ROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PPLK), SANDAKAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEMESTER 2 SESSI 2001/02

TAJUK KURSUS: PENSEJARAHAN MELAYU
KOD KURSUS: AJ 1132


ABSTRAK

Kursus ini membincangkan tentang perkembangan penulisan sejarah dalam bahasa Melayu di alam Melayu, khususnya Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia. Penelitian mendalam akan ditumpukan terhadap karya-karya [klasik] tradisional dan moden yang dihasilkan antara tahun 1300 hingga tahun 1960. Secara amnya, penghasilan karya-karya [teks-teks] berunsur sejarah ini memiliki objektif dan peranan tersendiri dan amat penting dalam konteks pengetahuan dan pengkajian apsek-aspek politik, sosioekonomi dan budaya masyarakat Melayu dalam negeri-negeri di Tanah Melayu. Perbincangan kursus ini akan menitikberatkan penelitian yang khusus kepada unsur-unsur sejarah dalam karya-karya pensejarahan Melayu tertentu [pilihan] berdasarkan tema-tema umum seperti pensejarahan negeri, jurai keturunan, ketokohan, sosiopolitik, ekonomi, dan budaya. Pengkajian secara kaedah analisa terhadap karya-karya yang pilihan; Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Nur Muhammad, dan Tuhfat Al-Nafis akan dapat mendedahkan para pelajar tentang perkembangan teras dan unsur kebudayaan masyarakat Melayu dengan matlamat membentukkan kefahaman dan pengetahuan di minda serta firasat di sanubari ke arah menjayakan proses pembentukan kebudayaan Malaysia moden hari ini. Di samping itu, para pelajar turut dilatih membuat penilaian kritis terhadap penggunaan dan manfaat sumber-sumber pensejarahan tersebut dalam semua usaha penulisan merekonstruksikan sejarah kebudayaan tanahair, Malaysia kini.


OBJEKTIF KURSUS

i) Mendedahkan kepada para pelajar tentang kepentingan pensejarahan Melayu melalui karya-karya penulisan antara tahun 1300 hingga 1960 dalam konteks menyampaikan nilai-nilai masyarakat terdahulu yang kini perlu dibangunkan menjadi teras kebudayaan Malaysia amnya.

ii) Pengkajian secara kaedah analisa dapat membantu para pelajar menilai unsur-unsur sejarah dan budaya bangsa yang dapat digunakan dalam konteks masyarakat Malaysia moden hari ini.

iii) Menanam semangat cintakan budaya, adat dan tamadun bangsa dengan merujuk kepada keagungan kerajaan serta bangsa Melayu sepertimana yang digambarkan dalam karya-karya Melayu klasik.

iv) Melatih para pelajar supaya berfikiran kritikal serta menyanjung tinggi khazanah karya Melayu yang masih diterima pakai serta tinggi nilainya sehingga kini.

INTISARI KULIAH DAN TUTORIAL
Terdapat 5 sesi pertemuan. Setiap sesi mengambil tempoh selama 6 jam. Kuliah dijalankan pada sesi pertemuan 1, 2 & 3. Manakala tutorial dijalankan pada sesi pertemuan 4 & 5.


PERTEMUAN K- 1 (KULIAH)
- Membincangkan mengenai pengertian atau takrifan Pensejarahan Melayu berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh terkemuka serta perbandingan di antara Pensejarahan Melayu dengan Pensejarahan Barat.

- Membincangkan mengenai perkembangan Pensejarahan Melayu berdasarkan kepada contoh-contoh kajian teks atau sumber yang digunakan. Selain itu perbincangan juga akan dilanjutkan mengenai kedudukan Pensejarahan Melayu sebagai sumber alternatif dalam kajian sejarah tanahair.

- Mengemukakan serta mendedahkan kepada para pelajar tentang penilaian-penilaian serta komentar para sarjana terkemuka terhadap hasil Kesusasteraan Melayu sehingga kini serta kedudukan sumber tersebut di kaca mata dunia amnya.

- Memfokuskan perbincangan terhadap Teks Sejarah Melayu (dari pelbagai versi), kajian dari segi nilaian sejarah serta pandangan tokoh-tokoh terkemuka tentang kedudukan Sejarah Melayu sebagai suatu sumber sejarah di Alam Melayu.

