Make your own free website on Tripod.com

AJ2153 SEJARAH AMERIKA SYARIKAT SEBELUM REVOLUSI AMERIKA
 
KULIAH KETUJUH
POPULASI KOLONIAL

Sementara petempatan terus berkembang dan ekonomi semakin makmur di Amerika Utara, beberapa perbezaan cara hidup telah wujud antara koloni-koloni. Masyarakat baru Amerika adalah berbeza daripada masyarakat England yang telah berusaha untuk membina masyarakat mereka atau serupa di 'dunia baru'. Hakikatnya, corak masyarakat di beberapa kawasan Amerika Utara merupada satu campuran berbagai kumpulan masyarakat. Orang Amerika sedar dan mengakui mempunyai persamaan yang secukupnya untuk membolehkan mereka bergabung dan membentuk sebuah negara, namun perbezaan antara wilayah terus menjadi faktor pembentuk masyarakat Amerika di sepanjang sejarah mereka.

Selepas beberapa permulaan hidup di Jamestown dan Plymouth, populasi penduduk Inggeris -bukan peribumi India di Amerika Utara telah berkembang dengan pesat melalui migrasi yang berterusan dan pertambahan semulajadi. Sehingga penghujung abad ke-17, immigran Eropah dan Afrika telah mengatasi jumlah populasi peribumi di sepangang pantai Atlantik.

Segelintir penghijrah terawal adalah terdiri daripada ahli kaum kerabat kelas atasan (aristokrat) Inggeris, tetapi sebahagian besar populasi kolonial yang terawal merupakan orang Inggeris biasa. Di kalangan mereka adalah termasuk segelintir kelas menengah Inggeris yang mula terbentuk, pedagang-pedagang yang bermigrasi disebabkan oleh faktor agama atau perdagangan ataupun kedua-duanya, dan yang kebanyakan populasi merupakan golongan buruh Inggeris. Di samping itu, ramai juga yang telah berhijrah ke Amerika secara sendiri, seperti kumpulan Pilgrims yang datang ke New England membawa kelaurga, membayar kos pelayaran sendiri dan menetap di tanah mereka sendiri. Namun di Chesapeake, lebih kurang tiga perempat orang immigrannya yang datang pada abda ke-17 adalah terdiri daripada hamba berhutang.

Hamba Berhutang (Indenture Servitude)
Sistem perhambaan sementara merupakan satu amalan yang berasal dari England. Lelaki dan perempuan yang muda adalah terikat dengan seseorang tuan untuk jangka waktu yang ditetapkan, biasanya antara 4 hingga 5 tahun sebagai pertukaran kepada kos tambang, makan dan penginapan semasa pelayaran ke Amerika. Selepas menamatkan tempoh perkhidmatan yang ditetapkan, hamba lelaki akan mendapat pakaian, peralatan kerja dan tanah, tetapi pada realitinya, ramai yang menamatkan perkhidmatan mereka tanpa apa-apa habuan. Secara kasaranya, sejumlah satu perempat hamba berhutang di Chesapeake adalah kaum perempuan. Mereka bekerja sebagai pembantu rumah dan biasanya mereka akan terus berkahwin setelah tempoh perkhidmatan telah tamat kerana jumlah lelaki yang lebih ramai daripada perempuan di wilayah tersebut.

Kebanyakan hamba berhutang telah datang ke koloni-koloni di Amerika secara sukarela, namun ada juga yang terpaksa berhijrah. Sejak awal tahun 1617, kerajaan England telah menghantar ramai pesalah-pesalah sosial ke Amerika untuk dijual menjadi hamba berhutang. Kerajaan England juga telah menghantar ramai banduan yang ditangkap semasa perang dengan orang Scotland dan Ireland pada tahun 1650an, serta yatim piatu (orphans), kutu jalan (vagrants) dan orang bangsat-miskin (paupers). Lain-lain immigran secara paksaan merupakan mangsa-mangsa penipuan atau penculikan oleh pelabur-pelabur dan penganjur-penganjur yang korupsi.

