Make your own free website on Tripod.com

AJ2153 SEJARAH AMERIKA SYARIKAT SEBELUM REVOLUSI AMERIKA
 
KULIAH KESEBELAS
PEREBUTAN KE ATAS BENUA

Perang yang meletus dan berlarutan antara penghujunga tahun 1750an dan awal tahun 1760an adalah sebahagian daripada pertentangan antara England dan Perancis untuk menjadi kuasa dominan dalam bidang perdagangan dunia dan kuasa angkatan laut. Kemenangan British dalam persaingan tersebut, iaitu terkenal di Eropah dalam perang Seven Years' War, telah mengesahkan kekuatan atau penguasaannya England dan melancarkan pengawalan ke atas benua Amenka Utara.

Walau bagaimanapun, konflik yang berpanjangan di Amenka pada ketika itu sudah berada di peringkat akhir di antara tiga buah kuasa utama iaitu penjajah Inggeris, penjajah Perancis dan kaum peribumi Iroquois. Lebih daripada satu abad sebelum meletusnya konflik antara penjajah Perancis dan kaum peribumi Indian, ketiga-tiga kumpulan kuasa berkenaan telah mengekalkan kesimbangan kuasa di benua Amerika Utara. Kesimbangan kuasa ini mula tergugat pada tahun 1750an, dan im telah mewujudkan satu pertentangan secara terbuka hingga membawa kepada dommasi masyarakat Inggeris ke atas di seluruh benua tersebut. Peperangan ini juga telah membawa orang Inggeris Amerika buat pertama kalinya mewujudkan hubungan yang rapat dengan kuasa British di sebalik ketegangan yang sedia ada dalam hubungan koloni-koloni dengan England.

New France dan Masyarakat Iroquios
Kuasa Perancis dan kuasa Inggeris telah muncul secara aman di Amerika Utara dalam tempoh hampir satu abad. Namun pada than 1750an, seiring dengan perluasan petempatan kedua-dua kuasa Inggeris dan kuasa Perancis, ketegangan agama dan perdagangan mula mencetuskan satu bentuk pertentangan baru atau konflik baru antara kedua-duanya.
Pada penghujung abad ke-17, empayar Perancis di Amerika Utara sudah meliputi kawasan yang amat luas. Sebelum itu, iaitu pada tahun 1680an, penerokaan orang Perancis telah sampai sejauih ke selatan di delta Mississippi. Mereka menuntut semua kawasan tersebut yang berdekatan menjadi milik kerajaan Perancis dan menamakannya sebagai Louisiana sempena nama raja King Louis XIV. Dalam masa yang sama juga para pedagang dan mubaligh mereka telah merantau ke arah barat-daya sejauh ke Rio Grande dan ke arah barat sejauh ke pergunungan Rocky. Sejak itu, kuasa Perancis telah menuntut hak mereka ke atas seluruh kawasan yang telah diterokal oleh orang Perancis, terutamanya ke atas seluruh kawasan pedalaman benua Amenka Utara.

Untuk menjaminkan hak mereka ke atas kawasan yang luas itu, kuasa Perancis telah membina satu jaringan pemisah komuniti, penempatan kubu-kubu yang strategik dan pengkalan-pengkalan dagang dan missionari. Misalnya pembinaan kubu atau Fort Louisbourg yang terletak di pulau Cape Breton untuk mengawal keluar masuk ke teluk St. Lawrence. Terdapat tuan-tuan tanah feudal Perancis yang membangun estet-estet (seigneuries) yang luas di sepanjang tebing teluk St. Lawrence. Bandar pelabuhan Quebec, iaitu pusat empayar Perancis di Amerika Utara juga terletak di daerah mi. Di bahagian selatan terletak bandar Montreal, sementara bandar Sault Sainte Marie dan bandar Detroit terletak di bahagian barat menjadi tanda sempadan petempatan Perancis di utara Amerika Utara. Di dataran rendah Mississippi terdapat estet-estet yang dimiliki oleh kaum Creoles, iaitu kaum immigran kulit putih berketurunan Perancis. Estet-estet mereka juga menyerupal estet-estet milik orang Inggeris di koloni-koloni selatan yang menggunakan tenaga buruh hamba abdi kulit hitam. New Orleans yang ditubuhkan pada tahun 1718 untuk menjadi tapak ekonomi perladangan orang Perancis telah berkembang pesat menyaingi bandar-bandar lain di sepanjang pantai Atlantik. Bandar Biloxi dan bandar Mobile yang terletak di bahagian timur menjadi titik jaringan petempatan orang Perancis di benua Amenka Utara.