TAJUK TUGASAN INDIVIDU
1. Dengan merujuk kepada beberapa pendapat tokoh atau sarjana sejarah, bahaskan takrifan Pensejarahan Melayu dengan perbandingan Pensejarahan Barat.

2. Wajarkah karya-karya Pensejarahan Melayu Tradisional digunakan sebagai sumber alternatif dalam pengkajian sejarah tanahair? Bincangkan.

The history of Malay Studies is marked by slow and cautius progress rather than by moments of sudden advance due to spectacular discoveries: no unexpected archaelogical finds, no deciphering of an unknown script marks its course.

(Petikan dari P.E. de Josselin de Jong, 1967, The Character Of The Malay Annals, Dalam Bastin, J. & Roolvink, R. (ed.), Malayan And Indonesian Studies, Essays Presented To Sir R.O. Winstedt On His 80th Birthday, London: Oxford University Press, hlm. 235)

3. Berdasarkan petikan tersebut, bincangkan kedudukan Pensejarahan Melayu Tradisional dari sudut kaca mata para pengkaji Barat.

4. Sejauhmanakah teks Sejarah Melayu dapat dikategorikan sebagai suatu sumber sejarah? Bincangkan.


BIBLIOGRAFI
A. Samad Ahmad, 1979, Sejarah Kesusasteraan Melayu 1. II & III, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ali Ahmad, 1987, Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Barzun , J & Graff, H.F., 1969, The Modern Researcher, New York.
Bloch, M., 1953, The Historian's Craft, New York.
Carr, E.H., 1961, What Is History, England: Penguin Books.
Cheah Boon Kheng (ed.), 1998, Sejarah Melayu (The Malay Annals) MBRAS No. 17.
Cowan, C.D. & Wolters, O.W. (ed.), 1976, Southeast Asian History And Historiography, New York.
Ismail Hussein, 1966, The Study Of Traditional Malay Literature, Dalam JMBRAS 39 (II), hlm. 1-22.
Liaw Yock Fang, 1982, Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Singapore: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Liaw Yock Fang, 1976, Undang-undang Melaka: The Laws Of Melaka, The Hague: M. Nijhoff.
Linehan, W., 1947, The Sources Of The Shellabear Text Of The Malay Annals, Dalam JMBRAS 20 (II), hlm. 105-106.
Mahayudin Haji Yahaya, 1994, Naskhah Jawi: Sejarah Dan Teks Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mahayudin Haji Yahaya, 2000, Karya Klasik Melayu Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Matherson, V. (pnyt.), 1982, Tuhfat Al-Nafis Raja Haji Ahmad Dan Raja Ali Haji, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Muhammad Yusof Hashim (pnyt.), 1980, Syair Sultan Maulana: Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Pensejarahan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Muhammad Yusof Hashim, 1992, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka.
Muhammaed Yusof Hashim,1989, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahaya, 1988, Sejarawan Dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim, 1994, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
R. Suntharalingam, 1993, Pensejarahan Barat, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Shaharuddin Maaruf, 1984, Concept Of A Hero In Malay Society, Singapore: Eastern Universities Press ( M ) Sdn. Bhd.
Siti Hawa Haji Salleh, 1997, Kesusasteraan Melayu Abad Ke 19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Soedjatmoko ( pnyl ), 1965, An Introduction To Indonesian Historiography, New York.
Sweeney,P.L.A., 1971, Some Observations On The Malay Shair, Dalam JMBRAS Vol 44 (I), hlm. 52-70.
Tosh, John, 1991, The Pursuit Of History, New York: Longman Publishing.
Umar Junus, 1984, Sejarah Melayu: Menemukan Diri Kembali, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Winstedt, R.O., 1961, The Malays: A Cultural History, London: Routledge.
Winstedt, R.O., 1967, A History Of Classical Malay Literature, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Zahrah Ibrahim (ed.), 1986, Sastera Sejarah: Interpretasi Dan Penilaian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.


PERTEMUAN K- 2 (KULIAH)
- Menumpukan kepada kajian teks Hikayat Merong Mahawangsa serta penilaian dari segi kedudukannya dalam historiografi Melayu dan sejarah.

