PENSEJARAHAN KEAGAMAAN SERTA RIWAYAT HIDUP NABI DAN RASUL
PENGENALAN
o Para pengembang Islam telah menyebarkan agama Islam di Nusantara melalui
kaedah lisan dan tulisan. Penyebaran agama Islam dalam bentuk lisan dilakukan
menerusi pengajaran yang disampaikan melalui ucapan dan juga syarahan.
o Sementara penyebaran agama Islam dalam bentuk tulisan pula diusahakan melalui
penerbitan risalah-risalah agama Islam yang menerangkan dasar-dasar umum mengenai
Islam seperti penerangan mengenai konsep iman dalam Islam, rukun-rukun Islam
seperti sembahyang, puasa dan lain-lain.
o Kemudian penulisan mengenai aspek-aspek tertentu tentang pengajian Islam
telah diusahakan melalui penulisan buku-buku tafsiran AI-Quran, al-Hadis,
risalah tentang rukun Islam, ilmu falsafah, tasawuf, akhlak dan lain-lain.
o Di samping penulisan yang bercorak ilmu pengetahuan agama Islam, terdapat
juga penulisan karya-karya yang bercorak cereka untuk menyalurkan pengajaran
Islam melalui media naratif.
Karya-karya yang bercorak naratif tersebut mengisahkan tokoh-tokoh Islam yang
penting dalam sejarah perkembangan Islam. Watak-watak yang digambarkan dalam
karya-karya tersebut merupakan tokoh-tokoh dalam sejarah Islam tetapi watak
mereka diadunkan dengan berbagai-bagai unsur fiksyen sehinggakan cerita-cerita
mengenai tokoh-tokoh tersebut menjadi karya sastera bukan lagi karya sejarah.
Cerita mengenai tokoh-tokoh Islam yang terdapat dalam sastera Melayu klasik
dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu :
1) Cerita Nabi Muhammad ( s.a.w )
2) Cerita Nabi-nabi Allah ( selain daripada Nabi Muhammad s.a.w )
3) Cerita Para Sahabat Nabi
4) Cerita Pahlawan Islam
5) Cerita orang-orang yang salih.
o Cerita Nabi Muhammad ( s.a.w ) adalah seperti " Hikayat Nur Muhammad
", " Hikayat Nabi Bercukur " dan " Hikayat Nabi Wafat.
o Selain itu cerita mengenai tokoh-tokoh Islam juga mengisahkan para Nabi Allah
yang tersebut dalam AI-Quran. Cerita-cerita nabi-nabi yang tersebut dituliskan
dalam sebuah antologi berjudul " Qisas AI-Anbiya^ " atau kisah Tentang
Nabi-Nabi. Di samping antologi mengenai nabi-nabi, terdapat juga cerita-cerita
Nabi-nabi secara perseorangan seperti Hikayat Nabi Musa, Hikayat Nabi Sulaiman,
Hikayat Nabi Yusuf dan lain-lain lagi.
Apakah Ciri-Ciri Yang Terdapat Dalam Penulisan Karya Pensejarahan Keagamaan
Ini ?
o Agama Islam menekankan kepentingan akiiah dalam membincangkan persoalan kehidupan
manusia di dunia. Pengajaran Islam yang disalurkan melalui berbagai-bagai cabang
ilmu Islam seperti ilmu teologi, falsafah dan ilmu logik ( mantiq ) telah memberi
penghargaan kepada kepentingan rasionaliti, khususnya dalam perbincangan mengenai
bidang ilmu.
o Menurut pandangan Mahayudin Haji Yahaya ( 2000 ),
Perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Alam Melayu dan kelahiran karya-karya
kesusasteraan Islam berasaskan kepada semangat akiiah tersebut. Justeru itu
proses penciptaan karya-karya kesusasteraan Islam adalah berasaskan kepada realiti
dan sejarah umat Islam itu sendiri.
o Para pengarang Islam telah mencipta karya-karya sastera Melayu yang bercorak
naratif yang berkisar tentang kisah para Nabi dan tokoh-tokoh Islam sebagai
hasil kesusasteraan yang membawa amanat dan pemikiran Islam.
