PENSEJARAHAN (HISTORIOGRAFI) TRADISIONAL DAN MODEN

Umumnya ciri-ciri penting dalam pensejarahan merangkumi:-
1. Humanistik
2. Self-Revealatory (pendedahan diri).
3. Objective dan subjective.
4. Imaginasi dan Rasional.
5. Scientific

Sejarah Zaman Awal (Tradisional) - merupakan pertarikhan atau rekod yang biasanya terbahagi kepada tiga corak:
1. narrative history (Pak Kadok)
2. detactive history (Hikayat Raja Pasai)
3. generative history (soal politik, perang, etc - hampir legenda).

Sejarah Moden:
1. Conventional.
2. Narrative.
3. Descriptive.
4. Definitive (jitu).
5. Analytical - Theoretical
6. Dialective (sejarah pertentangan antara kelas - termasuk eschatologi sosial, historis messianisme [Ratu Adil, Imam Mahdi, Nabi Khidir, Djagobaya) dll.

Historiografi Melayu (Tradisional/Klasik)
J.C. Bottoms menyebut, pola historiografi Melayu sebagai "History to the Malays has not until recently been either a science or an art but an entertainment. Accuracy, completeness, organised exposition are not the vital principles; what best pleased were legend, fantasy and a pleasant hotch potch of court and port-gossip. This faily describes for instance, the `Sejarah Melayu'.
J.C. Bottom, "Some Malay Historical Sources: A Bibliographical Note" dlm. Soedjatmoko (ed), In Introduction to Indonesian Historiography. New York. 1965, p. 180.

Pola Strukturil Historiografi Melayu.
1. ditentukan oleh beberapa pengaruh dan ciri-ciri yang tertentu (Hindu-Buda, Islam dan
lokal).
2. bersifat region-centrisme dan ethno-centrisme (court/raja/dinasti sentrik.
3. bersifat pewarisan sejarah (eg: "beta minta perbuatkan hikayat...supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang (boleh jadi tahu dan ambil faedah daripadanya). Oleh itu sebagai pengajaran (pelajaran) hidup (tujuan sejarah itu adalah pragmatis).
4. untuk tujuan legitimasi dinasti dan bangsawan. oleh itu penceritaan sejarah terbahagi biasanya kepada cerita-sejarah seperti berikut:
a. asal usul raja-raja dan salsilah.
b. pembentukan sesebuah negeri/kerajaan.
c. kemasukan Islam.
d. cerita tentang raja-raja.
e. raja yang memberi perintah (penulisan sejarah itu) dihuraikan dengan penuh
mulia dan lebih detail.

Sartono Kartodirdjo bahagikan tema-tema historiografi Melayu seperti berikut:
1. Geneologi yang merupakan permulaan dari semua sejarah.
i. Asal usul rajakula yang mythis atau legendaris (ini merupakan bahagian yang terpenting) - mitos dinasti (berfungsi sakral-magis raja - ad majorem gloriam)
ii. Mitologis Melayu-Polinesis tentang perkahwinan dengan bidadari.
iii. Legenda pembuangan anak (lebih dalam cerita lisan atau folklore)
iv. Legenda permulaan kerajaan.
v. Tendensi menjunjung tinggi rajakulanya.
[Sartono Kartodirdjo, "Segi-segi Strukturil Historiografi Indonesia" dlm. Lembaran Sedjarah, no. 3, Dis 1968, Jogjakarta, p. 34; dan "Beberapa Farsal dari Historiografi Indonesia" Lembaran Sedjarah, no. 2, Aug 1968.

5. Islam - membawa pengaruh unsur teologi dalam penulisan (sejarah) walaupun unsur legenda berterusan.

6. Penulisan - bersifat:
a. usaha kolektif.
b. fakta kolektif.
c. interpretasi kolektif.
d. dimensi waktu juga kolektif.

7. Bias - sebab region, raja, dinasti centric.

Tuhfat-al-Nafis dan Salsilah Melayu dan Bugis yang dihasilkan pada transisi lama moden dan kuat pengaruh historiografi Bugis memiliki tarikh-tarikh utama berlaku peristiwa, tetapi kurang menekankan soal lokasi. A.H. Hill menyebut, dua karya itu "masih menunjukkan kebenaran subjektif daripada kebenaran objektif (moden), iaitu masih ada unsur mitosan. Oleh itu keduanya masih pada genre tradisional atau klasik (yang mengandungi unsur-unsur legenda, mitos, posteventum, simbolisme, sinkritisme dan anakronisme yang kesemuanya tergolong dalam "the realm of folk-lore". Pada asasnya penulisan sejarah itu terbentuk atau dipengaruhi oleh sosio-budaya (milieu) dan bduaya-jiwa serta sosio-politik setempat-etnik. Justeru itu konsep masa juga dihubungkan atau dipengaruhi oleh milieu.

[Historiografi dipengaruhi oleh sifat-sifat dan tingkat kultur (budaya). Oleh itu historiografi selalu mencerminkan kultur yang menciptakannya]

[Penulis/pujangga sejarah itu sering pula dianggap mempunyai kekuatan magis atau sakti (dari segi perkataan, kalimat dan konsepsi). Penulisan itu adalah satu pekerjaan sakral kerana penulis menyelenggarakan kultus raja - bertujuan memperkuat sakti raja yang membantu memperkuat legitimasinya. Oleh itu penulisan sejarah itu adalah dorongan politik walaupun sebahagian faedah atau tujuan penulisan tersebut membawa ciri-ciri pragmatis].


Historiografi Indonesia.

