KEMUNCULAN DAN PENGERTIAN KONSEP SEJARAH “MALAYSIA SENTRIK” DAN “EROPAH SENTRIK”.

Sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau ini, kebanyakkannya ditulis dengan menggunakan pendekatan Rangkakerja Imperialis. Dalam istilah lain, pendekatan yang tersebut diatas juga dikenali sebagai "European Centric". Pada umumnya, sentrik (centric) bolehlah diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara. la merupakan satu unsur yang boleh muncul dalam bentuk pendekatan yang digunakan atau tema yang diutamakan di dalam penulisan sejarah. Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan sebagai bersentrik subjek (politik, ekonomi, sosial dan sebagainya) dan terdapat pula penulisan yang bersentrikkan negeri atau kaum seperti Barat sentrik, Malaysia sentrik dan sebagainya. Misalnya, apabila dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrik Malaysia, ia membawa maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan memberikan penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri.

Pendekatan di atas adalah sama-sekali berlawanan dengan penulisan sejarah Malaysia yang ditulis berdasarkan kepada Barat Sentrik. Kerana pendekatan Barat sentrik lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak Barat.

Sebelum perbincangan yang selanjutnya, kita seharusnya terlebih dahulu memahami tentang apakah yang dimaksudkan dengan pensejarahan Malysia. 'Pensejarahan Malaysia'   secara umumnya merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai samada keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik ini. Sejarah Malaysia dikatakan bermula lebih kurang pada abad yang ke 15 iaitu sesuai dengan masa adanya karya-karya sejarah dalam erti kata yang lebih tepat. Tulisan-tulisan yang dimaksudkan umumnya tertumpu kepada kesultanan Melaka. Satu-satunya karya sejarah tempatan yang amat bernilai ialah Sejarah Melayu yang boleh dianggap sebagai karya sejarah mengenai Malaysia yang pertama. Contoh lain ialah Syair Perang Siak, Hikayat Raja-Raja Pasai dan sebagainya. Secara bandingan kalau diteliti karya-karya sejarah Malaysia dalam tempoh kurun ke-16 hingga Perang Dunia kedua akan didapati bahawa lebih banyak diselenggarakan oleh orang barat daripada orang tempatan Walaubagaimanapun ada juga penulis tempatan misalnya Munshi Abdullah yang dikatakan telah muncul di tengah-tengah para penulis British. Karyanya seperti Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah kini termasyur dalam lipatan sejarah Malaysia.

Perkembangan pensejarahan Malaysia sebenamya akan jelas memperlihatkan kepada kita bahawa usaha untuk bukan hanya menulis sejarah Malaysia tetapi juga menerbitkannya muncul dengan lebih ketara mulai pertengahan kurun ke-19 iaitu semasa British telah mempergiatkan penguasaan rantau Selat Melaka. Secara keseluruhannya, penulisan pada pertengahan abad ke 19 lebih banyak menulis tentang negeri-negeri selat yang menjadi tanah jajahan British daripada negeri-negeri Semenanjung yang masih merdeka pada dewasa itu.

Penulisan sejarah Malaysia moden di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu peringkat pra perang dunia kedua (penulisan sejarah moden sekolah Barat sentrik) dan peringkat pasca perang dunia kedua (penulisan sejarah moden sekolah tempatan sentrik). Sejarah Malaysia khususnya sejak zaman kedatangan kuasa barat ke rantau ini kebanyakkannya di tulis menggunakan pendekatan rangka kerja imperialis yang juga dikenali sebagai pendekatan "european centric" atau barat sentrik.

Jika dilihat, konsep penulisan sejarah barat^senirik banyak memaparkan mengenai sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional. Barat sentrik lebih menumpukan terhadap penulisan mengenai politik dan ekonomi sesebuah negeri sementara Malaysia sentrik pula lebih memusatkan pandangannya terhadap persoalan-persoalan yang berkait dengan kemasyarakatan. Sejak timbulnya kesedaran mengenai kepentingan penulisan semula sejarah Malaysia banyak kritikan di lemparkan terhadap golongan Barat sentrik. Misalnya Profesor Dieter Geyl dari Universiti Utrecht berpendapat;

"Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk mengenepikan pandangan Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar teriepas dari keadaan diri sendiri, dari warisan kebudayaannya."

Walaupun terdapat juga sejarawan barat yang menyeru agar bahan-bahan tempatan digunakan dalam penulisan, tapi ia menjadi perbahasan dikalangan sejarawan yang ingin menulis mengenai sejarah tempatan. Salah seorang penulis sejarah yang menggunakan pendekatan barat sentrik ialah Sir Frank Swethenham melalui karyanya yang berjudul British Malaya (1906). Judul buku tersebut sudah memberi gambaran tentang isi kandungan, idea utama atau temanya yang sudah pasti tidak lari dari menghuraikan peranan dan kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba mendakyahkan kepada rakyat tentang kebagusan dan kehebatan sistem penjajahan.

