Teks SEJARAH MELAYU (SM)
Persoalan di atas dipecahkan mengikut unsur-unsur politik, sosial, ekonomi,
adat dan budaya secara satu persatu, antaranya ialah sistem (budaya) politik,
stratifikasi sosial, sistem adat, sistem ekonomi, sistem kepercayaan dan agama,
kedudukan wanita serta kesenian dan hiburan.
Dalam SM, aspek budaya politik boleh dikatakan antara yang paling banyak dimuatkan. Cuba kita lihat peranan raja sebagai pemerintah dan kekuasaan mutlak yang ada pada raja. Dengan kuasa yang ada pada mereka, raja berhak melantik beberapa orang pembesar. Kuasa mutlak yang ada pada raja pula ialah baginda berhak menitahkan rakyatnya. Sekiranya ada rakyat yang didapati enggan menurut perintah, maka rakyat tersebut berhak dijatuhkan hukuman mengikut budi bicara raja. Namun, daulat yang ada pada raja menyebabkan rakyat jarang bertindak menentang. Ini disebabkan mereka takut ditimpa oleh suatu musibah yang dikenali sebagai tulah raja.
Kuasa raja serta peranannya jelas dapat dilihat dalam SM. Bermula dengan wa'adat di antara Demang Lebar Daun dengan Nila Utama (Sang Sapurba) yang mengisytiharkan tentang hak rakyat yang sepatutnya mendapat lindungan daripada pemerintah. Manakala raja pula berhak melindungi rakyat di bawahnya. Contoh-contoh peranan dan kekuasaan raja ialah seperti di dalam ceritera 7,8, dan 9; di mana Raja Syahrum Nawi telah menitahkan Awi Dicu untuk menangkap raja Samudera dan dijadikan gembala ayam baginda. Walau bagaimanapun, Alt Ghiyatuddin yang menang dalam permainan catur telah meminta pembela ayam itu sebagai hadiahnya pula. Demikianjuga halnya dengan Paduka Seri Maharaja yang menitahkan orang supaya membunuh Tun Jana Khatib. Tun Jana Khatib dijatuhkan hukuman kerana difitnah menunjukkan kepandaiannya di hadapan permaisuri baginda. Akibat dari itu, todak telah menyerang Singapura. Dalam ceritera 23, 24 dan 25; Sultan Alaudin menunjukkan kebijaksanaannya dalam pemerintahan apabila menyamar pada waktu malam bagi menangkap pencuri. Dalam pada itu, ada juga sikap raja yang mementingkan din semata-mata. Contohnya Sultan Mahmud yang ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang. Baginda telah menitahkan Tun Tuah, Tun Mamat serta orang-orang besar pergi melamar Puteri Gunung Ledang. Sikap Sultan Mahmud juga dilihat sebagai seorang yang suka berpakaian mewah. Contohnya baginda ingin memakai pakaian dari benua Keling dan Hang Nadim telah ditugaskan melukis corak serta memesannya. Segala apa yang dipaparkan di sini, sebagai gambaran sebenar sikap sesetengah pemerintah pada masa itu. Di samping semata-mata untuk kepentingan raja, SM juga berani untuk mendedahkan tentang sikap positif dan negatif golongan pembesar sebagaimana yang dinyatakan di atas.
Dalam aspek budaya politik juga, SM ada menceritakan tentang wujudnya hubungan diplomatik. Ini dimabarkan dalam ceritera 20-22 di mana hubungan Pasai dengan Melaka digambarkan sebagai begitu akrab sekali. Pasai juga diceritakan sebagai pusat penyebaran Islam terpenting di rantau Nusantara pada zaman itu. Contohnya apabila Sultan Mansur Syah pemah bertanya masalah tentang isi syurga dan neraka kepada ulama terkenal dari Pasai, Makhdum Patakan.
Stratifikasi masyarakat pula lebih menggambarkan tentang struktur sosial masyarakat. Dalam SM, masyarakat Melayu digambarkan mempunyai struktur yang tersusun. lanya didahului oleh seorang raja sebagai pemerintah. Baginda akan dikelilingi oleh kerabat-kerabat di raja, permaisuri, putera-puteri raja serta kaum kerabat di raja yang lain. Berada di bawah baginda ialah golongan pentadbir atau lebih dikenali juga sebagai golongan bangsawan. Antara jawatan penting ialah seperti Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar, Bentara dan lain-lain lagi. Selain itu, golongan ulama juga berada dalam hirarki ini seperti Makhdum, Sayyid, Maulana dan Kadhi.
