IDEA SEJARAH

 

-         Manusia sentiasa mendampingkan diri dengan sejarah atas kesedaran terhadap kepentingan sejarah sekurang-kurangnya daripada fungsi kemasyarakatan ataupun politiknya. Kesedaran itu bertambah bila tamadun berkembang

 

-         Idea sejarah bagi tokoh-tokoh adalah sebagai ‘ideologi’ - ahli-ahli falsafah (seperti Vico, Voltaire, Hegel, Marx, malah Toynbee juga) menganggapnya lebih bersifat (berbentuk) spekulatif.

 

-         Idea sejarah oleh praktis/ahli sejarah - sebagai ilmu (sejarah pelbagai bidang, seperti sejarah politik, sejarah ekonomi, sejarah ketenteraan, sejarah sosial dll), dan sejarah berfungsi dengan kepentingan asas sebagai penyampai teladan dan sempadan (dedaktif). Sionysius dari Halicarnassus, sejarawan abad pertama tahun Masihi, mengatakan ‘sejarah adalah suatu bentuk falsafah yang mengajar dengan memberikan contoh’.

 

-         sejarah sebagai satu laluan waktu yang dipenuhi pelbagai peristiwa yang berlaku berturut-turut (bertaut maju)

 

Kesimpulannya, idea sejarah, seperti disebut oleh Von Ranke, ialah mengungkap sesuatu peristiwa sejarah seperti sebenarnya ia berlaku - bukan bertujuan untuk kelulusan akademik atau pangkat atau nama atau untuk tujuan (dilihat secara falsafah) untuk ‘self-knowledge’, atau untuk mengenal diri sendiri. (R.G. Collingwood, Idea Sejarah, hl,. XII;  dan A.L. Rowse, The Use of History, hlm. 9-26; serta Wang Gungwu, The Use of History).