Menjelang akhir abad ke-17, populasi hamba berhutang telah menjadi salah satu elemen yang terbesar dalam populasi dan telah membentuk masalah sosial yang serius di koloni-koloni Amerika. Ramai bekas hamba berhutan telah menjaya membangun diri mereka menjadi petani, pedagang dan seniman. Ramai yang perempuan telah berkahwin dengan lelaki-lelaki yang kaya. Yang lainnya, terutamanya kaum lelaki kebanyakannya mereka tiada tanah, pekerjaan, keluarga dan prospeks. Kebanyakan mereka ini menetap di Chesapeake, terutamanya kaum lelaki muda-bujang, dan kebiasaannya mereka gemar terlibat dalam beberapa siri pemberontakan di koloni-koloni seperti Pemberontakan Bacon. Buruh-buruh bebas ini akan mendapat tanah atau kerja dan membina keluarga masing-masing, tetapi mereka tidak akan menetap lama di sesuatu tempat. Mereka kerap kali berpindah dari satu tempat ke tempat lian untuk mencari peluang hidup yang lebih menguntungkan.

Bermula pada tahun 1670an, berlaku kemerosotan pada kadar kelahiran dan pemulihan keadaan ekonomi di England telah mengurangkan tekanan terhadap usaha mencari tenaga lelaki dan perempuan untuk migrasi ke Amerika, dan justeru itu, aliran keluar hamba berhutang telah merosot. Mereka yang berlayar ke Amerika sebagai hamba berhutang pada amnya cuba mengelakkan untuk sampai ke koloni-koloni di selatan, di mana kerja-kerja yang dibuat adalah teruk dan peluang untuk membaiki hidup adalah tipis. Justeru itu, di Chesapeake tuan-tuan tanah terpaksa mula bergantung kepada hamba abdi Afrika sebagai sumber tenaga kerja utama.

Kelahiran dan Kematian
Walaupun immigrasi merupakan sumber utama pertambahan populasi ketika itu, tetapi faktor jangka panjang yang terpenting kepada pertambahan populasi di kolonial adalah kemampuannya untuk berkembang sendiri. Tanda-tanda perkembangan kadar populasi telah bermula di New England dan koloni-koloni Altantik tengah pada separuh akhir abad ke-17. Selapas tahun 1650an, perkembangan secara semulajadi telah menjadi sumber terpenting kepada pertambahan populasi di kawasan-kawasan tersebut. Populasi New England telah meningkat sebanyak empat kali ganda pada separuh akhir abad ke-17. Ini bukan sahaja kerana setiap keluarga mempunyai bilangan anak yang ramai, malah kerana jangka hayat di New England adalah agak tinggi, iaitu mencapai 30 tahun berbanding dengan koloni-koloni yang lain dan tanahair asal-England.

Keadaan berubah agak lambat di wilayah-wilayah selatan. Kadar populasi yang tinggi di Chesapeake tidak mengalami kemerosotan sehingga pertengahan abad ke-18 sebagaimana yang berlaku di koloni-koloni yang lain. Sepanjang abad ke-17, purata jangka hayat kaum lelaki di wilayah tersebut adalah lebih tinggi, iaitu mencapai 40 tahun. Manakala kaum perempuan mempunyai jangka hayat yang lebih rendah. Satu dalam setiap empat bayi telah meninggal pada usia kanak-kanak dan separuh daripadanya telah meninggal sebelum mencapai usia 20 tahun. Kanak-kanak yang terus hidup biasanya telah kehilangan seorang atau kedua-dua orang tua mereka sebelum mereka mencapai usia dewasa. Janda, duda dan yatim piatu telah membentuk sebahagian besar populasi Chesapeake. Hanya selepas penduduk menghasilkan pelalian terhadap penyakit tempatan, terutamanya malaria jangka hayat telah terus meningkat. Pertambahan populasi adalah tinggi di wilayah Chesapeake, tetapi kebanyakannya adalah kesan daripada immigrasi.