- Membincangkan mengenai perkembangan pensejarahan Melayu yang merujuk kepada tema pensejarahan negeri dan jurai keturunan berdasarkan kepada contoh beberapa teks terpilih seperti Misa Melayu , Tuhfat Al-Nafis dan juga Salasilah Melayu Dan Bugis.

- Menumpukan perhatian terhadap perkembangan pensejarahan Melayu yang berunsurkan pensejarahan negeri dan riwayat hidup tokoh-tokoh terkemuka. Pelajar akan didedahkan dengan beberapa contoh kajian teks yang ada kaitannya dengan tema tersebut seperti Syair Raja Haji dan Hikayat Hang Tuah.

- Membincangkan mengenai pensejarahan Melayu yang berunsurkan pensejarahan keagamaan serta riwayat hidup Nabi dan Rasul. Contoh kajian teks yang akan dikemukakan untuk tema ini seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Nabi Bercukur.

 

TAJUK TUGASAN INDIVIDU
5. Nilaikan kepentingan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai suatu hasil historiografi tradisional Melayu.

6. Dengan merujuk kepada teks Salasilah Melayu Dan Bugis, bincangkan unsur-unsur pensejarahan negeri dan jurai keturunan yang terdapat di dalam teks berkenaan.

7. Nilaikan pensejarahan riwayat hidup tokoh dengan merujuk kepada teks Hikayat Hang Tuah.

8. Dengan merujuk kepada teks Hikayat Nur Muhammad ATAU Hikayat Nabi Bercukur, bincangkan unsur-unsur pensejarahan keagamaan yang terdapat di dalam teks berkenaan.

BIBLIOGRAFI
A. Samad Ahmad (ed.), 1979, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
A. Samad Ahmad, 1979, Sejarah Kesusasteraan Melayu I, II & III, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ali Ahmad, 1987, Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Andaya, L.Y., 1975, The Kingdom Of Johore 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Andaya, L.Y., B.W., 1979, Perak The Abode Of Grace : A Study Of 18th Century Malay State, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Cheah Boon Kheng (ed.), 1998, Sejarah Melayu (The Malay Annals), MBRAS No. 17.
Cowan, C.D. & Wolters, O.W. (ed.), 1976, Southeast Asian History And Historiography, New York.
Hooker, V.M., 1991, Tuhfat Al-Nafis Sejarah Melayu - Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ismail Hussein, 1966, The Study Of Traditional Malay Literature, Dalam JMBRAS Vol. 39 (II), hlm. 1-22
Moy, Timothy J., 1975, The ' Sejarah Melayu ' Tradition Of Power And Political Structure : An Assessment Of Relevant Sections Of The ' Tuhfat Al-Nafis', Dalam JMBRAS Vol. 48 (II), hlm. 64-78.
Liaw Yock Fang, 1976, Undang-undang Melaka: The Laws Of Melaka, The Hague: M. Nijhoff.
Liaw Yock Fang, 1982, Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Singapore: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Linehan, W., 1947, The Sources Of The Shellabear Text Of The Malay Annals, Dalam JMBRAS Vol. 20 (II), hlm. 105-106.
M. Rajantheran, 1999, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu Dan India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Matheson, V. (pnyt.), 1982, Tuhfat Al-Nafis Raja Haji Ahmad Dan Raja Ali Haji, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Mohd. Yusof Md. Nor (pnyt.), 1984, Salasilah Melayu Dan Bugis, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Muhammad Yusof Hashim, 1989, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Yusof Hashim, 1992, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Raja Chulan, 1962, Misa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Shaharuddin Maaruf, 1984, Concept Of A Hero In Malay Society, Singapore: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd.
Shaharuddin Maaruf, 1984, Concept Of Hero In Malay Society, Singapore: Eastern Universities Press (M) Sdn.Bhd.
Shellabear, W.G., 1967, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Siti Hawa Haji Salleh, (pnyt.), 1991, Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Hawa Haji Salleh, 1997, Kesusasteraan Melayu Abad ke 19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sweeney, P.L.A, 1967, The Connections Between The Hikayat Raja-raja Pasai And The Sejarah Melayu, Dalam JMBRAS Vol. 40 (II), hlm. 4-105.
Teeuw, A., 1964, Hikayat Raja-raja Pasai Dan Sejarah Melayu, Dalam Bastin, J. & Roolvink, R. (pnyt.), Malayan And Indonesian Studies, Essays Presented To Richard Winstedt On His 85th Birthday, London: Clarendon Press.
Teuku Iskandar, 1987, Misa Melayu Dan Pengarangnya Raja Chulan, Dalam Mohamad Daud Mohammad (pnyt.), Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Umar Junus, 1984, Sejarah Melayu: Menemukan Diri Kembali, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Winstedt, R.O., 1936, Notes On The History Of Kedah, Dalam JMBRAS Vol. 14 (3), hlm. 155-189.
Winstedt, R.O., 1961, The Malays A Cultural History, London: Routledge.
Zahrah Ibrahim (ed.), 1986, Sastera Sejarah : Interpretasi Dan Penilaian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 