Seterusnya ialah golongan rakyat biasa yang merdeka. Biasanya
golongan ini terdiri dari pedagang-pedagang, petani, tukang-tukang mahir serta
saudagar-saudagar. Contoh yang terkenal dalam SM ialah seperti Hang Isap serta
Raja Mandeliar, Mina Sura Dewana, Kitul, Ali Manu Nayan dan Patih Adam yang
rapat dengan golongan bangsawan. Golongan yang berada dalam kelas terbawah ialah
golongan hamba. Ada tiga kategori hamba yang dipaparkan dalam SM seperti hamba
abdi, hamba biduanda dan hamba hutang. Namun, sperkara yang paling menarik ialah
tiadanya unsur kasta dalam masyarakat Hindu yang dibawa ke dalam strafikasi
masyarakat Melayu Melaka. Untuk memudahkan lagi pemahaman terhadap strafikasi
masyarakat pada waktu itu, ianya boleh dilihat menerusi segitiga berikut:
Gambaran stratifikasi masyarakat Melayu tradisional
Dari segi adat istiadat, persoalan ini amat luas sebenarnya untuk dibincangkan. Dalam SM sendiri, persoalan ini telah digambarkan dengan amat menarik sehingga kita dapat membayangkan tentang sesuatu adat istiadat yang dimaksudkan oleh pengarang apabila kita membaca teks SM. Antara adat istiadat yang digambarkan meliputi dua perkara iaitu adat golongan istana serta adat-adat rakyat atau masyarakat setempat. Adat golongan istana adalah seperti adat pertabalan raja atau pembesar, kemangkatan, berpakaian, menghadap raja, perkahwinan, keberangkatan dan lain-lain lagi. Contohnya seperti perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Galoh Cendera Kirana, iaitu puteri raja Perlak yang memakan masa 40 hari 40 malam. Adat golongan rakyat pula seperti adat berkhatan, membuka tanah pertanian baru, menyambut kelahiran, melenggang perut dan sebagainya.
Melalui aspek sosio ekonomi, SM memperlihatkan tentang sistem-sistem ekonomi awal masyarakat di Kepualauan Melayu amnya. Pada tahap awal, masyarakat digambarkan dengan kegiatan ekonomi berbentuk sara diri. Antara yang diusahakan ialah seperti kegiatan pertanian, nelayan dan berburu. Ini adalah gambaran ekonomi sebelum kedatangan pedagang luar. Selepas itu barulah muncul kegiatan perdagangan sehingga Melaka terkenal sebagai pelabuhan enterport. Dalam SM, Tun Mutakhir dan Tun Tahir adalah golongan bangsawan yang bergiat dalam bidang perdagangan ini.
Dari sudut kepercayaan dan agama, ianya merupakan dua aspek sosial yang sukar dipisahkan. Antara amalan atau kepercayaan awal penduduk ialah ajaran animisme dan ajaran Hindu-Buddha. Dalam agama animisme, par penganutnya menganggap segala benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Ini menyebabkan wujudnya pemujaan terhadap batu-batan, pokok-pokok serta fenomena-fenomena alam yang lain. Kepercayaan penduduk juga dikaitkan dengan hantu, jin, jembalang serta makhluk-makhluk halus yang menjadi penunggu tempat-tempat tertentu. Dalam hal ini, khidmat pawang, dukun atau bomoh amat diperlukan untuk berhubung dengan makhluk-makhluk tersebut. Sebagai contohnya dalam SM, akibat gangguan daripada makhluk yang dikatakan sebagai penunggu. Sultan Abdul Jalal terpaksa memindahkan pusat pemerintahannya. Kedua-dua ajaran agama ini amat sebati dalam jiwa penduduk sehinggalah berubah sedikit dengan kedatangan ajaran agama Islam. Walau bagaimanapun, meskipun agama Islam mula diterima, tetapi pengamh ajaran animisme serta Hindu-Buddha masih sukar dikikis sehinggakan kedua-dua agama itu dicampur-aduk dengan ajaran agama Islam.
