ALIRAN-ALIRAN DALAM SEJARAH

 

Aliran-aliran pemikiran utama di kalangan intelek Barat terbahagi 3:

 

1.      yang beragama (Kristian dll)

2.      beraliran sekular (tolak agama secara total)

3.      yang mirip kepada berfalsafah dan ajaran mistik yang menyesatkan.

 

 

KAJIAN TERHADAP MANUSIA

-         Herodotus turut kaji soal hamba, wanita, etnografi orang Mesir dan lapisan-lapisan sosial mereka, adat resam, makanan etc.

 

-         Thucydides  - bapa pensejarahan/metodologi sejarah – ‘keadaan politik yang tidak menentu yang menyelubungi keadaan dalam negeri Athens itu haruslah merupakan suatu yang selari dengan sifat manusia itu sendiri yang bergerak di atas suatu landasan yang tetap serta boleh ditentukan, seperti halnya dengan sifat alam fizikal yang mana manusia itu adalah sebahagian daripadanya’.

 

-         ‘Sejarah manusia merupakan hal ehwal manusia sahaja, iaitu yang boleh dianalisis dan sepenuhnya difahami daripada segi pola-pola tabiat manusia yang diketahui tanpa campur tangan daripada kuasa ghaib’.

 

-         Thucydides dipengaruhi oleh cara penerangan Hippocrates (tokoh ulung perubatan) - mementingkan ketepatan urutan.

 

-         Collingwood kata Thucydides ‘bapa psikologis’, dipengaruhi golongan Sofis dengan motif (minat persendirian) dan motif generasi.

 

-         Livy huraikan juga kelas atas (patrician) dan kelas bawahan (plebeian), penderitaan rakyat, wabak, krisis dll.

 

-         Tacitus (sejarawan Rom) memperkenalkan sejarah ‘Annals’ iaitu huraian sejarah raja-raja istana dll, tetapi tidak abai soal rakyat, tentera biasa dll. Misalnya, cerita tentang Epicharis, seorang bekas hamba wanita yang diseksa oleh kerajaan Rom kerana enggan mengkhianati sahabat-sahabatnya.

 

 

 

 

 

ALIRAN OBJEKTIF  

Objektif - no value judgement = ie: truth [wanrheit (German) atau pravada (Russia)] Vs. bias (region, ethno, court, local, Europe).

 

Truth - (a) general truth (not limited) terbahagi kepada dua; (i) teori correspondence, e.g. statement = fact (sehubungan), (ii) teori coherence (fit in) - statement and facts not related/correspond. General truth (not limited), e.g. ‘kemakmuran material umumnya membawa keruntuhan moral’.

 

- (b) general truth (limited), e.g. ‘orang Melayu adalah pesawah yang mahir’. Von Ranke - keadah objektif, iaitu proses tafsiran, pemikiran dan pertimbangan.

 

- spt. Von Ranke dengan pensejarahan berkonsep Quellenkritique (tolak pendekatan abstrak dan spekulatif Hegel, Fichte). Aliran objektif memuncakkan mirip penceritaan kegiatan kerajaan dan tokoh-tokoh kelas atasan seperti zaman Yunani-Rom.

 

- sempitkan ruang lingkup sejarah (kpd. soal pentadbiran, tentera, diplomasi dan peperangan). Hal ekonomi, sosial dan kedudukan wanita dan orang kebanyakan diabaikan.

 

Persoalan objektif sejarah mendapat tanggapan berbagai kadar mengikut pegangan teori-teori tertentu (mazhab pensejarahan):

                  

conservative, progressive, revisionist, dll (di Amerika)

                    rasionalisme

                    relativisme  (pandangan Beard, Danto dan Becker.)

                    positivisme

                    idealisme

                    representasi

                    determinisme

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ALIRAN TOTAL HISTORY (golongan ANNALES) - disebut juga holistic/monistic Vs. atomistic - 1920s wujud usaha untuk luaskan ruang lingkup terutamanya daripada golongan Annales pimpinan Lucien Febvre, Marc Bloch, Fernand Braudel dan Emmanuel Le Roy Ladurie.

 

-         Karya-karya mereka diterbitkan dalam majalah Annales d’historie economique et sociale (estb. 1929). Fernand Braudel (1949) La Mediterranee et le monde mediterraneena l’epoque de Phillipe II (sejarah Mediterranean akhir abad 16-awal 17).

 

-         anjurkan total history yang memerhati kegiatan-kegiatan manusia - dikaji dalam kontek alam dan institusi sosial. Prof. Iggers mengatakan aliran Annales telah “memperluaskan skop perhatian para ahli sejarah kepada semua aspek kehidupan sosial manusia.”

 

 

ALIRAN SOSIAL.

1950s. Mengikut Prof. Hobsbawm, aliran ini telah berpisah daripada sejarah tradisional (Ranke) kerana menekankan 3 hal:-

 

(1)   sejarah orang marhein/kelas bawahan;

(2)   kehidupan manusia dipandang dari berbagai segi (tabiat-tabiat, adat resam dan kehidupan harian);

(3)   sejarah sosial berserta ekonomi - soal kependudukan, keluarga, bandar, kelas serta pergerakan sosial.

 

-         menyebabkan sejarah keluarga (aspek umur, perkahwinan etc) menjadi popular di Perancis dan UK (1960s).

 

-         wujud juga kecenderungan untuk mengkaji alam (geografi) - berkaitan kesan alam terhadap manusia.

 

-         dan muncul bidang sejarah baru (psychohistory) - untuk libatkan kajian emosi (seperti kajian emosi Hitler, Bismarck etc).

 

-         oleh itu aliran sosial menunjukkan pemisahan daripada skop sosial terhad (Collingwood).

 

 

 

 

 

 

ALIRAN RAKYAT

-         mengikut Dr. Samuel, sejarah rakyat bertujuan merendahkan hal-hal politik kepada hal-hal budaya dan sosial.

         

 

PASCAMODEN lahirkan ALIRAN REPRESENTASI.

-         keyakinan terhadap keutuhan status sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang berasaskan bahan bukti dan penaakulan telah semakin tercabar apabila didapati bahawa penghasilan tafsiran oleh ahli sejarah telah semakin bertambah sebagai akibat ketiadaan muafakat tentang hampir semua isu teori dan metodologi termasuk kaedah pembacaan dokumen.

 

-          REPRESENTASI - mereka/cipta bentuk semula masa lalu yang menggunakan fahaman representasi dan bukan ramalkan, tentang masa lampau yang terkandung dalam sumber, e.g. tolak sejarah sebagai pengetahuan yang bersifat logografik/e.g. berasaskan penggunaan akal ke atas bahan bukti yang dikesan daripada sumber - paradigma rumusan logografik e.g. determinisme)

 

-         menolak gagasan sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang bersifat empirikal, yang berasaskan pengesanan ‘fakta’ daripada kajian sumber untuk membawa kepada pengetahuan yang benar, atau sepadan dengan realiti masa lampau.

 

-         Wujud pandangan representasi bererti - berbalik kepada pendekatan epistemologi (falsafah tentang asas ilmu) yang menegaskan bahawa seluruh alam hidup manusia tidak dapat disentuh, dikenalpasti, mahupun dikenali secara langsung - Oleh itu satu karya itu adalah satu kolej yang direka oleh sejarah (sejarawan) ... representasi sahaja.