KULIAH 12: SEJARAH KEBUDAYAAN – SEJARAH MELAYU (SM)

Persoalan di atas dipecahkan mengikut unsur-unsur politik, sosial, ekonomi, adat dan budaya secara satu persatu, antaranya ialah sistem (budaya) politik, stratifikasi sosial, sistem adat, sistem ekonomi, sistem kepercayaan dan agama, kedudukan wanita serta kesenian dan hiburan.

Dalam SM, aspek budaya politik boleh dikatakan antara yang paling banyak dimuatkan. Cuba kita lihat peranan raja sebagai pemerintah dan kekuasaan mutlak yang ada pada raja. Dengan kuasa yang ada pada mereka, raja berhak melantik beberapa orang pembesar. Kuasa mutlak yang ada pada raja pula ialah baginda berhak menitahkan rakyatnya. Sekiranya ada rakyat yang didapati enggan menurut perintah, maka rakyat tersebut berhak dijatuhkan hukuman mengikut budi bicara raja. Namun, daulat yang ada pada raja menyebabkan rakyat jarang bertindak menentang. Ini disebabkan mereka takut ditimpa oleh suatu musibah yang dikenali sebagai tulah raja.

Kuasa raja serta peranannya jelas dapat dilihat dalam SM. Bermula dengan wa'adat di antara Demang Lebar Daun dengan Nila Utama (Sang Sapurba) yang mengisytiharkan tentang hak rakyat yang sepatutnya mendapat lindungan daripada pemerintah. Manakala raja pula berhak melindungi rakyat di bawahnya. Contoh-contoh peranan dan kekuasaan raja ialah seperti di dalam ceritera 7,8, 9 - yang mengisah Raja Syahrum Nawi menitahkan Awi Dicu untuk menangkap raja Samudera dan dijadikan gembala ayam baginda. Walau bagaimanapun, Ali Ghiyatuddin yang menang dalam permainan catur telah meminta pembela ayam itu sebagai hadiahnya pula. Demikian juga halnya dengan Paduka Seri Maharaja yang menitahkan orang supaya membunuh Tun Jana Khatib. Tun Jana Khatib dijatuhkan hukuman kerana difitnah menunjukkan kepandaiannya di hadapan permaisuri baginda. Akibat dari itu, todak telah menyerang Singapura. Dalam ceritera 23, 24, 25; Sultan Alaudin menunjukkan kebijaksanaannya dalam pemerintahan apabila menyamar pada waktu malam bagi menangkap pencuri. Dalam pada itu, ada juga sikap raja yang mementingkan diri semata-mata. Contohnya Sultan Mahmud yang ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang. Baginda telah menitahkan Tun Tuah, Tun Mamat serta orang-orang besar pergi melamar Puteri Gunung Ledang. Sikap Sultan Mahmud juga dilihat sebagai seorang yang suka berpakaian mewah. Contohnya baginda ingin ‘memakai pakaian dari benua Keling’ dan Hang Nadim telah ditugaskan melukis corak serta memesannya. Segala apa yang dipaparkan di sini, sebagai gambaran sebenar sikap sesetengah pemerintah pada masa itu. Di samping semata-mata untuk kepentingan raja, SM juga berani untuk mendedahkan tentang sikap positif dan negatif golongan pembesar sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Dalam aspek budaya politik juga, SM ada menceritakan tentang wujudnya hubungan diplomatik. Ini dipaparkan dalam ceritera 20, 21, 22 mengisahkan hubungan Pasai dengan Melaka digambarkan sebagai begitu akrab sekali. Pasai juga diceritakan sebagai pusat penyebaran Islam terpenting di rantau Nusantara pada zaman itu. Contohnya apabila Sultan Mansur Syah pernah bertanya masalah tentang isi syurga dan neraka kepada ulama terkenal dari Pasai, Makhdum Patakan.

