Make your own free website on Tripod.com

 

(BUKU) - Tajuk: ARKEOLOGI MARITIM MALAYSIA: Pengertian dan Sejarah Perkembangan, 1970-2000.


Pengarang
Bilcher Bala & Baszley Bee B. Basrah Bee

Cetakan Tahun 2002

ISBN 983-2188-85-7
Kandungan: 186 halaman

Harga: RM33.00 senaskah

Perkembangan bidang arkeologi maritim di Malaysia telah menjangkau usia dua dekad. Namun kedudukan dan kepentingannya sebagai disiplin ilmu dan bidang penyelidikan masih kurang disedari, berbanding dengan bidang arkeologi daratan. Perbincangan dari segi pengertian bidang arkeologi maritim dalam konteks arkeologi Malaysia juga masih mempunyai lompang yang luas dan perlu diisi dengan satu rumusan yang kritis demi pemantapan perkembangannya. Sejarah perkembangan arkeologi maritim Malaysia agak perlahan meskipun potensi perairan negara sebagai tapak kajian ini merupakan antara yang paling penting dalam kajian arkeologi dan sejarah maritim Asia. Hal ini berlaku disebabkan oleh masalah dalaman yang berbentuk teknikal dan luaran yang didominasi oleh masalah kekurangan dana pembiayaan. Akhirnya mengekang bidang ini tidak berupaya kembang seiring dengan perkembangan teknologi peninjauan dan galicari arkeologi maritim di peringkat global. Malah, Malaysia jauh ketinggalan dalam aspek penguatkuasaan undang-undang perlindungan warisan maritim. Perkembangan industri penyelamatan komersial telah meletakkan bidang arkeologi maritim di negara ini dan Asia Tenggara amnya, berada dalam kedudukan yang kritikal. Persekitaran fizikal laut bukan lagi menjadi halangan untuk menjalankan projek tinjauan dan ekskavasi di dasar laut Asia Tenggara. Namun, perkembangan teknologi yang pantas telah menekan ahli arkeologi maritim Malaysia memilih sama ada untuk berkompromi dengan industri penyelamatan komersial atau bersendirian dalam kedudukan yang serba daif. Justeru itu, penulisan ini cuba mengemukakan satu sudut pandangan tersendiri berhubung permasalahan kajian arkeologi maritim Malaysia dan diharapkan penulisan ini dapat menyediakan satu garis panduan untuk mencapai matlamat yang sewajarnya.

Untuk Pesanan, sila berhubungan dengan Unit Penerbitan UMS.

Unit Penerbitan,
Universiti Malaysia Sabah,
Peti Berkunci 2073,
88999 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel. 6088-320000

(BUKU MODUL) - Tajuk: PENYELIDIKAN DAN PENULISAN SEJARAH

Tahun 2000

Kandungan: 187 halaman

Penelitian Sejarah ialah suatu proses yang merangkumi dua tahap aktiviti, iaitu tahap penyelidikan dan tahap penulisan. Seseorang individu yang meminati dan aktif berkecimpung dalam profesyen bidang ilmu sejarah, pada kebiasaannya menjalankaflr penelitian sejarah bermula dari tahap penyelidikan dan diikuti oleh tahap penulisan. Kadangkala kedua-dua tahap tersebut terpaksa dilakukan serentak atas sebab-sebab tertentu dan yang wajar. Penyelidikan dan penulisan sejarah merupakan satu sains yang memberi penerangan dan pentafsiran terhadap masa lampau berdasarkan idea atau kenyataan yang dikaji dengan matlamat untuk memberi fakta yang benar bagi pengetahuan manusia. Ini menjadikan sejarah sebagai satu bidang ilmu yang efektif dan berpengaruh dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara serta menjalinkan hubungan antara beberapa kelompok manusia dalam satu komuniti yang mempunyai pengalaman sejarah, perasaan, minat dan sumber inspirasi yang sama untuk masa depan. Justeru itu, modul ini telah dirangkakan sebegitu rupa dengan matlamat untuk menimbulkan minat dan kesedaran tentang betapa penting ilmu sejarah kepada setiap insan yang bukan sahaja menjadi pembaca setia, tetapi juga akan menjadi karyawan sejarah yakni penyelidik dan penulis sejarah. Kerangka modul ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar terhadap ciri-ciri, kaedah dan pendekatan saintifik dalam penelitian sejarah. modul juga dapat meningkatkan kemahiran dan pengertian mereka dari segi jenis, penggunaan dan kepetingan sumber seperti laporan-laporan kerajaan, surat-surat peribadi dan akhbar. Pelajar-pelajar dilatih menggunakan sumber-sumber di perpustakaan dan arkib. Aspek-aspek penting yang akan diberi tumpuan ialah, ciri-ciri sejarah sebagai disiplin ilmu pengetahuan, kategori dan dimensi sejarah sebagai ilmu penyelidikan dan penulisan yang mempunyai proses dan teknik penyelidikan dan struktur penulisan yang khusus. Modul ini juga membicarakan mengenai hubungan ilmu sejarah dengan disiplin-disiplin saintifik lain, terutamanya ilmu-ilmu sains sosial.Pendek kata, kesedaran dan pengetahuan manusia terhadap sejarah amat bergantung kepada hasil kerja penyelidikan dan penulisan oleh sejarawan. Sesuatu hasil penyelidikan dan penulisan sejarah itu dianggap baik, objektif dan bermutu tinggi jika disempumakan mengikut kaedah, tertib serta gaya yang digariskan oleh disiplin sejarah.

