Make your own free website on Tripod.com

PENILAIAN PELAJAR

Kehadiran kuliah dan tutorial adalah wajib. Kegagalan untuk hadiran sebanyak 3 kali tanpa alasan yang munasabah akan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir semester.Semua pelajar yang mengikuti kursus ini wajib menulis satu esei sepanjang 8 hingga 10 halaman teks yang ditaip mengikut format yang standard (jenis huruf: Times New Roman), saiz huruf: 12, baris ayat: 2 langkau). Kaedah dan teknik penulisan dalam bidang Sejarah wajib diamalkan dengan serius. Peruntukkan markah untuk penulisan esei adalah dikira sebagai 20 peratus daripada keseluruhan markah bagi kursus ini. Salinan asal esei yang telah siap wajib diserahkan kepada pensyarah pada akhir minggu (masukkan melalui celah pintu bilik) sebelum minggu pembentangan diadakan. Satu salinan fotostat diserahkan kepada pengulas selewat-lewatnya hari pertama (Isnin) minggu pembentangan (pengesahan penerimaan salinan perlu dilaporkan). Peruntukkan tambahan sebanyak 10 peratus merupakan markah bagi pembentangan esei dan pengulasan esei rakan. Markah selebihnya terdiri daripada 20 peratus untuk ujian pertengahan semester (jawab 10 soalan pilihan dan 2 soalan esei pendek/1 jam), dan 50 peratus untuk peperiksaan akhir semester (2 soalan esei panjang/2 jam).

Jenis Beban Kursus
Peratusan
Kehadiran Kuliah dan Tutoran
Wajib
Tugasan (karya)
20
Pembentangan dan Pengulasan
10
Peperiksaan Pertengahan Semester
20
Peperiksaan Akhir Semester
50
JUMLAH
100