Penulisan Sejarah moden berbentuk tempatan sentrik    lebih kepada mengambarkan tentang kesedaran di kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan masyarakat dengan tidak lagi menjustifikasikan tentang kedudukan penjajah semata-mata. Contohnya Ibrahim Yaakob yang telah berjaya mewujudkan "Melayu Raya" di dalam bukunya Melihat Tanah Air . Dengan tidak segan silu mengkritik sikap golongan elit Melayu yang tidak mahu mengikut arus perkembangan perasaan orang-orang Melayu ketika itu. Oleh sebab itulah, maka penulisan sejarah moden Tanah Melayu mulai mengambil kira aspek-aspek luar istana dengan memasukkkan unsur-unsur ekonomi dan sosial.

Penulisan Barat sentrik adalah berdasarkan kepada sumber mengenai aktiviti-aktiviti pihak barat yang mudah diperolehi sebagai rujukan. la juga bersifat topikal iaitu menyentuh tempat atau kawasan-kawasan tertentu yang berkepentingan kepada kerajaan kolonial. Penulisan tempatan sentrik menggunakan sumber tempatan dan tafsirannya dilakukan menurut kaca mata tempatan dengan menumpukan kepada perlakuan orang-orang tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.

Ketika penjajahan British di Tanah Melayu, kebanyakkan hasil tulisan adalah berbentuk laporan rasmi atau penulisan yang mempunyai tujuan rasmi. Teks sejarah yang terhasil biasanya terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British. Sebagai buktinya segala peristiwa-peristiwa perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh tempatan pada zaman itu di gelar sebagai penderhaka atau pemberontak.ACsalnya pemberontakan Tok Janggut di Kelantan. Penulisan sejarah berpendekatan tempatan sentrik ditulis oleh para sejarawan tempatan dan juga beberapa sejarawan barat. Hal ini membimbangkan pendokong Barat sentrik yang takut segala aktiviti barat akan dilihat negatif. Misalnya, tokoh yang dulunya dianggap oleh mereka sebagai pemberontak akan dianggap sebagai seorang wira. Ini kerana mereka menganggap bahawa hasil penulisan tempatan sentrik sebenarnya adalah untuk membangkitkan semangat nasionalisme kepada rakyat. Contohnya, Abd. Hadi Hj.Hassan yang terkenal sebagai seorang pejuang kebangsaan Melayu telah memainkan peranan dalam menyalakan perasaan cintakan bangsa dan nusa dikalangan penuntut Maktab Perguman Sultan Idris (MPSI). Hasil tulisannya diterbitkan dan dijadikan sebagai buku teks di sekolah aliran Melayu 1950-an.

 

Faktor-faktor Kemunculan

Kewujudan atau kemunculan sesuatu pendekatan tidak kira samada pendekatan Barat sentrik atau Malaysia sentrik adalah didorong oleh beberapa faktor penting. Jika ditinjau secara teliti, dapatlah dikatakan bahawa  faktor sebenar yang telah menimbulkan perbahasan mengenai penulisan semula sejarah Malaysia adalah akibat perbezaan pendekatan yang digunakan, semangat nasionalisme terhadap negara sendiri dan kesediaan bahan rujukan mengenai sejarah Malaysia. Oleh kerana kebanyakkan penulis sejarah Malaysia adalah terdiri daripada para penulis Barat, maka wajarlahjika difikirkan bahawa golongan ini adalah terpengaruh atau dipengaruhi oleh persekitaran atau pendidikan Barat dan tidak dapat lari dari mempunyai perasaan bangga terhadap peradaban mereka. Menurut Prof. Zainal Abidin Wahid , Oleh kerana mereka adalah orang Barat, mereka telah dididik dan dibesarkan^feh tradisi, budaya, nilai dan norma-norma Barat. Warisan kebudayaan inilah/yang telah menghalang mereka daripada menaruh penghargaan terhadap sejarah Malaysia.

Walaupun kedapatan penulis tempatan yang menulis mengenai sejarah Malaysia, namun kebanyakkan mereka turut dipengaruhi oleh pendekatan Barat sentrik kerana teknik, tema dan metodologi penulisan sejarah yang di gunakan oleh mereka adalah di perolehi dari ilmu dan para ilmuan Barat.

Selain itu, kita harus mengakui bahawa penulisan sejarah Malaysia secara keseluruhan dan berterusan sebenarnya masih belum pernah wujud dalam erti kata yang sebenarnya. Apa yang dimaksudkan di sini ialah penulisan Sejarah Malaysia adalah bersifat topikal iaitu hanya menyentuh sesuatu tempoh atau sesuatu kawasan tertentu sahaja. Perkara ini di pengaruhi juga oleh faktor kesediaan sumber rujukan. Di mana, data-data dan rekod mengenai aktiviti Barat boleh diistilahkan sebagai berlambak dan mudah di perolehi untuk dijadikan sebagai bahan rujukan berbanding sumber tempatan yang terhad dan dianggap lekeh dari segi nilai sejarahnya. Di antara satu contoh penulisan Sejarah Malaysia yang bersifat Barat sentrik ini ialah British Malaya yang ditulis oleh Sir Frank Swettenham.

