarnian (Raja Mekaduniah yang lagendaris) melalui Raja Suran (yang menghasilkan tiga juriat untuk mengasaskan kerajaan Melayu di Palembang-Bukit Seguntang) iaitu putera kepada Raja Tersi Berderas (cucu Raja Sulan yang berketurunan Raja Ariston Syah (putera sulung Raja Iskandar Dzulkarnain dengan anak perempuan Raja Kida Hindi bernama Puteri Syahrul-Bariyah).
- Kisah tokoh-tokoh Nila Pahlawan, Krisyna Pendita, Wan Empuk dan Wan Malini, terutamanya Nila Utama atau Sang Seperba beristerikan puteri tempatan (anak perempuan raja Demang Lebar Daun) melalui satu persetiaan atau perjanjian sosial-politik (taat memtaati antara satu sama lain) yang menjadi konsep asas ketaatan dan penderhakaan antara rakyat dan raja.
- Kisah pengembaraan (merantau) Sang Seperba sehingga membuka Temasik (Singapura) dan menjadi Raja Iskandar yang kemudiannya terpaksa mengembara sekali lagi sehinggalah berakhir membuka kerajaan Melayu Melaka di Sungai Bertam.
- Puteranya bernama Sultan Muhammad memeluk Islam dan memdapat pengiktirafan kerajaan China sebagai Sultan yang berdaulat.
- Kisah perluasan kuasa Melaka sejak pemerintahan Sultan Muzaffar Syah sehingga Sultan Mahmud Syah menjadi sebuah empayar meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan di panta barat Sumatera (Kampar, Haru, Rokan, Jambi dan Inderagiri)- era keemasan Melaka berakhir dengan serangan dan kekalahan di tangan orang Portugis (Feringgi atau Benggali Putih).
- Kisah berakhir dengan zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah (Raja Mansur, 1597-1615).
- Pengarang karya ini (1612), Tun Seri Lanang adalah Bendahara Paduka Raja Johor-Riau ketika itu, mendapat arahan istana untuk memperbaiki Sulalatus Salatin dari karya asal Hikayat Melayu yag dibawa orang dari Goa.
- Gambaran tentang kemasyhuran dan kemakmuran ekonomi-politik perdagangan di Melaka (pedagang-pedagang dari negeri di "atas angin" dan "bawah angin" atau Timur dan Barat.

Lain-lain karya:-
Bustanul Salatin
Misa Melayu
Salasilah Perak
Hikayat Raja Bongsu
Salasilah Raja-Raja Melayu
Hikayat Melayu
Hikayat-Petrajaya Putti
Hikayat Asli

Ciri-ciri pensejarahan tradisional:
1. Kerangka pemikiran adalah berbentuk kesusasteraan atau teknik khayalan (mitos, lagenda, dongeng dan kata-kata perbualan tokoh-tokoh yag dimuatkan di dalamnya).
2. Konsep kandungan yang asas (salasilah atau jurai keturunan raja-raja yang memerintah dan pembesar-pembesar ternama, di samping diselitkan peristiwa-peristiwa sejarah:- e.g. politik dan diplomatik yang berkaitan dengan tokoh-tokoh).
3. Gaya penyampaian atau kerangka penulisan adalah berbentuk penceritaan/naratif (suatu penceritaan-pengkisahan tentang asal usul raja dan keturunan, kebangkitan, kemakmuran, kebesaran, kegagahan, kepintaran tokoh, rakyat, kerajaan dan empayar (e.g. Melayu Melaka), kesucian adat dan istiadat yang menjadi warisan masyarakat dan kerajaan di Kepulauan Nusantara, amnya.








ABAD KE-19 MASIHI
Raja Ali Haji bin Raja Ahmad
Tuhfat-al-Nafis (1865)
Salasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja-rajanya (1865)
Hikayat Merong Mahawangsa (1898)

Abdullah Munsyi
Ceritera Kapal Asap (1830)
Syaer Singapura Terbakar atau Syaer Singapura Di Makan Api (1830)
Syaer Kampung Gelam Terbakar (1847)
Hikayat Abdullah (1849)
Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1854)

Na Tien Piet
Syaer al-Marhoem Banginda Sultan Abu Bakar di Negeri Johor (1896)

Ciri-ciri pensejarahan abad ke-19:-
4. Masih dipengaruhi oleh corak kerangka penulisan atau gaya penceritaan/naratif.
5. Kebangkitan gaya penyampaian bercorak syaer.
6. Masih mengandungi unsur-unsur khayalan atau luar biasa, disamping memperkenalkan teknik imaginasi yang rasional (e.g. kisah permainan Boria dalam Syaer Boria oleh Muhammad Yusof Sultan Mahyuddin, biasanya merupakan satu pesta pertunjukkan pentas yang meriah suatu ketika dahulu, iaitu menyanyi dan menari dalam keadaan mabuk (minum arak dahalu sebelum naik ke pentas).