Pertambahan populasi secara semulajadi pada abad ke-17 adalah kebanyakan kesan daripada pemulihan keseimbangan antara jumlah lelaki dan perempuan di koloni-koloni. Pada tahun-tahun awal petempatan, lebih daripada tiga perempat populasi kaum kulit putih di Chesapeake terdiri daripada kaum lelaki. Malah di New England, sejak dari awal lagi telah menarik perhatian ramai kaum keluarga (maka lebih ramai perempuan) berbanding koloni-koloni di selatan, iaitu lebih 60 peratus daripada jumlah penduduknya merupakan kaum lelaki pada tahun 1650. Walau bagaimanapun, secara beransur-ansur kaum perempuan mula migrasi ke koloni-koloni di selatan dan berlaku pertambahan kadar kelahiran yang pada anggar kasar telah mengimbangan bilangan lelaki dan perempuan, dan juga peningkatan nisbah jantina. Menjelang akhir abad ke-17, populasi lelaki dan perempuan di semua koloni Amerika telah semakin seimbang.

Wanita dan Keluarga di Koloni-koloni
Kepentingan untuk menghasilkan lebih ramai tenaga manusia dalam masyarakat Amerika pada abad ke-17 mempunyai kesan yang signifikan terhadap kaum perempuan baik dari segi status dan kitaran hidup mereka. Min nisbah jantina yang tinggi memperlihatkan ramai kaum perempuan yang terus membujang dalam tempoh yang panjang. Purata perempuan keturunan Eropah di Amerika telah berkahwin untuk pertama kali pada usia 20 tau 21 tahun, yakni lebih muda atau awal berbanding di England.

Di Chesapeake, jangka hayat yang tinggi telah menyebabkan struktur tradisi kekeluargaan patriakal tradisi ala England, iaitu suami dan bapa mempunyai memiliki kuasa ekonomi, malah bersifat diktator mengawal semua urusan isteri dan anak-anak, sukar untuk dikekalkan. Oleh kerana hanya segelintir keluarga terus mengekalkan tradisi tersebut, corak kuasa kekeluargaan yang rigid itu mula mengalami perubahan dan seksual yang longgar semakin meningkat berbanding di England dan lain-lain tempat di Amerika.

Oleh kerana kebanyakan hamba berhutang yang dilarang untuk berkahwin sehingga menamatkan tempoh perkhidmatan mereka, perlakuan seksual sebelum kahwin adalah lumrah. Lebih daripada satu pertiga perkahwinan di Chesapeake berlaku setelah pengantin perempuan sudahpun hamil. Kanak-kanak luar nikah akan dipisahkan daripada ibunya untuk dijadikan hamba berhutang pada usia yang terlalu muda.

Kaum perempuan di Chesapeake rata-rata hanya menghabiskan hayat mereka dengan menjaga anak-anak. Purata kehamilan isteri adalah pada setiap dua tahun. Mereka yang hidup lebih lama akan menghasilkan purata anak seramai lapan orang, (tetapi boleh mencapai 5 orang yang telah meninggal semasa usia kanak-kanak). Faktor selepas bersalin merupakan punca kebanyakan kaum perempuan meninggal, dan hanya sedikit yang dapat terus hidup untuk melihat anak-anak mereka menjadi dewasa.

Walau bagaimanapun, kaum perempuan di wilayah-wilayah selatan mempunyai kelebihan tertentu. Oleh kerana kaum lelaki mereka adalah lebih ramai berbanding perempuan, mereka mempunyai pilihan untuk mencari suami. Oleh kerana perempuan pada amnya akan berkahwin pada usia yang lebih muda daripada lelaki, maka mereka juga hidup lebih panjang berbanding dengan suami mereka. Janda ditinggalkan bersama anak-anak dan tanggungjawab mengurus ladang dan lain-lain kerja berat, tetapi signifikasinya telah memberi mereka kuasa ekonomi. Walau bagaimanapun, jarang sekali mereka terus menjanda dalam tempoh yang lama. Wujud corak kekeluargaan yang kompleks oleh kerana kebanyakan janda telah berkahwin dengan lelaki yang duda.

