ORGANISASI PENULISAN KARYA

 

-         Apakah sistem aturan dan gaya yang sebaiknya merupakan masalah yang lumrah dalam setiap kegiatan penulisan, khususnya penulisan sejarah. Tambah lagi, masalah menjadi rumit kerana wujud pendapat dan amalan serta penerimaan yang berbeza di kalangan para sarjana terhadap bentuk penulisan itu sendiri. Misalnya, penulisan dalam bidang Sejarah amat menekankan penggunaan teknik Footnoting (notakaki), walhal bidang ilmu yang lain pula sebaliknya.

 

-         Antara aspek penting yang ditekan:

 

1.      Jumlah bab dan penyusunan

 

2.      Judul bab dan sub-bab

 

3.      Jumlah halaman (kecuali bahagian Pengenalan dan Kesimpulan)

 

4.      Pendekatan penulisan - misalnya bidang Sejarah lazimnya berbentuk tertib tarikh atau kronologi.

 

-         iaitu urutan dari peristiwa ke peristiwa lain.

 

-         Tetapi, hakikatnya  pendekatan ini bukanlah sesuatu yang wajib dan bukan pula satu-satunya pendekatan di dalam bidang Sejarah.

 

 

-         Pendekatan lain adalah secara ‘tema’ sejarah itu sendiri, walaupun tidak popular sifatnya.

 

-         pendekatan ini nampak rumit tetapi satu pilihan yang terbaik, misalnya usaha menyedut tema-tema tertentu dari satu tempoh sejarah. (e.g. Zaman Kebangkitan? Era Mahathir?  Pemerintahan Diktator Suharto? Implikasi PTI Di Sabah?

 

5.      Gaya Penyampaian – apakah bentuk yang paling baik digunakan? Berhujah? Berbahas? Bercerita? Laporan seperti amalan akhbar dan monografi? dsb.

 

6.      Gaya bahasa – sesuai kepada sasaran penulisan sama ada  umum (popular), pelajar sekolah (separa ilmiah) dan pejalar universiti (ilmiah).

 

7.      Aturan penggunaan sumbur rujukan yang tepat dan sahih – diperlihatkan dengan amalan mengambil ungkapan atau membuatan petikan terhadap pandangan/idea dari sumber untuk tujuan mengukuhkan dan mengesahkan pendapat penulis (anda) itu sendiri. Penggunaan sumber seharus diiktirafkan dengan cara sewajar demi perkembangan ilmu dan juga mengelak perbuatan plagiat.

 

 

 

 

8.      Proses/kemajuan penulisan – bergantung kepada kemahiran dan kecekapan penulis + minat + keperluan menyelesaikan penulisan mengikut sesuatu jadual ditetap atau arahan pihak tertentu. Bagaimanapun – pepatah Melayu menyebut bahawa “…perahu, pengayuh dan layar sudah ditangan, maka terpulanglah kepada nakhoda untuk melayarkannya dengan kelajuan yang wajar dan selamat.

 

9.      disamping itu, beberapa aspek lain yang menimbulkan masalah ialah tanda-tanda rujukan (misalnya, notakaki), gambar + ilustrasi, lampiran, bibliografi, indeks.

 

 

PERINGATAN KESARJANAAN: - ELAK MENULIS SESUKA HATI –

 

 

Apakah gaya dan bagaimanakah teknik penulisan sejarah?

 

 

GAYA PENULISAN SEJARAH

 

Leopold Von Ranke telah menyatakan bahawa matlamat pengkajian sejarah adalah untuk memaparkan kejadian–kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku berasaskan fakta-fakta dari dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.

 

Sejarawan akan menulis karyanya setelah melalui proses pemilihan tajuk, proses mengumpul dan memilih sumber yang otentik dan proses adalah melakukan tafsiran terhadap fakta-fakta (data) dari sumber-sumbernya.

 

G.J. Garraghan (1946) menyifatkan proses penulisan sejarah sebagai;

 

...the assembling of a body of historical data and their presentation (generally in writting) in term of objective truth and significance (syathesis and exposition).

 

Adalah menjadi tanggungjawab sejarawan yang menyelidik sesuatu tajuk khusus untuk berusaha memaparkan penemuannya melalui penulisan.

 

 

Setiap sejarawan adalah berbeza kerana mereka tidak memiliki suatu konsep yang sepunya dan tidak akan melahirkan hasil sejarah yang sama walaupun mereka menulis dalam skop yang sama.

 

Longlois & Siegnobos (1898) berpendapat bahawa;

 

...hence arise differences in  the nature  of  the  fact chosen, the manner of dividing the subject...co-ordinating  the fact, the  manner of presenting them, the manner of proving them. This  would be the place to indicate how "the mode of writing history" has evolved from the beginning.

 

Maka mahu atau  tidak, setiap sejarawan harus menggunakan sesuatu gaya penulisan yang tersendiri.

 

Menurut Watkins (1965), gaya bermaksud;

 

Style is the manner of writting, the way the  writer express his thoughts...Effective writing always involves the chorise of words and  expression...and much of the difference is   usually due of style...

 

Berasaskan kepada pernyataan tersebut terdapat beberapa gaya penulisan sejarah (yang biasa) dapat kenalpasti, iaitu; naratif, deskriptif, ekposisi, analisa dan kritikan.

 

 

GAYA PENULISAN NARATIF

 

Menurut G.R. Elton (1969);

 

Naratif tells the story, and it is not material how  long the time span may be.

 

Gaya penulisan naratif terbahagi kepada dua bahagian yang utama.

 

1.                           Naratif kronologikal

 

Jenis ini bertujuan untuk menceritakan semula mengikut aturan peristiwa yang telah berlaku secara kronologis.

 

2.                           Naratif imaginatif

 

Jenis ini bergantung kepada kebolehan penulis mengingati kejadian-kejadian dan meceritakan semula secara logik.

 

Thucydides, sejarawan dar Athen menulis karya Sejarah Perang Peloponesia menggunakan gaya naratif dan menggambarkan peristiwa-peristiwa  yang berkaitan  dengan peperangan dan dialog-dialog tokoh-tokoh penting mengenai sejarah persengketaan antara Athens dan Sparta.

 

Karya-karya sejarah tempatan yang ditulis dengan gaya naratif seperti Sejarah Melayu, Hikayat  Hang  Tuah, Hikayat Johor  dan banyak lagi. Wajar jika semuanya dianggap karya sejarah yang berunsur kesusasteraan.

 

Sejarah Melayu, tulisan Tun Seri Lanang yang bergaya naratif persembahannya memuatkan   unsur-unsur imaginatif dongengan dan metos. Misalnya, penamaan Samudera  (tempat) yang ditulis;

 

...maka dilihatnya seekor semut besarnya   seperti kucing...maka tanah itu diperbuatnya akan tempatnya, maka dinamainya Semudra, ertinya semut besar.

 

Petikan ini menggambarkan penggunaan gaya naratif imaginatif dalam penulisan sejarah.

 

 

GAYA PENULISAN DESKRIPTIF

 

Gaya penulisan yang cuba menggambarkan peristiwa secara terperinci. Ia sesuai bagi  menggambarkan  suasana tempat, orang atau  peristiwa. Penerangan  penulis  harus memberi gambaran yang jelas dalam minda pembaca.

 

G.R. Elton (1967) yang menyatakan;

 

Description attempts to display a manifestation  of the past without giving it the dimension of a  change in time...

 

Gaya ini menjadi pembantu kepada gaya-gaya penulisan yang lain.

 

Misalnya, Khoo Kay Kim (1977) dalam karyanya The Western Malay States, 1850-1873 menulis secara deskriptif tentang kewujudan kerajaan-kerajaan negeri Melayu di Tanah Melayu;

 

Pada amnya, negeri Melayu tradisional merupakan satu kelompok petempatan yang terdapat di tebing-tebing sungai. Tiap-tiap negeri di Semenanjung kecuali Negeri Sembilan, mendapat namanya daripada sungai tempat bermulanya kerajaan itu didirikan.

Penulisan deskriptif juga mengutamakan aturan  sumber yang diperoleh secara topikal yang merujuk kepada suatu jangka masa yang tetap.  Contohnya, Hasil karya Nabir Abdullah, Maahad  Il Ihya Assyariff Gunung Semanggol, 1934-1959. Penulisan ini digambarkan mengikut lima bab yang topikal;

 

Bab I : Latar Belakang Dan Penubuhan Il Ihya.

 

Bab II: Il Ihya Assyarif Sebelum Perang.

 

Bab III: Il Ihya Melalui Zaman Jepun Dan Memasuki Politik (1942-1947).

 

Bab IV: Il Ihya Berpolitik (1948).

 

Bab V: Il Ihya Jatuh Dan Bangun Di antara Tahun 1948-1959.