Berbanding dengan sejarah tradisional yang mementingkan keharmonian dan pelajaran kepada masyarakat, penulisan sejarah moden adalah muncul akibat perkembangan rasional dan objektif menurut pemikiran seseorang sejarawan. Sikap kritis yang wujud ini telah menyebabkan timbulnya keinginan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara atau peristiwa berdasarkan kepada apa yang sebenarnya berlaku. Penulisan pada peringkat pra perang dunia ke dua ( Barat sentrik ) yang muncul akibat kedatangan pihak kolonial untuk meluaskan kawasan tanah jajahan adalah bertujuan untuk melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran kolonial serta untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin kedudukan mereka sebagai penjajah di Tanah Melayu. Penulisan pada peringkat pasca perang dunia kedua pula telah membentuk satu perubahan besar dalam penulisan sejarah Malaysia. Perkembangan politik dan nasionalisme pada ketika itu telah menyebabkan sejarawan di Asia Tenggara meluaskan lapangan pemikiran mereka kepada teknik-teknik penulisan barat dan maju dalam penulisan sejarah berbentuk moden. Di antara faktor yang mewujudkan penulisan sejarah berbentuk tempatan atau Asia  sentrik sebenarnya ialah faktor perubahan masyarakat, ekonomi dan politik seperti yang berlaku di Malaysia khususnya selepas perang Dunia yang ke-2.

Zaman pendudukan Jepun misalnya, telah mengalakkan perkembangan politik dikalangan penduduk tanah Melayu. Selepas detik ini, timbul kesedaran nasionalisme yang kuat di kalangan masyarakat tempatan untuk menentang penjajah. Sekiranya dilihat kepada penjelasan di atas, penyuaraan untuk mewujudkan penulisan yang bersifat Malaysia sentrik sebenarnya boleh dikaitkan dengan keperluan bagi membina negara bangsa berikutan kemerdekaan yang baru dicapai. Umumnya, penulisan tempatan sentrik adalah lebih berorientasikan kepada Asia, berwadahkan aktiviti masyarakat pribumi dan tempatan, melihat apakah yang dilakukan dan dialami oleh orang-orang tempatan, meneliti apakah tindakan dan reaksi mereka^terhadap kuasa pihak kolonial.

 

Perkembangan Sentrik

Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, telah berlaku perkembangan-perkembangan di Tanah Melayu yang dikatakan telah berjaya menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia. Oleh itu muncul pelbagai hasil tulisan melalui pelbagai jenis majalah yang menceritakan tentang masyarakat majmuk dan juga mengenai perubahan yang berlaku di dalam sistem berpelembagaan di Tanah Melayu. Kegiatan penulisan sejarah Malaysia ini kian diberi perhatian pada tahun 1949 iaitu setelah penubuhan Universiti Malaya di Singapura yang telah membentuk sebuah jabatan Sejarah. Walau bagaimanapun, kebaayakkan jawatan di jabatan itu dipegang oleh para sarjana Britain. Orang pertama yang memegang jawatan ketua di jabatan ini ialah Profesor N.C. Parkinson. Di antara pensyarahnya pula terdiri daripada C.D. Cowan, Eric Stokes dan lan Macgregor.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah bukan mengenai penubuhan dan monopoli orang Barat dalam jabatan tersebut, tetapi apa yang ingin diberi penekanan di sini ialah mengenai polemik atau perbahasan yang muncul setelah penubuhan jabatan itu yang dikatakan sebagai satu detik penting terutamanya dalam perkembangan penulisan pensejarahan Malaysia. Hal ini adalah berikutan pertambahan jumlah masyarakat tempatan yang telah berani melibatkan diri dalam penulisan sejarah mengenai Malaysia yang dahulunya didominasi oleh orang-orang Barat yang menulis sejarah menurut kaca mata mereka. Melalui penyeliaan Profesor Parkinson, para pelajar sejarah waktu itu digalakkan untuk mengkaji, meneliti dan seterusnya meHulis pelbagai aspek sejarah mengenai Malaysia. Mereka turut mempelajari tentang kaedah research serta kaedah menyusun sejarah berdasarkan kepada prinsip akademik. Pusat kegiatan penyelidikan pada masa itu ialah di Raffles Museum. Kegiatan ini diteruskan selama beberapa tahun dan kajian ilmiah kemudiannya diwajibkan diperingkat kepujian. Dengan ini, pensejarahan Malaysia kian diperkaya kerana para mahasiswa waktu itu telah menghasilkan penulisan mengenai sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi. Raja-raja Melayu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pada awal 1960 rancangan tersebut dikatakan telah terhenti. dan tambah malang, kebanyakkan kajian yang dikatakan berjumlah lebih kurang 150 buah kajian tidak diterbitkan sehingga kini.