o Karya-karya kesusasteraan Melayu pengaruh Islam memeprlihatkan beberapa ciri
yang berbeza dengan karya kesusasteraan Melayu yang lain yang telahpun dibincangkan
sebelum ini. Beberapa ciri umum cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam adalah
seperti berikut :
a) Mitos
o Menurut pandangan Ismail Hamid, cerita tentang nabi-nabi dan tokoh Islam berlatarbelakangkan
sejarah Islam. Justeru itu gambaran latar dan watak-watak dalam cerita-cerita
yang tersebut juga berdasarkan kepada peristiwa sejarah Islam tetapi diolah
kembali dengan memasukkan unsur mitos dan legenda.
o Walaupun menurut agama Islam segala gambaran mengenai para nabi seharusnya
didasarkan kepada fakta-fakta yang benar yang terkandung dalam AI-Quran, AI-Sunnah
dan sumber-sumber sejarah yang muktabar, namun dalam penulisan karya sastera
Islam ini banyak unsur-unsur mitos dan legenda telah digunakan.
o Unsur-unsur mitos dan legenda turut dimuatkan dalam cerita-cerita mengenai
Nabi Muhammad ( s.a.w ). Contohnya dalam Hikayat Nur Muhammad, dikisahkan tentang
bagaimana Nur Muhammad atau cahaya Nabi Muhammad ( s.a.w ) dijadikan oleh Allah
sebagai faktor utama yang menyebabkan terciptanya alam ini termasuk juga dengan
malaikat, kalam, luh Mahfuz, Arasy dan tongkat Nabi Musa.
o Dalam Hikayat Nur Muhammad, Pengarang menggambarkan bagaimana pada mulanya
Allah menjadikan Nur Muhammad dan daripada cahaya tersebut juga dijadikan Allah
seekor burung yang indah rupanya. Daripada burung itulah terciptanya Ali ibn
Abi Talib, Hassan dan Hussin, Fatimah al-Zahra, Abu Bakar As-Siddique, Umar
AI-Khattab, Hamzah ibn Abu Mutallib dan Khadijah, isteri nabi Muhammad sendiri.
b)Legenda
o Menurut Ismail Hamid, unsur-unsur legenda juga menjadi aspek yang penting
dalam penulisan cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam. Cerita-cerita tersebut
didasarkan kepada tokoh-tokoh dalam sejarah Islam tetapi dicampuradukkan dengan
bahan-bahan yang bercorak fiksyen yang berasal daripada tradisi lisan.
o Akhirnya cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam lebih berkembang menjadi
cerita-cerita yang bercorak legenda serta fiksyen, malah ada antara cerita-cerita
tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam tetapi pengarang mencipta
cerita berkenaan untuk dijadikan sebagai contoh.
Contohnya dalam Hikayat Nabi Muhammad, digambarkan bagaimana Nabi Muhammad (
s.a.w ) berhadapan dengan musuh yang amat kuat yang merupakan seorang raja yang
memerintah sebuah kerajaan yang besar bernama Raja Khaibar. Raja ini dibantu
oleh seorang tukang sihir yang handal bernma Hawan. Menurut Mahayudin Haji Yahaya
( 1994 ), Dalam sejarah Islam yang sebenarnya. Raja Khaibar dan Hawan tidak
pernah wujud dalam zaman Nabi Muhammad ( s.a.w ). Dalam hikayat tersebut juga
diceritakan bahawa Raja Khaibar menganut agama Majusi serta memiliki sejumlah
harta yang banyak. Dia membina sebuah kota yang amat kuat dengan tujuh lapis
benteng tetapi akhirnya Raja Khaibar dan ahli sihirnya dapat dibunuh oleh pahlawan
Islam.
o Cerita nabi-nabi yang berdasarkan sumber legenda terdapat juga dalam Hikayat
Nabi Musa yang mengisahkan tentang bagaimana Nabi Musa telah berkahwin dengan
seorang wanita bernama Jahliladra. Bagaimanapun, Nabi Musa telah meninggal dunia
sewaktu usianya masih muda kerana kesedihan atas kematian isterinya itu.
c) Ciri Kekitaban
o Dalam cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, terdapat format yang bercampuraduk
antara yang bentuk naratif dengan format penulisan pengajian Islam. Hal ini
terjadi kerana pengarang ingin menyampaikan pengajaran Islam melalui media cerita.
