PENSEJARAHAN DAN PERI PENTINGNYA

Pensejarahan merupakan kajian tentang aspek penyelidikan, pentafsiran sumber/fakta dan penulisan karya sejarah. Kajian kepada aspek-aspek ini bermatlamat bukan untuk mengetahui tentang kejadian-kejadian sejarah yang telah berlaku, tetapi sebaliknya merupakan kajian yang cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:

1. Apakah buku-buku atau makalah-makalah yang telah ditulis berkenaan sejarah sesebuah negara atau wilayah atau sesuatu peristiwa/perkara?
2. Antara karya-karya sejarah itu, yang mana lebih berpengaruh dan mengapa?
3. Apakah tafsiran yang berlainan tentang peristiwa/perkara ditulis itu?
4. Mengapakah wujudnya tafsiran yang berbeza itu?

Justeru itu pensejarahan merupakan sebahagian daripada pengajian sejarah dan seseorang pelajar yang ingin mengendali kajian sejarah haruslah terlebih dahulu menguasai aspek pensejarahan yang berkaitan dengan tajuk penyelidikannya. Melalui usaha sebegini, maka seseorang pelajar itu akan mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan perkara yang mahu ditelaahnya seperti:

1. karya-karya utama yang telah dihasilkan tentang perkara yang ingin diselidiki.
2. latar belakang pengarang-pengarang yang terlibat dan justeru itu apakah kecondongan atau kecenderungan yang mungkin terkandung di dalam karya mereka berhubung perkara itu.
3. gagasan-gagasan utama yang pernah diajukan mengenai perkara itu,
4. kontroversi-kontroversi atau perbahasan yang pernah timbul berkaitan dengan tafsiran terhadap perkara tersebut,
5. sama ada penyelesaian sudah dicapai dalam kontroversi terhadap perkara itu adan apakah keputusan muktamadnya, jika ada.

Matlamat yang diperolehi melalui kajian pensejarahan akan mendedahkan seseorang pelajar kepada arus-arus pemikiran serta tafsiran yang berlainan. Berdasarkan pengetahuan ini, pelajar itu akan dapat menilai kesahihan bahan-bahan rujukannya. Pelajar itu akan menjadi lebih peka tentang pecondongan yang mungkin tersirat dalam sesuatu karya sehingga mampu pula beliau mempertimbangkan butir-butir yang terkandung di dalam karya itu secara lebih kritis. Susulannya, mudah-mudahan pelajar itu tidak akan terkeliru apabila menemui huraian-huraian yang bercanggah atau menerima bulat-bulat apa sahaja yang terdapat di dalam sesebuah buku/sumber sejarah.


KEGUNAAN SEJARAH

Guna Intrinsik:
1. sebagai ilmu
2. cara ketahui masa lalu } guna sejarah kepada ilmu-ilmu lain.
3. penyataan pendapat } guna ilmu-ilmu lain untuk sejarah.
4. sebagai profesyen
Guna Ekstrinsik:
1. Pendidikan moral
2. penalaron (not mono causal, but multi-dimension)
3. pendidikan politik
4. pendidikan kebijakan
5. pendidikan perubahan
6. pendidikan masa depan
7. pendidikan keindahan
8. sebagai ilmu bantu
9. sebagai latar belakang
10. sebagai rujukan
11. sebagai bukti.

Peranan/Guna Sejarah untuk perencanaan dan/atau penilaian:
a. perbandingan sejarahb. parallelismc. evolusi sejarah mengetahui hal-hal pembangunan- pembangunan ekonomi, pertanian (ketidakimbangan harga dan sumber semulajadi atau sumber tenaga manusia, pendidikan, agama, dll.)

Sejarah sebagai ilmu: Sumbangan Ilmu: sumbangan sejarah:
1. sejarah itu empiris (pengalaman)2. sejarah mempunyai objek/sasaran3. sejarah mempunyai teori (renungan pengetahuan)4. sejarah mempunyai generalisasi - generalisasi konseptual, tematik, spatial, periodik, sosial, kausal, kultural, sistematik, struktural.5. sejarah mempunyai metode. - memberi konsep- memberi sifat sinkronis dari diakronis. - beri karakterisasi- beri struktur

Sejarah Sebagai seni: Kekuatan-kekuatan sejarah:
1. perlu intuisi2. perlu imaginasi3. perlu emosi4. perlu gaya bahasa. 1. ekonomi sebagai kekuatan sejarah.2. agama3. institusi4. teknologi, ideologi, militer, individu, seks, umur, golongan, etnisitas, mitos, budaya