Namun hakikatnya, orang Perancis mendominasi kawasan pedalaman bersama-sama populasi dan kekuasaan kaum penbumi Indian. Kedua-dua kuasa Perancis dan Inggens sedar bahawa pertentangan dan perebutan untuk menguasai benua Amerika Utara adalah bergantung kepada keupayaan salah satu daripada rnereka yang dapat mewujudkan kerjasama dengan kaum peribumi Indian, sama ada sebagai rakan dagang araupun rakan militari. Orang Inggeris, dengan kelebihan ekonomi perdagangan mereka marnpu untuk menyediakan lebih banyak bekalan barangan kepada kaum peribumi Indian. Namun bagi orang Perancis pula, kebiasaaannya menawarkan satu hal ang lebih penting, iaitu toleransi. Tidak seperti orang Inggeris, yang lebih gemar menyebar nilai-nilai sosial mereka sendiri ke atas kaum peribumi Indian yang mereka temui, orang Perancis di kawasan pedalaman pada amnya menyesuaikan cara hidup (tabiat) mereka dengan corak hidup kaum peribumi Indian. Pedagang-pedagang bulu binatang di kalangan orang Perancis biasanya berkahwin dengan perempuan peribumi Indian dan mengadaptasikan cara hidup tribal. Pada mubalih Perancis menyampaikan ajaran Kristian secara halus dan nbuan telah mememeluk ajaran Katholik tanpa mencabar warisan adat sosial mereka. Oleh itu, menjelang pertengahan abad ke-18, orang Perancis telah mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan kebanyakan kumpulam kaum peribumi Indian di kawasan pedalaman berbanding dengan orang Inggeris.

Walau bagaimanapun, kumpulan kaum peribumi Indian yang paling kuat atau berkuasa mempunyai hubungan yang berbeza dengan orang Perancis. Pertubuhan Federasi Iroquois atau Confederacy Iroquois yang dianggotai oleh lima kumpulan kaum peribumi Indian (Mohawk, Seneca, Cayuga, Onondaga dan Oneida) yang ditubuhkan pada abad ke-15 lagi merupakan kuasa kaum peribumi Indian yang paling kuat di lembah Ohio Valley dan kawasan sekitaranya sejak tahun 1640an. Hampir satu abad lamanya, tidak pernah wujud usaha oleh sama ada orang Inggeris ataupun orang Perancis untuk menggugat kekuasan kumpulan kaum Iroquois di kawasan tersebut. Malah kumpulan kaum Iroquois telah mengekalkan penguasaan atau autonomi mereka dengan mengelak sebarang usaha mewujudkan hubugan yang rapat dengan kedua-dua kuasa Eropah tersebut. Sebaliknya mereka berjaya menjalankan aktiviti perdagangan yang aktif dengan kedua-dua kuasa eropah tersebut. Pada masa yang sama mereka memainkan peranan sebagai pengimbang kuasa di benua Amerika Utara antara kedua-dua kuasa Eropah tersebut. Kesannya, kumpulan kaum peribumi Iroquois sendiri bersusah-payah mengkekalkan keimbangan kuasa di wilayah Great Lake.

Konflik Anglo-Perancis
Kalau perdamaian antara Perancis dan Inggeris atau keseimbangan kuasa antara kedua-duanya di benua Amerika Utara boleh kekal lebih lama, kewujudan koloni-koloni mereka boleh kekal tanpa kesukaran yang serius atau teruk. Namun, selepas Glorious Revolution (revolusi agung) di England, satu siri peperangan antara Perancis dan England (Anglo-French) telah meletus di Eropah selama hampir lapan tahun.