Oleh yang demikian, cerita yang dicipta kadang-kadang tidak mempunyai plot atau
pembicaraan mengenai persoalan agama telah menguasai seluruh penulisan karya
tersebut.
o Dengan demikian bentuk kitablah yang menonjol, malah judulnya pun ada yang
menggunakan istilah kitab seperti Kitab Seribu Masalah.
Hikayat Nur Muhammad pula adalah sebuah cerita yang di sampaikan dalam bentuk
simbolik. Hikayat ini tidak mempunyai plot atau jalan cerita seperti sebuah
hikayat. Pembicaraan hanya menggambarkan proses perkembangan Numr Muhammad yang
mula-mula dicipta oleh Allah di alam ini. Seterusnya Nur Muhammad memeinkan
peranan untuk mewujudkan pelbagai kejadian yang lain. Pada akhir cerita pengarang
menerangkan kebaikan dan faedah yang akan diperolehi bagi sesiapa yang memiliki
dan membaca cerita tersebut.
d) Ciri Khutbah Dan Fatwa
o Dalam cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam banyak diselitkan unsur khutbah
yang bercorak pengajaran Islam. Contohnya dalam Qisas AI-Anbiya ada mengandungi
unsur tersebut terutamanya pada permulaan cerita Nabi Yusuf yang merujuk kepada
keagungan Allah dan kitab Suci AI-Quran sebagai wahyu Tuhan, faedah membaca
dan mendengarnya . Kemudian pengarang karya tersebut juga membicarakan tentang
sifat-sifat luar biasa atau //azyang terkandung dalam gubahan bahasa yang terdapat
dalam AI-Quran.
o Dikatakan jika berhimpun segala manusia dan jin, nescaya mereka tidak dapat
menirunya. Menurut pandangan Ismail Hamid, unsur khutbah ini sengaja dimasukkan
oleh pengarang dalam cerita tentang nabi-nabi dengan tujuan untuk berdakwah
walaupun persoalan yang ditimbulkan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan
cerita nabi yang berkenaan.
Unsur khutbah pengarang kepada pembacajuga dimuatkan pada akhir cerita Hikayat
Nabi Wafat. Sehubungan ini pengarang hikayat ini mengakhiri cerita dengan seruan
kepada para pembaca supaya beriman kepada Allah kerana Nabi Muhammad ( s.a.w
) yang dikasihi oleh Allah telah wafat. Kemudian pengarang hikayat tersebut
juga menyeru supaya sentiasa beribadat kepada Allahdan menjauhi diri dari sebarang
perbuatan maksiat kerana semua manusia akan menghadap Allah pada hari kiamat
kelak.
Sementara dalam Hikayat Nur Muhammad pula, unsur khutbah ini dimuatkan pada
akhir cerita iaitu bagi sesiapa yang membaca serta menyimpan hikayat ini dikatakan
akan beroleh pahala seperti pahala orang yang menunaikan ibadat Haji.
Manakala dalam Hikayat Nabi Bercukur pula memuatkan fatwa yang amat banyak
tentang faedah yang akan diperolehi daripada menyimpan atau membaca hikayat
tersebut. Misalnya dinyatakan bahawa orang yang menyimpan hikayat Nabi Bercukur
ini boleh melepasi dirinya daripada bahaya di dunia dan di akhirat. Malah dikatakan
bahawa orang yang tidak memiliki hikayat ini dia dianggap sebagai bukan pengikut
Nabi Muhammad ( s.a.w ). Sementara orang yang menyimpannya sentiasa akan memperolehi
rezeki yang murah serta rumahnya tidak akan dimasuki pencuri.
6) Unsur-unsur Doa Dan Puji-pujian ( Doksologi )
o Pada umumnya hampir keseluruhan cerita-cerita mengenai Nabi-nabi dan tokoh-tokoh
Islam menggunakan format yang berbentuk doksologi pada permulaan hikayat, iaitu
didahului dengan bacaan AI-Fatihah serta doa-doa pendek yang memuji kebesaran
Allah serta selawat ke atas Nabi Muhammad ( s.a.w).