Dalam SM, gambaran kedudukan wanita juga turut dimasukkan. Contohnya umpama kata-kata Tun Teja ...Beta permpuan, diperintah menurut, ditinggal enggan. Kata-kata tersebut secara tidak langsung menggambarkan kelemahan kaum wanita yang boleh disumh dan oleh kaum lelaki. SM juga mencatatkan adanya golongan wanita yang dijadikan hadiah kepada sesuatu pihak sebagai membalas hadiah atau jasa. Contohnya seperti Dang Bunga dan Dang Buba yang dijadikan hadiah oleh Sultan Mansur Syah.
Dalam SM juga, kita dapat lihat wanita dijadikan sebagai alat demi kepentingan politik. Contohnya seperti Sultan Mansur Syah yang sanggup menceraikan isterinya. Tun Kudu semata-mata untuk dikahwinkan dengan Bentara Seri Nara Di Raja yang sudah tua. Secara tidak langsung. Tun Kudu terpaksa turun darjat daripada seorang permaisuri kepada isteri pembesar sahaja. Demikian juga halnya dengan Puteri Hang Li Po yang dijadikan alat kepentingan politik di antara China dengan Melaka. Sebagai bukti persaudaraan diantara kedua-dua kerajaan, Puteri Hang Li Po telah dihadiahkan sebagi isteri kepada Sultan Mansur Syah. Namun begitu, dalam SM juga turut mencatatkan adanya golongan wanita yang bertindak berani serta berkuasa dalam mempengaruhi pemerintahan. Tun Senja iaitu anak Seri Nara Di Raja telah mencadangkan agar Tun Mutahir diterima menjadi Bendahara menggantikan Tun Putih. Cadangannya telah diterima sehinggalah Tun Muthair kembali memegang jawatan tersebut. Tun Fatimah iaitu anak Tun Senja pula digambarkan sebagai seorang wanita yang berani semata-mata ingin menegakkan kebenaran. Ini dapat dilihat melalui tindakannya yang sanggup menggugurkan anak sebagai tanda protes di atas kekejaman Sultan Mahmud.
Satu lagi aspek ialah kesenian dan hiburan. Meskipun tidak digambarkan dengan jelas dalam ceritera-ceritera SM, tetapi pesta-pesta perayaan serta acara-acara tertentu tetap diadakan. Dalam hal ini, istana telah menjadi pusat utama di mana hubungan di antara golongan istana dengan rakyat, biasanya dapat dilihat lebih erat. Ini dapat dilihat apabila ada ketikanya golongan istana akan menjemput rakyat untuk mengadakan persembahan di istana. Dari segi pakaian, memang jurang di antara raja dengan rakyat sangat jelas. Rakyat tidak dibenarkan untuk memakai pakaian berwama kuning, bergelang kaki emas serta memakai loceng kerincing. Begitu juga dengan sent keris serta pembinaan rumah yang haruslah tidak sama dengan milik raja.
Dari apa yang yang telah dihuraikan, amat jelas kita perhatikan bahawa dalam SM unsur-unsur sosio budaya dan adat istiadat memang banyak dipaparkan. Meskipun agak ringkas, tetapi apa yang kami cuba gambarkan ialah bahawa unsur-unsur tersebut memang terdapat dalam SM. Keupayaan kreatif penulis-penulis Melayu seperti yang dipaparkan dalam SM inilah yangjarang dapat disingkap oleh orientalis apabila berbicara tentang hasil-hasil karya Melayu lama kita. Analisa yang bercorak struktural boleh menolong seseorang menganalisa teks SM secara dekat, menghayati akan binaan dan keistimewaannya di dalam zaman-zaman tertentu perkembangan kebudayaan Melayu. Maka, SM merupakan antara teks yang tidak boleh diabaikan khususnya dalam pensejarahan Malaysia itu sendiri.