Selain pengkajian dan penulisan sejarah di Universiti Malaya, minat untuk mengkaji dan menyelidik mengenai Sejarah Malaysia telah wujud di beberapa pusat pengajian tinggi Barat seperti London School Of Oriental dan African Studies. Oleh itu tidak hairanlah pada tahun 1960 terdapatnya beberapa orang barat yang boleh dianggap pakar tentang Sejarah Malaysia seperti C.D.Cowan, Norman Farmer dan David Bassett. Selain tokoh yang disebut di atas, telah muncul juga beberapa sarjana terkemuka yang telah memberikan sumbangan kepada pensejarahan Malaysia. Mereka yang dimaksudkan ialah K.G Tregonning, Emily Sadka dan David Mac Intyre.

Pada 1959 telah berlaku pemisahan di antara Universiti Malaya di Kuala Lumpur dengan Universiti Malaya di Singapura. Berikutan itu sebuahjabatan sejarah baru telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Di mana, jabatan ini telah diketuai oleh John Bastin yang kemudiannya diambil alih oleh Wang Gungwu. Apa yang menarik di sini ialah, terdapat sedikit kelainan di sini kerana para penuntut pra ijazah tidak lagi diwajibkan untuk menjalankan pengkajian mengenai Sejarah Malaysia. Sebaliknya, kegiatan research hanya digalakkan diperingkat lepas-ijazah. Di antara para sarjana yang giat mengkaji mengenai sejarah Malaysia adalah terdiri dari beberapa siswazah asing seperti J.de Vere Allan, R.K.Vasil , Margaret Clarke dan sebagainya dan siswazah tempatan seperti J. .Kathirithamby, R.R. Bonney, Goh Yoon Fong dan sebagainya.

Pendek kata, tahun 1950an sebenamya adalah satu detik yang amat penting dalam pensejarahan Asia. Pada waktu inilah para sejarawan telah menunjukkan minat mengenai pendekatan dan pentafsiran perihal sejarah Asia. Pada waktu itu juga, arus perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu sedang mengharungi satu tahap yang memang menarik penulisan sejarah bangsa kita oleh wakil-wakil penjajah mesti ditolak. Hal mi sesuai dengan pendapat profesor C.H.Philips: 96 yang menyebut;

"Between the years 1956 and 1958 the School of Oriental and African Studies, University Of London, held a series of study conferences to survey and evaluate the coursce and character of historical writing on the peoples of Asia. The subject is large and to bring it down to managable parts the method of analysis be region was adopted; and South Asia , South East Asia, the Near, Middle, and Far East world in turn examined".

 

Pada tahun 1960-an, telah berlaku satu perbahasan yang hebat di antara dua golongan iaitu golongan yang menjadi pendokong sejarah yang bersifat Malaysian Sentrik di bawah Professor K.G. Tregonning di^Singapura dengan golongan pendokong Barat Sentrik seperti Professor John "Bastm di Kuala Lumpur.8 Reaksi dari para pendokong pendekatan Barat Sentrik atas tuntutan penggunaan pendekatan Malaysia sentrik dalam penulisan Sejarah Malaysia menyebabkan berlaku polemik hangat untuk beberapa tahun. Di mana, para pendokong Barat sentrik telah menafikan tentang penulisan sejarah Malaysia yang setakat ini dikatakan kurang objektif dan kurang tepat. Bagi mereka, penulisan yang bersifat Malaysia sentrik jika dihasilkan juga sudah pasti akan dicemari oleh unsur nasionalisme yang sempit. Polemik yang wujud ini telah memberi kesan yang positif kepada penulisan Sejarah Malaysia. Golongan yang menganjurkan agar Sejarah Malaysia ditulis menurut wadah orang Malaysia, dikatakan tidak berjaya mengetengahkan kaedah yang konkrit mengenai maksud mereka. Tetapi jika ditinjau dengan teliti, sebenarnya perbahasan ini wujud atau berputar di sekeliling soal tema atau bahan-bahan mengenai sejarah Malaysia.