Menjelang awal abad ke-18, ciri-ciri demografi di Chesapeake mula mengalami perubahan, termasuk aspek semulajadi dan struktur keluarga. Jangka hayat telah meningkat dan hamba berhutang semakin pupus. Pertambahan semulajadi mula menjadi sumber utama pertambahan populasi kaum kulit putih. Nisbah jantina semakin seimbang. Salah satu kesan daripada perubahan ini adalah kehidupan kaum kulit putih di wilayah tersebut menjadi lebih senang. Kesan yang lain ialah kaum perempuan kehilangan kebanyakan kuasa mereka sebagaimana jumlah mereka yang sedikit dahulu telah berikan. Sementara keluarga-keluarga berkembang dengan stabil, corak kuasa tradisi kaum lelaki mula pulih. Menjelang pertengahan abad ke-18, corak kekeluargaan patriakal mula wujud di wilayah-wilayah selatan.

Di New England, di mana lebih ramai immigran telah tiba bersama keluarga dan kadar kematian telah menurun dengan cepat, serta struktur keluarga adalah lebih stabil berbanding di Chesapeake dan lebih bersifat tradisional. Oleh kerana nisbah jantina adalah kurang seimbang, kebanyakan lelaki terus membujang. Sedangkan di Chesapeake, perkahwinan berlaku dalam usia yang muda membolehkan kaum perempuan melahirkan anak lebih ramai hingga mencapai usia lebih 30 tahun. Walau bagaimanapun, berbeza dengan wilayah-wilayah di selatan, kanak-kanak di wilayah-wilayah utara (dengan purata saraan sebuah keluarga antara 6 dan 7 orang anak) boleh terus hidup hingga dewasa dan mempunyai keluarga yang stabil. Sedikit perempuan di New England yang menjadi janda, yakni disebabkan suami yang telah meninggal dunia sahaja.

Semakin panjang umur di New England bermaksud orang tua mempunyai masa lebih untuk menentukan masa depan anak-anak mereka berbanding dengan kaum orang tua di wilayah-wilayah selatan. Sungguhpun begitu terdapat segelintir anak-anak telah berjaya mendapatkan pasangan hidup masing-masing tanpa dipengaruhi orang tua Namun kaum lelaki yang baru mendiri rumahtangga bergantung kepada orang tua (ayah) untuk mengusahakan tanah ladang. Manakala kaum perempuan pula perlu mendapatkan mas kahwin daripada orang tua untuk berkahwin dengan suami pilihan sendiri. Implikasi daripada pengawalan ketat oleh orang tua ke atas anak-anak mereka dapat mengurangkan kadar kehamilan luar nikah berbanding dengan keadaan di wilayah-wilayah selatan. Malah dalam daerah beberapa komuniti Puritan di New England, kadar kehamilan sebelum nikah adalah tinggi, yakni sebanyak 20 peratus.

Ajaran Puritan amat menekankan nilai-nilai murni institusi keluarga, bukan sahaja prinsip ekonomi malah prinsip agama. Kaum perempuan memainkan peranan terpenting kerana kedudukan sebagai isteri dan ibu amat tinggi dalam komuniti Puritan. Dalam pada itu, ajaran Puritan juga sedikit sebanyak cuba mengekalkan kuasa multak kaum lelaki dan mengekalkan status kaum perempuan pada tahap rendah. Seorang isteri diharapkan untuk memenuhi segala keperluan suaminya. Sungguhpun keadaan sedemikian berlaku, namun kaum perempuan memainkan peranan amat penting dalam aspek ekonomi keluarga. Mereka terus terlibat penuh dalam hal-hal perladangan, rumahtangga dan lain-lain.

