PENSEJARAHAN @ HISTORIOGRAFI

Menurut Hall, tulisan?tulisan Asia Tenggara sendiri mengenai zaman yang awal ini tidak dapat memberi pertolongan kepada kita. Keterangan? keterangan yang tepat berkenaan dengan negeri? negeri di sebelah timur Lautan Hindia jelas tidak terdapat dalam sastera India. Kalau adapun hanya disebut secara samar?samar sahaja dalam puisi klasik Sanskrit dan puisi istana Tamil yang boleh dikatakan tidak dapat diberi pengertian yang tepat (seperti nama?nama yang tersebut dalam Hikayat Ramayana ? "Malayadvipa", Cerita?cerita Jataka ? "Surarnadvipa/pulau emas atau Suvarabhumi/tanah emas). Oleh itu tafsiran yang penuh dengan daya bayangan seperti ini lebih merupakan khayalan kebangsaan daripada pendapat sejarah...Cerita? cerita di dalamnya lebih bercorak tujuan patriotik dan feudalistik. Zaman silam Asia Tenggara telah dikaji selidik dan tulis oleh orang?orang India ? rasa bangga (nasionalisme) kerana menganggap Asia Tenggara banyak terhutang pengaruh dari India. Pada tahun 1926 tertubuh Persatuan India Besar (Greater India Society) berpendirian: "Sejarah penjajahan India di Indocina dan Semenanjung Tanah Melayu merupakan satu babak yang gilang gemilang dalam sejarah India."

Tulisan?tulisan China sungguhpun berharga kerana banyak mengandungi keterangan tentang ilmu alam politik dan perdagangan ? dan walaupun sukar ditafsirkan, tetapi sedikit sekali mengandungi keterangan berhubung dengan perkembangan sejarah/pengaruh Hindu Buda.

Sumber Eropah yang awal lebih menyentuh soal ilmu alam dan pelayaran. Buku "Periplus of the Erythraean Sea (T.M. 70?1) adalah buku yang mula? mula sekali menyebutkan kisah perdagangan di antara pelabuhan?pelabuhan India dengan negeri? negeri di sebelah timur. Kemudiannya buku Geographia, karangan Ptolemy (T.M. 165). Penulisan?penulisan awal ini pun tidak dapat menolong kita memahami Asia Tenggara.

[Perbahasan tentang pandangan Hall, pendirian sejarawan kemudian dan sumber sejarah lain yang dapat digunakan]

Periodisasi
H.J. Benda membahagikan kepada zaman: classical - post classical - early colonial - modern colonial
Umumnya pembahagian itu adalah seperti berikut:

1. Pra?sejarah [ertinya]
2. zaman proto [erti proto/periodnya]
3. zaman klasik [abad 9?13 Masehi] ? "high middle ages" i.e. recognizable pattern of political and social life which can be identified, at least in outline, across the whole region"
4. zaman lepas klasik ? zaman pertengahan.
5. zaman moden.

Pendekatan pensejarahan tradisional
Coedes: sinkroni - diakronis [except recounting the events of the 13th century, because every country experienced the same profound break in continuity at that time ? better treated synchronically [?]
"histoire evenementielle"

Ciri?ciri tamadun Melayu sebelum Zaman Hindu Buddha
Coedes memberikan:

a. Dari segi kebendaan
1. bersawah padi
2. memelihara lembu dan kerbau
3. menggunakan logam sedikit?sedikit
4. mahir dalam pelayaran

b. Dari segi kemsyarakatan
1. memberi kedudukan yang tinggi kepada kaum perempuan dan mementingkan keturunan dari pihak perempuan
2. susunan masyarakat yang lahir dari hidup bersawah padi

c. Dari segi agama
1. bersifat animisme
2. menyembah nenek moyang dan dewa yang menjaga tanah
3. mendirikan tempat?tempat pemujaan di tanah?tanah tinggi
4. menanammayat di dalamtempayan/dolmen,
5. cerita cerita dongeng yang penuh dengan kepercayaan bahawa tiap?tiap benda dalam alam mempunyai lawannya ? gunung dengan laut dll.

d. Dari segi bahasa
- Banyak akhiran/awalan/sisipan

e. Dari segi demografi
- Banyak di lembah lembah dari pergunungan.

Sejauhmana benarnya pandangan Coedes dapat diperhatikan dalam kursus ini
Semasa pengaruh kebudayaan India mula?mula datang ke Asia Tenggara kemasukan beramai?beramai orang ke Asia Tenggara pada masa pra?sejarah sudah berakhir. Sudah wujud golongan?golongan yang telah sedikit sebanyaknya mempertahankan ketulinan rasnya (primordial/ethnic sentiment). Sudah wujud etnik yang ketara (distinct) sapertietnik orang Campa di bahagian tengah dan selatan Annam sekarang, orang Khmer di Lembah Sungai Mekong, Kemboja dan di bahagian tengah daerah Mekong; orang Mon (cousin kepada orang Khmer) di Lembah Sungai Menam/Burma Hilir; orang Pyu (mungkin nenek moyang orang Tibet dan Burma) di Lembah Sungai Irrawady dan Sungai Sittang.