Unsur Pemikiran Islam Yang Terdapat Dalam Hikayat-hikayat Keagamaan Ini
Cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh digubah oleh penulis-penulis hikayat berkenaan
di Alam Melayu dengan tujuan untuk menyalurkan pengajaran Islam kepada pembaca.
Dalam cerita-cerita tersebut terdapat amanat-amanat yang menyeru para pembaca
supaya beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad ( s.a.w ) yang merupakan nabi
akhir zaman.
o Di samping penekanan kepada konsep iman, cerita-cerita ini juga menekankan
tentang keperluan umat Islam mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Mereka yang mematuhi perintah Allah akan dibalas dengan kehidupan syurga pada
hari akhirat dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan. Sementara orang yang
mengingkari perintah Allah akan diseksa di dalam neraka yang penuh dengan azab
dan sengsara.
o Di samping persoalan pokok atau tema seperti persoalan syurga dan neraka,
cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam juga turut membicarakan pelbagai aspek
pemikiran Islam.
a) Konsep Nur Muhammad
o Konsep Nur Muhammad menerangkan bahawa cahaya Nabi Muhammad ( s.a.w ) dicipta
oleh Allah sebelum kejadian dunia ini. Kemudian cahaya ini menjelma daripada
seorang nabi kepada nabi yang lain. Akhirnya dia menjelma dalam diri Nabi Muhammad
( s.a.w ) sebagai nabi yang terakhir.
o Konsep Nur Muhammad merupakan suatu pemikiran yang tumbuh di kalangan golongan
sufi sejak abad ke 3 Hijrah. Pemikiran ini didasarkan kepada ayat AI-Quran yang
membicarakan tentang konsep Nur Muhammad ( Surah 24 ).
o Pemikiran mengenai Nur Muhammad telah berkembang luas di kalangan mazhab Syiah,
sejak abad ke 2 Hijrah. Pengaruh daripada 2 aliran ini telah mempengaruhi kemunculan
pemikiran tentang Nur Muhammad dalam hikayat-hikayat Melayu termasuklah dalam
Hikayat Nur Muhammad ini sendiri.
o Konsep Nur Muhammad ini telah melahirkan sebuah hikayat Melayu yang khusus
membincangkan mengenai Nur Muhammad. Hikayat Nur Muhammad yang dimaksudkan ini
mengetakan bahawa roh nabi Muhammad ( s.a.w ) dicipta oleh Allah dalam bentuk
cahaya ( al-nur) dan keistimewaan penciptaan cahaya tersebut melebihi segala
kejadian yang lain di dunia ini.
o Malah Nur Muhammad ini dijadikan oleh Allah sebagai faktor yang melahirkan
segala kejadian yang lain. Hikayat Nur Muhammad meletakkan Nabi Muhammad ( s.a.w
) di puncak segala kejadian di alam semesta ini. Oleh yang demikian kedudukan
Nabi Muhammad ( s.a.w ) amat tinggi dan ia merupakan orang atau tokoh yang paling
terkemuka di sisi Allah. Tujuan hikayat ini ialah supaya manusia memberi penghormatan
yang tinggi kepada Nabi Muhammad ( s.a.w ) dan mematuhi segala sunnah dan ajarannya.
b) Keagungan Nabi Muhammad
o Dalam hikayat-hikayat Islam, Nabi Muhammad ( s.a.w ) digambarkan sebagai watak
yang diberikan berbagai-bagai keistimewaan oleh Allah dan keistimewaan Nabi
Muhammad ( s.a.w ) ini lebih agung daripada nabi-nabi Allah yang lain. Malah
Nabi Muhammad ( s.a.w ) dikatakan dianugerahi Allah beberapa mukjizat ( kelebihan
istimewa ) yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi Allah yang sebelumnya.
o Dalam Hikayat Nabi Bercukur contohnya yang memperlihatkan keagungan Nabi Muhammad
( s.a.w ) sebagai nabi Allah yang paling terkemuka. Justeru itu Allah telah
memberinya penghormatan yang tinggi sehingga upacara bercukur rambut dianjurkan
oleh Allah dengan disediakan sejenis songkok yang diperbuat khas dari syurga.