 

- memberi penerangan yang lengkap tentang  tajuk yang dipilih. Misalnya, penerangan   tentang penubuhan Il Ihya Assyarif penulis menulis;

 

Sebelum lahirnya Il Ihya Assyariff pada tahun  1934, penduduk Gunung Semanggol...

 

 

GAYA PENULISAN EKPOSISI

 

Ekposisi atau pendedahan bermaksud buka,   hurai, singkap, papar atau tunjuk. Tujuannya   adalah untuk memindahkan idea (memberitahu- menyatakan) tentang sesuatu peristiwa secara jelas dari fikiran penulis kepada fikiran pembaca. Gaya ini membongkarkan rahsia tentang mengapa, bagaimana dan akibat berlakunya sesuatu peristiwa.

 

Gaya ekposisi lebih sesuai daripada gaya naratif dan deskriptif kerana melibatkan perkara-perkara yang abstrak dan memerlukan kemahiran kognitif atau kebolehan intelek penulisnya. Contohnya, Khoo Kay Kim dalam bukunya The Western Malay States 1850-1873 mendedahkan tentang penemuan bijih timah di Larut oleh  Long Jaafat bukanlah pada tahun 1848 seperti  yang lazim diketahui. Beliau menjelaskan;

 

Then he made some dicoveries of tin which he worked for some time before accumulating  sufficient capital to invite Chinese miner to come  to Larut in about 1848.

 

 

 

Lazimnya gaya ekposisi mengguna teknik penakrifan, pencarikan, percontohan, pengkelasan dan perbandingan. Misalnya, Muhammad Syukri Salleh dalam bukunya An Islamic Approach to Rural Development: The Arqam Way mengemukakan suatu definisi menurut pendapat pertubuhan berkenaan;

 

By self-definition, Darul Arqam is a sufi-inspired movement, a tariqat, under the leadership of a Charimatic figure...

 

Terdapat juga pendedahan secara pencarikan mengenai perolehan hartanah oleh pertubuhan terkenaan;

 

The land was obtained primarily through collective purchase or from donations, waqf. Members  contribute a substantial proportion of their earning, up to 100%, to the movement for the purpose of land acquisition and village development.

 

 

GAYA PENULISAN ANALISIS

 

Memberi gambaran peristiwa secara kritis dan detail.

-         satu kajian yang holistik mengenai peristiwa.

 

-         mengambil suatu masalah yang kompleks untuk diselidiki secara terperinci setiap komponen dan perkaitan antara semua komponen tersebut.

 

Penganalisaan dilakukan untuk memaparkan maklumat jurai keturunan dan statistik data-data yang diperolehi.

 

Gaya ini biasa digunakan untuk penulisan sejarah   ekonomi, iaitu menekankan penggunaan data-data. Misalnya, buku The Western Malay States oleh Khoo Kay Kim menganalisa perkembangan perlombongan di Larut;

 

With the development of mining in Larut the trade between Penang and Perak reach...In 1861-1862...$291, 989...from….

 

Dengan suatu analisa yang jitu akan dapat memberi a real exposition and explanation of the phenomenon studied.

 

 

GAYA PENULISAN KRITIKAN

 

Sebenarnya menjadi sub-set bagi gaya analisis.

 

Menurut G.J.Garraghan (1946) bahawa,

 

The comparative method - A specific method  of dealing with historical material is the  comparative. This generally takes the from of a  study of and institution....

 

-         bahawa sesuatu kritikan itu harus bersandarkan kepada proses comparison (perbandingan).

 

Kritikan bermakna mencari kesilapan pendapat yang lama dan baru diajukan dalam penulisan sejarah.

 

Harus dilihat secara menyeluruh apabila hendak mengkritik.

 

Gaya kritikan berguna untuk menjelaskan atau membetulkan fakta-fakta sejarah yang bias atau menyeleweng persepsi pembaca.

 

 

Alasan-alasan yang diajukan dalam penulisan gaya kritikan, harus disokong dengan petikan-petikan (quatation) daripada sumber rujukan.

 

 

Hakikatnya, terpulang kepada penulis untuk memilih gaya yang tersendiri, mungkin pada  holistiknya seseorang memilih kerangka  besarnya gaya penganalisaan tetapi di dalamnya boleh menggunakan gaya lain yang sesuai untuk perbincangannya.

 

Watkins (1965);

 

...for most good writing uses these kinds of   dicourse in combination rather than in isolation...consider which kind of treatment is most suitable for your subject and purpose.