PERTEMUAN K- 3 (KULIAH)
- Membincangkan mengenai perkembangan pensejarahan Melayu yang bertemakan pensejarahan sosiopolitik dan ekonomi. Contoh kajian teks yang akan dikemukakan untuk tema ini seperti teks Misa Melayu dan Hikayat Patani.

- Menumpukan perbincangan terhadap pensejarahan Melayu yang berunsurkan tema pensejarahan peperangan. Contoh kajian teks yang akan dikemukakan untuk tema ini seperti Syair Perang Mengkasar dan Syair Perang Siak.

- Membincangkan mengenai pensejarahan Melayu yang berunsurkan pensejarahan kebudayaan dan tamadun. Pelajar akan didedahkan contoh kajian teks Sejarah Melayu (The Malay Annals) dan Syair Rakis.

- Membincangkan mengenai sumber-sumber pensejarahan Melayu dan penggunaannya di Malaysia dan Alam Melayu umumnya. Perbincangan juga turut memuatkan mengenai kedudukan sumber-sumber tersebut dalam konteks pengkajian sejarah dan sastera tanahair.

 

TAJUK TUGASAN INDIVIDU
9. Sejauhmanakah teks Misa Melayu dapat menyumbang kepada pensejarahan sosiopolitik dan ekonomi Negeri-negeri Melayu. Bincangkan.

10. Dengan merujuk kepada Syair Perang Siak, nilaikan kepentingan syair-syair tersebut dalam konteks sumber pensejarahan peperangan di Alam Melayu.