o Dalam Hikayat Nabi Bercukur, kemuliaan Nabi Muhammad ( s.a.w ) diperkuatkan
lagi dengan gambaran bahawa rambutnya mengandungi azimat sehingga semua bidadari
dari syurga berebut-rebut untuk mengambilnya. Akhirnya tiada sehelai rambut
yang ketinggalan, kesemuanya diambil oleh bidadari-bidadari tersebut.
c) Peperangan Di Jalan Allah atau Jihad
Peperangan di jalan Allah atau dikenali dengan peperangan sabil merupakan satu
tanggungjawab setiap orang Islam. Jika seseorang terkorban dalam peperangan
seperti ini, maka kematiannya dianggap sebagai jihad yang akan mendapat ganjaran
syurga pada hah akhirat.
Dalam masyarakat Melayu, kisah-kisah peperangan sabil dimuatkan dalam cerita-cerita
Islam yang bercorak peperangan.
Contohnya dalam Hikayat Nabi Muhammad ada
mengisahkan bahawa pejuang-pejuang Islam yang berperang bersungguh-sungguh untuk
menentang musuh Allah akan mendapat pertolongan Allah dan memperolehi kemenangan.
Justeru itu orang yang beriman dan sanggup mengorbankan jiwa raganya untuk berperang
di jalan Allah demi untuk mencapai taraf mati syahid akan mendapat ganjaran
syurga pada hari akhirat.
d) Unsur Bida'ah
o Sepertimana yang telah dijelaskan lebih awal tadi, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh
Islam digubah serta diubah suai oleh para pengarang Melayu bagi menyalurkan
pemikiran Islam kepada pembaca dan sebagai aktiviti berdakwah melalui media
cerita atau karya-karya sastera.
o Pada umumnya persoalan yang ditimbulkan dalam karya-karya tersebut bertujuan
untuk menarik pembaca manghayati agama Islam. Namun begitu terdapat beberapa
bahan yang digunakan atau dimuatkan dalam penulisan cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh
Islam yang bercorak bida'ah dan bercanggah dengan pemikiran Islam yang sebenarnya.
Unsur-unsur ini diambil daripada pemikiran Israiliyat yang wujud dalam kesusasteraan
Islam di Tanah Arab.
o Unsur-unsur bida'ah dan penambahan yang dicipta oleh penulis tempatan bercorak
gambaran yang sangat berlebih-lebihan terhadap sesuatu objek atau peritiwa.
Unsur berlebihan begini sudah menjadi suatu gaya penulisan kesusasteraan Melayu
Lama.
o Apabila gambaran yang berlebihan itu diterapkan kepada peristiwa bercorak
sejarah Islam, maka gambaran demikian dianggap sebagai satu bida'ah dan bercanggah
dengan ajaran Islam yang sebenarnya, walupun tujuan penulisan tersebut mempunyai
niat yang baik iaitu untuk mengembangkan ajaran Islam kepada pembaca.
o Contoh unsur bida'ah yang terdapat dalam Hikayat Nur Muhammad ialah fatwa
yang mendakwa bagi sesiapa yang menyimpan hikayat tersebut akan mendapat pahala
seperti pahala orang yang menunaikan ibadah Haji. Sementara siapa yang membaca
atau mendengar bacaan Hikayat ini akan memperolehi pahala seperti orang mengelilingi
Kaabah 7 kali.
o Fatwa tersebut dianggap sebagai satu bidaah dalam Islam memandangkan dalam
AI-Quran serta Sunnah nabi tidak dinyatakan tentang perkara tersebut. Justeru
itu ianya hanya merupakan satu penambahan yang sengaja dilakukan oleh penulis
hikayat tersebut.
o Selain daripada mempamerkan beberapa unsur yang dibincangkan tadi, karya yang
bercorak Melayu-Islam juga mempunyai beberapa motif-motif tertentu seperti motif
syurga dan neraka, ibiis, motif Nur Muhammad dan mukjizat. Motif-motif seperti
ini seringkali dibincangkan malah dalam sesetengah karya disebut berulang kali
bagi menunjukkan kepentingan serta hubungkait karya berkenaan dengan motif-motif
tersebut.
o Motif syurga dan neraka : Motif ini sering diulang dalam kebanyakan karya
Melayu-Islam yang menceritakan tentang kisah nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam.