Rumusan, bahawa kehidupan keluarga penduduk di Chesapeake semakin bercorak patriakal pada abad ke-17 hingga awal abad ke-18. Keluarga-keluarga di New England berkembang dengan amat perlahan. Ciri-ciri populasi kolonial yang lain adalah seperti, petempatan semakin berkembang ke dalam daerah komuniti Puritan, kuasa gereja semakin berkurangan dan anak-anak lelaki mula mengasingkan diri daripada kawalan orang tua, dan pembahagian kuasa yang rigid dalam keluarga mula lenyap antara generasi dan antara jantina

Permulaan Hamba Abdi di Inggeris Amerika Utara
Permintaan terhadap tenaga hamba abdi kaum kulit hitam untuk menampung keperluan buruh di kawasan wilayah-wlayah selatan telah bermula sejak bermulanya petempatan koloni di situ. Walau bagaimanapun, pembekalan tenaga hamba abdi kaum Afrika ini masih tidak popular lagi di koloni-koloni Inggeris di Amerika pada hingga menjelang akhir abad ke-17. Perdagangan hamba abdi telah bermula di rantau kepulauan Caribbeans dan juga koloni-koloni Inggeris di selatan. Menjelang akhir abad ke-17, aktiviti perdagangan hamba abdi telah tersebar ke wilayah Amerika Utara.

Perdagangan hamba abdi terus meningkat dengan pesat sehingga diharamkan pada abad ke-19. Dikatakan bahawa aktiviti perdagangan hamba abdi yang berleluasa sejak akhir abad ke-17 telah mengabikatkan seramai 11 juta orang keturunan Afrika dibawa masuk secara paksa ke Amerika Utara dan Selatan, termasuk Kepulauan Carribean. Dalam anggaran pada akhir abad ke-18, didapati populasi hamba abdi adalah lebih ramai daripada orang Eropah. Hakikatnya, peluang perdagangan hamba abdi yang menguntung ini telah mendorong ketua-ketua peribumi kaum di kawasan pantai Afrika menyerang dan menawan seluruh anggota musuh mereka untuk dibawa ke pelabuhan dan dijualkan menjadi hamba abdi. Mereka dikurung dalam ruang tengah kapal dalam keadaan yang sesak dan dirantai sepanjang pelayaran jauh ke Amerika Utara. Mereka diberi makanan dan minuman yang minima. Kaum perempuan seringkali menjadi mangsa rogol dan lain-lain gangguan seksual. Ramai juga yang akan mati disebabkan penyiksaan fizikal dan kebuluran. Mayat mereka akan dibuang ke dalam laut. Pedagang-pedagang akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi ruangan kapalnya dengan hamba abdi demi memperolehi keuntungan maksima di pasaran Amerika.

Walau bagaimanapun, benua Amerika Utara bukanlah destinasi yang penting kepada perdagangan hamba abdi Afrika pada ketika awalnya. Permintaan yang tinggi wujud di kepulauan Carribeans dan Brazil. Hanya sekadar 5 peratus bekalan hamba abdi dibawa ke koloni-koloni Inggeris di Amerika Utara. Hakikatnya, hamba abdi yang terawal dibawa ke koloni-koloni Inggeris di Amerika Utara adalah datang dari kawasan India Barat. Hanyalah pada tahun 1670an, perdagangan hamba abdi secara langsung dari Afrika telah bermula. Namun, ketika itu perdagangan tersebut masih secara kecil-kecilan tetapi dengan harga yang sangat mahal, terutamanya dimonopoli oleh syarikat Royal African Company dari England.