Teks HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI
Struktur politik Pasai sebagaimana kerajaan tradisional yang lain dipengaruhi
kuat oleh sistem kebangsawanan. Kuasa politik, ekonomi dan undang-undang berpusat
di tangan kelas pemerintah, raja dan pembesar adalah kuasa tertinggi. Raja-raja
dari Merah Silu hingga ke Sultan Ahmad menjadi lambang perpaduan kerajaan. Sultan
juga berkuasa menganugerahi gelaran kebesaran kepada pembesar-pembesamya. Hubungan
rapat antara pemerintah dan pembesar-pembesar tempatan berkisar disekitar perayaan
adat istiadat diraja, hubungan dengan pertahanan dan dasar luar negeri. Sebagai
contohnya semasa kehadiran pembesar-pembesar sewaktu negeri mahu melahirkan
Malikul Tahir, perkahwinan dan pertabalan Merah Silu, perayaan-perayaan diraja
seperti menjerat gajah, berkelah dan lain-lain. Hubungan luar negeri sewaktu
peperangan menentang siam dan majapahit. Rakyat dikerah mengembeling tenaga
untuk berperang ini seolah-olah membawa kemuskilan pada wujudnya corak "otonomi
". Hubungan diplomatik Pasai digambarkan dengan adanya pelawat-pelawat,
pedagang-pedagang dan kerajaan Islam seperti Arab, India, Morroco, China dan
Eropah (Itali).
Struktur Sosial Masyarakat.
Sistem kemasyarakatan Pasai boleh dijelaskan dengan penggunaan istilah dan fungsi-fungsinya
dalam kedudukkan hirarki yang berlainan. Pangkat-pangkat di peringkat pegawai-pegawai
ialah menteri-menteri, hulubalang, sida-sida, embuai, pendeta serta pegawai-pegawai
kanan (orang besar-besar). Di peringkat kampung terdapat ketua-ketua yang dipanggil
pendekar atau penghulu. Di bawahnya pula terdiri dari panglima, pahlawan, penggawa
dan lasykar. Di peringkat biasa, angkatan militer ialah rakyat. Permaisuri dan
puteri-puteri raja, dikatakan dan hidup dengan senang lenang dibantu oleh perwira.
Di peringkat menteri, anak dan isteri mereka di bantu oleh inang, dayang dan
pengasuh. Kerja-kerja berat dijalankan oleh biti-biti. Gelaran raja ialah Tuanku,
paduka atau syah alam. Panggilan rakyat ialah hamba, sahaya dan hamba tuan.
Status sosial ini bersesuaina dengan norma kebangsawanan masyarakat ketika itu.
Adat istiadat
Hikayat Raja-raja Pasai telah merakamkan adat pertabalan raja. Ini dapat di
lihat dari episod pertabalan Malikul Salleh setelah menjadi raja Islam;
Setelah datang segala perkakas adat kerajaan, maka pada ketika yang baik, berhimpunlah
segala hulubalang dan rakyat mengadap...maka hulubalang sekaliannya bersaf-safduduk
mengadap nobat Ibrahim Khalil.
Tentang pengurniaan gelaran pembesar-pembesar semuanya di beri oleh raja;
Adapun orang besar dalam negeri itu dua orang, bemama Tan sri kaya bergelar
Sayyid Ali Ghiyatuddin dan Baba Sri Kaya Bergelar Sayyid Asmayuddin.
Juga adat berjaga-jaga sebagaimana kelaziman raja-raja melayu yang lain dilihat
sewaktu perkahwinan Malikul Salleh;
Hatta setelah lama berjaga-jaga itu maka bagindapun berkahwin dengan Puteri
Gengong.
Selain itu adat sewaktu seorang raja dilahirkan juga dapat dilihat dalam hikayat
ini contohnya;
Maka titah baginda orang pemalu gendang dan segala bunyi-bunyian, berjaga-jaga
seperti adat segala raja-raja beranak. Maka pada hari menjejakkan tanak dan
berakikah maka segala rakyat pun berhimpun makan minum. Baginda memberi kumia
akan segala hulubalang, menteri dan rakyat kecil besar, fakir dan miskin sekaliannya.
Dalam adat melayu tidak boleh tidak upacara perkahwinan diadakan dengan meriah
dan menurut kelaziman seperti meminang, hantaran dan memilih jodoh. Contohnya
dalam peminangan sultan Malikul Salleh ke Perlak;
Maka diangkat oranglah sireh dalam junjong, suasa dan perak lalu disampaikan
kepada menteri-menteri dan sekalian yang datang.