Walaupun perbahasan tahun 1950-an dan 1960-an wujud akibat salah faham dan kekeliman, namun tempoh itu merupakan satu zaman peralihan yang sangat penting dalam pensejarahan Malaysia. Walaupun penulisan Sejarah Malaysia yang menonjolkan peranan penjajah masih lagi diteruskan, tetapi para penulisnya telah mencuba sedaya mungkin agar penonjolan itu tidak keterlaluan atau digelar bias kepada Barat. Sebenarnya penyuaraan untuk menggunakan Malaysia Sentnk-llaiam penulisan Sejarah Malaysia adalah berkait rapat dengan faktor tauladan yang di pamerkan oleh beberapa penulisan Sejarah Malaysia oleh penulis Barat yang dianggap tidak terlalu bias pada Barat. Contohnya hasil tulisan Rupert Amerson (Malaysia: A Study In Direct and Indirect Rule), J.M. Gullick (Indigenous Political Syistem Of Western Malaya) dan sebagainya yang disempumakan sebelum tahun 1960 telah menjadi tauladan atau landasan untuk mempersoalkan mengenai kesesuaian penerusan pendekatan Barat Sentrik. Rupert Emerson adalah seorang sejarawan Barat yang cuba menulis tentang sejarah Malaysia dengan lebih objektif dan saintifik. Akibatnya selepas 1960-an penulisan Sejarah Malaysia pula mengalami perubahan. Di tengah-tengah polemik tentang pendekatan dan pentafsiran sejarah Malaysia, telah terbit sebuah buku oleh J.M. Gullick yang bertajuk Indigenous Political Systems of Western Malaya. la merupakan hasil percantuman antara bidang Sejarah dengan bidang Antropologi Sosial kerana tulisan asalnya adalah merupakan sebuah tesis diploma dalam jurusan Antropologi Sosial. Selain itu kajian ini juga adalah ditulis berdasarkan kepada rekod-rekod sejarah.

Dari segi pensejarahan Malaysia pula, hasil penulisan ini merupakan satu break through yang sungguh menarik. Walaupun beliau bukan seorang sejarawan tempatan, namun hasil penulisannya jika ditinjau tidak terlalu bersifat Barat Sentrik. Sebelumnya boleh dikatakan bahawa tiada ahli sejarah yang menghasilkan sebuah karya mengenai institusi-institusi yang wujud dalam masyarakat secara serius. J.M Gullick, pula secara jelas memaparkan bahawa soal centricism bukanlah mempakan perkara asas dalam penulisan sejarah. Walau bagaimanapun buku Gullick ini, pada tahun 1950-an tidak memberikan pengaruh yang begitu berkesan kepada para penuntut sejarah di Universiti Malaya di Singapura. Namun terdapat juga penulis Barat seperti J.C. Bottoms yang mengatakan bahawa; "sejarah bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang paling digemari ialah lagenda, fantasi dan omong kosong...". Pendapat ini temyatalah tidak diterima oleh para sarjana Indonesia dan Malaysia yang menegaskan bahawa karya itu dapat digunakan sebagai bahan sejarah secara kritis. Namun kita boleh memperkatakan bahawa beliau bukanlah seorang Melayu dan oleh sebab itu, agak sukar baginya untuk memahami kebudayaan Melayu.

Persoalannya kini ialah, mengapakah permintaan dan tuntutan seperti ini di tampilkan seolah-olah segala hasil penulisan sejarah mengenai Tanah Melayu sebelumnya iaitu di sepanjang zaman kolonial yang memperkenalkan penulisan yang di hasilkan oleh sejarawan dan pegawai tadbir seperti Frank Swettenham, K.G. Tregonning, L.A. Mills dan sebagainya tidak berjaya mewujudkan satu penghasilan sejarah yang jawapannya bukanlah begitu, kerana pada hakikatnya, penulisan mereka juga penting sebagai memperkayakan sumber mjukan bagi pensejarahan Malaysia. Namun, tohmahan yang dilemparkan terhadap sejarah Melayu yang dikatakan bukan untuk mencari realiti dan satu usaha untuk mencipta satu bentuk kekudusan dikalangan kerabat dan Raja-raja Melaka dengan menggunakan unsur metos dan ajaib adalah amat keterlaluan. Memanglah benar bahawa pengarang Sejarah Melayu menyatakan " maka fakir karanglah hikayat ini ....supaya akan menyukakan Duli Hadhrat Baginda". Tetapi ini tidak bermakna ia tidak cuba untuk mencari kebenaran kerana beberapa peristiwa yang tercatat di dalamnya terbukti kesahihannya apabila dibandingkan dengan sumber-sumber luar negeri seperti tulisan Siam, China dan Portugis. Contoh-contoh yang diberi turut memaparkan tentang kelemahan Sultan dan kerabat DiRaja.

Buku Sejarah Melayu sebenarnya adalah satu sumber sejarah yang amat penting sebagai bahan rujukan terutamanya dalam mengkaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Selama ini boleh dikatakan bahawa tidak ada satu pun sumber sejarah yang lain yang dikatakan boleh member! maklumat yang sebegitu banyak mengenai Melaka dalam bahasa Melayu. Tome Pires melalui bukunya The Suma Oriental Of Tome' Pires juga turut menyatakan tentang kepentingan buku Sejarah Melayu.