Perang ini mempunyai kesan yang signifikan di Amerik Utara. PerangAwg William's War yang meletus antara tahun 1698 dan 1697 telah mencetuskan sedikit pertentangan antara orang Inggeris dan orang Perancis di utara New England. Manakala perang Queen Ann's War yang bermula pada tahun 1701 dan berlarutan selama hampir 12 tahun telah menyumbang lebih banyak bibit konflik, misalnya perebutan sempadan dengan orang Sepanyol di bahagian selatan, dan juga dengan orang Perancis serta kaum peribumi Indian di bahagian utara

Amerika Utara. Perjanjian Treaty of'Utrecht yang hampir menamatkan semua konflik pada tahun 1713 telah menyaksikan pemindahan beberapa daerah ja^ahan orang Perancis di Amerika Utara, termasuk Acadia (Nova Scotia) dan Newfoundland kepada orang Inggeris.
Dua dekad kemudian, perdebatan mengenai hak perdagangan orang Inggeris di wilayah orang Sepanyol telah mencetus peperangan antara England dan Sepanyol yang kemudiannya berkembang menjadi perang Eropah, yang mana meletakkan England dan Perancis bertentang antara satu sama lain. Koloni-kolom Inggeris di Amerika telah terheret bersama dalam konflik tersebut, yang mereka kenali sebagai perang King George's War. Pada antara tahun 1744 dan 1748 sekali lagi mereka terlibat dalam satu siri konflik dengan orang Perancis. Penduduk-penduduk New England telah menawan pengkalan Perancis di Louisburg, pulau Cape Breton, namun perjanjian damai yang telah dimenterai pada tahun 1713 telah memaksa orang Inggeris untuk meninggalkan Louisburg.

Selepas King George's War, hubungan baik antara orang Inggeris, orang Perancis dan kaum peribumi Iroquois di Amerika Utara telah wujud dengan cepat. Kaum Iroquois telah member! konsesi perdagangan kepada orang Inggeris di kawasan pedalaman buat kali pertamnya. Manakala orang Perancis yang bimbang terhadap kemungkinan orang Inggeris akan menggunakan hak konsesi tersebut sebagai langkah asas perluasan mereka ke atas tanah jajahan Perancis, mula membina kubu-kubu baru di lembag Ohio Valley pada tahun 1748. Orang Inggeris pula telah menginterpretasi aktiviti orang Perancis tersebut satu ancaman terhadap petempatan orang Inggeris di wilayah barat benua Amerika Utara. Justeru itu, orang Inggeris telah bangkit memprotes tindakan orang Perancis tersebut, malah mula mengadakan persediaan militari dan membina kubu-kubu mereka sendin. Keseimbangan kuasa yang telah sekiam lama dikekalkan oleh kaum Iroquois mula tergugat.

Dalam tempoh lima tahun benkutnya, ketegangan antara orang Inggeris dan orang Perancis terus meningkat. Pada musim panas tahun 1754 gabenor Virginia telah menghantar satu pasukan militan dibawah pimpinan kolonel muda, George Washington ke Ohio Valley untuk mencabar perluasan orang Perancis. Washington telah membina sebuat kubu, Fort Necessity tidak beberapa jauh dari kubu FortDuquesne milik orang Perancis yang terletak di satu tempat yang kini dikenali sebagai Pittsburgh. Setelah kegagalan orang Inggeris dalam satu percubaan untuk menawan kubu FortDuquesne, orang Perancis telah membalas serangan ke atas kubu Fort Necessity, di mana pasukan Washington telah dikepung. Setelah satu pertiga daripada askarnya terkorban, akhirnya Washington menyerah kalah. Satu hakikat, bahawa konflik antara orang Inggeris dan orang Perancis tersebut juga menjadi titik tolak bermulanya konflik (peperangan) antara orang Perancis dan kaum peribumi Indian.

Perang Besar Demi Empayar
Perang antara orang Perancis dan peribumi Indian telah berlarutan selama hampir sembilan tahun secara tiga peringkat yang berbeza. Dalam penngkat yang pertama, bermula dari perang di Fort Necessity pada tahun 1754 hingga masa perluasan perang di Eropah pada tahun 1756, pada asas perang ini merupakan suatu konflik tempatan di Amerika Utara. Koloni-koloni Inggeris berusaha mengendalikan perang tersebut secara sendin dan mereka menumpukan kepada usaha mempertahankan petempatan-petempatan di bahagian barat terhadap serangan kaum peribumi Indian dari daerah Ohio Valley. Secara kasarnya, kecuali kumpulan kaum Iroquois semua kumpulan kaum peribumi Indian telahpun menyokong orang Perancis berikutan tanggapan bahawa kekalahan dalam perang di Fort Duqnesne sebelum itu merupakan bukti kelemahan sebenarnya orang Inggeris. Malah kaum Iroquois yang selama ini menyokong orang Inggeris mula merasa bimbang untuk menghadapi orang Perancis. Justeru itu, mereka bertindak secara passive (acuh tak acuh) dalam konflik tersebut.

