KULIAH 2: PERKEMBANGAN PENSEJARAHAN MELAYU (TANAH MELAYU)

a. Tradisional

-        Zaman Hindu (masih unsur mitos, legenda)

-        Zaman Klasik-Kesultanan Melayu (mula berunsur sejarah).

-        Zaman Penjajahan (sejarah penjajahan + ada unsur sekularisme).

b. Moden

-   Zaman Kemerdekaan dan Selepas( asas nasionalisme yang terpenting + berunsur konvensional dan akhirnya berunsur ilmiah yang meluas dan usaha memantapkan serta mengukuhkan keilmuan bangsa dengan sedikit sebanyak mengetepikan warisan dan asas-asas agama daripada menjadi asas falsafah dan keilmuan bangsa atau apa yang dilambang pencetus fahaman saintifik dan rasional-logik dalam pentadbiran Mahathir Mohd.

 

Karya-Karya Pensejarahan Melayu Tradisional

a. Kesedaran Sejarah

-         Tuhfatun Nafis/Tuhfat al-Nafis (1865) oleh Raja Ali Haji – kelahiran sedaran sejarah di alam Melayu, seperti kata pengarangnya ‘supaya terpakai’. Bangsa Cina (1950) oleh Muhammad bin Hanif ‘…tidak mengangkat merendahkan sebarang phak, melainkan menghidangkan sahaja ilmu pengetahuan yang difikirkan berguna.’

b. Bentuk/Jenis/Klasifikasi

-         negeri, riwayat tokoh, keagamaan, sosiopolitik, ekonomi, peperangan, kebudayaan, pengembaraan, terjemahan

-         prosa, syair, babad, titah perintah, laporan, karya popular

Misa Melayu (tahun ?) (pengarang ?) – bentuk syair.

-         tentang pemerintahan (14 tahun) Sultan Iskandar Zukernain, kegiatan & pergolakkan politik istana diraja Perak, sosial, adat istiadat, keagamaan dan ekonomi.

Salasilah Perang (Tahun & Pengarang ?) – mengenai jurai keturunan raja bermula dari tahun 1528 Melaka (Sultan Mahmud Syah) hingga 1770an Perak (Sultan Mahmud Syah)

Hikayat Merong Mahawangsa (tahun & pengarang asal ?)

-         1898 disalin semula oleh ‘fakir’ kepada Sultan Muadzam Syah (Kedah)

-         motif  penulisan adalah sama dengan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) oleh Tun Sri Lanang.

-         Kisah bermula dari pendudukan Langkasuka dekat Gunung Jerai oleh rombongan Merong Mahawangsa yang membawa putera raja Rom untuk berkahwin dengan puteri raja Cina. Kapal mereka diserang oleh burung Garuda.

-         Nilai sejarah – pembukaan,pengasasan negeri, kerajaan, jurai keturunan Kedah, iaitu sebanyak 17 keturunan dari Merong Mahawangsa hingga Sultan ahmad Tajuddin Halim Syah (meninggal – 1710).

-         Tentang corak masyarakat, sistem pemerintahan & pentadbiran Melayu/Islam abad ke 11 & 12, khususnya Kedah.

-         Raja Pra’ong Mahawangsa (keturunan k 8) memeluk Islam – Sultan Mudzaffar Syah (1470an)

Silsilah atau Tawarikh Kerajaan Kedah (1913) oleh Wan Yahya bin Wan Muhamad Taib.

Silsilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja-Rajanya (1868) oleh Raja Ali Haji.

-         tentang jurai keturunan dari pihak Bugis berasal dari negeri Luwu, Tanah Bugis.

-         Kisah mula dari Siti Malangkai berketurunan dari Puteri Balqis (isteri Nabi Sulaiman a.s) hingga ‘Lima Bersaudara’ yang buka negeri Johor-Riau dan Lingga seperti dikisah dalam Tuhfat al-Nafis & Sulalatus Salatin.

1930an-1950an

Hikayat Pahang (1932) (pengarang ?)

Hikayat Sarawak (1932) oleh Mohd Rakawi Yusof.