Tahun 1697 merupakan titik bersejarah populasi kaum kulit hitam di Amerika, yakni dengan kejatuhan monopoli Royal African Company. Kini perdagangan hamba abdi telah terbuka untuk persaingan, harga telah jatuh dan jumlah bekalan semakin bertambah. Pada tahun 1700, terdapat lebih kurang 25 ribu hamba abdi Afrika menetap di koloni-koloni Inggeris Amerika Utara. Ini merupakan sebanyak 10 peratus daripada jumlah populasi bukan peribumi Indian di benua tersebut. Namun, kerana kebanyakan hamba abdi kulit hitam ini tertumpu di koloni-koloni wilayah selatan maka jumlah mereka sudahpun mengatasi jumlah kaum kulit putih di beberapa daerah. Di samping itu, terdapat dua kali ganda jumlah hamba abdi lelaki berbanding yang perempuan di kebanyakan daerah, dan berlaku pertambahan secara semulajadi yang tinggi. DI Chesapeake, lebih ramai hamba abdi dilahirkan berbanding dengan jumlah yang diimport. Keadaan sebaliknya wujud di South Carolina, di mana keadaan penanaman padi yang sukar menjadi faktor penghalang mengurangkan kesuburan di kalangan hamba abdi.

Menjelang tahun 1760, jumlah populasi tenaga buruh kaum Afrika telah mencapai hampir satu perempat daripada sejuta. Lebih kurang 16 ribu menetap di New England pada tahun anggaran 1763. Seramai 29 ribu terdapat di koloni-koloni bahagian tengah (e.g. Pennsylvania dan Virginia). Manakala jumlah selebihnya (majoriti) terdapat di wilayah-wilayah selatan (e.g. North Carolina, South Carolina, Georgia, dan Florida). Ketika ini, hamba abdi telah mengatasi kepentingan hamba berhutang sebagai tenaga buruh di wilayah-wilayah selatan.

Pada peringkat awal, tidak terdapat undang-undang mengenai kedudukan dan status sosial buruh-buruh Afrika. Di beberapa koloni, misalnya South Carolina wujud hubungan sosial dan kerja yang baik atau setara di antara kaum kulit putih dan kaum kulit hitam. Adakala orang kulit hitam juga dilayan sama seperti kaum buruh kulit putih dan dibebaskan selepas tamat tempoh perkhidmatan. Ada juga yang berjaya menjadi tuan tanah dan memiliki hamba abdi. Walau bagaimanapun, menjelang akhir abad ke-17 perbezaan yang rigid mula wujud antara kedua-dua kaum tersebut. Menurut undang-undang yang sedai ada, tenaga hamba berhutang (kulit putih) tidak boleh terikat selamanya kepada seorang tuan. Namun, tidak terdapat undang-undang mengenai kedudukan tenaga buruh kaum kulit hitam ketika itu. Justeru itu, timbul andaian di sana sini bahawa hamba kulit hitam tidak berhak diberi kebebasan dan akan diwarisi oleh keturunannya. Andaian seumpama telah berakar umbi daripada pandangan kaum kulit putih yang menganggap bangsa mereka (Eropah amnya) lebih mulia daripada kaum peribumi Indian dan lain-lain, termasuk kaum kulit hitam Afrika.

Idea sistem hamba abdi (hamba kekal) atau amalan perhambaan abdi mula menjadi aktiviti yang sah disisi undang-undang pada awal abad ke-18, iaitu apabila dewan-dewan perhimpunan di koloni-koloni mula memuluskan slave codes (kod hamba abdi) yang menyediakan kuasa mutlak kepada tuan-tuan hamba. Dalam masyarakat kolonial Sepanyol di Amerika, orang yang berketurunan campuran (kacukan) akan diberi status yang berlainan atau lebih tinggi daripada keturunan Afrika tulen. Koloni-koloni Inggeris di Amerika tidak mengiktiraf perbezaan status seumpama itu. Mana-mana orang ada keturunan Afrika cukup diklasifikasikan sebagai kaum kulit hitam.