Penerbit: Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia;

(ARTIKEL) - Tajuk: "Kewujudan Negara-Kota Brunei Dalam Beberapa Teori."

Tahun 2000

Makalah ini membicarakan sejarah awal Negara Brunei Darussalam, khususnya mengenai negara-kota Brunei ataupun kerajaan Brunei tua. Ini merupakan satu percubaan untuk meninjau asal-usulnya yang masih menjadi teka-teki dan terbuka untuk diperbincangkan hingga kini. Usaha penyusunan semula sejarah awal Brunei ini bertujuan untuk mengetengahkan satu usaha pentafsiran semula sejarahnya agar dapat memperbaiki fakta-fakta yang tidak selaras, dan melibatkan penyusunan pengetahuan serta pendekatan penganalisaan pandangan-pandangan yang berkaitan daripada kajian-kajian lepas. Semua pemyataan yang dikemukakan dalam makalah ini merupakan satu percubaan bagi menubuh suatu perspektifbaru yang lebih positifdan berprestij dari sudut pandangan masyarakat peribumi di Nusantara amnya.

Dalam JURNAL PUSAT PENANTARAAN ILMU DAN BAHASA. BIL. 4. Halaman 84-113. Penerbit: Pusat Penantaraan Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinablu.

(ARTIKEL) - Tajuk: "Pre-Islamic State of Brunei: Indianized?"

Tahun 1999

Sinopsis: A preliminary discussion about the impact of Indian cultural influence on the old Brunei kingdom will assess the strengths of previous studies, which believed that the state system in early Southeast Asia grew within the framework of Indian culture. This paper discusses the theories of historians on early Southeast Asia, who assert that the region had been culturally influenced by the culture of India as early as the third century B.C. China was also a very important influence in the region. However, after the fall of the Han Dynasty in 618 A.D., China closed her doors to the rest of the world. During this period, India's culture pervaded subtly throughout Southeast Asia. Thus, India became the greatest cultural influence on the peoples of Southeast Asia.

Dalam JURNAL PUSAT PENANTARAAN ILMU DAN BAHASA. BIL. 3. Halaman 147-162. Penerbit: Pusat Penantaraan Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinablu.

(ARTIKEL) - Tajuk: "Masyarakat Kelabit dan Lun Bawang di Sarawak?"

Tahun 1993

Sinopsis: Dalam perbincangan ini agak dirasai cukup untuk membincnag tentang latarbelakang etnografi suku kaum Kelabit dan Lun Bawang di Sarawak; iaitu berkenaan identifikasi, pengertian mereka terhadap konsep Orang Ulu; meninjau taburan populasi dan akhir sekali tentang hipotesis petempatan awal kedua-dua suku kaum tersebut sebelum era pemodenan berlaku sekitar pertengahan abad kesembilan belas di Sarawak. Pada dasarnya, kerumitan dari segi sistem perhubungan di bumi Borneo amnya boleh dijadikan sebagai faktor utama yang menghalang usaha pengkajian dilakukan ke atas suku kaum Kelabit dan Lun Bawang khasnya, dan penduduk Dayak amnya. Lantaran itu, adalah amat sukar untuk menjalankan sesuatu kajian pengamatan yang berjaya di antara suku-suku penduduknya dalam menyelesaikan banyak persoalan yang timbul dengan harapan dapat mendalami pengetahuan sejarah etnografi ataupun ilmu kemanusiaan di negara ini.

Dalam JEBAT (Jurnal Jabatan Sejarah). BIL. 21. Halaman 23-62. Penerbit: Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.