Pentadbir British yang menulis tentang sejarah Malaysia seperti R.J Wilkinson pula telah menunjukkan sikap yang begitu subjektif, sinis dan dikongkong oleh nilai budayanya dalam menulis dan menafsir beberapa sejarah tempatan. Oleh kerana dia seorang pentadbir yang mewakili pentadbiran, politik dan kepentingan barat, dia sebenarnya tidak bermaksud untuk menghasilkan satu karya yang ilmiah. Apa yang nyata ialah beliau sendiri telah memutar belitkan kenyataan atau laporan yang didapati tentang empayar Melaka. Sebenarnya para orientalis jahil dalam menjalankan penyelidikan tentang latar sosial budaya masyarakat Melayu , tentang pemikiran dan norma-norma sosial yang berhubung dengan alam sekelilingnya. Persoalannya ialah, mengapa penulis-penulis Barat itu menulis tentang Malaysia mengikut 'lenggang' Barat dan tidak lenggang Malaysia. Tetapi jika kita perhatikan, kebanyakan daripada mereka sememangnya tidak boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Melayu, malah kebanyakkannya bukan penyelidik sejarah tetapi terdiri dari para pegawai atau pentadbir dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya melihat sejarah Melayu dari konteks fahaman masyarakat Melayu sendiri kerana hanya kita sahaja yang memahami selok-belok adat dan kebudayaan Melayu.

Hakikatnya, sehingga kini pun kebanyakkan ahli sejarah masih lagi menumpukan perhatian mereka kepada beberapa peristiwa tertentu sahaja dalam sejarah Malaysia. Misalnya, mengenai Francis Light dengan Pulau Pinang, Stamford Reffles dengan Singapura, Hubungan British dengan Belanda atau Siam dan sebagainya. Oleh itu, seharusnya sejarah Malaysia ditilik dan dikaji semula dimana peristiwa-peristiwa yang sama akan dikaji semula dengan lebih mendalam dengan tidak mengabaikan tentang sikap   masyarakat tempatan terhadap orang Barat. Percubaan-percubaan untuk menghasilkan sejarah Malaysia berbentuk baharu tidak akan berjaya hanya setakat^kita melihat kepada peristiwa-peristiwa lama dari beberapa sudut baru. Tambahan pula, jarang kedapatan tajuk-tajuk baru dalam research dan hasil penulisan. Ini bermaksud bahawa lompang-lompang dalam pensejarahan Malaysia tetap tidak terisi. Misalnya, penulis buku-buku teks Sejarah Malaysia tidak memberikan perhatian wajar kepada sejarah negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan atau Terengganu kecuali untuk menghuraikan hubungan British-Belanda atau Siam. Selain itu, perkembangan sistem birokrasi di Johor juga seakan tidak disedari atau di ambil peduli. Seharusnya perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi. Tregonning sendiri melalui karyanya 'Malayan History' telah menyatakan pendapatnya mengenai penulisan sejarah Malaysia iaitu;

"....The study of Malayan history is under going a swift change. For many years it has been regarded in Europe centric fashion. It has been written either as the history of the European in Malaya, or it has been looked at from outside : or both. Norn it has become generally accepted that the Malayan Comminity itself must be the centre of studies."

Sesungguhnya perkembangan penulisan sejarah Malaysia pada masa kini adalah agak memuaskan.   Sungguhpun penulisan dalam bentuk buku masih boleh di pertingkatkan jumlahnya tetapi bilangan makalah agak menggalakkan. Selain itu, peranan Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sejak awal lagi telah berjaya menerbitkan tujuh buah buku yang diasaskan kepada latihan ilmiah iaitu satu latihan ilmiah di terbitkan oleh pihak universiti dan satu lagi diterbitkan oleh pelajar sendiri. Apa yang penting dan ingin ditekankan di sini ialah, latihan ilmiah yang tidak diterbitkan ini telah menjadi sumber rujukan kepada tenaga pengajar dan pelajar tahun iv di Jabatan Sejarah. Projek ini telah dapat mengisi ruang kekosongan yang begitu besar dari segi sumber rujukan dan penerbitan penulisan dalam bahasa Melayu. Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Malaysia : Warisan dan Perkembangan) dalam memperihalkan tentang sumber rujukan menyatakan;

"....Bilangan buku sejarah Malaysia untuk orang awam, para pelajar dan pelancong adalah terhad.Yang ada hanyalah yang diulang-cetak dari naskhah yang diterbitkan bertahun-tahun lalu. Oleh itu, isi kandungan, tahap perkembangan dan tafsiran tidak banyak berubah daripada penulisan sejarawan British.

 

Kesudahan

Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa menjelang 1970 pemikiran tentang pensejarahan Malaysia telah bertambah jelas dan nyata. Bertambah jelas kepada para sejarawan generasi tua bahawa golongan sejarawan yang lebih muda sebenarnya tidaklah bertujuan untuk menyimpang dari lunas-lunas saintifik dalam pengkajian dan penulisan sejarah. Sungutan mereka pula bukanlah timbul berhubung dari sikap anti kepada mana-mana aliran atau pemikiran. Tetapi, oleh kerana skop sejarah begitu luas, maka soalan-soalan yang dapat diketengahkan tentang sejarah memang tidak terkira banyaknya. Ada baiknyajika generasi sejarawan baru terus berminat dalam menghasilkan perkara-perkara yang kurang diutamakan pada waktu dahulu. Ini kerana, tulisan-tulisan yang berkaitan dengan perkara-perkara baru akan dapat membantu melengkapkan pensejarahan Malaysia itu sendiri.