Immigrasi yang Kemudian
Corak populasi Amerika yang paling unik ialah adalah campuran antara berbagai kaum, kumpulan etnik dan warganegara. Amerika Utara pernah menjadi tempat kediaman populasi peribumi, telah mengalami pertambahan immigran Inggeris, negro Afrika dan lain-lain kaum Eropah. Apabila aliran masuk immigran dari England telah merosot pada awal abad ke-18, sebilangan besar jumlah kaum kulit putih dari Eropah mula migrasi ke Amerika Utara, terutamanya dari Perancis, Jerman, Switzerland, Ireland, Scotland dan Scandinavia.

Immigran bukan Inggeris yang terawal merupakan kumpulan agama aliran Calvinisme atau Huguenots dari Perancis, terutamanya melarikan diri daripada penindasan agama rasmi Perancis, yakni Roman Katholik. Pada tahun 1695, lebih kurang seramai 300 ribu pengikut Calvinisme telah meninggalkan Perancis ke Amerika Utara dan sejumlah kecil telah menetap di koloni-koloni Inggeris, terutamanya di bawah tajaan Edict of Nantes - menjanjikan kebebasan beragama kepada mereka. Ramai immigran Jerman beragama Protestan juga melarikan diri dari negara asal akibat penindasan polisi pemerintah dan ramai daripada mereka terpaksa meninggalkan tanahair kerana terhempit oleh peperangan antara negara mereka dengan Perancis. Terutamanya, wilayah Palatinate yang terletak di selatan Jerman adalah terdedah dengan beberapa penaklukan oleh Perancis. Ini menyebabkan lebih 12 ribu penduduk Jerman di Palatinate telah menyelamatkan diri ke England pada awal abad ke-18, atau hampir 3 ribu orang telah pergi ke Amerika. Kebanyakan mereka telah menetap di Pennsylvania, di mana mereka dikenali sebagai Pennsylvania Dutch (dari klasifikasi asli orang Jerman - Deutsch) di kalangan kaum Inggeris. Immigran Jerman yang datang kemudian pun ikut serta di Pennsylvania, dan bersama-sama mereka adalah immigran Moravians dan Mennonites yang beragama mirip dengan kepercayaan komunit Quakers.

Kaum pedatang yang paling ramai sekali pada abad ke-17 merupakan orang yang dikenali sebagai Scotch-Irish-Scotch Presbyterians yang berasal dari Ireland Utara dalam negeri Ulster. Kebanyakan orang Scotch-Irish di Amerika membina petempatan mereka di kawasan-kawasan jauh dari petempatan orang kulit putih yang lain atau petempatan peribumi Indian ataupun di mana terdapat sebarang tuntutan terhadap tanah-tanah yang mereka jumpai. Mereka dikatakan meneruskan kehidupan asal yang biadap dan menyerang peribumi Indian, sebagaimana sifat kasar mereka terhadap penduduk peribumi Katholik-Irish ketika berada di tanahair Ireland dahulu.

Terdapat jumpa immigran dari Scotland sendiri dan dari selatan Ireland. Penduduk dataran tinggi (Scottish Highlanders) Scotland yang beragama Katholik telah migrasi ke North Carolina. Manakala penduduk tanah rendah yang beragama Presbyterian hanya mula migrasi ke Amerika selepas tamatnya Perang Revolusi Amerika, terutamanya disebabkan oleh ketiadaan pekerjaan. Apabila sampai di Amerika, ramai yang telah meninggalkan pegangan agama Katholik dan adat tradisi kaum mereka (identiti etnik).

Menjelang tahun 1775, jumlah populasi bukan peribumi Indian di koloni-koloni Inggeris telah mencecah lebih 2 juta orang, yakni peningkatan sebanyak 10 kali ganda sejak awal abad ke-18. Sepanjang era kolonial, populasinya telah bertambah hampir 2 kali ganda dalam setiap 25 tahun. Ia terus meningkat dan menambah pelbagaian etniknya yang kemudian telah menjadi salah satu faktor penting yang memisahkan masyarakat kolonial dengan masyarakat England.