KEPENTINGAN SEJARAH

1. Berkait rapat dengan kehidupan manusia. Gungwu "kepentingan sejarah yang pertama dan barangkali yang lazim sekali ialah apabila sesuatu kumpulan, keluarga, suku atau puak itu, membuat suatu ingatan masa lalu yang boleh membantu mengekalkan keperibadian dan mengukuhkan keupayaannya untuk terus wujud" [The Use of History, Papers in International Studies, SEA Series, Center for International Studies, Ohio Univ., Athens, Ohio, 1968, hlm. 1-2].
2. Prihatin terhadap sejarah.
3. Penulisan sejarah banyak dilakukan.
4. Pengalaman diri - kenangan, teladan, ada nilai...
5. Rujukan hidup

Arthur Marwick, "...masyarakat manusia memang memerlukan sejarah, masyarakat kita yang canggih hari ini memerlukan banyak sejarah. Kita sentiasa memandang kepada sejarah, sentiasa membuat pengadilan-pengadilan sejarah... [The Nature of History, Macmillan Publishers Ltd., London, 1985, hlm. 14].

6. Sejarah sebagai sumber abstrak dan nyata.
7. Orang beragama semawi - konsep hidup, proses permulaan kepada penghabisan (dunia ke kiamat/akhirat).
8. Sebagai bidang ilmu - pembentuk profesyen. [A.K. Rowse, The Use of History, Collier Books, The Macmillan Co., NY, 1965: 10-12].
9. Memenuhi kehendak emosi yang mendalam - E.H. Carr "orang sekular jadikan sejarah seolah agama. [E.H. Carr, The New Society, Beacon Press, Boston, 1966:1].
10. Sejarah memberi pengajaran melalui contoh-contoh (=falsafah)
11. Sejarah memberi pegangan dan ransangan [walaupun R.G. Collingwood kata sejarah hanya untuk ilmu (self-knowledge/kenal diri, jangan ada judgement sangat. Henry Ford mengatakan sejarah omong kosong - tujuan beliau untuk elak diseleweng untuk motif buruk atau membahayakan].
12. Konsep Kitaran Sejarah (kerajaan-bangsa Yunani), kewangsaan China. Sejarah Berulang (empayar, pengaruh fahaman dll).
13. Sejarah - kaitan dengan negara (politik, ekonomi, sosial) - melalui sejarah revolusi.

Dr. John Lightfoot, Naib Canselor Universiti Cambridge, mengeluarkan pandangannya pada tahun 1643 bahawa manusia telah diciptakan pada 23 Oktorber 4004 SM pda pukul 9.00 pagi. 4004 SM - waktu Nabi Adam ke dunia. [Glyn Daniel, The Idea of Prehistory, Penguin Books Ltd., Middlesex, 1956, hlm. 41].

Senarai Bacaan Tambahan
Gordon Connel-Smith and Howel A. Lloyd, The Relevance of History, Heinemann Educl. Books, London, 1972: 33-36.
Hans Meyerhoff, ed., The Philosophy of History in Our Time, Anchor Books, NY, 1959: 1-3.
Sidney Pollard, The Idea of Progress: History and Society, Penguin Books Ltd., Harmondsworth, 1971: 16.
Lucien Pye, China: An Introduction, Little Brown & Co., 1978, 1972: 53-56.
Hilda Hookman, A Short History of China, St. Martin Press, Inc., NY 1972:116-119, 242.
Heinz Lubansz, ed., Development of Modern State, The Macmillan Co., NY, 1964: 1-3 [penerangan ringkas mengenai konsep negara khususnya negara moden]
R.C. Majumdar, H.C. Rayshaudhuri & Kalikinkar Datta, An Advanced History of India, Macmillan & Co. Ltd., London, 1963: 275-617.
Robert L. Heilbroner, The Future as History, Grove Press, Inc., NY, 1961: 13-14.
Edmund Burke, "Reflection of the Revolution in France" dlm. William F. Church, ed., The Influence of the Enlightement of the French Revolution: Creative, Disasterous of Non-Existent, Health and Co., Boston, 1967: 8.
T.B. Bottomore and Maximilien Rubel (ed.), Karl Marx: Selected Writings in Sociology and Social Philosophy, Pelican Books, 1965:41.
George H. Sabine, A History of Political Theory, Oxford & IBH Publishing Co., Calcutta, 1968: 764.
Benedetto Croce, History: Its Theory and Practice (trans. Douglas Ainslie Harcour), Brace & Co., NY, 1923: 14 [sejarah terputus kerana tiada sumber rujukan].