-         mengenai kaum & pemerintahan di Sarawak ‘Darul Hana’ oleh Regim Brooke

-         terdapat 13 fasal (bab)

-         bentuk corak pensejarahan moden/kaedah tepat.

Idea Dalam Pensejarahan Zaman Tradisional.

Permulaan karya-karya memuatkan unsur pensejarahan tetapi (i) masih umum, (ii) tidak menulis nama pengarang dan (iii) tidak pentingkan tahun.

Karya dihasilkan memiliki ciri-ciri seperti motif, gaya penulisan, bahasa dan jalan cerita yang klasik.

-        tebal dengan minat dan motif generasi (yang membawa tokoh menulis sejarah)

-        unsur pengucapan (speeches) oleh tokoh  (unsur gaya penulisan, bahasa dan jalan cerita tokoh sendiri)

-        unsur geografi dan cerita kehidupan rakyat dan kaum.

-        cara temubual (ada unsur penyelidikan dan bersifat empirikal)

Walau pun begitu terdapat beberapa kelemahan pensejarahan klasik, seperti;

1.     ada unsur dongeng (iaitu data-data yang kerap menimbulkan kesangsian).

2.     ada unsur penglipuran (ucapan-ucapan tokoh)

3.     kritikannya tidak mendalam atau tafsirannya lemah.

4.     menulis tentang sesuatu sedangkan tokoh tidak arif tentangnya (lebih bercorak seorang penyair atau pujangga kerana sebahagian ceritanya disampaikan secara puisi).

5.     memuatkan unsur telahan, mimpi, kuasa ghaib/ketuhanan (menjadikan pensejarahannya tidak diterima ke dalam konsep pensejarahan moden yang sekular).

6.     Berunsur berat sebelah atau bais.

Konsep dalam Pensejarahan Melayu

Selain daripada konsep perajaan Hindu-Buddha, konsep negara dan konsep hubungan sosiopolitik dan khususnya terdapat konsep perajaan Islam dalam pensejarahan Melayu.

Sejarah Melayu contohnya, menekankan asal usul dinasti Palembang-Melaka sebagai asasnya hak dan tuntutan raja pemerintah. Asal usul dinasti Palembang Melaka meletak raja di tempat tertinggi dan berasingan daripada rakyat baginda. Raja berasal daripada golongan dewa dan Iskandar Zulkernain yang direstui oleh Allah. Rakyat terpaksa patuh/akur kepada rajanya.

Konsep daulat dan derhaka - diperkuatkan apabila Islam sampai ke kawasan Nusantrara.Hakikatnya, telah dikaji yang proses penyebaran agama Islam di A.T. adalah mengikut proses asimilasi dan penyesuaian ajaran agama Islam dengan elemen agama dan budaya yang telah ada di rantau ini - Hinduisme, Buddhisme. Oleh itu konsep perajaan Islam yang muncul selepas abad ke-15 merupakan hasil proses asimilasi dan penyesuaian tersebut. Contoh yang ketara ialah konsep hak ketuhanan raja diubahsuaikan oleh ajaran agama Islam dengan konsep daulat dan derhaka.

Daulat melambangkan rahmat dan kurnia daripada Allah kepada wakilNya. Ini membezakan raja (yang berdaulat) daripada rakyatnya dan adalah menjadi tanggungjawab rakyat mematuhi dan memberi hormat dan ketaatsetiaan kepada rajanya. Maksudnya, kedudukan raja, sepertimana dengan konsep ‘dharma-raja’ (Hinduisme) masih kekal manakala konsep disebalik kekuasaan atau otoriti raja telah berubah.

Sepertimana peranan yang dimainkan oleh ‘dharmaraja’, raja berdaulat akan menjamin kemakmuran dan keselamatan rakyat. Apa yang berubah adalah punca/sumber daulat itu. Raja-raja dinasti Palembang-Melaka berdasarkan hak dan kuasa memerintah mereka kepada asal usul yang mulia (hak kelahirannya), tetapi selepas peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud (1699), konsep kuasa dan maruah peribadi seseorang raja mengikut asal usulnya (dharmaraja) itu merosot. Dinasti bendahara yang menggantikan dinasti Palembang-Melaka di Johor dan Riau-Lingga itu tidak dapat menuntut asal usul kelahiran mulia lagi [dinasti bendahara - asal penderhaka].