Tambahan pula, sejarah bukanlah satu bidang pengajian akademik yang statik . Oleh itu ahli sejarah seharusnya mencuba untuk mengaitkan konvensyen lama dengan keperluan semasa. Melalui sejarah, situasi masa kini akan lebih mudah difahami dan kadang-kala menjadi ikhtibar iaitu tidak semua yang berlaku di masa lampau itu baik dan tidak semua dalam masa kini itu buruk. Jika dilihat, penulisan sejarah dalam beberapa dekad ini samada pada zaman Portugis atau British ia menunjukkan bahawa ahli sejarah adalah manusia yang sangat sensitif dengan perkembangan-perkembangan sekelilingnya. Sejarawan pula seharusnya jujur ketika menghadapi bahan-bahannya dan berani pula dalam memberikan tafsiran yang objektif terhadap bahan-bahannya. Berani di sini bukanlah bermaksud keberanian yang melulu dan sentiasa mencari kesalahan serta melakukan tohmahan terhadap sesuatu peristiwa atau seseorang tokoh itu.

Tidak cukup dengan itu, pada masa kini kegiatan research dan penulisan yang berlaku dikalangan para penuntut sejarah di semua institusi pengajian tinggi telah memperlihatkan tentang adanya kesedaran tentang konsep sejarah yang baru. Tuduhan bahawa para sejarawan negara ini lebih mengagong-agongkan zaman yang gilang gemilang tidak adil. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja telah kedapatan banyak penulisan mengenai sejarah Malaysia telah dihasilkan oleh para penuntut sejarah di beberapa institusi pengajian tinggi dan boleh dikatakan lebih kurang 90% daripada hasil tulisan berkenaan adalah membicarakan mengenai sejarah Malaysia abad ke 20. Di mana, topik penting yang dahulunya kurang di bicarakan, kini diberikan perhatian teliti untuk mewujudkan keadaan yang lebih seimbang dan lengkap dalam pensejarahan Malaysia. Penuntut kini menyedari tentang   perlunya mencari kebenaran dalam pengkajian sejarah. Pada masa hadapan berkemungkinan besar standard texts yang digunakan kini perlu dikaji semula setelah hasil karya generasi muda diterbitkan.

Kewajarannya ialah, penulisan sejarah yang memberi fokus kepada Malaysia lebih sesuai untuk dijadikan santapan generasi baru demi mewujudkan perasaan cintakan negara dan bangsa. Oleh itu, berbagai usaha telah di jalankan oleh para sejarwan tempatan untuk memenuhi keperluan tersebut. Contohnya, HITAM iaitu persatuan Gabungan Para Guru sejarah Sekolah, Universiti dan orang perseorangan telah berusaha mencetuskan kesedaran tentang kepentingan sejarah kepada para pelajar.

Namun, Akta Rahsia Rasmi. (Official Secret Act.) pihak kerajaan telah melenyapkan persoalan sentrik. Salah satu perkara yang terkandung dalam akta ini ialah bahan-bahan sulit atau rahsia sesuatu kementerian hanya boleh dibaca oleh orang ramai dengan kebenaran menteri berkenaan. Hal ini merumitkan pihak Arkib Negara Malaysia apabila mereka terpaksa menghadapi fail-fail yang sudah berumur lebih daripada 25 tahun dan sehubungan dengan itu, perkara ini turut menimbulkan masalah kekurangan bahan rujukan mengenai sejarah Malaysia..

Walau bagaimanapun, kita seharusnya berbangga kerana persoalan mengenai penulisan sejarah Malaysia menurut kaca mata tempatan telah mendapat perhatian yang agak menyeluruh. Di dalam Seminai Sejarah Malaysia I dan II (1972, 1973) telah dikemukakan beberapa perkembangan baru untuk sukatan matapelajaran sejarah sekolah agar generasi baru lebih mengenali sejarah tanah air sendiri.

Setelah diteliti dan difahami tentang pengertian sebenar dan juga bagaimana kemunculan pendekatan Barat Sentrik dan juga Malaysia Sentrik, dapat diambil pendirian bahawa kedua-duanya mempunyai perbezaan dan sedikit persamaan. Walaupun masing-masing cuba untuk mempertahankan pendekatan mereka, namun mereka seakan lupa bahawa dalam membicarakan tentang sejarah Malaysia kedua-dua pendekatan seharusnya diambil-kira untuk mengelakkan wujudnya sifat bias di dalam penulisan mereka. Sejarah sepatutnya dikaji secara "both side of the coin" dan bukannya menyebelahi mana-mana pihak demi menjaga keobjektifannya.

Dengan kata lain, samada pendekatan Barat Sentrik mahupun Malaysia Sentrik, keduanya mempunyai kaedah dan tujuan tertentu yang tidak dapat lari dari cuba mengutarakan mengenai tokoh dan peranan masing-masing. Kedua-duanya boleh dikatakan tidak dapat berfungsi sebagai sejarah ilmiah yang sebenamya kerana ketepatannya masih boleh diragui atau dipertikaikan.