 

Bagi penulisan sejarah kini, gaya penganalisaan dianggap suatu penulisan yang mantap dalam menghasilkan karya sejarah yang bermutu.

 

 

Bahan Bacaan

 

Elton, G.R. 1967. The Practice of History. Sydney: University Press.

 

Garraghan, G.J. 1946. A Guide to historical Method. Chicago: Forham University Press.

 

Khoo, Kay Kim. 1972. Perzamanan Dalam Sejarah Malaysia. Dalam Southeast Asian Archives. Vol. 5. Julai. Hlm. 71-73.

 

Khoo, Kay Kim. 1977. The Western Malay States, 1850-1873: The Effect of Commercial Development on Malay Politics. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

 

Khoo, Kay Kim. 1992. Book Reviews. Dalam Jurnal Kajian Malaysia. Jilid 10. No. 2. Disember. Hlm. 91.

 

Longlois, Ch.V. & Seignobos, 1988. Introduction to the Study of History. London: Duckworth Company.

 

Muhd. Yusof Ibrahim. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Muhd. Yusuf Ibrahim. 1994. Pensejarahan Melayu, 1800-1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Nabir Abdullah. 1976. Maahad Il Ihya Assyariff Gunung Semanggol, 1934-1959. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Shellabear, W.G. 1967. Sejarah Melayu. Singapura: Oxford University Press.

 

Vincent, J.M. 1974. Historical Research: An Outline of Theory and Practice. New York: Burt Franklin Prints.

 

Watkins, 1965. Pratical English Handbooks. Boston: Houghton Mifflin Company.

 

 

 

KAEDAH PENULISAN SEJARAH


Penulisan sejarah adalah satu kaedah yang memeriukan pemahaman dan pemikiran yang teliti dalam menyampaikan maklumat yang diperolehi oleh seseorang ahli sejarah daripada sumber-sumber sejarah.

 

 

MERANGKA/MENYUSUN PEMIKIRAN DAN PENULISAN SEJARAH

 

Merupakan kaedah mengatur idea dan pemikiran dalam proses menghasilkan karya sejarah supaya ianya tepat dan mengkhusus kepada tujuan yang hendak disampaikan.

 

Kaedah ini merujuk kepada pelbagai gaya penulisan;

Penceritaan, Periwayatan, Pendedahan, Pemerihalan, Penghujahan, Analisis, Perbandingan dan Kritikan

 

 

A.       PERENGGAN

 

-         Pendahuluan

-         Isi

-         Penutup.

 

B.       PEMBENTUKAN AYAT

 

-                                   Dua kaedah yang dapat membantu penyelidik membentuk ayat-ayat yang jelas dan berkesan:

 

A.       Kaedah Induksi - Penghuraian secara mendalam dari fakta umum kepada fakta yang khusus.

 

B.       Kaedah Imaginasi - Memperlihatkan bagaimana sesuatu fakta itu dihuraikan melalui daya imaginasi penyelidikan (tafsiran yang bebas tetapi rasional)

 

Kejelasan sesuatu ayat dapat dihasilkan melalui ayat-ayat yang ringkas dan tepat, iaitu dengan menggunakan istilah-istilah yang konkrit dan tidak kabur maksudnya.

 

 

C.       TERJEMAHAN

 

Dua kaedah: Kaedah langsung dan kaedah dinamik (bebas). Terjemahan secara dinamik ialah cara terjemahan yang mengekalkan maksud asal kandungan sesuatu teks itu dengan menggunakan gaya bahasa yag lazim dipakai dalam bahasa sasaran. Contohnya,

 

The laws are passed by the representatives of the people in Parliament.

Terjemahannya,

 

·        Dalam Parlimen, undang-undang diluluskan oleh wakil-wakil rakyat.

 

·        Undang-undang adalah diluluskan oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen.

 

Bagi sumber terjemahan, tekniknya;

 

(1)               Catatan Bawah (Notakaki)

 

1R.G. Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, Hlm. 5.

 

(2)               Rujukan (Bibliografi)

 

Collingwood, R.G. 1985. Idea Sejarah. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

 

 

D.      PETIKAN

- Kaedah Langsung dan Tidak Langsung.