Pada penghujung tahun 1755, ramai orang Inggeris yang menetap di sepanjang perbatasan mula meninggalkan petempatan mereka demi menggelak peperangan dan berhijrah ke bahagian timur pergunungan Allegheny.

Peringkat kedua telah bermula pada tahun 1756 apabila kerajaan Perancis dan kerajaan England mengistiharkan perang secara rasmi, iaitu Seven Years' War yangsebenarnya bermula. Peperangan tersebut telah tersebar luas ke West Indies, India dan juga Eropah sendiri. Namun pertentangan yang utama masih berkaitan dengan Amenka Utara. Orang Inggeris dikatakan telah mengalami banyak kerugian dan kekalahan dalam konflik di Amerika Utara. Bermula pada tahun 1757, William Pitt, setiausaha negeri (yang menjadi perdana menteri England kemudian) mula mengalih ala tuju usaha peperangan di Amenka Utara dengan menjadikannya buat pertama kali diletak di bawah kuasa kawalan penuh kerajaan British. Pitt sendiri bertanggungjawab menyediakan pelan strategi militari, melantik para komander dan membuat arahan kepada penduduk koloni-koloni. Penyertaan dalam angkatan militari adalah agak kurang menyebabkan para komander British melancarkan polisi impressment (paksaan) ke atas masyarakat koloni untuk menjadi askar. Pegawai-pegawai British juga merampas bekalan keperluan danpada peladang-peladang dan pedagang-pedagang dan merintah masyarakat koloni untuk menyediakan kediaman kepada askar-askar British secara percuma. Masyarakaat koloni bangkit menentang semua polisi orang British tersebut, misalnya pada tahun 1757 satu rusuhan yang dahyat telah meletus di New York. Pada awal tahun 1758, pertentangan antara kerajaan British dengan masyarakat koloni mula mengancam usaha perang menghadapi orang Perancis.

Oleh itu, pada awal tahun 1758 Pitt memulakan perang penngkat yang ketiga atau terakhir dengan menarik balik kebanyakan polisi yang telah diperkenalkan olehnya, dan ini membolehkan masyarakat koloni memben tumpuan penuh terhadap peperangan dengan orang Perancis dan juga kaum peribumi Indian. Beliau bersetuju untuk membayar balik (gantirugi) segala bekalan keperluan yang telah dirampas oleh anggota militari British. Beliau juga bersetuju menyerah kembali kuasa mengambil anggota militari kepada dewan perhimpunan koloni masing-masing. Ini telah meningkat penyertaan dalam angkatan militari seterusnya. Kemudian beliau mengirim sejumlah besar askar British tambahan ke Amerika. Akhirnya, perkembangan perang mula menunjukkan tanda-tanda kemenangan di pihak England. Orang Perancis yang kerap kali kekurangan bilangan askar berbanding bilang askar Inggeris, malah mereka juga mengalami kekurangan bekalan makanan ekoran hasil tenaman yang kurang sejak tahun 1756, akhirnya tidak dapat mengekal kedudukan pertahanan mereka untuk tempoh yang lebih lama lagi. Menjelang pertengahan tahun 1758, pasukan askar British regular (yang melakukan banyak pertempuran) dan angkatan militari koloni-koloni mula menawan satu persatu pengkalan-pengkalan orang Perancis. Dua orang jeneral Inggeris yang paling bijaksana, iaitu Jeffrey Amherst dan James Wolfe telah menawam kubu Louisburgh pada bulan Julai 1758. Beberapa bulan berikutnya. Fort Duquesne telah )atuhtanpa pertempuran. Pada tahun yang berikutnya, pada saat akhir penawanan Quebec pasukan jeneral Wolfe telah berjaya mendaki tebing tinggi untuk menyerang dan mengalahkan pasukan orang Perancis di bawah pimpinan jeneral Marquis de Montcalm. Kedua-dua jeneral (Wolfe dan Montcalm) turut terkorban dalam perang tersebut. Kejatuhan Quebec yang penuh dramatik pada 13 September 1759 telah mengakhiri peringkat ketiga perang Perancis dan peribumi Indian. Pada bulan September 1760, secara rasminya tentera Perancis telah menyerah diri kepada Jeneral Armherst di Montreal.
Perdamaian akhirnya telah tercapal pada tahun 1763 melalui ^e^n^n Peace of Paris. Menurut syarat-syarat perjanjian, orang Perancis menyerahkan semua tanah jajahannya di kepelauan West Indies, kebanyakan koloni-koloni di India dan Kanada, dan semua wilayah