Kepercayaan dan keagamaan.
Dengan kedatangan Islam juga adat istiadat raja-raja melayu dan orang-orang
Islam mengalami pembahan. Ini dapat dikesan dalam adat pengebumian raja-raja,
menziarahi kubur, dan upacara berkhatan. Budaya penunman wasiat juga menjadi
satu tradisi bagi perkembangan zuriat keturunan dalam pemerintahan. Seorang
raja apabila merasa akan mangkat akan memanggil waris kerajaannya lalu menumnkan
pesanan atau wasiat;
Maka ada sekira-kira tiga hari sudah tabal itu. Maka sultan Malikul Salleh pun
berwasiat kepada Sayyed Asmayuddin dan Sayid Ali Ghiyatuddin, hai perdana menteri
kedua berbaik-baik kamu kedua ini memelihara
.
Ada kepercayaan di dalam masyarakat melayu bahawa wasiat orang tua itu biasanya suci dan perlu sekali di penuhi.
Terdapat juga kepercayaan atau pantang larang di Istana Sultan Ahmad;
Adapun dilarang segala raja-raja dalam negeri itu duduk di balai panjang pada
medan raja dan menguraikan rambut duduk berjuntai mengayun-ngayunkan kaki, itulah
yang dilarang dalam negeri itu.
Sosio-ekonomi.
Dikatakan dalam HRRP, Sosio Ekonomi berasaskan perdagangan dan pertanian yang
diamalkan sepertimana alam melayu yang lain. Tetapi pasai mempunyai keistimewaan
dari segi pelabuhan untuk pedagang-pedagang menjalankan pemiagaan. Pedagang-pedagang
dari Eropah, Arab, India dan China dikatakan pemah singgah dan mengadap Sultan
Ahmad dengan membawa hadiah-hadiah yang istimewa.
Pasai juga terkenal dengan perlombongan emas yang dijalankan oleh saudagar-saudagar dari India.
Kedudukan Wanita
Seperti sejarah melayu juga kedudukkan wanita dilambangkan seperti barang pertukaran
atau permainan raja-raja ketika itu(gundik). Yang menariknya di dalamHRRP ialah
kedudukan dua orang puteri Sultan Ahmad iaitu Tun Mandam dan Tun Takiah Dara
yang cuba mempertahankan maruah diri dengan meminum racun dari dinodai oleh
bapa mereka sendiri.
Namun begitu kerana wanita juga dua orang adik bergaduh dan berperang contohnya Malikul Mansur telah pergi ke Pasai dan bermain dengan dayang Malikul Mahmud.34 Ketika beliau tiada, khabamya adiknya Malikul Mansur akibatnya ditangkap dan dipenjarakan. Pengapitnya Sidi Asmayudin dibunuh. Wanita juga memainkan peranan penting hingga membawa kepada peperangan. Ini terbukti dalam penaklukan Majapahit ke atas Pasai. Gara-gara perbuatan Sultan Ahmad yang cembum dan membunuh Tun Abdul Jalil tunangan Puteri Gemerancang telah membawa kepada peperangan bilamana puteri tersebut mati dimakan sumpah.
Kesenian dan Hiburan.
Keharmonian hidup masyarakat Pasai dan kemewahan hidup sekitar istana dilihat
dari episod-episod istana seperti acara-acara dan pesta-pesta seperti menjerat
gajah atau kerbau, bermain-main di tepi pantai (berkelah), mengembara dan sebagainya.
Kebanyakkan hal-hal ini diterangkan dalam bahagian akhir hikayat ini.
Namun yang menariknya dalam hikayat ini ialah konsep pantang menderhaka dan
daulat sultan. Contohnya Tun Berahim Bapa sanggup memakan makanan beracun walaupun
diketahuinya mengandungi racun yang dibunuh oleh ayahnya Raja Ahmad. Kedaulatan
Raja Ahmad tetap terpelihara dalam kisah seorang Jogi yang bermain sihir didepan
raja ahmad. Akhirnya Jogi tersebut tewas dengan keramat atau daulat raja hingga
membawa janji itu kepada agama Islam.