 

Secara langsung – termasuk definisi, pendapat-pendapat yang berlainan dan istimewa sifatnya dengan pendapat yang lazim dan dianggap dapat memperkuatkan kedudukan penulisan. Contohnya,

 

Pendapat Mohd. Hatta berbunyi,

 

Suatu gerakan nasional yang bergantung kepada beberapa orang yang penting di bahagian atasnya sahaja akan menghadapi kegagalan kerana Belanda boleh bila-bila sahaja mengenepikan pemimpin-pemimpin seperti itu daripada arena politiknya.2

 

Secara tidak langsung – dikemukakan dengan kata-kata penyelidik sendiri asalkan makna asalnya tidak berubah. Ia mungkin merupakan rumusan daripada penelitian ke atas nukilan tertentu. Contohnya,

 

Di dalam perbincangannya mengenai gerakan nasionalisme Indonesia, Mohd. Hatta percaya bahawa gerakan para nasionalis Indonesia akan mempunyai kekuatan yang padu jika sebilangan besar anggota-anggotanya memiliki semangat kedewasaan politik dan memahami benar-benar tentang konsep nasionalis.2

Cara penulisan petikan mempunyai prinsip tertentu yang harus diikuti/dipatuhi.

 

(1)               Petikan dibolehkan dalam pelbagai bahasa, tetapi sekiranya ia selain daripada bahasa Melayu atau Inggeris, hendaklah diberikan terjemahannya pada catatan bawah (notakaki)

 

(2)               Setiap akhir petikan dimestikan menggunakan tanda kutip (angka) yang diletak sedikit di atas dari paras biasa. Angka tersebut merujuk kepada catatan bawah (notakaki) yang menerangkan sumber dari mana sesuatu nukilan yang dipetik itu diperolehi.

 

(3)               Untuk petikan yang panjang (lebih daripada tiga baris ayat) harus diletakkan sebagai satu perenggan tersendiri dalam bentuk ayat bebas. Petikan sebegini tidak memerlukan pengikat kata dan perlu ditaip secara satu langkau. Contohnya,

 

Lantaran itu nasionalisme yang berbentuk perkauman itu telah menjadi satu isu yang hangat di kalangan mereka sehingga tercetusnya perang saudara. Ini berlainan seklai dengan pendapat Emerson yang mengatakan bahawa orang Melayu dan India adalah kecil bilangannya dan sebenarnya tidak mempunyai kesedaran politik.3

(4)               Bagi petikan yang pendek, kurang daripada tiga baris ayat, adalah lebih baik dicantumkan dalam teks dengan menggunakan pengikat kata seperti “ayat”. Contohnya,

 

Ini adalah berlainan sekali dengan pendapat Emerson yang mengatakan bahawa “orang Melayu dan Indonesia adalah kecil bilangannya dan sebenarnya tidak mempunyai kesedaran politik”.3

 

(5)               Tanda Kutip (dalam angka) selepas akhir petikan hendaklah diletakkan sedikit di atas dari paras biasa.

 

(6)               Tanda tiga titik (…) sebelum tanda kutip menunjukkan bahawa terdapat lagi ayat yang bersambung tetapi tidak dipetik oleh penyelidik.

 

(7)               Seterusnya, apabila terdapat ayat yang tidak diperlukan, sama ada pada bahagian awal dan tengah, maka dilangkahi sahaja dengan menggantikan tiga titik (…). Jika terjadi di akhir ayat, ketiga titik berurutan itu akan ditambah dengan titik penutup ayat menjadikan empat titik kesemuanya. Contohnya,

 

…bahawa manusia berasal dari tanah dan jin dari api. Menurut Hadis…malaikat dicipta dari cahaya. Jin dan Malaikat berasal dari cahaya, kerana itu mereka tidak konkrit….4

 

 

E. NOTAKAKI (CATATAN BAWAH)

 

- Empat fungsi;

 

1. Untuk membukti kewujudan fakta dalam sumber.

Nama pengarang, Tajuk Sumber, Tempat: Nama Penerbit, Tarikh Penerbitan, Halaman.

e.g.

1Henry Alonza Nyres, Tragedy: A View of Life, New York: Cornell University Press, 1965, hlm. 65.

 

2. Untuk mengakui pemimjaman idea dan pendapat orang lain.

e.g.

2Lihat Mohd. Hatta, Sejarah Nasionalisme di Indonesia, Jakarta: Jayasan Karya, 1988, hlm. 2.

 

3Dipetik dari R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn. Bhd., 1975, hlm. 22.

 

 

3. Untuk menunjukkan bahagian-bahagian lain dalam teks.

e.g.

4Sila rujuk keterangan pada hlm. 7.

5Sila rujuk notakaki no. 23.