Periodisasi Sejarah Indonesia:
1. Pentadbiran.
2. Ethnologie
3. Akademik.

Penulisan Belanda-sentrik:
ML van Deventer, Geschiedensder Nederlanders op Java (1862)
Jhr. Mr. J.K.J. de Jonghe, Opkomst v.h. Nederlandsch Gezagin Oost Indie (1862)
Mr. N.P. v.d. Berg, Uit de degen der Compagnie (1904)

Penulisan jadi sentrik kerana terlalu guna bahan kolonial seperti:
Schaopsjournalen
Daghregisters
Placaetboeck

Historiografi Makasar-Bugis.

"Lontara" bererti naskah yang ditulis dengan tangan - popular - naskah-naskah sejarahnya. (Lontara bersifat: "not too much raja-sentrik atau pendewaan raja," lebih terbuka dan rasional cerita-cerita kronikel-kronikelnya mempunyai sejarah hukum adat dan kebudayaan juga). Oleh itu lontara ada banyak nasihat.

Kronik Wadjo - banyak ajaran dan kesusilaan pemerintahan (seperti sistem "sekato" iaitu muafakat, iaitu unsur rasional).

Jenis-jenis Kronik Bugis:
1. Kronik Sejarah.
2. Hukum Adat (Latowa dan Rapang)
3. Catatan harian.
4. Nama-nama hari yang sudah asing bagi orang-orang Bugis-Makasar sekaran dll.
5. Kronik ubat-ubatan.
6. Kronik pertanian.
7. Kronik perdagangan.

Sejarah Nasional:
Sejarah negara bangsa (ada entiti atau identiti politik, geografik atau sempadan politik dan meliputi aspke ekonomi, politik, sosial dll.

Fungsi sejarah nasional - untuk keinsafan bahawa sejarah dapat mempersatukan sentimen serta tindakan --> kesedaran nasional.

Sejarah lokal - (walaupun dicantum - kolektif pun tak semuanya akan jadi sejarah nasional. Manakala sejarah nasional walaupun dicantum tak akan jadi sejarah dunia.

Usaha-usaha wujudkan sejarah Indonesia (nasional) sentrik:
Soedjatmoko, "An Introduction to Indonesian Historiography"(1965)
Artikel-artikel dalam Lembaran Sedjarah (akhir 1960-an dan awal 1970-an)
Usaha-usaha Dept. Sosial (siri biografi pahlawan nasional).
Usaha-usaha Dept P. & K. (buku teks sejarah Indonesia yang standard).
Usaha survey sejarah Indonesia oleh Dr. Taufik Abdullah dalam rangka projek Social Sciences and Humanitarian in Indonesia di bawah pimpinan Prof. Koentjaraningrat.

Sebelum survey ini ada survey lama oleh Prof. Sutjipto Wirjosuperto "Dua Puluh Tahun Ilmu Sejarah di Indonesia, 1945-1965", IV, Bidang Ekonomi, Sosial dan Budaya, hlm. 279-303; dan Report on main trends in Indonesian Historiography dlm. rangka projek UNESCO tentang The International Study on the main trends of research in the social and human sciences (1969).

Mohd. Hatta (Perdana Menteri Indonesia pertama ... pentingnya Arkib Nasional.
de Graaf - Historiografi Hindia Belanda (1940) menerangkan tentang seorang kerani Belanda Hageman menulis Sedjarah Umum Tentang Djawa dari Zaman Dahulu sampai Sekarang (1860) dan banyak artikel-artikel dalam berbagai majalah - lebih Djawa-sentrik. Oleh itu beliau dianggap abnormal. Kerajinan beliau itu sama seperti Krom (Pengantar Sedjarah Hindia-Djawa)... seperti juga de Jonge (walaupun kekalkan sentrik atau ketinggian kecapaian Barat). de Jonge tidak seteruk van Deventer yang lebih Barat dan tidak liberal, lebih mempertahankan VOC.

Vlekke pula melihat sejarah Indonesia menurut kacamata Amerika (tidak pandang Indonesia dengan baik walaupun memburukkan penjajahan Belanda).

Historiogarafi Indonesia 1940-1950an disorot oleh tiga tulisan tokoh sejarah Beladna:
W.Ph. Coolhaas, "Van koloniale geschiedenis en Geschiedenis van Indonesie, van historiai en taalambteneven" BKI, 1951.
H.J. de Graaf, "Nederlandsch-Indische historiographie" dlm. Kolonial Tijdschrift, 1940.
G.J. Resink, S.H., "Passe-partout om geschiedschrijvers over Indonesie" dlm. Indonesie, 1953.


Istilah-istilah:
Bias - region, ethno, court, local, Europe...
Objektif - no value judgement = ie. truth (wanrheit (German), pravada (Rusia).
Truth - (a) general truth not limited terbahagi dua:
(i) teori correspondence - statement = fact (sehubungan),
(ii) teori coherence (fit in) - statement and facts not related/correspond.

General Truth (not limited): eg. "kemakmoran material umumnya bawa keruntuhan moral"

(b) general truth (limited):
General Truth (limited): eg. "orang Melayu adalah pesawah yang mahir"

Von Ranke - kaedah objektif, iaitu proses tafsiran, pemikiran dan pertimbangan.

Ibn Khaldun - asabiah.

Bury (abad ke-19) - sejarah ialah sains.

Carr and Collingwood (bukan sains tulin, tetapi "the science of mind" (fakta dan sejarawan sering bergandingan, pengaruh mempengaruhi ---> boleh bias. Oleh itu sejarah lebih bersifat empirikal (Karl Marx guna sejarah untuk bentuk atau kuatkan teori sosialisme).