PENSEJARAHAN MELAYU PADA ABAD KE-20 MASIHI
Ciri-ciri pensejarahan:-
7. Penggunaan tarikh yang tepat
8. Penulisan prosa atau penceritaan
9. Masih berbentuk kesusasteraan, falsafah dan agama
10. Wujud teknik pemikiran yang rasional, di samping mengekalkan unsur-unsur khayalan (mitos, lagenda dan dongeng), e.g. karya Geografi dan Sejarah Semenanjung Tanah Melayu oleh Abdul Majid Zainuddin, dan juga karya Kitab Tawarikh oleh R.O Winstedt dan Daing Abdul Majid bin Tengku Muhammad Salleh:- di akhir karya wujud rangkapan doa kepada Allah oleh pengarang-pengarang agar Tanah Melayu tetap selamat berada di bawah pemerintahan British.

Mejar Datuk Haji Muhammad Said Hj Sulaiman
Hikayat Johor dan Tawarikh al-Marhum Sultan Abu Bakar (1911)
- Mengandundi 26 fasal
- Kisah asal usul raja dan kerajaan Johor daripada warisan kerajaan Melayu Melaka (abad ke-15 hingga ke-16) hingga zaman kemangkatan Sultan Abu Bakar.
- Meliputi aspek politik, diplomatik, ekonomi dan sosial Johor.

Hikayat Queen Victoria (1905)
Pakai Patut Melayu (1931) - mengenai pelbagai pakaian Melayu di Johor
Johor Zaman Bahru Persekutuan (1940)
Ringkasan Tawarikh Nippon, Tawarikh England (1948)
Hikayat Johor dan Tawarikh Sultan Ibrahim (1951)
Riwayat Hidup Datuk Haji Muhammad Said (1955?)

Beliau menghasilkan banyak karya dalam majalah e.g. Peredar Angka I: "P.Bm. P.N. Diraja", Peredar Angka II: "Panduan Bagi Hejaan", dan seterusnya hingga Peredar Angka XV: "Bangkok Kepala Negeri Siam". (1 hingga 15 bahagian)

Pensejarahan Negeri Kedah
Salasilah dan Tarikh Kerajaan Kedah (1913) oleh Wan Yahya Muhammad Talib
Peringatan Raja-Raja Kedah (tidak diketahu tarikh dan pengarangnya)
Al-Tarikh Silsilah Negeri Kedah (1928) oleh Muhammad Hasan Dato' Kerani Muhammad Arshad

Pensejarahan Negeri Kelantan
Pembesar istana bernama Haji Nik Mahmud Haji Wan Ismail
Hikayat Seri Kelantan (1914)
Kitab Geografi dan Tarikh Negeri Kelantan (1926)
Ringkasan Cereta Kelantan (1934)
Perang Tok Janggut atau Balasan Derhaka (1951) oleh Yahya Abdullah
Riwayat Hidup Tok Janggut dan Peperangan di Kelantan (1957)

Lain-lain karya:-
Ringkasan Tarikh Kelantan (tidak diterbitkan) oleh Osman bin Yusof
Riwayat Kelantan (?) oleh Asaad Shukri
Buku Tarikh Kelantan (1930)

Pensejarahan Pahang
Hikayat Pahang (1932)

Pensejarahan Sarawak
Hikayat Sarawak (1932) oleh Muhammad Rakawi bin Yusof
- mengandungi 2 jilid, tetapi hanya jilid satu sahaja ditemui
Perihal Sarawak yang Sebenarnya (1947?) oleh Anthony Brooke?