 

 

4. Untuk melakukan perbahasan yang lebih lanjut.

e.g. (Teks)

 

Kesan pengaruh India ke atas masyarakat Asia Tenggara wujud dalam sistem perundangan, seni, sastera, bahasa, legenda, upacara monarki dan organisasi politik.6

----------------------------------     (garisan notakaki)

6Bukti-bukti telah ditemui dalam berbagai bentuk kesusasteraan dan deskripsi, gelaran raja, permaisuri, dan pegawai-pegawai, dalam berbagai cosmic permaisuri, menteri, pendita dan sebagainya, dalam ritual dan adat, dalam kerja seni, dalam struktur ibukota, istana dan kuil. Pada asasnya, semua ciri-ciri tersebut berasal dan konsep dan fundamental tamadun kerajaan dan raja Hindu-Buddha yang mempengaruhi rantau Asia Tenggara di masa lalu. Sila rujuk keterangan lanjut dalam R.Winstedt, The Malays: A Cultural History, hlm. 28-29; Juga lihat R.Heine-Geldern, "Conceptions of State and Kingship In Southeast Asia", Dalam Journal of Asian Studies, Volume 2, New York: Oxford University Press, 1941, hlm. 15-16.

 

 

F. RUJUKAN (BIBLIOGRAFI)

Menekankan nama keluarga (surname) harus didahulukan dan diikuti nama pertama dan nama tengah. Tahun Penerbitan. Tajuk Sumber (harus ditonjolkan). Tempat Penerbitan: Nama Penerbit. Penggunaan tanda noktah juga ditekan.

e.g.

 Emerson, R. 1937. Malaysia: A Study of Indirect and Indirect Rule. London: Macmillan.

 

Chamburi, Siwar. 1989. Masyarakat Subsidi. Dewan Masyarakat. Bilangan 6. September. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 18-25.

 

Berita Harian. 3 Januari 1988. Hlm. 5-7.

 

G. LAMPIRAN

Sesuatu penulisan tidak semestinya mengandungi lampiran. Hanya sekiranya perlu untuk memasukkan maklumat tambahan yang tidak dapat dimasukkan di dalam teks ataupun pada notakaki. Lampiran harus disusun mengikut urutan (angka/abjad).

 

e.g.

Lampiran A, Lampiran B, dan seterusnya.

 

 

H. TANDA DAN SIMBOL YANG KHUSUS

Tanda Kurungan ( ) - untuk maksud yang sama. Tanda Kurungan Bersegi [ ] - untuk pembetulan, pengekalan dan penambahan.

 

Sic - untuk menukar ejaan, ayat dan sebagainya. la diletakkan dalam kurungan Bersegi di sisi perkara yang hendak ditukar.

e.g.

makang [sic makan]

 

et al - simbol untuk maksud 'dan lain-lain pengarang' bagi sumber yang melibatkan lebih dari tiga pengarang.

e.g.

Notakaki

6D.J. Steinburg, et al., Southeast Asia, New York: Oxford University Press, 1938, hlm. 6.

 

Bibliografi

 

Steinburg, D.J., et al. 1938. Southeast Asia. New York: Oxford University Press.

 

ed. - Simbol untuk menunjukkan status penyusun atau

penyunting (editor).

e.g.

Notakaki

 

7Nik Hassan Suhaimi, ed., Arkeologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 10.

 

Bibliografi

 

Nik Hassan Suhaimi, ed. 1988. Arkeologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Ibid - Khususnya digunakan pada Notakaki sahaja - untuk merujuk kepada sumber yang sama, iaitu penggunaan secara berturut-turut tanpa kewujudan lain-lain sumber rujukan di antaranya walaupun untuk beberapa halaman seterusnya.

 

a.                                                 Jika sesuatu maklumat itu dirujuk daripada sumber yang sama pada halaman yang sama, maka akan ditulis hanya perkataan Ibid sahaja.

 

b.                                                 Jika halamannya dirujuk pada halaman tertentu atau berbeza, maka harus dinyatakan halamannya.

e.g.

1Rupert Emerson, Malaysia: A Study of Direct and Indirect Rule, London: Macmillan, 1937, hlm. 50.

2Ibid.

3Ibid, hlm. 26.

4Berita Harian, 2 September 1988, hlm. 3.

5Rupert Emerson, Malaysia: A Study of Direct and Indirect Rule, hlm. 20.

 

Passim - untuk menggantikan maksud 'di sana sini' atau terdapat di mana-mana halaman sumber yang dirujuk.

e.g.       

6Rupert Emerson, Malaysia: A Study of Direct and Indirect  Rule, passim.