jajahan Perancis di benua Amerika Utara (di sebelah timur Mississippi) kepada Great Britain. Orang Perancis untuk menyerahkan wilayah ]a)ahan New Orleans dan tuntutan mereka ke atas kawasan barat Mississippi kepada orang Sepanyol. Dengan itu, semua kepentingan dan tuntutan orang Perancis di benua Amerika Utara telah dilepaskan.

Perang Perancis dan Indian telah memnggal kesan yang mendalam ke atas empayar British dan koloni-koloni Amerika. la telah menyumbang kepada pengembangan atau perluasan tanah jajahan England di benua Amerika Utara. Pada masa yang sama, kos biaya perang telah menambahkan beban hutang British dan ini telah meningkatkan tekanan kerajaan British ke atas masyarakat koloni-koloni Amerika seterusnya. Para pemimpin Inggeris di England merasa tidak puas hati terhadap sumbangan masyarakat koloni-koloni Amerika dalam perang tersebut. Mereka marah kerana masyarakat koloni-koloni Amerika dikatakan hanya memberi sumbangan yang sedikit untuk pembiayaan perang walhal kemenangan perang itu akan menguntungkan masyarakat koloni-koloni Amerika sendiri. Lebih-lebih lagi dipercayai terdapat ramai golongan pedagang yang menjual makanan dan lain-lain barang keperluan kepada orang Perancis di West Indies pada sepanjang tempoh perang tersebut. Kombmasi kesemua faktor mi telah menimbulkan padangan di kalangan pemimpin Inggeris untuk mencadangkan satu langkah menyusun semula empayar England, justeru boleh meningkatkan kuasa London ke atas koloni-koloni Amerika sebaik sahaja tamatnya perang.
Perang tersebut mempunyai kesan yang amat mendalam tetapi amat berbeza ke atas setiap koloni Amerika. la merupakan satu pengalaman yang menggesa mereka untuk pertama kalinya bertindak terhadap satu masalah atau matlamat yang sama. Ini telah menggambarkan kemunculan sesuatu tauladan di kalangan masyarakat koloni-koloni Amerika. Pertentangan yang berlaku pada tahun 1757-1757 terhadap polisi impressment orang pemenntah militari British dan pengembalian semula kuasa kepada dewan perhimpunan koloni-koloni pada tahun 1758 jelas memberi kesedaran kepasa masyarakat koloni-koloni Amerika tentang ketidak-wajaran campurtangan kerajaan England dalam hal ehwal tempatan.

Kepada kaum peribumi Indian di Ohio Valley, pasukan yang ketiga besar dalam perang Perancis dan Indian, kemenangan British menjadi satu malapetaka kepada mereka. Kaum-kaum peribumi ini, yang telah memberi sokongan kepada orang Perancis menaikkSn permusuhan dengan orang Inggeris. Manakala Federasi Iroquois yang telah menyokong orang Inggeris telah sedikit sebanyak merasa keselamatan mereka terjamin. Walau bagaimanapun, tidak berapa lama selepas tamatnya perang tersebut, hubungan Iroquois dengan orang Inggeris mula tergugat, menyebabkan Federasi Iroquois mula dan terus berjuang untuk mengembalikan penguasaan mereka ke atas Ohio Valley pada lebih 50 tahun berikutnya. Malang sekali mereka populasi semakin kurang menyebabkan mereka akhiranya tidak lagi dapat menandingi musuh mereka (orang Eropah) terutamanya dari dari keupayaan militari dan politik.