Tekanan dan penjelasan tentang hak dan kuasa seseorang raja bertukar dari asal usul kelahiran mulia kepada konsep kebolehan dan kebijaksanaan peribadi seseorang raja, terutamanya bermula abad ke-18 dan kemudiannya. Ini bererti seseorang raja terpaksa menunjukkan kebolehan peribadinya dalam aspek moral dan kerohanian (keagamaan). Rujuk [Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis] – misalnya mengenai Sultan Iskandar Zulkernain (Perak, 1752-65) & Sultan Mansur Shah (Trengganu, 1740-93).

Pensejarahan Moden (Tanah Melayu)

i. Zaman Tawarikh: Awal abad ke-20 dan kemunculan "sejarah" sebagai bidang ilmu. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, "tawarikh" menjadi terminologi untuk sejarah - bidang ilmu - memisahkan sejarah daripada kesusasteraan (hikayat & syair). Tahun 1918 sejarah (istilah "tawarikh") diperkenalkan sebagai satu matapelajaran di Maktab Perguruan Melayu Melaka.

Sejarah ditulis dalam bentuk prosa tetapi skop/bidang kajian masih tertumpu kepada institusi perajaan dan riwayat hidup raja dan pembesar (1920s). Contohnya: Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928), Wan Abdul Karim bin Abdul Hamid, Tawarikh Raja-raja dan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak Darul Ridzuan (1934); dan Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail Ringkasan Cetera Kelantan (1934), Muhammad bin Haji Alias Tawarih Dato Bentara Luar (1928).

Pada zaman ini juga munculnya pelbagai rencana mengenai sejarah dalam majalah dan akhbar. Ini menunjukkan minat masyarakat terpelajar tentang sejarah. Sejarah "kebangsaan" (conventional) pertama ditulis oleh Abdul Hadi Hj. Hasan, Sejarah Alam Melayu (1920s), 3 jilid. Walauun minat dalam bidang sejarah (tawarikh) meningkat ketika ini tetapi tidak begitu berkembang menuju keilmiahan sejarah sebagai matapelajaran. Skopnya masih kekal kepada hal-hal perajaan, kerajaan dan tokoh-tokoh (masih ikut penulisan tradisional.

ii. Zaman Nasionalisme - kesan Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di AT dan proses perjuangan untuk merdeka. Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan zaman penjajahan British digunakan sebagai penggerak & peransang semangat masyarakat menentang pentadbiran British. Contohnya Ibrahim Yaakob, Sedjarah dan Perjuangan Melayu (1948), Yahya Abdullah, Peperangan Tok Janggut atau Balasan Derhaka (1955), Abdul Talib Haji AHmad, Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya Semantan (1961), Mustafa Tam, Tawarikh Salasilah Kedah (1962).

Secara amnya, walaupun penulis masih memfokuskan kajiannya kepada sejarah tempatan (kenegerian), dan golongan atasan - raja dan orang besar, kaedah menulis sejarah adalah untuk menimbulkan perasaan cinta tanahair, bangga terhadap zaman kegemilangan Melayu. Contoh bentuk (genre) ini; Ibrahim Yaakob, Sekitar Malaya Merdeka (1957), Zainal Abidin Daud, Sejarah Malaya Merdeka (1957). Bentuk ini dikekalkan oleh sejarawan tahun 60an dan 70an (skop sejarah politik & biografi politik). Contoh, Anwar Abdullah, Dato Onn (1971), Mohd. Yunus Hamidi, Sejarah Pergerakan Politik Semananjung (tema sejarah conventional)

iii. Zaman "Conventional History" bagi sejarawan tempatan bermula lebih kurang pada 1957 iaitu setelah kemerdekaan, apabila sejarah kebangsaan ditekankan dalam kurikulum sekolah. Pada zaman ini muncul perdebatan tentang bagaimana sejarah Melayu/Malaya patut ditulis. Tema perdebatan ialah sejarah AT (incl. TM) mesti ditulis dari sudut pandangan dan perkembangan AT [incl. Malaysian centric] -  "more autonomous". Logiknya, penulisan semula sejarah Malaysia dengan "Malaysian centric". Persoalannya, bagaimana sejarah ianya patut ditulis. Akan timbul masalah;