Pensejarahan Selangor
Pesakan Selangor (1930?) atau Kenangan-kenangan Selangor oleh Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Said (disunting oleh Abdul Samad bin Ahmad).
Melihat Tanah Air (1941) oleh nasionalis Ibrahim Hj Yaakub (karya ini bukan asal suatu pensejarahan tetapi mengandungi latarbelakang peristiwa-peristiwa sejarah di Selangor
Perang Saudar di Selangor (1960) oleh Abdul Talib Hj Ahmad (mengenai Perang Kelang I & II antara Raja Mahdi dengan puak Raja Abdullah untuk merebut kawasan perlombongan semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad

Pensejarahan Melaka
Perang Melaka (1957) oleh Darus Ahmad
- mengenai peperangan Melaka menentang serangan Portugis dalam tahun 1511 masehi

Pensejarahan Terengganu
Mengkaji Sejarah Terengganu oleh Haji Muhammad Salleh Haji Awang

Pensejarahan Perak
Sejarah Perak Dahulu dan Sekarang oleh Abdullah Haji Musa Lubis
- Satu kronologi mengenai jurai keturunan pemerintah dan sejarah penjajah Inggeris di Perak sejak zaman kerajaan Gangga Negara hingga sekitar tahun 1957
Pensejarahan tentang tokoh
Kisah Hidup Sir Stamford Raffles (1911) terjemahan Abdul Rahman al-Kudsi dari karya asal oleh R.O. Pringle
Citrea al-Marhum al-Syeikh Uthman (1922) oleh Muhammad Zainuddin
Tarikh Dato' Bentara Luar (1928) disusun oleh Muhammad Hj Ali dari catatan Dato' Bentara Luar Johor
Ringkasan Tawarikh Allahyarham Hj Mohammad Taib Hj Othman (1938) oleh Hj. Jaafar bin Haji Mohd Talib - mengenai ayahnya sendiri yang menerokai kawasan Parit Jamil
Riwayat Hidup Mejar Haji Muhammad Said Sulaiman (1955?) oleh beliau sendiri
Riwayat Hidup Tunku Abdul Rahman Putra 1955) oleh Abdul Aziz Ishak
Raja Haji Pahlawan Terbilang dan Dol Said: Pahlawan Naning oleh Darus Ahmad
Laksamana Hang Tuah oleh Samad Ahmad
Perjuangan Hang Tuah oleh Razak Ahmad


PENSEJARAHAN MELAYU PADA DEKAD 1930AN - 1960AN
Riwayat Tanjung Malim (1947) oleh Zainal Abidin bin Daud
Riwayat Kinta (1959) oleh Abdul Talib Hj Ahmad

Ciri-ciri:-
-masih dipengaruhi oleh unsur-unsur kesusasteraan, falsafah dan agama, namun kebanyakan karya adalah lebih mirip kepada konsep pensejarahan yang mutakhir ini.

PENDEKATAN DAN ALIRAN DALAM PENSEJARAHAN MELAYU KINI
Persoalan sentrik dalam pensejarahan Melayu.

Sentrik (centric) ialah kecenderungan satu pandangan atau satu pendekatan yang digunakan dan satu-satu perkara atau tema yang diutamakan dalam sesuatu penulisan sejarah. Misalnya ada penulisan yang dikatakan bersentrik subjek (politik, ekonomi atau sosial) dan ada pula yang bersentrik negeri ataupun juga kaum seperti European centric, Malaysian centric, Indigenous centric dan sebagainya.

Sentrik Melayu - menulis sejarah Alam Melayu dari sudut pandangan atau kaca mata orang Melayu.

Apabila dikatakan sejarah Melayu yang berupa sentrik Melayu, ia bererti sejarah Melayu yang ditulis dengan memberikan tumpuan kepada perlakuan orang Melayu sendiri. Bentuk ini berlawanan dengan hasil penulisan sejarah bersentrik Barat yang menghuraikan sejarah Alam Melayu dengan mengutamakan tokoh dan segala kepentingan bukan Melayu.

Masa kini - pensejarahan Melayu mula menumpu kepada aspek semasa sosial, ekonomi dan politik orang-orang Melayu.

Usaha menulis kembali sesuatu sejarah perlu ada suatu pendekatan yang seimbang supaya tiap-tiap peristiwa akan dikaji dengan perspektif yang saksama.

Rumusan
- Pensejarahan skop luas yang merangkumi aspek geografi, sejarah, falsafah, ekonomi dan sosio-budaya Melayu
- Pensejarahan sebelum awal abad ke-19 amat terikat dengan kerangka dan dan pendekatan pemikiran serta gaya penulisan berunsur kesusasteran, falsafah dan agama (agak menonjol)
- Pensejarahan selepas awal abad ke-19 hingga suku akhir abad ke-20 masih dipengaruhi oleh bentuk pensejarahan tradisional, cuma unsur-unsur itu tidaklah terlalu terserlah lagi.