Tahun-tahun 1950-an dan 1960-an telah memperlihatkan kepada kita mengenai kesungguhan ahli-ahli sejarah Tanah Melayu yang telah berusaha demi memastikan keutuhan Sejarah Malaysia yang seharusnya mempunyai keperibadian yang tersendiri dan bukan sekadar satu kajian pinggiran kepada Sejarah British. Pergolakan ilmiah yang berlaku pada waktu itu sedikit sebanyak telah berjaya memberi ruang yang agak terjamin kepada Sejarah Malaysia. Oleh itu boleh kita katakan bahawa perbahasan yang berlaku adalah wajar dan amat perlu terutamanya untuk masa depan sejarah Malaysia sendiri.

Apa yang kita kehendaki, bukanlah sejarah dari sudut pandangan imperialisme dan tidak pula dari sudut pandangan nasionalisme yang sempit. Kedua-dua konsep ini merupakan penyelewengan dari garis kebenaran.Yang kita kehendaki ialah satu sejarah kebangsaan yang objektif dan saintifik, yang dapat menghuraikan proses sejarah dengan mendalam dan benar.

Tidak salah jika dikatakan bahawa bentuk penulisan Sejarah Malaysia kebelakangan ini sememangnya telah mengalami perubahan atau telah semakin terkeluar dari belenggu rangkakerja imperialis. Namun, beberapa pembetulan mengenai liputan penulisan perlu dilaksanakan dan segala perubahan serta pembetulan tersebut tidak akan bermakna sekiranya kesedaran tentang peri pentingnya sejarah dalam proses pembangunan negara bangsa tidak di cetuskan dikalangan generasi muda.

Walaupun polemik 1960-an itu, tidak berjaya mencetuskan satu ketetapan yang muktamad tentang "sentrik" manakah yang akan menjadi landasan utama bagi penulisan Sejarah Malaysia pada masa akan datang, tetapi penyuaraan tersebut paling kurang telah berjaya memulakan proses penilaian semula kepada bentuk penulisan Sejarah Malaysia yang telah di sempurnakan. Ini kerana, dalam usaha untuk menafsir Sejarah Malaysia ketelitian amat di perlukan agar gambaran yang salah tidak berlaku.

Tegasnya, bagi mengatasi masalah kekurangan sumber dan penguasaan bahasa, kerajaan Malaysia seharusnya perlu membuat satu dasar untuk memperolehi bahan-bahan Sejarah Malaysia dari seluruh dunia. Selanjutnya latihan bahasa perlu diberi kepada pegawai-pegawai yang akan mengendalikan projek ini untuk menjamin kelancarannya.

Semua penulisan samada penulisan barat sentrik mahupun tempatan sentrik sebenarnya tidak dapat lari dari melakukan bias. Oleh kerana itulah persoalan sentrik ini boleh dianggap sebagai satu persoalan yang pada pendapat kami tidak akan selesai sampai bila-bila. Buktinya, sejak dulu lagi lagi sehingga membawa kepada selepas perang dunia ke-2 dan sehingga kini pun rasanya masih tidak ada satu sumber sejarah pun yang dapat lari dari memihak kepada sesuatu sentrik. Oleh itu, perbahasan demi perbahasan dan kesedaran demi kesedaran amat perlu untuk mewujudkan sebuah penulisan sejarah khususnya sejarah Malaysia yang bukan sahaja tepat malah mantap dari segi huraiannya. Atas kelemahan inilah perlunya diwujudkan penulisan sejarah yang menggunakan pendekatan autonomi dan pendekatan sejarah total iaitu penulisan yang berdasarkan kepada peristiwa yang benar-benar berlaku, saintifik dan objektif. Akhir sekali, "Sebelum mengkaji sesuatu penulisan sejarah, kajilah dulu ahli sejarah yang menulisnya" (E.H. Carr).

 

Bibliografi

Kassim Ahmad, 1975. " Satu Konsep Sejarah Kebangsaan Malaysia ". Dewan Masyarakat, Bil. 11 (November).

Khoo Kay Kim. 1980 / 81. "Pensejarahan Melayu Yang bersifat Perjuangan Sebelum Dan sesudah Merdeka" dalam JEBAT, Bil. 10.

Khoo Kay Kim. 1975. Pensejarahan Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Md. Hatta Yasin. 1975. "Eropah Sentik dan Malaysia Sentrik". Dewan Masyarakat, Bil. 5(Mei).

Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof lbrahim & Mahayudin Hj. Yahaya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim. 1997. Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tregonning. 1962. Malayan History. Singapore : Malaya Publishing House, Ltd.

Zainal Abidin Bin Abdul Wahid. 1992. Sejarah Malaysia Pentafsiran dan Penulisan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin bin Abd.Wahid. 1992. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.