EPISTEMOLOGI, LOGIK DAN METAFISIK

 

KETIGA-TIGA ASPEK INI ADALAH KANDUNGAN ATAU INGREDIENT UTAMA FALSAFAH.

 

Sebelum memasuki perbincangan kita harus tahu golongan falsafah yang telah memberi sumbangan dalam memahami falsafah (walaupun sumbangan itu boleh dianggap juga sebagai lebih merunsingkan pemikiran daripada pemahamannya).

 

Selalunya dalam perbincangan akademik mesti wujud dua atau lebih kumpulan yang mewakili dua aliran pemikiran: bersetuju atau tidak, menyokong atau tidak, (Sila abaikan yang di antara).

 

Dalam perbincangan ini, saya menyentuh tentang aliran pertama, Plato, Saint Augustine, Spinoza dan Leibniz  dan aliran kedua, Hume dan Kant. (Anda boleh masukkan tokoh-tokoh lain yang difikirkan tergolong dalam aliran pertama atau kedua). Adakah anda mengenali tokoh-tokoh ini.

 

Metafisik bermula pada kurun 6 SMasehi dengan tokoh Parmenides. Beliau cuba membuktikan bahawa tiada ruang yang kosong, tiada pergerakan ataupun “plurality” sesuatu benda. Satu realiti yang tidak atau tanpa pergerakan memenuhi ruang.

 

Plato, Saint Augustine, Descartes, Spinoza dan Leibniz adalah golongan “metafisik demonstrative” dan golongan yang mengkritiknya adalah Hume dan Kant. Golongan “metafisik demonstrative” mengakui adanya Tuhan, dan dunia ini adalah sesuatu yang universal dan abstrak dan memerlukan penaakulan yang logikal.

 

Epistemologi memainkan peranan besar dalam mengkritik metafisik atau cabang-cabangnya dan dalam usaha metafisik mencapai suatu konsepsi mengenai tabii dunia (general nature of the world) menerbitkan epistemologi dalam perbincangan metafisik.

 

Rene Descartes: dianggap sebagai ahli falsafah yang memberikan  wajah atau karektor moden kepada bidang falsafah (pasca-medieval) dengan menjadikan epistemologi sebagai pusat perbincangan (ingredient). Beliau melihat epistemologi sebagai satu keperluan awalan terhadap metafisik yang konstrutif.

 

Pewaris Descartes, Spinoza dan Leibniz telah membentuk sistem ‘metafisik demonstratif’ yang lebih luas skopnya. Manakala, contoh significant epistemologi berperanan sebagai pengkritik metafisik adalah terkandung dalam doktrin idea atau “form” Plato. Idea atau form merupakan entiti yang abstrak dan universal hanya intelek sahaja ada access terhadapnya seperti senses kepada dunia fisikal dalam ruang dan  masa  yang tersendiri.

 

Menurut Plato ilmu yang tulin adalah ilmu abstrak yang benar-benar wujud dan dunia fisikal ini hanyalah half-illusion, a kind of waking-dream yang menawarkan unreliable opinion. Dunia benar adalah dunia abstrak yang berdasarkan penaakulan dan dunia yang unreal adalah bersifat fisikal yang berdasarkan desire atau nafsu (tanpa penaakulan).

 

Dunia real dan unreal Plato telah berkembang kepada membahagikan manusia kepada dua iaitu penaakulan dan nafsu (manusia terdiri dari dua ciri ini). Contoh: sebuah negara yang dipimpin oleh elit yang rasional atau yang berfilosofis dengan Raja yang memerintah rakyatnya dengan pengaruh nafsu dibandingkan dengan penaakulan. Misalnya, bincangkan mengenai Malaysia dan Sultan-sultannya dan kesannya kepada agama Islam. Skeptikism dan Kepastian (Certainty).

 

Dalam perbincangan yang bernas, epistemologi yang selalu didahulukan dan diikuti dengan metafisik dan akhirnya etik. Metafisik = mencari kebenaran mengenai dunia dengan cara  perdebatan demonstratif atau  demonstrative argument yang bertujuan untuk nenunjukkan melalui cara logikal bahawa kesimpulan ahli metafisik adalah yang benar, selainnya adalah tidak....Jadi, di sini epistemologi memainkan peranan penting. Contoh: Perdebatan antara UMNO dan PAS berkenaan dengan Hukum Hudud. Contoh lain “perdebatan demonstrative adalah bukti ontologikal (cabang metafisik yang berhubung dengan tabii kewujudan - ie. Discussion which deals with the nature of existence) mengenai kewujudan Tuhan, Spinoza misalnya cuba membuktikan bahawa dunia keseluruhannya adalah satu objek atau substance manakala pada pandangan McTaggart berpendapat bahawa masa itu tidak benar (time is unreal).

 

Bukti ontologikal sebenarnya cuba membawa kita kepada penaakulan yang logikal. Menurut ahli agama, misalnya Saint Anslem pada kurun ke sebelas, Tuhan didefinisikan sebagai sesuatu yang hebat dari lain-lain perkara yang boleh dibayangkan (conceiveable) oleh manusia. Bermaksud keagungannya begitu hebat -buktinya kemampuan tuhan mencipta alam. Kerana asal alam maka secara ontologikal/logical, Tuhan wujud, boleh buktikan dengan kukuh kewujudannya kerana ada alam ini....this is a logical trick.