Make your own free website on Tripod.com

PENILAIAN KURSUS

BEBAN KURSUS
PERATUSAN
Ujian Pertengahan Semester
20
Ulasan & Pembentangan
10
Tugasan (esei)
20
Peperiksaan Akhir Semester
50
Jumlah
100

TATATERTIB

a)
Para pelajar diingatkan supaya mencukupi 70% jumlah kehadiran kuliah dan juga tutorial. Bagi para pelajar yang gagal untuk mencapai jumlah peratusan tersebut akan digugurkan daripada menduduki peperiksaan akhir semester dan dikehendaki untuk mengulang kursus ini pada sesi/semester yang akan datang.
b)
Tugasan individu dalam bentuk esei panjang hendaklah ditaip selang dua langkau serta menggunakan format fon yang standard (saiz 12 - Times New Roman). Para pelajar diwajibkan menggunakan kaedah nota kaki sahaja. Tugasan Individu tidak boleh melebihi 15 halaman termasuk senarai Rujukan [Bibliografi tidak dibenarkan]. Tajuk tugasan individu adalah berdasarkan tajuk-tajuk tutorial (dilampirkan).
c)
Tarikh akhir penghantaran tugasan individu ialah pada 13 Mei 2002 (Isnin) sebelum jam 4.30 petang. Kelewatan penghantaran tugasan individu akan dikenakan denda iaitu potongan 2 peratus markah sehari.
d)
Tarikh bagi Ujian Pertengahan Semester ialah pada 16 Mac (Jam 9-10 pagi).
e)
Sila buat rujukan bahan-bahan di Perpustakaan Yayasan Sabah, Perpustakaan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Negeri Sabah dan juga Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Penggunaan bahan rujukan melalui internet tidak digalakkan untuk kursus ini. Para pelajar harus berbincang dengan pensyarah kursus ini sekiranya timbul sebarang masalah pengkajian.