Stratifikasi masyarakat pula lebih menggambarkan tentang struktur sosial masyarakat. Dalam SM, masyarakat Melayu digambarkan mempunyai struktur yang tersusun. lanya didahului oleh seorang raja sebagai pemerintah. Baginda akan dikelilingi oleh kerabat-kerabat di raja, permaisuri, putera-puteri raja serta kaum kerabat di raja yang lain. Berada di bawah baginda ialah golongan pentadbir atau lebih dikenali juga sebagai golongan bangsawan. Antara jawatan penting ialah seperti Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar, Bentara dan lain-lain lagi. Selain itu, golongan ulama juga berada dalam hirarki ini seperti Makhdum, Sayyid, Maulana dan Kadhi.

Seterusnya ialah golongan rakyat biasa yang merdeka. Biasanya golongan ini terdiri dari pedagang-pedagang, petani, tukang-tukang mahir serta saudagar-saudagar. Contoh yang terkenal dalam SM ialah seperti Hang Isap serta Raja Mandeliar, Mina Sura Dewana, Kitul, Ali Manu Nayan dan Patih Adam yang rapat dengan golongan bangsawan. Golongan yang berada dalam kelas terbawah ialah golongan hamba. Ada tiga kategori hamba yang dipaparkan dalam SM seperti hamba abdi, hamba biduanda dan hamba hutang. Namun, sperkara yang paling menarik ialah tiadanya unsur kasta dalam masyarakat Hindu yang dibawa ke dalam strafikasi masyarakat Melayu Melaka. Untuk memudahkan lagi pemahaman terhadap strafikasi masyarakat pada waktu itu, ianya boleh dilihat menerusi segitiga berikut:

Gambaran stratifikasi  masyarakat Melayu tradisional

Dari segi adat istiadat, persoalan ini amat luas sebenarnya untuk dibincangkan. Dalam SM sendiri, persoalan ini telah digambarkan dengan amat menarik sehingga kita dapat membayangkan tentang sesuatu adat istiadat yang dimaksudkan oleh pengarang apabila kita membaca teks SM. Antara adat istiadat yang digambarkan meliputi dua perkara iaitu adat golongan istana serta adat-adat rakyat atau masyarakat setempat. Adat golongan istana adalah seperti adat pertabalan raja atau pembesar, kemangkatan, berpakaian, menghadap raja, perkahwinan, keberangkatan dan lain-lain lagi. Contohnya seperti perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Galoh Cendera Kirana, iaitu puteri raja Perlak yang memakan masa 40 hari 40 malam. Adat golongan rakyat pula seperti adat berkhatan, membuka tanah pertanian baru, menyambut kelahiran, melenggang perut dan sebagainya.

Melalui aspek sosio ekonomi, SM memperlihatkan tentang sistem-sistem ekonomi awal masyarakat di Kepualauan Melayu amnya. Pada tahap awal, masyarakat digambarkan dengan kegiatan ekonomi berbentuk sara diri. Antara yang diusahakan ialah seperti kegiatan pertanian, nelayan dan berburu. Ini adalah gambaran ekonomi sebelum kedatangan pedagang luar. Selepas itu barulah muncul kegiatan perdagangan sehingga Melaka terkenal sebagai pelabuhan enterport. Dalam SM, Tun Mutakhir dan Tun Tahir adalah golongan bangsawan yang bergiat dalam bidang perdagangan ini.

Dari sudut kepercayaan dan agama, ianya merupakan dua aspek sosial yang sukar dipisahkan. Antara amalan atau kepercayaan awal penduduk ialah ajaran animisme dan ajaran Hindu-Buddha. Dalam agama animisme, par penganutnya menganggap segala benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Ini menyebabkan wujudnya pemujaan terhadap batu-batan, pokok-pokok serta fenomena-fenomena alam yang lain. Kepercayaan penduduk juga dikaitkan dengan hantu, jin, jembalang serta makhluk-makhluk halus yang menjadi penunggu tempat-tempat tertentu. Dalam hal ini, khidmat pawang, dukun atau bomoh amat diperlukan untuk berhubung dengan makhluk-makhluk tersebut. Sebagai contohnya dalam SM, akibat gangguan daripada makhluk yang dikatakan sebagai penunggu. Sultan Abdul Jalal terpaksa memindahkan pusat pemerintahannya. Kedua-dua ajaran agama ini amat sebati dalam jiwa penduduk sehinggalah berubah sedikit dengan kedatangan ajaran agama Islam. Walau bagaimanapun, meskipun agama Islam mula diterima, tetapi pengamh ajaran animisme serta Hindu-Buddha masih sukar dikikis sehinggakan kedua-dua agama itu dicampur-aduk dengan ajaran agama Islam.

Dalam SM, gambaran kedudukan wanita juga turut dimasukkan. Contohnya umpama kata-kata Tun Teja ...Beta permpuan, diperintah menurut, ditinggal enggan.… Kata-kata tersebut secara tidak langsung menggambarkan kelemahan kaum wanita yang boleh disumh dan oleh kaum lelaki. SM juga mencatatkan adanya golongan wanita yang dijadikan hadiah kepada sesuatu pihak sebagai membalas hadiah atau jasa. Contohnya seperti Dang Bunga dan Dang Buba yang dijadikan hadiah oleh Sultan Mansur Syah.

Dalam SM juga, kita dapat lihat wanita dijadikan sebagai alat demi kepentingan politik. Contohnya seperti Sultan Mansur Syah yang sanggup menceraikan isterinya. Tun Kudu semata-mata untuk dikahwinkan dengan Bentara Seri Nara Di Raja yang sudah tua. Secara tidak langsung. Tun Kudu terpaksa turun darjat daripada seorang permaisuri kepada isteri pembesar sahaja. Demikian juga halnya dengan Puteri Hang Li Po yang dijadikan alat kepentingan politik di antara China dengan Melaka. Sebagai bukti persaudaraan diantara kedua-dua kerajaan, Puteri Hang Li Po telah dihadiahkan sebagi isteri kepada Sultan Mansur Syah. Namun begitu, dalam SM juga turut mencatatkan adanya golongan wanita yang bertindak berani serta berkuasa dalam mempengaruhi pemerintahan. Tun Senja iaitu anak Seri Nara Di Raja telah mencadangkan agar Tun Mutahir diterima menjadi Bendahara menggantikan Tun Putih. Cadangannya telah diterima sehinggalah Tun Muthair kembali memegang jawatan tersebut. Tun Fatimah iaitu anak Tun Senja pula digambarkan sebagai seorang wanita yang berani semata-mata ingin menegakkan kebenaran. Ini dapat dilihat melalui tindakannya yang sanggup menggugurkan anak sebagai tanda protes di atas kekejaman Sultan Mahmud.

Satu lagi aspek ialah kesenian dan hiburan. Meskipun tidak digambarkan dengan jelas dalam ceritera-ceritera SM, tetapi pesta-pesta perayaan serta acara-acara tertentu tetap diadakan. Dalam hal ini, istana telah menjadi pusat utama di mana hubungan di antara golongan istana dengan rakyat, biasanya dapat dilihat lebih erat. Ini dapat dilihat apabila ada ketikanya golongan istana akan menjemput rakyat untuk mengadakan persembahan di istana. Dari segi pakaian, memang jurang di antara raja dengan rakyat sangat jelas. Rakyat tidak dibenarkan untuk memakai pakaian berwama kuning, bergelang kaki emas serta memakai loceng kerincing. Begitu juga dengan sent keris serta pembinaan rumah yang haruslah tidak sama dengan milik raja.

Dari apa yang yang telah dihuraikan, amat jelas kita perhatikan bahawa dalam SM unsur-unsur sosio budaya dan adat istiadat memang banyak dipaparkan. Meskipun agak ringkas, tetapi apa yang kami cuba gambarkan ialah bahawa unsur-unsur tersebut memang terdapat dalam SM. Keupayaan kreatif penulis-penulis Melayu seperti yang dipaparkan dalam SM inilah yangjarang dapat disingkap oleh orientalis apabila berbicara tentang hasil-hasil karya Melayu lama kita. Analisa yang bercorak struktural boleh menolong seseorang menganalisa teks SM secara dekat, menghayati akan binaan dan keistimewaannya di dalam zaman-zaman tertentu perkembangan kebudayaan Melayu. Maka, SM merupakan antara teks yang tidak boleh diabaikan khususnya dalam pensejarahan Malaysia itu sendiri.