(a)                Sejarah orang besar-besar (ikut genre/tema yang dipopularkan pada zaman nasionalisme yang menambah "senarai hero" dari yang terdiri dari raja dan "pahlawan" zaman penjajahan British (tema ini sampai kemuncaknya dengan kemunculan Mat Kilau(1969) setelah dipercayai beliau telah meninggal dunia pada 1896.

(b)               Sejarah patut ditulis ikut disiplin dan ilmiahnya.

Kesedaran tentang ‘sejarah sebagai ilmu pengetahuan’ manusia di Malaysia lahir pada akhir tahun 1960an. [Keperluan sokongan ilmiah dari bidang sains sosial terutama antropologi, sosiologi, filologi - pengaruh perubahan ilmu sejarah yang berkembang di Amerika Syarikat].

Peristiwa 13 Mei 1969 menimbulkan keperluan penyatuan kebangsaan (integrasi nasional) untuk menentukan keharmonian dan kedamaian masyarakat. Ertinya keperluan untuk versi sejarah Malaysia yang berdaya menanamkan kefahaman ras di antara ras-ras di Malaysia.

Oleh itu tema-tema yang menonjol dalam tulisan sejarah akademik ialah sejarah masyarakat berbilang kaum, sejarah tempatan, sejarah pendidikan, riwayat orang besar-besar, sejarah politik dan banyak lagi. Tujuannya untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap dirinya dan ras-ras yang ada di Malaysia, dan cari tema yang sesuai kepada sejarah kebangsaan.

Dapat dikatakan penulisan sejarah sejak merdeka dan terutama setelah 1969 menonjolkan sifat "autonomous" jika dibandingkan dengan karya sarjana (pegawai penjajahan sejak abad ke 19 - huraian peranan positif pentadbirannya dan justifikasi keperluan "peradaban" kuasa penjajah seperti tulisan Winstedt, Wilkinson, Swettenham, Low, dll.)

Walau bagaimanapun kebanyakan karya yang ditulis pada zaman 70an dan kemudian diterajui oleh sarjana luar (bukan Melayu). Justeru itu, fokus kajiannya masih mengenai zaman penjajahan Barat. Contoh, C.M. Turnbull, The SS 1826-67: Indian Presidency to Crown Colony (1972), E. Thio, British Policy in the Malay Peninsula 1880-1910 (1969).

Sejak tahun 1970an, muncul karya-karya bermutu akademik (oleh sarjana luar dan tempatan) mengenai sejarah Tanah Melayu yang membincang tentang tema selain daripada "conventional/national history" seperti  aspek sosial, ekonomi, masyarakat bawahan, falsafah/ideologi, budaya. Contohnya A.C. Milner, Kerajaan: Malay Politic on the eve of colonial rule (1982), Shahril Talib, After Its Own Image: The Trengganu Experience 1881-1941 (1984), Shahrom Ahmat, Kedah: Traditional and Change in A Malay State - A study of the economic and political development (1984), Carl A. Trocki, Prince of Pirates: the Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885, R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence (1974). Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1875: the effects of commercial development on Malay Politics (1972). Lim Teck Ghee, Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Day 1874-1941 (1977). Ternyata – dikuasai penulisan dalam bahasa Inggeris.

Perbezaan antara sarjana akademik yang berpengaruh ke atas perkembangan pensejarahan Malaysia ialah falsafah sejarahnya (kaedah dan pendekatan serta skop). Secara kasar, sarjana yang dipelajari di institusi luar negeri berkecenderungan kepada konsep moden Barat. Manakala sarjana yang dilatih dalam negeri masih melihat pentingnya "conventional history" - ianya detail tetapi masik fokus sejarah politik.