11. Sejauhmanakah Sejarah Melayu dapat dijadikan sebagai sumber pensejarahan budaya dan tamadun di Alam Melayu.

12. Nilaikan kepentingan sumber-sumber pensejarahan Melayu dalam pengkajian sejarah tempatan di Malaysia.

BIBLIOGRAFI
A. Samad Ahmad (ed.), 1979, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
A. Samad Ahmad, 1979, Sejarah Kesusasteraan Melayu, I, II & III, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ali Ahmad, 1987, Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Andaya, B.W., 1979, Perak The Abode Of Grace: A Study Of 18th Century Malay State, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Cheah Boon Kheng (ed.), 1998, Sejarah Melayu (The Malay Annals), MBRAS No. 17.
Effendy, T., 1969, Sjair Perang Siak, Sumatra: Pekan Baru.
Goudie, Donald, J., 1989, Syair Perang Siak, Monograph No. 17, Kuala Lumpur: MBRAS.
Hill, A.H., 1960, Hikayat Raja-raja Pasai, Dalam JMBRAS 33 (II), hlm. 44-107.
Hill, A.H., 1970, The Hikayat Abdullah, An Annotated Translation, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Hooker, V.M, 1991, Swettenham's Manuscript Of Hikayat Hang Tuah, Dalam JMBRAS Vol. 64 ( II ), hlm. 79-99.
Hooker, V.M., 1991, Tuhfat Al-Nafis Sejarah Melayu Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ismail Hamid, 1983, The Malay Islamic Hikayat, Bangi: Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia.
Ismail Hussein, 1966, The Study Of Traditional Malay Literature, dalam JMBRAS 39 (II), hlm. 1-22.
Kassim Ahmad (ed.), 1964, Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kratz, E.U., 1989, Hikayat Raja-Raja Pasai : A 2nd Manuscript, Dalam JMBRAS 62 (I), hlm. 1-8.
Liaw Yock Fang, 1976, Undang-undang Melaka: The Laws Of Melaka, The Hague: M. Nijhoff.
Liaw Yock Fang, 1982, Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Singapore: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
M. Rajantheran, 1999, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu Dan India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mahayudin Haji Yahaya, 2000, Karya Klasik Melayu Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mahayudin Haji Yahaya,1994, Naskhah Jawi Sejarah Dan Teks Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd. Yusof Md. Nor (pnyt.), 1984, Salasilah Melayu Dan Bugis, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Muhammad Yusof Hashim (pnyt.), 1992, Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Yusof Hashim, 1989, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Yusof Hashim, 1992, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahaya, 1988, Sejarawan Dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim, 1994, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama (Dr.) Awang Hj. Mohd. Jamil Al-Sufri, (pnyt.), 1988, Syair Rakis (Karangan Al-Marhum Pengiran Shahbandar Pengiran Md. Salleh Ibnu Pengiran Sharmayuda, Brunei: Pusat Sejarah Brunei.
Raja Chulan, 1962, Misa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Shaharuddin Maaruf, 1984, Concept Of A Hero In Malay Society, Singapore: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd.
Shellabear, W.G., 1967, Sejarah Melayu , Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Siti Hawa Haji Salleh (pnyt.), 1965, Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Hawa Haji Salleh, 1997, Kesusasteraan Melayu Abad Ke 19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sweeney, P.L.A., 1967, The Connections Between The Hikayat Raja-raja Pasai And The Sejarah Melayu, Dalam JMBRAS 40 ( II ), hlm. 4-105.
Sweeney, P.L.A., 1971, Some Observations On The Malay Shair, Dalam JMBRAS 44 (I), hlm. 52-70.
Syed Muhammad Naguib Al-Attas, 1968, The Origin Of The Malay Shair, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Teeuw, A. & Wyatt, D.K. (pnyt.), Hikayat Patani: The Story Of Patani, The Hague: M. Nijhoff.
Teuku Iskandar, 1970, Some Historical Sources Used By The Author Of Hikayat Hang Tuah, Dalam JMBRAS 42 (II), hlm. 39-47.
Teuku Iskandar, 1987, Misa Melayu Dan Pengarangnya Raja Chulan, Dalam Mohammad Daud Mohammad (pnyt.), Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Traill, H.F.O.B., 1982, The 'Lost' Manuscript Of The Hikayat Abdullah Munshi, Dalam JMBRAS Vol. 55 (II).
Winstedt, R.O., 1936, Notes On The History Of Kedah, Dalam JMBRAS 14 (III), hlm. 155-89.
Winstedt, R.O., 1967, A History Of Classiccal Malay Literature, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Zahrah Ibrahim (ed.), 1986, Sastera Sejarah: Interpretasi Dan Penilaian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 

PERTEMUAN K- 4 (TUTORIAL)

PEMBENTANGAN:

TAJUK/NO. ESEI MASA
1 & 2 08.10 am - 09.20 am
3 & 4 09.30 am - 10.40 am
5 & 6 10.50 am - 12.00 pm
7 & 8 01.00 pm - 02.10 pm


PERTEMUAN K- 5 (TUTORIAL/RUMUSAN/TAKLIMAT
PEPERIKSAAN AKHIR)

PEMBENTANGAN, RUMUSAN & TAKLIMAT:

TAJUK/MASA
9 & 10/08.00 am - 09.00 am
11 & 12/09.20 am - 10.00 am
Rumusan/10.20 am - 11.00 pm
Taklimat Peperiksaan Akhir 11.00 pm - 11.40 pm

 

JADUAL PERTEMUAN

TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT
12 JANUARI 2002/SABTU/8.00 am - 2.00 pm (6 jam)/BK 1
13 JANUARI 2002/AHAD/8.00 am - 2.00 pm (6 jam)/BK 1
16 MAC 2002/*SABTU/8.00 am - 2.00 pm (6 jam)/BK 1
30 MAC 2002/SABTU/8.00 am - 2.00 pm (6 jam)/BK 1
6 APRIL 2002/SABTU/8.00 am - 12.00 pm (4 jam)/BK 1

* Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan pada jam 8.00 am-09.00am. BK 1 - Bangunan Sewaan UMS di Bandar Indah, Batu 4.

TOP

!!! SAYA BOLEH…ANDA LAGI BOLEH…KITA DAN MALAYSIA BOLEH !!! !!!...TERUS BERJAYA…!!!