Ini kerana hasrat pengarang karya berkenaan untuk saling mengingatkan para pembaca
tentang berbagai-bagai azab bagi mereka yang engkar pada Tuhan dan balasan kenikmatan
bagi mereka yang patuh pada suruhan Tuhan. Justeru itu pengarang karya berkenaan
mengharapkan agar motif ini akan memberikan kesedaran serta keinsafan kepada
manusia serta menjauhi sebarang kejahatan.
Motif Iblis : Sebagai lambang kepada unsur jahat yang bertentangan dengan suruhan
Tuhan. Dalam kisah-kisah Nabi dan tokoh-tokoh Islam seringkali diceritakan tentang
bagaimana cara ibiis menghasut dan menggoda manusia termasuklah para nabi dan
golongan ulama supaya terus melakukan dosa dan perkara-perkara yang membawa
kepada kemungkaran.
Mukjizat : Kelebihan istimewa yang dikurniakan oleh Allah kepada para Nabi kerana
ketaatan mereka kepada suruhan Tuhan. Mukjizat ini bukan sahaja bertujuan untuk
melindungi para nabi dari sebarang bahaya malah ia juga boleh digunakan untuk
melindungi umatnya dengan izin Tuhan. Motif mukjizat ini juga sering dibincangkan
dalam hikayat-hikayat Melayu-Islam bertujuan untuk menunjukkan kepada manusia
kemuliaan serta ketinggian darjat para nabi di sisi Tuhan dan manusia. Motif
mukjizat ini jelas diceritakan dalam hikayat seperti Qisas A-Anbiya iaitu mukjizat
beberapa orang Nabi Allah termasuklah Nabi Muhammad ( s.a.w ).
KESIMPULAN
o Cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam telah digubah oleh pengarang Melayu
untuk menyalurkan pemikiran Islam melalui media sastera. Di samping itu karya-karya
sastera bercorak Islam ini juga ditonjolkan bagi mengambil alih tempat karya-karya
sastera yang bercorak epik Hindu yang berkembang dengan meluas dalam masyarakat
Melayu tradisional pada masa itu.
Bertolak daripada hasrat tersebut, maka karya-karya sastera bercorak Islam telah
digubah untuk menyalurkan berbagai-bagai aspek mengenai pemikiran Islam. Lantaran
para penulis Melayu tidak begitu mendalami bidang ilmu kelslaman ini, maka berlaku
beberapa kelemahan dalam menyampaikan idea-idea tentang ajaran Islam. Malah
ada kalanya tidak sesuai dengan intipati ajaran Islam yang sebenarnya kerana
wujud unsur-unsur seperti bida'ah dsbgnya.
o Walaupun hikayat-hikayat bercorak Islam ini mempunyai beberapa kelemahan,
tetapi kita tidak hams nafikan bahawa karya-karya tersebut telah menyumbang
kepada memupuk semangat kelslaman khususnya di kalangan masyarakat Melayu tradisional.
o Selain itu kita harus mengambil hakikat bahawa kesemua hikayat yang dibincangkan
ini adalah hasil tulisan manusia biasa yang mempunyai kelemahan tertentu, sepertilah
juga dengan kelemahan yang dimiliki oleh Pensejarahan Islam kalau dibandingkan
dengan Pensejarahan AI-Quran.
RUJUKAN
Hajjah Aminah Haji Hasbullah & Mahayudin Haji Yahaya, 2000, Pensejarahan
Melayu Borneo : Satu Kajian Berdasarkan Karya-karya Terpilih', dalam BORNEO
2000, Kuching, Sarawak.
Ismail Hamid, 1983, The Malay Islamic Hikayat, Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Muhd. Yusof Ibrahim, 1994, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mahayudin Haji Yahaya,1994, Naskhah Jawi Sejarah Dan Teks Jilid 1, Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
_____________,2000, Karya Klasik Melayu-Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Siti Hawa Salleh, 2000, Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka